From the monthly archives:

June 2010

Hi guys. First of all, terima kasih kerana banyak menghantar komen-komen di posting-posting blog ini. Setiap hari ada je yang hantar komen yang membina, nasihat dan tak kurang juga yang berkongsikan masalah cinta mereka.

Kerap juga saya menerima pertanyaan bagaimana untuk lupakan si dia, lebih-lebih lagi si dia adalah cinta pertama anda.

Teman-teman sekalian, cinta pertama memang cinta yang terindah sekali. Di saat kita masih ingin mengenali apakah erti kehidupan ini, hati kita terbuka untuk jatuh mahupun menerima cinta yang mendatang. Masihkah anda ingat perasaan anda ketika itu?

Namun, hidup ini seperti roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Cinta yang indah akhirnya berakhir dengan kekecewaan. Kepada yang sedang mengalami kekecewaan cinta kali pertama, maka artikel kali ini adalah untuk tatapan anda.

Kisah sedih tidak akan berakhir dengan kesedihan sahaja. Kekecewaan anda boleh diubati dengan masa yang berlalu dan perubahan pemikiran anda serta situasi di sekeliling anda.

Di bawah adalah antara langkah-langkah tindakan yang boleh anda lakukan untuk melupakan bekas kekasih cinta pertama anda.

1. Hapuskan Si Dia Dalam Hidup Anda

Si dia dah keluar daripada hidup anda. Tetapi anda masih di dalam hidup anda sendiri. Lupakan terus dia. Putuskan segala komunikasi dengan si dia, buang jauh segala benda dan perkara yang akan menyebabkan anda mengingati si dia. Sentiasa ingat cinta anda telah berakhir, tetapi hidup anda baru sahaja bermula. Ketahuilah, berakhirnya cinta anda ini bermakna, Tuhan ingin memberi ruang dan peluang yang lebih baik bagi anda.  Go for it!

2. Hargailah Perasaan Anda Dan Luahkan Dengan Seadanya

Selalunya dalam keadaan begini, kita akan cenderung untuk menyembunyikan perasaan kita. Kita berpura-pura menjadi tabah dan kuat, sedangkan hati anda sedang meraung tangisan luka yang dalam. Sebenarnya, tidak salah untuk anda menangis. Laluilah saat ini dengan semula jadi tanpa pura-pura dan takutkan orang di sekeliling anda. Semakin anda menyedari realiti dan menyelami perasaan anda mengenai berakhirnya cinta anda ini, semakin cepatlah anda boleh melupakan cinta lama anda.

3. Ketahuiah Keadaan Akan Menajadi Lebih Baik

Mulakan dengan mendengar lagu-lagu sedih. Nampak seperti nasihat bodoh, tetapi inilah yang saya lakukan ketika saya dikecewakan dulu. Dengan mendengar lagu-lagu sedih, saya akhirnya sedar bahawa bukan saya seorang yang sedih di dunia ni, ramai lagi insan yang lebih malang. Ketika itulah saya boleh melihat masa depan yang cerah bagi saya. Saya bangkit. Anda pun boleh bangkit!

Itulah tiga tips ringkas bagaimana untuk melupakan bekas kekaksih cinta pertama anda. Sebenarnya banyak lagi yang saya boleh bagi, tapi cuma untuk tatapan ringkas anda, ini sudah memadai sebagai permulaan.

Belajar ilmu dan skill baru. Anda banyak masa sekarang berbanding ketika anda asyik berkepit dengan si dia dulu. Luangkan masa untuk memperbaiki diri anda secara dalaman dan luaran. Tingkatkan penampilan anda. Cuba gaya rambut baru, fesyen baru dan minyak wangi baru. Terserah kepada anda. Yang penting, situasi yang lebih baik sedang menanti anda untuk menggapainya.

p/s : Seperti biasa, kepada sesiapa yang ingin menyelamatkan hubungan anda sebelum terlambat, dapatkan Ebook Seni Selamatkan Cinta [klik link]. Untuk pengetahuan anda buku ini tidak ada dijual di MPH ataupun kedai-kedai buku berhampiran. Saya lebih gemar dengan cara unkonvensional kerana sudah muak dan bosan dengan ‘petua-petua’ dari ‘guru-guru’ motivasi di luar sana.

{ 24 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Salam sejahtera sahabat sekalian.

Sudah lama saya tidak menulis. Well, saya tiada alasan kukuh kali ni, its personal. Tapi awas, saya masih tidak hilang ‘touch’ saya, kerana dalam diam, saya sedang mengkaji dan mempelajari pelabagai ilmu kehidupan termasuklah ilmu-ilmu kebahagiaan cinta.

Hari ini saya ingin berkongsikan mengenai cinta jarak jauh. Tidak perlu cerita panjang.

Jika anda buntu dan takut untuk bercinta jarak jauh, risau dengan kebahgiaan masa depan anda, maka 3 cara berfikir di bawah adalah perkara paling penting untuk anda pelajari harini sebelum menceburi ‘bidang’ hubungan jarak jauh anda.

1. Pemikiran Positif

Well, bunyinya cliche dan biasa-biasa sahaja. Tapi impaknya besar jika anda dengan ‘selamba’ memulakan hubungan jarak jauh tampa persediaan secukupnya dari segi mental.  Hubungan jarak jauh mempunyai RISIKO, iaitu pasangan anda mungkin berubah angin. Maka persoalannya, adakah anda bersedia untuk berfikir secara POSITIF di dalam hubungan jarak jauh anda? Think about it.

2. Pemikiran Kehadapan

Selain pemikiran positif, satu lagi pemikiran yang penting adalah untuk melihat kejayaan hubungan jarak jauh anda. Maknanya, anda boleh melihat di mana anda dan pasangan anda dalam tempoh masa tertentu. Kebiasaanya, kejayaan hubungan jarak jauh diukur melalui ikatan perkahwinan (bersatu).

Dengan pemikiran ini, anda akan dapat mengharungi cabaran jika dalam tempoh anda bercinta jarak jauh, terdapat dugaan-dugaan yang menghujani anda. Anda tahu apa yang anda mahukan. Go for it.

3. Pemikiran Kreatif

Apa yang anda dapat pada hubungan jarak jauh? NOTHING! Ya, tiada apa-apa. Anda yang syok sendiri dengan hubungan jarak jauh anda. Tetapi, siapa kata hubungan jarak jauh tidak gembira. Siapa kata hubungan jarak jauh tidak boleh bermesra, berpegangan tangan dan romantik?

Di sinilah pemikiran kreatif anda memainkan peranannya. Dengan kemudahan teknologi semunya di hujung jari anda, malah jika kena caranya, hubungan anda akan menjadi hangat dan romantik lebih dari hubungan biasa yang membosankan. Fikir-fikirkan.

OK, itulah 3 cara berfikir yang perlu anda sematkan di dalam diri anda, yang perlu anda komitkan sebelum anda membuat keputusan samada hubungan jarak jauh adalah untuk anda atau tidak. Jangan terlalu ikutkan perasaan dan menyesal di kemudian hari.

p/s : Saya menerima berpuluh-puluh email dan komen setiap hari mengenai permasalahan cinta anda, saya tak dapat nak jawab kesemuanya, Insyallah, saya akan jawab sedikit demi sedikit setiap hari. Maaf zahir dan batin.

pp/s : Kepada yang perlukan bantuan URGENT tanpa membuang masa menunggu jawapan daripada saya, saya cadangkan the NEXT BEST THING kepada anda, iaitu panduan Ebook Seni Selamatkan Cinta (klik sini).

{ 7 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...