From the monthly archives:

September 2010

Mari Mencari Cinta Sejati! :)

by AF Hazwan on September 16, 2010

Salam Sejahtera Pembaca Budiman! :)

Saya sedang membalas emel, komen di blog dan juga mesej facebook anda apabila saya tersedar satu trend. Dalam banyak-banyak permasalahan dan soalan cinta yang saya terima, saya dapati soalan yang saya terima dari wanita, sama banyak dengan yang saya terima dari lelaki.

Ada wanita A menulis kepada saya meminta nasihat kerana ditinggalkan kekasih, ada pula lelaki B yang turut memberitahu perkara yang sama kepada saya. Lelaki C pula meminta nasihat bagaimana untuk berkenalan dan dengan perempuan kerana beliau seorang pemalu, dan wanita D pun mempunya masalah yang sama dengan lelaki C!

Dalam hati saya terdetik, alangkah bagusnya jika saya dapat perkenalkan Lelaki C dengan Wanita D, Wanita B dengan Lelaki A? Bukan begitu? :)

Ada juga mesej yang saya terima bertanya, “Ada lagi ke lelaki baik di dunia ni?” dan ada juga mesej seperti, “Saya sangat setia dan layan dia seperti tuan puteri, tetapi dia tinggalkan saya untuk lelaki lain”.

Bukankah indah jika AF Hazwan dapat memperkenalkan kedua-dua insan di atas? :)

Oleh itu, saya perkenalkan “Mari Mencari Cinta Sejati!”

Begini;

Saya menerima banyak soalan dan permintaan dari ramai jejaka dan gadis yang pada pendapat saya sangat baik. Ada di antara mereka yang tidak dihargai oleh pasangan dan ditinggalkan, dan ramai juga yang pemalu dan tidak tahu bagaimana untuk mencari jodoh ataupun cinta.

Jadi biar AF Hazwan bantu. :)

Saya akan lihat keserasian di antara 2 responden, dan akan “match” kan anda! :)

Dan jangan bimbang, tidak ada komitmen diperlukan, AF Hazwan cuma akan memberikan alamat emel anda kepada si dia. Anda tidak akan dipaksa untuk menerima cadangan AF Hazwan. Anda sendiri yang akan menentukan sama ada anda mahu meneruskan perhubungan tersebut ataupun untuk mengatakan tidak berminat (seperti ItsJustLunch.com ~cuma anda tidak semestinya berjumpa. Jika dari emel2 si dia, anda sudah tidak berminat, anda boleh untuk tidak melayannya lagi). Ini cuma salah satu cara AF Hazwan untuk membantu.

Cuma satu syaratnya, anda mesti jujur dan berjanji untuk menghargai pasangan anda jika anda berdua bersetuju untuk pergi lebih jauh! :)

Berminat? Bagaimana cara untuk turut serta?

1) Pertama, anda boleh menghantar emel ke info@senicinta.com dengan subject line; “Berminat!”. :)

2) Sertakan sedikit biodata ada. Maklumat mesti betul ya. Nama samaran tidak akan diterima. Oh ya, hanya orang yang bujang/single sahaja akan dilayan!

3) Jika anda mempunyai Facebook ataupun blog, sertakan sekali linknya. Jika anda tidak mempunyai FB atau blog, sila sertakan beberapa gambar anda yang terbaik.

4) Kemudian tunggu sahaja emel dari AF Hazwan. Jika saya mendapati ada calon yang sesuai untuk saya perkenalkan kepada anda, saya akan emel! Mudah saja bukan? :)

Ingat, ini adalah sebahagian dari proses mencari cinta. Pastikan biodata anda menarik untuk menawan si dia untuk jatuh cinta kepada anda. Si dia berhak untuk menolak diperkenalkan kepada anda jika mereka dapati anda bukan taste mereka! :)

Good luck!

{ 39 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...