From the monthly archives:

October 2009

AF Hazwan Menjawab Soalan Cinta Di Sini

by AF Hazwan on October 24, 2009

Mulai dari sekarang, Hazwan akan menjawab soalan cinta anda secara LIVE di sini…
Sila kunjungi laman ini dengan kerap untuk mengikuti perkembangan terkini soalan-soalan cinta KISAH BENAR dari anda dan rakan-rakan lain.
Nama pengirim soalan tidak akan didedahkan seperti yang dijanjikan dengan pengirim soalan.

Soalan # 1 :
Slm AF Hazwan, saya baru berkenalan dengan sorang awek ni. Kitorang suka sama suka so in the end kitorang couple. Masalahnya, sekarang Ex bf dia slalu call. Mula-mula gf saya tak layan, tapi lama-lama makin menjadi. Pernah satu masa dia susah dihubungi, dan bila dia angkat dia kata ” i dengan dia ni, nanti kita ckp lagi k”. hancurrrr hatiii ni. Tolong lah saya apa patut saya lakukan?
Jawapan AF Hazwan
Nampaknya kamu menjalin hubungan dengan dia yang pada ketika itu sebenarnya masih belum bersedia untuk menjalin hubungan lagi.
Gf kamu sebenarnya masih keliru dengan perasannya. Kita mudah tertarik dengan seseorang yang tidak berada di hadapan kita. Gf kamu ni pernah bersama dengan lelaki yang pandai memanipulasi perasaannya. Dia suka lelaki begini.
Memandangkan kamu masih muda lagi, Hazwan nasihatkan kamu untuk MELEPASKAN dia dan biar dia dan kamu sendiri MOVE ON.
Post-post terbaru berada di bawah bahagian soalan sticky ini; Sila skrol ke bawah untuk membacanya dan jangan lupa untuk meninggalkan komen anda! Jika anda ada soalan atau ada perkara yang ingin anda luahkan setelah membaca, boleh lakukannya di post sticky ini. :)

Mulai dari sekarang, Hazwan akan menjawab soalan cinta anda satu per satu secara LIVE di sini…


Sila kunjungi laman ini dengan kerap untuk mengikuti perkembangan terkini soalan-soalan cinta KISAH BENAR dari anda dan rakan-rakan lain.

Berikut adalah antara petikan soalan yang akan ditambah di ruangan ini dari semasa ke semasa.

=========================================
Pilihan Soalan-soalan Cinta Blog Seni Cinta
=========================================

Soalan # 1 :

Slm AF Hazwan, saya baru berkenalan dengan sorang awek ni. Kitorang suka sama suka so in the end kitorang couple. Masalahnya, sekarang Ex bf dia slalu call. Mula-mula gf saya tak layan, tapi lama-lama makin menjadi. Pernah satu masa dia susah dihubungi, dan bila dia angkat dia kata ” i dengan dia ni, nanti kita ckp lagi k”. hancurrrr hatiii ni. Tolong lah saya apa patut saya lakukan?

-Jawapan AF Hazwan-

Nampaknya kamu menjalin hubungan dengan dia yang pada ketika itu sebenarnya masih belum bersedia untuk menjalin hubungan lagi.

Gf kamu sebenarnya masih keliru dengan perasannya. Kita mudah tertarik dengan seseorang yang tidak berada di hadapan kita. Gf kamu ni pernah bersama dengan lelaki yang pandai memanipulasi perasaannya. Dia suka lelaki begini.

Memandangkan kamu masih muda lagi, Hazwan nasihatkan kamu untuk MELEPASKAN dia dan biar dia dan kamu sendiri MOVE ON.

Soalan #2:

macam mana saya nak tahu sama da teman lelaki saya bercakap benar selama kami berkawan?saya selalu syak dia curang dengan saya kerana sebelum ini dia pernah tipu saya dan curang dengan saya.patotkah saya percayakan dia lagi?macam mana saya nak hilangkan perasaan syak wasangka dengan nya?bantulah saya,saya keliru sangat2..

-Jawapan AF Hazwan-

Saya pernah terbaca ayat berkaitan situasi anda yang berbunyi, ” Perkara paling buruk seorang wanita boleh lakukan adalah apabila dia mengharapkan perkara paling buruk untuk berlaku kepada dirinya”

Lakukan 2 perkara ini.

1. Bina komunikasi terbuka di antara anda dan pasangan anda. Ini penting untuk anda mengekspresi ketakutan dan kerisauan anda kepada pasangan anda agar kedua-dua pihak boleh mendapat manfaat.

2. Dalam perbincangan, jangan ‘menghentam’ dia secara peribadi, tetapi fokus kepada isu yang anda berdua sedang hadapi.

Soalan #3:

bagaimana nak tahu sama ada seseorang yang kita kenali menyukai kita atau tidak?

-Jawapan AF Hazwan-

1.  Uji ruang peribadinya. Setiap orang ada ruang peribadi mereka sendiri. Apabila dia tertarik kepada seseorang, ruang peribadi dia lebih terbuka. Anda boleh uji samaada dia terbuka untuk anda dengan menghampiri si dia secara lebih intim (tidak melampui batas).

2. Perhatikan bahasa tubuh dia. Jika dia kelihatan seperti mencari jalan untuk merapati anda atau berkelakuan gentlemen/ayu ketika bersama anda, itu maknanya dia tertarik kepada anda.

3. Dengar apa dia cakap. Jika ada boleh tangkap satu ayat yang berbunyi, ” Saya suka kat sorang ni, boleh saya minta nasihat awak?” atau ” Bukan senang nak jumpa kawan macam awak, biasanya kawan yang saya kenali suka lebih-lebih (menyemberangi sempadan)”, itu maknanya anda sudah pasti si dia hanya ingin berkawan dengan anda.

==

Jika anda juga ada soalan berkenaan masalah atau situasi hubungan cinta anda, anda boleh tulis soalan anda di ruangan komen di bawah. Hazwan akan analisa dan jawab soalan anda dari semasa ke semasa.

Soalan bertuah akan diletakkan di ruangan seperti di atas agar dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan kita yang lain.

Jadi, apa tunggu lagi. Tulis soalan cinta anda di bawah, HARI INI juga.

arrow

{ 112 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Cinta Anda Masih Boleh Diselamatkan LIVE!

by Mr X on October 24, 2009


Cinta Diselamatkan LIVE Anthony Robbins

Anthony Robbins dalam salah satu seminarnya melakukan satu sesi “Intervention” secara LIVE. Cinta anda masih boleh diselamatkan jika anda:

  1. Tahu anda dalam masalah
  2. Bersedia untuk mengubah kepercayaan anda
  3. Menggantikan kepercaya (masalah diri) anda tadi dengan kepercayaan yang lebih hebat
  4. Anda boleh melakukannya seorang tanpa penyertaan pasangan anda.
  5. Commit 100%!

{ 1 comment }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Sejak 3 tahun saya ‘berjuang’ di dunia internet dengan visi “Memberi Pendidikan Cinta Yang Tidak Pernah Diajar Di Sekolah” dan menulis buku praktikal Seni Selamatkan Cinta, saya sering dihujani soalan-soalan dari golongan hawa tentang bagaimana untuk membuat lelaki tertarik kepada mereka.

Bagi yang tergolong di dalam kategori ini, anda perlu tinggalkan apa yang anda lakukan sekarang dan beri perhatian 110% terhadap setiap ayat seterusnya di bawah kerana anda akan di bawa ke satu perjalanan yang boleh mengubah kepercayaan asal anda mengenai kebolehan anda menarik lelaki idaman. Ok teruskan.

Ada jenis soalan yang saya jawab dengan penuh analisis beserta strategi langkah demi langkah berkesan (hint: bukan puisi cinta, kata cinta, ayat cinta etc.) dan ada juga yang saya rasa malas nak jawab panjang lebar. Apakah sebabnya?

Sebabnya dengan kandungan soalan itu sahaja saya boleh mengetahui kemungkinan untuk seseorang ini berjaya menarik lelaki atau sekurang-kurangnya melakukan langkah pertama dalam masa 24 jam (dengan strategi berkesan saya) atau panjang lagi ceritanya untuk seseorang ini boleh menarik lelaki ke dalam kehidupan lonelynya.

Kepercayaan Kendiri Anda Mempengaruhi Kejayaan Anda Dan Ianya Bukan Salah Anda

Antara sebab utama yang saya dapati menjadi penghalang kepada kejayaan mereka menarik lelaki ke dalam kehidupan mereka adalah limitasi kepercayaan kendiri (self limiting belief) yang berbunyi…

“Saya Tak Cukup Menarik Untuk Buat Dia Tertarik Kepada Saya”

Variasi daripada penyataan dia atas adalah :

“Tidak mungkin dia akan tertarik kepada saya yang gemuk ini”

“Saya asyik gagal sebelum ini. Sudah pasti saya akan gagal lagi kali ini”

“Saya terlalu (isi tempat kosong). Dia tidak akan suka kepada saya”

Lihat. Inilah yang dinamakan sebagai limitasi kepercayaan kendiri. Anda sendiri telah mengukir peraturan tersebut di dinding minda anda. Anda sendiri sebenarnya tidak tahu kepercayaan anda itu benar atau tidak. Tetapi, disebabkan selalu sangat disebut dan difikirkan seperti satu doa, akhirnya anda percaya bulat-bulat bahawa anda memang sepeti yang anda fikirkan/percayakan.

Hakikatnya, bukan salah anda kerana anda mempunyai kepercayaan yang melimitasikan peluang anda untuk berjaya. Tiada siapa yang membimbing anda sebelum ini. Tidak hairanlah anda membentuk kepercayaan anda berdasarkan situasi dan sejarah hidup anda — di mana mulai hari ini, anda akan menjadi penentu kepercayaan baru anda.

Apa Kaitan Menjadi Wanita Idaman Lelaki Dengan Roger Bannister?

Sehingga 60 tahun dahulu, tiada sapa pernah terfikir bahawa manusia boleh berlari sejauh 4 batu dalam masa kurang dari 1 minit sehinggalah seorang yang bernama Roger Bannister, memecah rekod larian 9 tahun sebelumnya dengan catatan masa 3 minit 59.3 saat. Rekod terbaik sembilan tahun sebelumnya adalah 4 minit 1.4 saat. Apa yang membuatkan lama sangat untuk seseorang memecah rekod ini?

Sebenarnya sejak tahun 1852, kepercayaan masyarakat mengenai kebolehan manusia dipengaruhi oleh saintis masa tersebut bahawa membuat larian sejauh 4 batu adalah mustahil sama sekali. Akhirnya rekod itu dipecahkan oleh Roger Bannister setelah mengubah kepercayaannya dan disertakan usaha keras (+ teknik yang betul).

Yang lucunya(bagi saya), agaknya berapa lamakah selepas Roger memecah rekod larian 4 batu untuk orang seterusnya memecah rekod baru? 4 tahun? 2 tahun? Jawapannya : 46 Hari ( dipecahkan oleh pelari Finland, John Landy)

Lihat. Anda mungkin yakin bahawa apa yang anda percaya adalah benar. Tetapi sebenarnya anda boleh memecahkan kepercayaan yang membataskan kejayaan anda itu dan menukar kepercayaan anda menjadi lebih positif — membantu anda mencapai matlamat anda.

Fikirkan. Apa kemungkinan anda boleh menarik lelaki idaman anda ke dalam hidup anda sekiranya anda percaya bahawa anda mempunyai daya penarik unik yang boleh membuat si dia tertarik kepada anda–tidak kira berapa kali anda putus cinta?

Jika sebelum ini kepercayaan anda berbentuk segi tiga, dan anda melihat objek di sekeliling anda semuanya bentuk segi tiga, maka sekarang, setelah anda berjaya memecahkan limitasi kepercayaan anda, kepercayaan anda adalah seperti bentuk bulat — anda melihat objek di sekeliling anda dengan bentuk dan persepektif berbeza.

Sekarang Tiba Masanya Untuk Menjadi Proaktif

Setelah anda berjaya menjadikan menjadikan kepercayaan kendiri anda sebagai rakan karib di dalam perjuangan anda, sudah tiba masanya untuk anda menjadi PROAKTIF.

Tips ringkas saya untuk menjadi wanita proaktif :

  • Jangan jadi wanita yang suka menunggu sesuatu terjadi kepada diri sendiri.
  • Jangan jadi wanita yang hanya melihat rakan kamu keluar dengan lelaki menarik.
  • Jangan jadi wanita yang membiarkan hidup kamu berlalu begitu sahaja dan menyesal di kemudian hari.
  • Jangan jadi wanita yang tidak melakukan tindakan lanjut untuk menjadi wanita idaman lelaki.

Pada masa hadapan, saya akan mengupas mengenai bagaimana untuk menjadi wanita idaman lelaki hasil dari kajian saya terhadap 5 responden berbeza latar belakang (nampaknya kandungan Seni Cinta menjadi semakin agresif :)

-Saya Fikir-

Pasti ada di antara anda, tidak kira adam atau hawa mempunyai tips atau nasihat mengenai isu yang jarang kita ambil perhatian di atas (Hint: Siapa yang skip, sila baca sekarang). Saya harap anda semua boleh berkongsi di ruangan komen di bawah.

{ 19 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Jangan Takut Kahwin (Awal)

by AF Hazwan on October 8, 2009

Jangan Takut Kahwin!
Dah lama bercinta, atau baru bercinta atau baru sahaja berkenalan? Anda pasti pasangan anda yang paling sesuai? Anda pasti pasangan anda syurga anda?
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang. Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama. Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya. Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

arrowDownRed

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

-Nota-

Apa pendapat anda mengenai kisah benar di atas?

{ 74 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Jika Cinta Itu Mudah

by Mr X on October 4, 2009

Berikut adalah antara perkara yang selalu kita dengar mengenai cinta:

Cinta itu buta

Cinta itu tidak perlu dicari, ia akan datang sendiri bila tiba masanya

Jauh di mata, jauh di hati

Cinta tidak boleh selalu bertemu, nanti boring

Cinta selepas kahwin itu lebih manis

Cinta jarak jauh ni susah nak kekal lama

Dan saya yakin banyak lagi cliche mengenai cinta yang sering anda dengar. Anda boleh tambahkan sendiri.  Tidak cukup dengan itu, novel-novel cinta yang banyak di pasaran juga memomokkan kepada pembacanya mengenai ideal cinta yang banyak memesongkan pandangan eligible bachelor & bacheloratte di luar sana, sehingga mempunyai expectation yang bukan-bukan kepada cinta. Antaranya:

1) Apabila ada cinta, setiap pertentangan mata akan menimbulkan getaran.

2) Si lelakinya segak bergaya, biasanya dengan kereta yang turut bergaya. Sudahlah tampan, bersopan santun dan sanggup menerima wanita tersebut seadanya pula.

3) Yang wanitanya lemah gemalai dan mudah tersentuh. Begitu sensitif jiwanya dan mudah cair dengan hantaran bunga ataupun sajak romantika.

4) Yang lebih teruk, lelaki atau wanita yang jahat selalunya akan insaf dihujung cerita dan berbahagialah watak-watak tersebut sehingga ke akhir usia.

Wow, membaca cliche yang terakhir sahaja pun sudah boleh membuatkan saya termuntah.

Dunia sebenar bukan novel. Memang ada orang yang insaf dan berubah, tetapi lebih banyak orang yang jahat tidak baik-baik. Orang sahaja yang mengharap dia berubah. Dan ada juga orang yang berubah dari baik kepada jahat. Ini semua berlaku di dunia yang nyata yang kita perlu sedari.

Cinta tidak semudah ABC. Cinta mempunyai tafsiran yang pelbagai. Sebelum anda menuduh saya sebagai seorang yang skeptik di dalam cinta, biar saya memperkenalkan diri saya dahulu.

Hampir setahun yang dahulu, jika cinta ini adalah batu permata, saya sudah pasti cincinnya. Saya mempunyai cinta, dan saya mempercayainya. Saya yakin saya telah bertemu dengan jodoh saya. Kami telah bercinta selama 3 tahun 8 bulan. Keluarga kami juga telah tahu mengenai hubungan kami dan merestuinya. Cadangan saya, 2 tahun setelah graduasi kami akan berkahwin. Cadangan Si Dia, kami akan berkahwin secepat mungkin selepas graduasi atau setelah saya membeli kereta Vios.

Semuanya baik. Bahkan seminggu sebelum Syawal 2008, semester akhir pengajian saya kami bertemu dan saya boleh katakan itu adalah pertemuan paling bahagia kami sepanjang 3 tahun lebih perkenalan. Saya menghadiahkannya dengan seutas jam tangan Elle, jam idamannya sejak sekian lama dan juga kami membeli-belah untuk hadiah hari raya buat keluarganya.

Sungguh bahagia. Si dia tidak lagi sebak sewaktu kami hendak berpisah seperti yang biasa terjadi ketika awal-awal pertemuan kami dahulu (biasanya kami bertemu 2 bulan sekali secara purata kerana si dia menuntut di Penang dan saya di Perak), tetapi tidak ada kesalahan lagi, cinta itu di situ dan kami saling sayang menyayangi.

Saya sangat menyayanginya. Saya jangkakan kehidupan cinta saya sudah terjamin. Biasanya jika lelaki tidak mencari pasal, wanita tidak akan mencari pasal juga untuk meruntuhkan hubungan itu. Rakan karibnya pernah memberitahu saya yang saya terlalu memanjakannya yang saya rasa tidak tepat. Si dia sering merungut kepada saya bahawa si dia tidak menyenangi prinsip hidup saya. (Saya percaya hidup dengan kemampuan kita dan tidak terikut-ikut dengan cara hidup orang lain). Walaupun begitu, saya sering juga menghadiahkannya sesuatu yang saya tahu diingini si dia sebagai “surprise”. Beg tangan, mp3 player berjenama, dinner dan lunch di restoran-restoran terkenal dan termasuk juga tiket-tiket kapal terbang. Si dia tidak biasa dengan semua ini, maka si dia sudah tentulah sangat gembira. Mungkin inilah yang rakan karibnya maksudkan sebagai terlampau memanjakan.

Bagi saya mudah. Hidup berdasarkan kemampuan dan kurang sedikit. Saya tidak kata tidak boleh beli itu, tidak boleh beli ini. Jika kita mampu beli dan tidak menyusahkan hidup, beli. Jika kita tidak mampu buat cara tidak mampu. Segala hadiah-hadiah yang saya berikan kerana saya mampu, dan ia tidak menyusahkan saya sebaliknya membahagiakan. Saya bahagia melihat si dia gembira. Tetapi saya tetap mengingatkannya, bersyukur dan jangan hidup kita dipengaruhi keputusan membeli orang lain. Mungkin ini yang merimaskan si dia.

Masa graduasi telah tiba. Si dia di hantar bertugas sebagai guru di kampung halamannya. Tinggal dengan ibu dan bapa. Berdekatan juga dengan kakaknya. Sudah tentulah tiada masalahnya. Si dia juga telah mempunyai kereta sendiri. Walaupun cuma Kancil, tetapi perasaan setelah mula mempunyai sedikit wang bisa merubah hati.

Si dia rasa si dia tidak lagi memerlukan saya kerana wang gajinya mungkin telah dirasakan membuka matanya dengan luas (ini tanggapan saya). Tiba-tiba beliau bermain cinta dengan kenalan sekampung yang berhari raya (bukan kawan, cuma bermula sebagai kenalan!). Perubahan mendadak dalam tempoh kurang 1 bulan ini sungguh mengelirukan ibu dan kakaknya. Tidak terkata saya sendiri.

Si dia meminta kami untuk memutuskan hubungan. Dengan segala alasan yang ada di dalam buku teks “Alasan untuk memutuskan cinta”. Tidak ada cinta, tidak pernah ada cinta dll. Sungguh menghairankan.

Apabila saya merayu supaya kami berbincang dan lihat jika hubungan kami boleh diselamatkan, beliau menolak. Beliau langsung enggan bertemu. Panggilan telefon saya pun enggan dijawab. Si dia mengatakan, ia bukan salah saya. Ia salah si dia kerana memberi harapan. Selama 3 tahun tiada sepicing pun rasa cinta di hatinya (jika ia familiar, bukankan saya katakan tadi alasan-alasannya ada di dalam text book “Alasan Untuk Memutuskan Cinta?”.)

Saya tidak percaya. Kami telah bercinta selama lebih 3 tahun. Bukan tidak ada detik pahit manis kami. Bukan dia tidak pernah menangis apabila kami bertengkar. Saya petik satu, si dia menangis kerana ada delivery boy menghubunginya. Si dia sangka saya menghantar kurier untuk memulangkan semua hadiah pemberiannya. Rupa-rupanya, setelah 30 minit suspens, delivery boy tersebut menghantar kek hari jadinya. Kejutan dari saya! Dan mengalir air mata si dia terharu dan gembira. Orang lain apabila bertengkar melupakan hari jadi pasangan, tetapi saya membuat mengalah dan membuat kejutan! Sudah tentunya pertengkaran kami selesai dan si dia mengucapkan rasa cinta dan bertuahnya kerana memiliki saya sebagai pasangan.

Dalam usaha untuk menyelamatkan cinta kami, apa sahaja yang sah disisi undang-undang dan agama yang boleh dibuat telah saya buat. Saya telah cuba menghubunginya menggunakan pendekatan terbaik, saya telah ke rumahnya untuk bertemu dengan ibu bapa dan kakaknya dan mereka turut yakin dan merestui keikhlasan saya.

Di sebalik dihamburi dengan kata-kata kesat, saya dikatakan bodoh kerana masih mahu kepada orang yang tidak mahukan saya lagi.

Saya terkejut. Si dia yang saya kenali sungguh berbeza dengan si dia yang bercakap dengan saya ketika itu. Si dia seperti singa yang dirasuk! Saya tidak pernah mendengar dia menggunakan kata-kata yang tidak sepertinya itu walaupun ketika marah sebelum ini.

Itu adalah di antara sebab kenapa setelah 3 bulan didera secara mental dan verbal oleh dia, saya masih yakin hubungan kami boleh diselamatkan. Puas saya mencari alasan kenapa. Saya masih tidak faham.

Di sebalik setiap pengakuan salah dan berdosanya kepada saya kerana memutuskan “cinta yang tiada” kononnya itu, Aidilfitri ini, hampir genap setahun detik pahit itu terjadi tidak ada satu pun mesej meminta maaf darinya di hantar.Si dia masih memberitahu rakan karibnya yang saya sememangnya baik dan si dia rasa bersalah. Bahkan rakan-rakan karibnya juga menawarkan diri untuk menjadi pengganti, yang saya tolak.

Jika cinta itu mudah untuk mentafsirnya, pasti ini tidak terjadi.

Setiap dari kita merasakan cinta kita berbeza. Jika cinta itu bahagia, cinta itu lebih bahagia. Dan jika kita sedang merana, kita anggap bahawa kitalah paling sengsara.

Benarkan begitu?

Jikalah cinta itu mudah.

Dari Meja Penulis : Mr X

Mr.XMr X merupakan seorang pencinta setia yang telah dilukakan hatinya.Dari masa ke masa beliau mengimbau kembali kisah cintanya, untuk dicatatkan pengajaran kesilapan yang boleh dielakkan dan anekdot-anekdot bahagia yang pernah dinikmatinya. Nantikan kisah-kisah Mr. X,hanya di blog SeniCinta.com


{ 14 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...