Maya Karin Sah Bercerai. Itulah headline pada akhbar Harian Metro yang saya baca pada pagi ini. Saya tidak pasti mengapa mereka bercerai, tetapi pada tips kali ini, saya akan kongsikan 3 signal dalam hubungan anda akan mengalami nasib yang sama seperti Maya Karin dan suaminya.
Ada yang lebih sedar signal warning ini lebih awal di dalam hubungan cinta mereka. Tetapi ada yang sengaja mengendahkan peringatan ini kerana takut untuk mengetahui hakikat sebenar. Well, adakalanya anda mesti bersikap proaktif di dalam hubungan anda. Berikut adalah 3 signal Rumahtangga anda mungkin akan mengikuti jejak Maya Karin :
1. Si dia sudah jarang menghabiskan masa dengan anda. Anda fikir si dia stress dengan bebanan kerja dan tanggungjawab lain, tetapi di dalam konteks hubungan anda, kemungkinan ada SEBAB yang lain.
2. Si dia seperti menyembunyikan sesuatu. Tidak membenarkan anda melihat telefon bimbitnya, membawa laptop ke ruangan lain untuk privasi tatapannya. Apakah sebenarnya agenda tersembunyi orang kesayangan anda ini?
3. Bagi yang sudah berumahtangga, SEKS is almost everything. Jika anda perasan perubahan di dalam hubungan intim anda sudah tidak hangat seperti dulu, maka itu adalah antara signal paling besar bahawa hubungan anda mempunyai masalah.
Jika rumahtangga anda sedang menuju ke jalan buntu, usah gusar kerana anda masih boleh menyelamatkan hubungan anda dengan mengenalpasti tanda-tanda awal kehancuran hubungan anda dan seterusnya membuat perancangan teliti bagaimana untuk ‘transform’ hubungan anda agar tidak menjadi seperti tajuk ahbar sensasi “Maya Karin Sah Bercerai”.
{ 0 comments }
