From the monthly archives:

January 2009

Panduan Ringkas Seni Berbual Mencari Cinta

by AF Hazwan on January 31, 2009

Salam sejahtera pencinta sekalian.

Kembali Bersinar

Jika anda perasan, sudah agak lama saya tidak update kandungan blog Seni Cinta ini. Ini disebabkan saya sibuk menguruskan beberapa hal peribadi dan juga perniagaan saya ( Lihat, hidup saya bukan jiwang karat saje :) ).

Oleh itu, pada posting kali ini, saya hendak mengajak anda bersama-sama merenung dan mengingati saat hidup anda sedalam-dalamnya setelah anda membaca soalan ini :

Mahukan anda mempelajari seni berbual yang membolehkan anda memulakan, mengekalkan, dan mengakhiri perbualan dengan hebat lebih-lebih lagi dengan insan istimewa yang berada di hati anda sekarang- tidak kira anda sudah berpunya atau sedang mencari pasangan istimewa?

Keluar Dari Kelompok Kumpulan Biasa

Jika anda sedar, kebolehan seseorang untuk berbual adalah faktor utama yang memisahkan dirinya dengan sekelompok insan lain yang tidak mempunyai kebolehan untuk berbual. Seni berbual yang saya maksudkan di sini adalah kebolehan untuk memulakan perbualan, mengekalkan perbualan, dan mengakhiri perbualan dengan impak yang secukupnya. Pendek kata, seseorang yang mempunyai kebolehan berbual akan membuat orang yang terlibat sekali di dalam perbualan itu merasai satu aura dan energi positif terhadap insan yang memulakan perbualan tersebut.

Mengharapkan Sesuatu Yang Mustahil

Saya tahu, ada di kalangan anda yang membaca tulisan ini sedang berada di dalam situasi yang tidak senang duduk, anda merasakan satu keindahan…

…hati anda sedang memanggil-manggil namanya, fikiran anda asyik terbayang wajahnya, segala perbuatannya anda boleh ingat dengan mudah sekali, tapi…

…anda tidak mampu berbuat apa, kerana satu-satu benda yang menghalang anda sekarang ini adalah…

…anda tidak tahu bagaimana memulakan perbualan! Jika tahu pun, anda takut perbualan anda menjadi hambar, kosong, dan membosankan – sesiapa pun akan menjauhi anda sekiranya anda tidak mampu memaut mereka dengan teknik perbualan yang betul.

Berhenti! Saya akan kongsikan 3 teknik rahsia seni berbual untuk anda latih dan lakukan serta merta mulai dari saat selepas anda habis membaca artikel ini.

3 Strategi Seni Berbual Mencari Cinta

1. Beri Tumpuan Kepada Pihak Kedua

Teknik pertama yang saya hendak anda betul-betul sematkan di dalam minda anda adalah, beri tumpuan dan fokus terhadap pihak kedua iaitu si dia.

Dale Carnegie, pakar komunikasi prolifik pernah berkata, ” Adalah lebih mudah untuk berminat terhadap seseorang daripada membuat seseorang itu berminat terhadap kita”.

Betapa benarnya kata seorang pakar komunikasi lagenda di atas kan?  Saya setuju dengan pendapatnya.

Jadi, mulai harini, saya nak anda beri tumpuan terhadap insan yang terlibat di dalam perbualan dengan anda. Anda harus belajar menjadi pendengar yang baik. Anda dengar betul-betul apa yang si dia perkatakan dan jika anda mendapati ‘point’ yang anda boleh masuk, baru anda masuk.

Ramai lelaki pemalu keliru apabila diberi nasihat untuk mendengar. Pada anggapan mereka, mendengar itu setakat mendengar. Itu sahaja. Apa yang saya hendak anda mula lakukan adalah, mendegar secara aktif atau dalam bahasa Inggerisnya “Active Listening”.

Bagaimana hendak melakukan “Active Listening”? Begini caranya.

Seseorang yang terlibat di dalam perbualan, secara sifat kemanusiannya, suka bercakap mengenai kisah diri sendiri, itulah lumrahnya. Jadi anda sebagai pendengar yang aktif, and sudah menjimatkan beberapa isi topik perbualan, kerana pihak kedua sibuk bercerita. Tugas anda pada fasa ini adalah untuk memberi sentuhan ajaib seperti :

“Wow..”

“Oh yeke?, menarik tu”

“OK, teruskan…”

“Selepas tu, apa yang berlaku?”

No way!”

Perkara yang paling menarik tentang teknik ini adalah, jika anda menguasainya dan bijak untuk memberi sentuhan ajaib anda di dalam sesebuah perbualan ( ibarat mencampak rempah ratus di dalam masakan), pihak kedua biasanya tidak sedar bahawa merekalah yang paling banyak bercakap di dalam perbualan tersebut, tambahan, si dia merasakan bahawa anda ni seorang yang cool, mudah didekati dan ‘friendly’ ( label seperti ini adalah langkah pertama anda untuk menawan hati si dia).

2. Jadilah Pemimpin Di Dalam Perbualan

Satu fakta dan hakikat yang tidak semua orang tahu adalah :

“Manusia sentiasa mencari seseorang untuk diikuti”.

Berkurun lamanya, manusia mengabdikan dirinya mengikuti ketua dan pemimpin yang disanjunginya.

Begitu juga di dalam sesebuah perbualan. Jika anda tidak memain peranan sebagai pemimpin di dalam perbualan anda, jangan harap anda akan menikmati sebuah perbualan yang menarik. Perbualan anda akan menjadi hambar. Mati.

Biarpun anda sedang aktif mendengar, itu tidak bermakna anda harus diam sahaja ketika sesebuah topik sudah berakhir. Tugas anda sebagai pemimpin di dalam perbualan adalah untuk bersedia untuk memulakan topik baru atau secara senyap (under the radar) mengajak pihak kedua untuk terus bercakap dengan menggunakan teknik seperti yang dikongsi di strategi pertama.

Satu tips untuk memanjangkan dan mengajak si dia menyambung perbualan dengan anda adalah dengan bertanya soalan yang terbuka. Untuk menerangkan soalan terbukak, biar saya terangkan apa itu soalan tertutup terlebih dahulu.

Soalan tertutup biasanya ditanya dengan harapan untuk mendapat jawapan YA atau TIDAK. Contoh soalan tertutup adalah :

“Awak suka aiskrim tak?”

“Awak dah makan?”

“Hujung minggu nak pegi berkelah tak”?

Soalan tertutup seperti contoh di atas adalah jalan pintas untuk mematikan sesebuah perbualan. Habis cerita.

Soalan terbukak pula akan meransang pihak yang mendengar menghurai atau menjelaskan secara lebih dalam lagi untuk menjawab soalan tersebut. Ini kerana saoalan terbuka tidak memerlukan jawapan digital seperti YA dan TIDAK, kerana amat pelik untuk seseorang menjawab seoalan terbuka seperti, “Apa pandangan awak tentang cerita tadi?” dengan jawapan YA atau TIdak. Pelik bukan?

Jadi sentiasa bersedia untuk bertanyakan soalan yang terbuka yang boleh mengajak si dia untuk lebih melibatkan diri dengan perbualan anda.

3. Gunakan Pujian Sebagai Ganjaran

Pujian atau penghargaan adalah benda yang paling disukai oleh manusia, tidak kira secara langsung atau tidak langsung. Biarpun kita pernah melihat orang yang seperti tidak suka dipuji, sebenarnya jauh di sudut hatinya, ingin menikmati pujian dan penghargaan.

Jadi, di dalam perbualan anda, gunakan pujian dan penghargaan sebagai ganjaran untuk diberikan kepada si dia yang telah banyak bercakap (hanya anda yang tahu fakta ini :) ).

Contoh struktur ayat yang anda boleh gunakan untuk memberi penghargaan dan pujian di dalam perbualan anda :

“Awak tahu tak, awaklah yang lelaki/perempuan paling cool yang saya pernah jumpa di <tempat> ni”

“Kebanyakan <kumpulan> yang saya jumpa tidak pernah se <masukkan pujian> awak”

Apa pendapat anda? Menarik bukan 3 strategi seni berbual mencari cinta di atas. Setiap orang memang dilahirkan sebagai seorang pendiam dan tidak pandai berbual. Namun, zaman untuk berfikiran begitu sudah berakhir. Sekarang adalah zaman di mana kajian neorology dan psikologi telah membuktikan bahawa setiap perilaku dan kebolehan boleh dipelajari dengan strategi dan teknik yang betul ( Sila rujuk ilmu kajian NLP di internet).

Sedang anda membaca sehingga tahap ini, anda boleh merasakan bahawa betapa senangnya untuk mencuba ketiga-tiga strategi di atas kepada insan istimewa anda dan sesiapa sahaja.

Ingat, jika anda tidak melakukan apa-apa tindakan, maka peluang anda adalah kosong, ’0′, ZERO.

Tetapi jika anda sekurang-kurangnya berani mencuba setelah dilengkapi oleh ilmu saya saya kongsikan di atas, maka peluang anda tetap ada.

Mencari rakan lama untuk berbual

{ 3 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...
dilema-cinta

Dilema Cinta?

by AF Hazwan on January 6, 2009

dilema-cinta
Photo by Suchitra

Apabila terbina sesebuah hubungan cinta, kebiasaannya hubungan cinta tersebut adalah HANGAT.  Kehangatan yang saya maksudkan adalah dari segi KEKERAPAN;

1. Kekerapan untuk berhubung (call, sms, mms, email, online)

2. Kekerapan untuk berjumpa

3. Kekerapan untuk memahami antara satu sama lain

4. Kekerapan untuk saling memberi dan menerima

5. Kekerapan untuk melakukan aktiviti bersama

Itu adalah contoh untuk kehebatan cinta di awal perhubungan cinta. Saya yakin dan pasti anda sedar kekerapan tersebut ada di dalam perhubungan cinta anda.

Persoalannya adalah,

DILEMMA… Anda Tertanya- tanya… Anda mulai mempersoalkan pelbagai perkara yang melibatkan pasangan anda dan masa depan anda berdua. Anda mulai RISAU, terasa KEHANGATAN hubungan anda mulai sejuk. Antara beberapa perkara yang mungkin menjadi PERSOALAN dan KERISAUAN anda mungkin;

1. Pasangan anda didapati curang (wujud orang ke-3)

2. Pasangan anda mula mengharapkan sesuatu yang diLuar kemampuan anda.

3. Pasangan anda mula mengongkong atau menyekat “social lifes” anda.

4. Pasangan anda mula mengasingkan diri daripada anda.

5. Pasangan anda mula menunjukkan sifat- sifat yang kurang anda senangi.

Sekali lagi saya yakin dan pasti, PERSOALAN di atas pasti anda alami walaupun wujud ribuan persoalan yang lain…

Tarik nafas dan Rilekss… Usah terlampau risau.. Ini adalah cabaran anda di dalam proses mengenali perhubugan cinta. Kewujudan teman- teman anda disekeliling akan banyak membantu anda untuk mengatasi cabaran dilema cinta anda. :)

Tips untuk mengatasi dilema cinta adalah seperti berikut;

Langkah 1 Kenal pasti KEKERAPAN yang melibatkan anda dan pasangan anda di awal perhubungan cinta anda.

Langkah 2 Kenal pasti PERSOALAN yang timbul di sepanjang hubungan anda dan pasangan anda yang menyebabkan anda mengalami dilema cinta.

Langkah 3 Atasi PERSOALAN ini dengan teknik yang betul, anda boleh merujuk posting sifu AF Hazwan yang lepas iaitu “3 Strategi Terbukti Untuk Hubungan Cinta yang Bahagia & Sihat”

Sentiasa terapkan prinsip “Jalan Pasti Ada Mesti Ada Cara” di dalam perhubungan cinta anda. Tiada perkara yang mustahil untuk diselesaikan di dunia ini. Jika anda inginkan perhubungan cinta yang lebih baik maka anda harus perihatin terhadap hubungan cinta anda SEKARANG!

Sentiasa ingat, “BREAK UP” adalah penyelesaian yang terakhir bagi Dilema Cinta.. :)

Salam Cinta dan Kejayaan!

{ 69 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Azam Cinta tahun baru 2009

by AF Hazwan on January 1, 2009

Selamat tahun baru 2009 kepada pencinta sekalian.

Kepada anda yang sedang bercinta, semoga bahagia dan sejahtera di samping yang tersayang. Kepada pasangan suami isteri, semoga ikatan rumahtangga anda berada di dalam keadaan yang lebih hormoni. Kepada anda yang di ambang putus cinta ataupun yang sedang putus cinta, semoga anda tabah mengharungi saat ini dengan kekuatan yang sememangnya ada pada diri anda. Kepada yang masih single dan masih tercari- cari pasangan, usah risau, jalan pasti ada mesti ada cara.

Sempena tahun baru 2009 ini, Seni Cinta mempunyai azam tersendiri iaitu untuk mencapai visi dan misi Seni Cinta. Berikut adalah visi dan misi Seni Cinta bagi tahun 2009 :

Visi : Menjadi Solusi No.1 Masalah Cinta di Malaysia

Misi: Membantu Lebih Ramai Insan Menyelesaikan Masalah Cinta Mereka

Kejayaan tidak datang dengan mudah. Kejayaan Seni Cinta pada hari ini bermula dengan satu NIAT. Saya, Hazwan, seorang bekas pencinta kecewa, hanya ingin membantu lebih ramai pasangan yang bermasalah di dalam hubungan cinta mereka mencari satu titik fokus- menuju ke arah hubungan yang bahagia.

Saya ingin mewujudkan satu keadaan di mana anda boleh berkata :

“Dulu bukan main susah lagi nak cari panduan untuk menyelesaikan masalah cinta. Kini, terdapat pelbagai panduan dengan tajuk yang spesifik di dalam bidang cinta, terpulang kepada kita untuk menuntut ilmu daripada panduan tersebut atau tidak.”

Saya bermula dengan menghasilkan Panduan Ebook Seni Selamatkan Cinta, khusus untuk sesiapa sahaja yang sedang mengalami penderitaan dan permasalahan di dalam hubungan mereka. Saya simpulkan segala strategi dan teknik saya ke dalam sebuah panduan berbentuk ebook yang padat, agar senang dibaca, difahami dan sejurusnya dipratik untuk menikmati hasil yang berkesan.

Saya juga telah mewujudkan Blog Seni Cinta yang dijalankan oleh saya dan juga beberapa orang rakan sehaluan. Saya menggelar komuniti ini sebagai Team Seni Cinta. Selain dianggotai oleh saya sendiri, terdapat 3 lagi pencinta yang menyumbang pengalaman dan pengetahuan mereka untuk memantapkan lagi kandungan strategi dan tips yang dikongsi di blog ini.

Mereka adalah :

Saudara,

Awang Fahd a.k.a. Fahd- Pengkhususan di dalam bidang motivasi cinta dan juga photo editor di Blog Seni Cinta. Jika saya sibuk, Fahd lah yang mengambil alih tugas konsultasi pelanggan Seni Cinta melalui YM dan Gtalk. Pengalaman dulunya yang pernah menghadiri seminar Pakar Motivasi Gan Ah Seng dan juga Dato’ Dr Azman Ching memang mempengarui kemampuannya untuk menjiwai dan mendidik insan yang memerlukan bantuannya. 

Mohd Johari a.k.a Joe – Seorang Internet Marketer, Copywriter dan juga Pencinta.Pengkhususan di dalam bidang Cinta Jarak Jauh. Beliau sememangnya pakar dan berpengalaman di dalam teknik ‘di luar kotak fikiran’ untuk mengekalkan cinta jarak jauh. Beliau sekarang tengah melakukan ‘deep research’ mengenai teknik mengekalkan hubungan cinta jarak jauh. 

Hafeez – Seorang yang suka berterus terang. Suka menyampaikan idea secara ‘direct’. Beliau fokus di dalam bidang ilmu hubungan INTIM intim setelah menyedari bahawa faktor keintiman sesebuah hubungan boleh disamakan dengan tiang rumah. Runtuhnya hubungan intim di dalam sesebuah hubungan, maka sudah pasti hubungan tersebut tidak stabil. Beliau sekarang tengah mengkaji ilmu keintiman lagenda seperti Karmasutra dan juga ilmu dari Barat untuk menghasilkan panduan keintiman cinta berlandaskan ajaran Islam dan untuk kesesuaian masyarakat kita.

Jadi, di tahun baru ini, Blog Seni Cinta akan membincangkan 2 topik hot permintaan tinggi iaitu CINTA JARAK JAUH dan 18SX (edukasi keintiman).

Saya terkejut kerana inspirasi untuk menjadikan Seni Cinta sebagai solusi no.1 kepada masalah cinta di Malaysia datang dalam bentuk ilham atau energi. Ianya seperti anda asyik memikirkan sesuatu perkara dan akhirnya sebuah idea (‘aha!’) datang. Cuma terpulang kepada anda untuk melakukan TINDAKAN terhadap ilham tersebut atau tidak. Saya MEMILIH untuk mengambil TINDAKAN.

Akhir sekali, saya menyeru anda supaya sama-sama kita berdoa agar masyarakat kita hidup di dalam keadaan bahagia, harmoni dan gembira. Keadaan kegawatan ekonomi, penghinaan kefahaman agama, bencana alam dan juga isu negatif politik negara amat menyedihkan.

Keputusan terletak di tangan kita sendiri sama ada untuk membiarkan kehidupan kita dibawa arus seperti arus deras sungai atau anda boleh membuat pilihan di dalam hidup anda, umpama anda mendayung untuk menuju ke arah laluan anak sungai kecil agar tidak dihanyuti arus deras ke arah air terjun.

Salam Jaya saya ucapkan kepada anda. Jadikan tahun 2009 sebagai ‘second chance’ atau apa sahaja untuk mengingatkan anda bahawa, PELUANG sentiasa ada.

Pastikan bagi semalam bagaikan mimpi, dan esok hanyalah khayalan, tetapi hari ini tetap hidup dengan lebih baik, menjadikan setiap semalam, mimpi yang menggembirakan dan esok – sebuah khayalan yang diharapkan :)

“Peneroka Ilmu Menyelamatkan Cinta”

{ 8 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...