From the monthly archives:

December 2008

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan sah Kahwin!

by AF Hazwan on December 21, 2008

Memang menjadi kebenaran apabila meraka disahkan bernikah di Songkhla, Thailand sejak Februari 2008 yang lalu. Bapa Aidil Zafuan sendiri, Abdul Razak salleh, berkata Aidil Zafuan sendiri mengesahkan berita terebut kepada anak sulungnya Ruzithana Razak. “Disini, saya mahu mengesahkan bahawa anak lelaki saya sudah pun berkahwin dengan Rita dan berita digempar-gemburkan selama ini adalah benar”.

Aidil Zafuan 21 tahun ( pemain bola sepak kebangsaan )

Mereka sebelum ini cuba untuk merahsiakan hubungan suami isteri ini. Namun, akhirnya diketahui juga.. Walaupun perbezaan usia yang amat ketara di antara mereka berdua namun itu bukanlah penghalang untuk mereka meneruskan hubungan rumahtangga.

Rita Rudaini 32 tahun (artis popular tempatan)

Adalah mustahil untuk Aidil Zafuan menolak penangan kasih daripada artis cun seperti Rita Rudaini ni..hehehe :) Walaupun Rita 11 tahun lebih berusia berbanding Zafuan, 21 tahun ( cam same umo je..hehehe) namun kelebihan paras rupa dan status mampu mengatasinya. Saya yakin dan pasti mereka berdua miliki alasan tersendiri mengapa perlu berkahwin.

Semoga mereka berdua terus kekal bergelar suami isteri. Berbekalkan pengalaman berrumahtangga daripada Rita sendiri serta pengertian hubungan cinta daripada Zafuan akan menyerikan lagi hubungan rumahtangga mereka insyallah…

p/s: Rita Rudaini juga dikatakan sedang hamil 2 bulan lebih. Semoga sihat dan selamat bersama kandungan :)

Salam Cinta dan Kejayaan!

{ 13 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Kenapa Lelaki Tinggalkan Wanita

by AF Hazwan on December 15, 2008

Hubungan yang bermula bahagia boleh berakhir dengan kehancuran.

Kenapa pasangan anda sanggup meninggalkan anda?

Pernahkah anda terfikir apakah sebab utama yang menyebabkan pasangan anda (kini bekas pasangan) sanggup melepaskan ikatan cinta terhadap anda dan memilih insan yang lain sebagai ganti?

Pada perkongsian kali ini, saya akan membicarakan satu tajuk yang sensitif, iaitu :

Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita

Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk mejadi khalifah di muka bumi ini.  Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.

Perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh sesama sendiri demi memilikinya. Perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup memberi sepenuh kasih sayang dan cinta  yang tidak berbelah bagi terhadap wanita.

Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka , kaum lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.

Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan…

PENGHARGAAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya.

Biar saya terangkan.

Sewaktu mula hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri- menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.

Hangat. Mesra. Indah….

Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.

Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.

Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi

“Aku tidak menghargai kau lagi”.

    1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…

Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.

    2 Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…

Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

    3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…

Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.

Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.

Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.

Jika anda seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan anda. Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif(push and pull) mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.

Itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki  menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh memberinya satu PENGHARGAAN yang ikhlas.

Pada perkongsian hadapan, saya akan membincangkan mengapa Wanita Meninggalkan Lelaki :)

Hazwan

“Penggali Rahsia Ilmu Cinta Moden”

{ 29 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...