From the monthly archives:

December 2009

Pasangan Anda Tidak Diterima Keluarga?

by AF Hazwan on December 23, 2009

Kisah Benar,

Farid dan Diana telah lama berkenalan menerusi faceBook dan akhirnya mereka telah jatuh cinta. Perkenalan di alam maya kini bertukar menjadi sebuah perhubungan cinta yang hebat dimana akhirnya mereka sering berjumpa dan bercinta seperti insan yang lain.

Hampir setahun mereka bercinta, akhirnya Farid berhasrat untuk memperkenalkan Diana kepada keluarganya. Pada mulanya, keluarga Farid menyenangi Diana kerana memiliki sifat- sifat yang dikategorikan sebagai “Menantu Pilihan”. Keadaan ini amat disenangi Farid dan berimpian untuk melamar Diana.

Namun, keadaan berubah apabila suatu hari ayah Farid bertanyakan kepada Farid “betulkah Farid nak pilih Diana sebagai isteri?” Farid kaku sebentar dan menjawab “Betul ayah, Farid sayang sangat kat Diana dan Farid memang nak jadikan Diana sebagai isteri Farid yang sah”…

“Ayah tak setuju la dengan pilihan Farid… Si Diana tu ayah dapat RASAKAN tak baik untuk Farid.. Sayang memang sayang tetapi kalau ayah RASAKAN tak baik tu rasanya baik Farid lupakan hasrat Farid nak memperisterikan Si Diana tu.. Ayah TAK RESTU!!

KISAH BENAR di atas adalah perkara yang benar- benar terjadi kepada Farid. Adakah anda di sini mengalami masalah yang sama?

Saya yakin dan pasti, bukan hanya Farid seorang yang menjadi mangsa kepada masalah ini. Ramai anda diluar sama sedang menghadapi masalah yang sama seperti Farid. Mempertahankan pasangan anda daripada tidak diterima keluarga anda dengan alasan “Saya sayangkan dia”, “saya cintakan dia”, “dialah segala-galanya” bukanlah penyelesaian yang efektif malah, pasti akan mewujudkan suasana tegang di antara anda dan keluarga.

Hari ini, ramai dikalangan kita yang sanggup bergaduh dan putus hubungan kekeluargaan demi mempertahankan hubungan cinta. Mengapa keadaan ini perlu berlaku sedangkan jika direnung kembali asas perhubungan cinta adalah KEBAHAGIAAN.

Apakah cara TERBAIK dan EFEKTIF untuk permasalahan cinta seperti ini?

Kali ini saya sengaja nak tinggalkan PERSOALAN kepada anda semua kerana saya yakin dan pasti dengan cara ini akan mewujudkan pelbagai jawapan dan strategi untuk membantu kita semua :)

Salam Cinta dan Kejayaan!

p/s: Sebenarnya perkara ini terjadi sendiri kepada kawan rapat Hazwan..hehehe. Saya percaya setiap permasalahan cinta PASTI ada CARA untuk mengatasinya. Mari sama- sama kita berfikir ke arah PENYELESAIAN..

{ 1 comment }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Dunia Wanita Materialistik

by AF Hazwan on December 16, 2009

Situasi A

Seorang isteri menghendakkan sebuah kereta Ferrari dan sebuah rumah banglo mewah daripada suami. Si suami menuruti segala kehendak si isteri kerana mampu dari segi kewangan. Si isteri gembira dan berpuas hati.

Situasi B

Seorang isteri menghendakkan sebuah kereta Ferarri dan sebuah rumah banglo mewah daripada suami. Si suami TIDAK menuruti kehendak si isteri walupun mampu dari segi kewangan. Si isteri sedih dan tidak berpuas hati.

Berdasarkan dua situasi di atas, saya yakin dan pasti wanita akan berasa gembira dan berpuas hati jika kehendak mereka dituruti. Jika kehendak mereka tidak dituruti, semestinya mereka akan bersedih dan tidak berpuas hati. Ini adalah lumrah kejadian wanita. Namun, adakah golongan wanita ini adalah golongan wanita materialistik?

Prada, Luis Vuitton, Chanel, Vinci, Versace dan sebagainya adalah jenama terkemuka dunia yang menjadi kegilaan ramai wanita pada abad ini. Jika diberi pilihan sama ada kereta Kancil dan BMW saya yakin dan pasti jawapannya mesti yang lebih mewah. Begitu juga dengan wang kertas RM10 dan RM 100. Semestinya yang besar akan menjadi pilihan.

Materialistik pada sudut bahasa bermaksud sifat yang mementingkan kebendaan. Pandangan umum untuk perkataan “Materialistik” adalah negatif.

Sebenarnya, kita semua adalah manusia materialistik. Jika tidak, perhatikan sendiri jam di tangan anda, perhatikan jenama pakaian anda. Anda membaca posting ini dengan menggunakan “laptop” dengan bantuan teknologi internet. Ya, kita sememangnya materialistik cuma ditahap selamat dimana kita masih lagi waras dengan pemiliihan kebendaan yang penting dan berguna untuk keperluan hidup kita.

Apakah kesan wanita materialistik terhadap perhubungan cinta anda?

Kesan daripada anda memilih wanita materialistik di dalam kehidupan cinta anda adalah terpulang kepada keadaan diri anda sendiri. Jika anda mampu daripada segi kewangan sememangnya anda mampu untuk belikan apa saja. Bagi anda yang tidak mampu semestinya “tinggalkan saja” adalah pilihan anda.

Kami di Seni Cinta sentiasa berfikiran positif dan terbuka untuk permasalahan cinta. Oleh itu, jika anda sedang bercinta dengan wanita materialstik, nasihat kami adalah cuba kaji dan fahami sejauh mana cinta dan kehendak wanita tersebut ke arah kebendaan. Jika ditahap yang melampau, anda ada dua pilihan iaitu:

  • PERTAMA – Berfikir dan bertindak ke arah kemahuan wanita tersebut
  • KEDUA – Tinggalkan wanita tersebut untuk kebaikan anda dan masa depan

Setiap pilihan pasti ada tujuan dan matlamat jangka masa panjang. kadang- kadang anda harus memilih untuk meneruskan hubungan dengan wanita yang dianggap materialistik kerana segelintir wanita seperti ini sebenarnya akan membantu anda untuk menjadi lebih maju lagi di masa yang akan datang. Jika anda betul- betul komitmen ke arah ini semestinya kereta kancil anda akan berubah menjadi BMW 5 tahun daripada sekarang. Jenama pakaian anda akan berubah menjadi lebih mahal. Wang di dalam wallet anda yang selama ini dipenuhi wang kertas Rm1 akan dipenuhi dengan wang kertas Rm100, malah wang di dalam akaun bank anda juga akan bertambah.

Oleh itu, berfikirlah ke arah sesuatu yang positif untuk anda, si dia dan hubungan cinta anda. Jangan jadikan kelemahan sebagai alasan untuk anda gagal di dalam perhubungan cinta anda. jadikan kelemahan itu sesuatu yang menghasilkan kekuatan. Anda mampu lakukannya! :)

Salam Cinta dan Kejayaan!

{ 1 comment }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Dah Jadi Bini Orang Tapi Masih Curang

by AF Hazwan on December 9, 2009

Kes curang yang melibatkan bini dan suami orang ni memang dah berleluasa sejak dulu lagi. Kepada sesiapa yang sedang berada dalam situasi ini, Hazwan berharap anda semua bersabar dan dalam masa yang sama atur langkah strategik untuk menyelesaikan masalah anda.

Kenapa terjadinya kes curang yang melibatkan pasangan yang sudah berkahwin?

“Apa best sangat ke main dengan bini orang?”, kata S (bukan nama sebenar) yang kecewa apabila isterinya digoda oleh seorang lelaki lain yang sudah ada isteri dan anak.

Respons Hazwan terhadap situasi ini juga kadang-kadang sedikit emosional kerana Hazwan boleh relate dengan pengalaman sendiri.

Dalam situasi sebegini, semua pihak harus bertanggungjawab. Bila dah jadi, kita selalunya akan mencari di mana salahnya dan kebiasannya akan menyalahkan orang lain daripada diri sendiri.

Si isteri kalau dah tahu ada lelaki lain hendak masuk ‘line’ maka janganlah terhegeh-hegeh juga kepada lelaki tu. Anda bukan lagi anak dara yang sedang menunggu sang putera untuk meminang. Stop playing the game.

Memang kita harus layan orang dengan baik. Lebih-lebih lagi lelaki tersebut rakan sekerja yang sentiasa berada di pandangan mata setiap hari. Ingatlah kepada suami dan anak di rumah.

Di sinilah pentingnya kekuatan mental dan prinsip kita untuk mengawal situasi yang bakal kita hadapi. Kehidupan ini 10% datangnya daripada apa yang menimpa kita, 90% adalah bagaimana kita bertindakbalas dengan apa yang menimpa kita.

Si suami, kalau sedar akan tanda-tanda awal isteri dah mula lain macam, maka cepat-cepatlah mengatur langkah pencegahan sebelum isteri anda digelar “isteri curang”. Lakukan apa sahaja cara untuk menambat hati isteri agar dia tidak terfikir kemungkinan lain. (untuk situasi kritikal : Ebook SeniSelamatkanCinta boleh membantu)

Kepada si lelaki yang suka main isteri orang pula, berhentilah daripada perbuatan ini kerana sesungguhnya perbuatan yang meruntuhkan rumahtangga orang ini besar dosanya (melainkan dengan niat membantu si isteri yang dizalimi oleh suaminya).

Apa kata anda?

{ 5 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...