10 Strategi “Sure Gagal” Mendapat Balik Cinta – Tapi 100% Sering Anda Gunakan

by AF Hazwan on September 18, 2011

cinta sejatiSelamat Hari Malaysia kepada semua. Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat dan sentiasa bersedia untuk menempuh cabaran hari esok. Hari ini pula, saya ingin kongsikan 10 strategi atau cara yang sering orang gunakan semasa berada di dalam keadaan terdesak atau desperate untuk memenangi hati pasangan mereka.

1. Pertama adalah berjanji (reassurance). “I dah berubah, tak ‘control’ lagi macam dulu. Tak sanggup nak ada skandal lagi. Percayalah”, dan sebagainya. Tujuannya untuk menagih simpati dan kepercayaan (yang memang dah goyah). Sure gagal!

2. Strategi kedua adalah mengucapkan “I cinta pada u (insert: nada anda sendiri)” dengan terus menerus. Sure gagal!

3. Strategi ketiga adalah berharap (berlainan dengan berdoa, ingat : doa + usaha yang betul = hasil). Inilah yang dikatakan wishful thinking. Kalau nak memancing, carilah tempat yang ada ikan. Ikan tidak akan muncul jika anda memancing di kolam hiasan yang tiada ikan tidak kira harapan anda setinggi gunung pun. Sure gagal!

4. Strategi keempat adalah menggunakan pertengkaran (perdebatan?), reasoning dan seumpamanya. Tujuannya untuk mengubah perasaan dan perbuatan pasangan. Sure gagal!

5. Strategi keempat sering kita lihat dalam drama atau di kolej/tempat kerja. Merekrut penyokong untuk menyebelahi kita. Sampai meluah di page facebook mak bapak pasangan pun ada. Sure gagal!

6. Strategi kelima adalah menjadi pelakon terbaik sebagai seorang yang depress. Makan tak lalu, air mata tidak putus-putus dan bila bosan, buat posting di facebook untuk menunjukkan kepada kawan-kawan , “Akulah insan paling malang di dunia“. Ingat nak mendapat simpati, tapi menjauhkan si dia lagi adalah. Sure gagal!

7. Strategi ketujuh adalah menggunakan senjata semulajadi iaitu anak-anak. Ini sama seperti strategi no. 5, umpama boomerang yang akan menghantuk kepala sendiri. Sure gagal!

8. Strategi kelapan adalah melakukan perkara yang biasa kita lakukan : menyalahkan orang (blaming). Seorang pakar psikologi pernah berkata, “ Intipati untuk ketidakpuasan hati boleh disimpulkan oleh satu ayat : menyalahkan orang lain“. Sure gagal!

9. Strategi kesembilan : Pessimism. Kita sering cenderung menjadi pessimist, “Aku takkan berjaya. Kau tak kenal isteri aku, dia jenis yang degil. Dia takkan mengubah keputusannya“. Takkan berubah?? . Dulu dia cakap nak sayang kau selamanya tapi sekarang nak berpindah ke rumah lain pulak. Dia memang telah mengubah keputusannya. Sure gagal!

10. Exaggeration atau melakukan sesuatu dengan terlampau lebih atau terlampau kurang dari keadaan asal. Boleh dikaitkan dengan strategi menyalahkan orang lain juga. Memang dia sahaja yang paling malang di dunia ini. Ramai lagi pembaca Seni Selamatkan Cinta mengalami situasi yang lebih sukar.

Strategi seperti di atas menunjukkan kita ni manusia biasa. Itulah yang semulajadi, tak sempat nak berfikir dengan mendalam. Bak kata pemikir strategi perang zaman dahulu, Sun Tzu, ” If ignorant both of your enemy and yourself, you are certain to be in peril.” (translate sendiri ye :) ).

Anda mesti bertanya, jika yang di atas bukan caranya untuk mendapat kembali kasih si dia. Apakah cara yang sebenarnya yang terbukti 100% berkesan?

Itu saya serahkan kepada anda untuk sumbangkan di blog ini untuk tatapan pembaca-pembaca lain. Anda boleh kongsikan strategi yang pernah anda guna sama ada berkesan atau tidak berkesan untuk kita sama-sama komen. Kepada yang berkongsi strategi unik dan berkesan, saya akan personally hubungi anda, dan mempelawa anda untuk menulis kaedah special anda ini di posting akan datang :)

Thanks kepada anda semua yang terus menyokong Blog Senicinta. Saya percaya, ada yang sudah bosan melawat blog cinta lain yang asyik-asyik diisi dengan puisi cinta yang tidak mengubah nasib anda, tetapi kurang ‘substance’ atau intipati tips cinta sebenar. Well, jika anda nak isi sebenar, di sinilah tempatnya.   Bye, jumpa lagi

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 11 comments… read them below or add one }

1 Zairi Faiezil September 26, 2011 at 11:37 am

Salam..

Saya sebenarnya tergelak hati dgn perkongsian yg diberikan coz semua strategi sering dipraktiskan atau digunakan oleh pasangan jika berlaku sesuatu pada hubungan cintanya.. Bah kata orang puteh “Old School Strategies” yg pasti ramai yg memahaminya..

Seharusnya perlu memikirkan cara atau teknik berlainan yg tak pernah dilakukan oleh orang lain… Sure pasti berjaya, thanks perkongsian yg hebat nie..

Sekian

Reply

2 Cahya October 19, 2011 at 9:59 am

10 Lagu Cinta Paling Romantis

Reply

3 Nur ismarul ikhma September 27, 2011 at 12:55 am

salam..

saya ingin mencuba buku saudara,benar…cara2 diatas semua telah dilakukan tpi xberjaya dan sekarang telah masuk minggu ketiga saya memujuknya…masih tidak berhasil..selain itu,saya turut membuat solat hajat..tapi Allah tidak akan memakbulkan doa hambanya tanpa sebarang usaha..saya sudah menempah buku saudara,..dan saya akan mencubanya..jika ada sebarang perkembangan..saya akan segera beritahu..wish me luck ok!

Reply

4 rain December 29, 2011 at 11:58 pm

nur ismarul..nk tau juga perkembangan awak

Reply

5 Cinta October 3, 2011 at 10:55 am

Woww! Great artikel, bro Ridzuan Richie.. :)

Reply

6 cinta November 26, 2011 at 2:38 pm

artikel menarik mengenai tips mendapatkan cinta kembali.Kalau boleh cari lah cinta lain je…huhu

Reply

7 naszmi December 13, 2011 at 6:22 pm

As’kum…
sy telah mencuba pelbagai cara untuk menambat hatinya kembali termasuk call ibu bapanya. sy seorg plajar ipta manakala dia sudah berjaya awl dari saya dan sudah bekerja. sy pun x tahu dimana salah sy selama ni dan dia sekarang mula mngenali lelalki yg satu kerja dgn dia. dan saya dapati elalki itu telah melagakan hubungan kami… bermacam cara sy telah lakukan.. dan saya ada tulis dari awal permaslahan sampai lah last week apa yg berlaku antara kami.. sy nak sangat beli ebook secara by hand.. kerana saya boleh pergi ke sana ambil… pleaze… hampir sebulan bnda ni berlaku.. dan boleh sy hantar emel apa yg telah berlku antara kami? emel mana yang boleh saya hantar?

Reply

8 xiera85 December 30, 2011 at 3:56 pm

Entry yg sgt menarik.. kebetulan sy ada mslh dgn si dia.. ada bbrp strategi di atas saya gunakan.. err terkena muka sendiri.. patutlah gagal malah makin mengeruhkan keadaan,,, tp ada bbrp point yg sy ingin kongsikan.. 1)perempuan & lelaki harus memahami antara satu sm lain, sbb kita dilahirkan dgn sifat yg amat berbeza. Kebanyakan pergaduhan berpunca dr ketidaksefahaman ini, cthnya sy tak fhm kenapa si dia mendahulukan bola, game & kwn2 berbanding sya..kenapa dia jrg call & msg saya? utk merawat hati sy biasanya lebih byk memendam perasaan & meluah mslh terhadap kwn2.. lebih byk pendapat,lebih baik.. kdg2 sy membaca tips merawat hati melalui artikel2 internet.. cara ini berjaya tp tidak baik bg pihak perempuan…
2)lelaki harus belajar menjaga hati wanita-kadang2 lelaki tak reti menjaga hati psgn..mereka sangkakan selagi perempuan x melenting, selagi itulah tiada apa yg berlaku…
3)lihat ke dlm diri… cara ini berjaya… apabila sy mula melenting & perasaan tidak terkawal,sy lebih suka melihat ke dlm diri sy..kejahatan yg sy lakukan cthnya sy pernah melukakan hati org lain dgn meninggalkannya utk bersama dgn yg baru.. sy sentiasa rasa terkawal sbb merasakan..ini hanya secebis balasan utk sy…
4)yg terakhir lihat ke dlm diri pasangan… cara ini agak negatif..iaitu melihat kelemahan & kekurangan pasangan smbil berbisik dlm nada jht ‘ko cubalah dgn org lain,ko sgka ko hensem sgt’ haha… kdg2 cr ini membantu sy utk berasa neutral…

terima kasih tuan blog.. =)

Reply

9 Nora Aniza January 6, 2012 at 3:55 am

saya setuju dgn semua penulisan dalam nie.sya tak utamakan cinta.saya tak sedih ditinggalkan, dan meninggalkan. tp saya mahu mencari cinta yg terbaik. dan tahan lama. :p

Reply

10 AF Hazwan September 9, 2012 at 6:34 pm

Salam semua, Blog SC kebelakangan masalah, tapi dah berjaya di selesaikan.

Maknanya, saya dapat selalu memberi tips-tips dan strategi yang terbaik untuk korang guna sendiri untuk meningkatkan kualiti hubungan dan menyelesaikan masalah dengan cepat dan mudah. (bergantung kepada usaha sendiri anda jugak :)

Stay tune

Reply

11 amran October 28, 2012 at 11:51 pm

salam nk tnya AF Hazwan.. tentang ebook seni cinta nk kpastian mohon bantu plisss…

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: