From the monthly archives:

June 2008

Selamat Datang ke Blog SeniCinta

by AF Hazwan on June 28, 2008

love.jpg

Salam sejahtera pencinta- pencinta sekalian.

Hazwan di sini.

Tahukah anda bahawa blog berbahasa melayu yang berbicara mengenai strategi menyelamatkan cinta masih sedikit di Malaysia?

Setelah menulis buku Seni Selamatkan Cinta dan menerima pelbagai feedback dan cadangan dari pembeli, saya telah membuat keputusan untuk mewujudkan blog cinta yang dinamakan Seni Cinta ini.

Tujuan penubuhan blog ini adalah untuk memperluaskan lagi usaha saya untuk mendidik masyarakat mengenai strategi menyelamatkan cinta yang sehingga kini, masih kurang dibahaskan oleh penulis-penulis berbahasa melayu.

Saya juga selalu menerima pelbagai soalan mengenai masalah cinta yang saya terima dari kedua-dua laman web saya iaitu www.SeniSelamatkanCinta.com dan juga www.SeniCinta.com

Ada soalan yang mampu saya balas dan ada juga yang saya tiada kesempatan untuk membalas kepada pengirim soalan tersebut. Saya sentiasa prihatin terhadap permasalahan cinta yang disuarakan kepada saya.

Jadi untuk berlaku adil kepada pengirim soalan, saya akan amalkan konsep ‘knowledge sharing’ iaitu perkongsian ilmu dimana saya akan kongsikan masalah-masalah pengirim di blog ini agar kita sama-sama dapat membantu dari segi memberi nasihat, tips atau apa saja cara yang boleh membantu untuk menyelesaikan masalah pengirim tersebut.

Saya juga akan menubuhkan team yang dinamakan Team Seni Cinta untuk menambah perisa kepada blog ini dari segi variasi dan kepelbagaian segmen pada blog ini. Ahli Team Seni Cinta terdiri daripada kenalan saya yang mempunyai pengalaman di dalam bidang cinta dari segi pengalaman peribadi dan juga penulisan tentang cinta.

Apa yang anda akan dapat di blog adalah perkongsian tentang cara-cara untuk mengukuhkan hubungan cinta dan meneyelamatkan hubungan cinta serta pelbagai tips dan kisah pengalaman individu yang dapat memberi inspirasi kepada anda.

Dengan membaca kisah pengalaman/masalah cinta orang lain di dalam blog ini anda mendapat ‘hint’ untuk mengelakkan kejadian buruk sama yang berlaku kepada anda.

Jadi nantikan posting seterusnya di blog Seni Cinta.

Sang Pencinta Unik,

Hazwan

{ 4 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...