Apakah impian anda untuk hubungan cinta dan rumah tangga anda?
Rata-rata setiap orang mahu hubungan yang bahagia. Adakah ini juga impian anda?
Jadi, pada posting kali ini saya akan berkongsi 3 Strategi Terbukti untuk menjadikan hubungan anda lebih bahagia dan gembira sepanjang hayat. Malah strategi ini boleh juga digunakan untuk hubungan anda yang lain seperti dengan rakan, keluarga dan juga sesiapa sahaja yang anda kenali.
1. Penerimaan dan Kemaafan
Jangan cuba untuk mengubah pasangan anda. Ini adalah satu kemestian. Jika seseorang itu hendak berubah, dia memerlukan motivasi yang cukup untuk mengubah dirinya dan mengambil tindakan. Dan jika anda tetap ingin mengubah pasangan anda tidak kira dari segi perangai atau sifat luar, ini rahsianya :
Jangan nampakkan niat anda untuk mengubah pasangan anda kelihatan seperti anda hendak mengubah dirinya! (simple bukan? Jangan risau saya akan kongsikan teknik ini dengan lebih dalam pada posting akan datang)
Berkenaan dengan penerimaan, terimalah kekurangan pasangan anda. Dia bukan Superman atau Super Woman. Tekadkan di hati anda bahawa anda sanggup menerima pasangan anda seadanya kerana anda percaya pasangan anda secara keseluruhannya tetap nombor 1 di hati anda.
Jika keadaan menjadi tidak terkawal dan anda terlepas cakap atau terkasar bahasa, maka cepat-cepatlah memohon kemaafan kepada pasangan anda. Bayangkan hati anda menjadi semakin hitam setiap kali anda melakukan kesalahan kepada pasangan anda. Kemaafan daripada pasangan anda umpama mebersihkan hati anda menjadi putih semula dengan izin Allah S.W.T
2. Ikatan dan Komunikasi
Hubungan cinta suami isteri atau yang belum memeterai sebarang ikatan hendaklah dihiasi komunikasi di antara satu sama lain. Belajar untuk memulakan perbualan, belajar untuk mendengar dengan betul ketika pasangan anda bercakap, belajar untuk bertanyakan soalan dengan betul dan pendek kata : Belajar Teknik Komunikasi! (khusus untuk hubungan cinta anda)
Jadikan pasangan anda seperti kawan baik anda di mana anda tidak mengharapkan balasan tetapi hanya cinta yang menjadi tiang persahabatan.
Hubungan cinta yang kekurangan komunikasi adalah tanda kepada keruntuhan mahligai yang boleh terjadi pada bila-bila masa. Nasihat saya adalah untuk merujuk pakar profesional seperti pakar terapi dan juga kaunseling. ( Ebook saya hasil kajian teknik menyelamatkan cinta juga boleh membantu untuk kes emergency : Panduan Menyelamatkan Cinta)
3. Harapan dan Hukum Alam
Pernahkah anda melihat di filem tentang kehidupan manusia yang sentiasa di dalam kesempurnaan seperti hubungan kasih sayang romantis yang tiada cacat celanya, kemewahan yang tiada penghujungnya dan ketabahan manusia menghadapi isu serius yang berkakhir dengan ‘happy ending’ dalam tempoh 2 jam?
Anda perlu sedar, kehidupan kita di dalam dunia realiti tidak boleh disamakan dengan kehidupan seperti di dalam filem. Namun, kita boleh merubah hubungan kita mendekati kebahagiaan dari sudut penilaian kita sendiri dengan usaha yang betul.
Satu tips dari saya, kebahagiaan sebenar tidak perlu dicari di luar sana, tetapi ianya memang terdapat di dalam diri kita sendiri, tertanam jauh ke dalam hati kita…
…menunggu untuk digali dan dinikmati oleh anda.
Tak usah lihat luar, cari di dalam sahaja
Hazwan
Penulis Ebook Seni Selamatkan Cinta
www.SeniCinta.com
