5 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Apabila Putus Cinta!

by AF Hazwan on May 4, 2010

Apabila putus cinta, sebahagian besar tindakan dan pilihan anda dikuasai oleh emosi. Apabila emosi mengawal diri anda maka, anda sukar untuk berfikir secara rasional. Anda akan mudah memberontak daripada tenang. Anda akan menangis tanpa menghiraukan orang sekeliling. Anda tidak ada nafsu untuk makan dan akhirnya tidak menghiraukan kesihatan anda. Apa yang lebih merbahaya adalah, berkemungkinan anda sanggup mati daripada terus hidup!

Sabar! Tenangkan diri anda… Katakan kepada diri anda sendiri bahawa semua ini adalah “Normal”. Adalah normal jika anda sedang besedih dan kecewa sekarang. Anggap bahawa anda sedang menjalani satu ujian daripada tuhan. Ujian di mana akan memberi anda hikmah jika anda berjaya mengharunginya.

Saya akan sampaikan kepada anda “5 Pekara yang Perlu Anda Lakukan Apabila Putus Cinta”. Setiap 5 perkara ini akan membantu anda untuk lebih berasa tenang dan apa yang lebih penting, akan memberi anda harapan untuk terus hidup.

1.Jangan Hubungi Pasangan Anda!
Jangan call, sms, e-mail atau apa- apa cara sekali pun yang berkaitan dengan menghubungi. Jangan lakukan sebarang komunikasi kepada pasangan anda. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.

2.Jangan Hubungi atau Meluah Masalah Kepada Rakan Pasangan Anda.
Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan.

3.Luahkan Masalah Anda Hanya kepada Teman Rapat Anda Sahaja!
Masalah cinta seperti ini anda perlukan seseorang yang betul- betul rapat dan memahami anda. Seseorang yang betul- betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda. Ahli keluarga juga mungkin menjadi pilihan anda untuk meluah.

4.Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan
Amaran! Jangan sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda perluankan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda letakkan diri anda keseorangan anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan “stress”.

5.Hadiahkan Diri Anda Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan
Anda perlu sedar bahawa anda sedang bersedih. Jika anda terus bersedih maka, tiada penyelesaian dapat anda lakukan. Oleh itu, anda perlu hadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat anda mungkin boleh membantu anda meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang berharga kepada diri anda sebagai hadiah kerana anda mampu mengharungi perpisahan ini.

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 21 comments… read them below or add one }

1 ayu May 6, 2010 at 6:06 pm

betul…..sabar dan lanjutkan hidup..
kita akan tau bagaimana menyembuhkan luka seiring berjalanny waktu…
waktu yang akan menyembuhkan…..

Reply

2 massy_massu June 13, 2010 at 4:23 pm

ak xpnah couple g, so xtau nk ckp pe.
tp ak stuju ngan ape yg kat atas ni…

Reply

3 Lieya June 15, 2010 at 5:01 pm

I bru jer breakup..well,mmg sedih sgt2,rase cm xbrpijak di bumi yg nyata..khlngn die mmbuatkn i cm org gle byang..tiap2 ari trtgu die call or sms i tp 2 sume hnya hrapan jer..until i know he finally got a new gf, rase cm nk pngsan pn ade..i pnye laa mnghrap die akn kmbali pd i..tp lastly die pn da dpt pnggti i xsmpai smnggu..then,i fkir yg slama nie die mmg xserius sygkn i..klo x,npe die ngn mudah leh lupakn i then trus dpt gf bru..i sedih..tp dlm ati msih mngharapkn die kmbali pd i..tah laa smpai ble i nk jd cmni..myb until someone who break me free from this pain..hmmm…

Reply

4 nur June 20, 2010 at 7:47 pm

saya sendiri tak tau apa yang sedang berlaku skrg.segala-galanya seperti kabur. dia entah di mana. hilang tanpa berita.kadang-kadang muncul dan kemudian hilang. yang pasti saya sangat menderita.

saya bkn jenis yang mudah lemah. saya tahu jiwa sangat kuat. dah bermacam-macam dugaan dalam hubungan kami sebelum ni dan saya berjaya harung semua tu demi perhubungan kami. tapi lately saya jadi hilang arah. saya mudah menangis sedangkan saya bukan jenis macam tu.

kawan2 dan keluarga tak seorang pun saya maklumkan hal ni. tiap kali kwn atau keluarga tanya pasal dia, saya cakap dia sibuk kerja sedangkan hati saya sangat sedih menyebut namanya.yang tahu hal ni cuma kakak dia.kakak dia minta saya bersabar saja.

boleh bayangkan prasaan saya? terhiris dan jiwa saya lumpuh. mana saya pergi tak pernah tinggalkan phne even ke bilik air dengan harapan dia akan call saya tapi hampa.

saya merancang untuk mencari dia dan bersemuka sbb saya tahu rumah dia (keluarganya juga rapat dgn saya) dan saya tahu tmpt kerja dia.tapi saya sangat takut terima sesuatu yang akan menyebabkan saya bertambah sedih. saya sangat menyayangi dia dan tak sanggup kehilangan dia.mungkin selepas final exam atau sblm exam saya akan cari dia.

doakan saya. apapun yang berlaku saya redha…

Reply

5 Eqa June 25, 2010 at 5:41 pm

Saya baru saja putus cinta. tapi bagaimana saya nak stop contact dgn si dia sedangkan si dia selalu hantar msg kat saya tetapi dah ade perempuan lain. kami putuskn hubungan kerana saya pergi serbu dia keluar dengan gf lagi satu. saya akui memang salah saya juga kerana tak tinggal kan die awal2. saya tahu die ade perempuan lain tp die selalu lebih kan saya (wallahualam). rupa2 nya banyak yg saya xtahu. saya sayangkan die. sehingga saya sanggup terima buruk baik dia. hampir 4 tahun kami bercinta. keluar kami dah kenal and tahu tentang hubungan kami. saya tau die marah kan saya kerana serbu mereka dating. maybe bukan salah saya kerana masa tu dia kata die tgh buat kerja dirumah. tiba2 hati sy xsedap. sy call, xjawab. skali kantoi (dengan gunakan friend finder). saya tau die kemana. saya pergi tempat tu dan tgk2, die dgn perempuan tu. perempuan tu pulak xnak bekerjasama. sy da kate nk settle kn bertiga. xnk bermadu2 da. tapi xdpt kerjasama sehingga kan bergado dan ditahan polis untuk disoal. (fast foward)..

akhirnya die pilih perempuan itu. tapi sy ditinggalkn begitu saja. dengan alasan, xserasi. entah la. abis kalau xserasi mcm mane boleh sampai hampir 4 tahun kn? die pon da mintak jgn ganggu hidup die dgn perempuan itu. sy cube tapi xboleh. mcm mana saya nk biase kan sedang kan sejak kali kami kenal, kami xpernah terberhenti msg? apa salah sy? tidakkah die sedar smue pengorbanan sy? sehinggakan die sambung masuk belajar pon saya yg tolong. tidakkah die sedar sy cintakan die sgt2. sy sanggup terima kehidupan die, segala2nya tentang die. ya allah. saya bagaikan da tak de makne untuk hidup kerana selama ni hidup saya banyak habis bersama dia. kami sudah kenali hati masing2. smue nye ok je. kami bele binatang bersama, share smue bende bersama. apa yg xserasinya? tapi dah putus, die still ucapkan I LOVE YOU.
hazwan, ape semua ni? saya tak paham. adakah die mintak putus dgn saya kerana marah sbb saya serbu atau pun mmg die berniat nk tinggalkn sy

Reply

6 raxor August 20, 2010 at 6:35 am

hmm kenapa lelaki tu buat awak camtu ek? 4 tahun… itu memang terlampau lama….mustahil sume tu boleh akhir camtu je.saya rase ada benda yang tak kena.takkanlah awak dah bersama ngan dia 4 tahun dia boleh lupakan camtu je. mustahil….saya rase ada benda yang tak kena…tapi benda ni akan jadi lagi mustahil jika dalam masa 4 tahun awak bersama dengan dia dan jarang bergaduh dan memang serasi,tiba-tiba je dalam masa sekelip mata dia kata suruh tinggalkan dia…tak mungkinlah jadi camni….4 tahun memang lama tu….ada tak awak selalu bertengkar2 masa bersama2 ngan dia? kalau ada kemungkinan dia akan berperangai camtu.tapi kalau tak ada….benda ni akan jadi pelik sebab awak dah bersama ngan dia 4 tahun…cara yang awak patut buat sekarang ialah confirmkan ngan dia bagaimana perasaan dia terhadap awak…tip saya ialah bawa dia ke tempat di mana awak dan dia berkongsi bersama atau lebih tepat lagi tempat kenangan manis awak bersama ngan dia…lepas tu tanyakan soalan samada dia masih sayang tak pada awak…discuss benda ni bersemuka dan berhadapan dengan dia, kerana dari situ awak dapat lihat kejujuran dan keikhlasan dia.awak sendiri lebih mengenali dia.4 tahun bersama..awak sendiri tau dia tipu atau tidak.jumpa dia bersemuka berdepan-depan.jangan setakat bersms-sms je sebab awak tak dapat lihat karektornya dengan hanya bersms.sebelum memulakan soalan,cerita padanya serba sedikit tentang pengalaman manis awak ngan dia sewaktu bersama2.contohnya:”( hmm,awak…awak ingat lagi tak tempat ni dlu kita pernah tersesat,nasib baik…bla bla bla…) lepas mood masing2 dah elok dan tenang,baru mulakan pertanyaan yang awak nak tanye tu..

Reply

7 Ekamatra July 17, 2010 at 2:45 pm

Saya dah banyak kali putus cinta. Namun apakan daya. Tetapi di sebalik semua tu ada rahmatnya iaitu saya berjya dalam pelajaran dengan cemerlang!!!

Reply

8 ejA+SIngurLzz August 6, 2010 at 2:03 pm

sya pna cple…msok laki ni da 8 orang…tpi,sy sygkn dy drie yg sbelom nie,,,bwu 1 blan cple,dy da mnx break,dy kte dy bosan dgn sy..kjadian tu amt myedhkn…sy ta mukn akn lpakn ksah tu..dy laki hipokrit bg sy,dy buang sy sesuka ati…

Reply

9 raxor August 20, 2010 at 6:51 am

awak ni memang bahaya…baru satu bulan couple tapi awak dah mula tanamkan sayang yang mendalam terhadap dia…awak ni terlampau mudah sangat jatuh cinta… jadi,tak hairanlah awak pernah couple 8 orang sebelum ni….1 bulan hanya masa yang singkat..sepatutnya dalam masa tersebut,awak ambil peluang dulu mengenali diri dia. bukannya ambil peluang menyintai diri dia….tak salah mulakan hubungan dengan berkawan.berkawan tidak semestinya bercinta…jika awak terlampau mudah jatuh cinta atau memberikan cinta,percayalah satu hari awak pasti akan terluka sesangat2…hati-hati dengan perasaan dan nafsu awak…

Reply

10 AF Hazwan August 22, 2010 at 2:30 pm

Raxor, thanks for sharing nasihat di sini :)

11 AF Hazwan August 22, 2010 at 2:29 pm

Eja, mungkin secara tidak sedar, minda separa sedar eja yang mensabotaj eja dalam diam. Pemikiran dan kelakuan kita dibentuk dari minda kita.

Ada sebab mengapa keadaan ni asyik berlaku kat eja. Jadi, renung-renungkanlah ye :)

Reply

12 Amar-putus harapan August 7, 2010 at 2:50 pm

Saya rasa putus asa dah sekarang ini. Selepas ini apakah lagi agaknya ujian yang Tuhan akan berikan? Sedangkan saya selama ni saya selalu jaga hati dia. Kalau dia lemah semangat jika membuat sesuatu perkara… saya bagi kata-kata dorongan… Tidak mengapa… Hidup ini perlu diteruskan…….

Reply

13 AF Hazwan August 22, 2010 at 2:27 pm

Amar, hidup memang perlu diteruskan. Yang lebih penting, hidup yang penuh makna dan tujuan harus diteruskan. La Tahzan, usah bersedih sangat. Goodluck :)

Reply

14 nurul August 9, 2010 at 6:36 pm

Salam. .Eqa,ape yang berlaku kat awk sama mcm saya.. cume bezanye saya 6tahun dgn bf saya.. 3 kali die curang cume bezanye kali ni bulan 3 aritu die tdo dgn pompuan lain.. saya serang dorang nmpak n mcm die pilih pompuan tu.. saya lepaskan dorang n teruskan idup.. xcari die dan anggap xde jodoh antara saya dgn die.. tup-tap 1bulan 10 ari die cari saya.. merayu,melutut n sanggap pegang al Quran cakap yang die sayang saya n nk peristerikan saya.. tapi die suh bagi masa utk die break dgn pmpuan tu sbb die xbole tinggalkan mcm tu je pompuan sbb dorang da tdo bersama walaupon die tau pompuan tu xsuci time die sentuh tu..lagi pon pompuan tu baru 19thn.. saya penah nasihatkan die utk terima pompuan tu tapi die xnk sbb die nk peristerikan saya n sayang saya.saya suh die tinggalkan pompuan tu kalau nk bersama dgn saya die cakap mintak masa kat saya.. saya msg pompuan tu bagi nasihat jugak tapi xditerima.. bf saya suh saya tunggu die gak walau mcm mne sekalipon.. entah la.. saya pening.. mungkin die pilih saya n suh saya tunggu die sbb (1)die tau baik buruk saya n tau ble dgn saya die ader masa depan (umo saya 24thn n da ader keje tetap n menjamin mase depan) tapi dgn pompuan tu sekadar keseronokan je (pompuan tu student kolej n baru nk membina kehidupan) (2)die tau hubungan die dgn pompuan tu xlame (pompuan tu akan nmpak dunia luar satu ari nanti) (3)die tau saya xpenah curang kat die n sentiase ade kat sisi die time die susah (4)sejahat mane pon lelaki tu die tetap nk pompuan yang baik utk dijadikan isteri.. saya pon dalam dilema.. moga2 dapat petunjuk dari Allah.Amin.. Mudah2an die insaf n terbuka ati untuk berubah..

Reply

15 raxor August 20, 2010 at 6:09 am

abaikan laki camtu…saya laki dan saya lebih memahami perasaan lelaki…jangan disebabkan ingin menjaga hati dia, awak sendiri yang dapat susah…lagipon awak jangan terlalu yakin bahawa awak sudah mengenali kerenahnya yang sebenar. awak nampak dia bersama dengan perempuan yang lain.itu adalah betul.dan itu adalah apa yang awak nampak.bagaimana pula tentang sesuatu yang awak tak nampak.mungkin dia adalah lebih jahat dan curang daripada itu.boleh jadi dia memburuk-burukkan awak di hadapan perempuan lain.boleh jadi juga dia bersama dengan 3 atau 4 lagi perempuan lain sewaktu awak tak nampak. lagipon menurut islam,setelah seseorang bukan muhrim bersama-sama.maka mereka patut berkahwin. sebaliknya lelaki tersebut tidak mahu bertanggungjawab di atas dosa-dosanya terhadap perempuan yang satu lagi.awak sebenarnya dah termakan dengan hanya sikap kecil simpati kebaikannya tetapi melupakan sikap negatifnya yang luas.saya katakan bahawa dia itu sebenarnya penakut dan bacol kerana tidak sanggup bertanggungjawab di atas perbuatan yang dilakukan terhadap perempuan yang lain. bayangkan jika perempuan yang satu lagi mempunyai perasaan terhadap dia seperti mana yang awak rasakan. bukankah dia akan terluka? awak sudah memiliki masa hadapan yang stabil,tapi bagaimana dengan perempuan yang satu lagi? dia baru ingin memulakan langkah di dalam kehidupan. mungkin dia lebih memerlukan kasih sayang lelaki itu berbanding awak.jadi lebih elok awak lepaskan lelaki itu kepadanya.buang yang keruh ambil yang jernih.

Reply

16 raxor August 19, 2010 at 10:32 pm

tips untuk membuat pengakuan cinta.tip ini hanya khas untuk lelaki sahaja. caranya ialah bawa teman wanita anda ke tempat yang tinggi atau tempat yang dia rasa takut dan gementar. kemudia di kala itu, ucapkan pengakuan cinta anda. cara ini mungkin membantu bagi sesape yang tak mempunyai konfiden untuk mendapatkan teman wanita.aku telah mencuba cara ini dan ianya nampak berkesan. hal ini kerana apabila si dia takut, maka jantungnya akan bergerak laju dan dia akan gementar. apabila dia melihat kamu sewaktu dia sedang takut atau gementar terhadap situasi tersebut mungkin akan menyebabkannya keliru dan akhirnya akan menyangka perasaan nervous dan gementar tersebut adalah perasaan cinta terhadap kamu. :) give it a try!

Reply

17 AF Hazwan August 22, 2010 at 2:25 pm

Raxor, cara ni boleh digunakan jugak, yang penting seseorang itu perlu ada pengetahuan asas NLP, hipnosis dan seumpamanya. Walaubagaimanapun, setiap orang boleh belajar dan ada bermacam-macam cara lagi :)

Thanks for sharing.

Reply

18 cinta... August 20, 2010 at 4:14 pm

salam…sye kapel dgn si dia cume 15 hari..sye tidak tahu punca dia putus dgn sye…
tpi skrg kmi kwn bek…
kmi mmg msra sgt2..tpi bla sye cbe minta brsama smula dia kta xmau..
knapa??
kmi brkwn bek dri tahun 2008..
bila sye happy dia happy..
bila sy sdih dia sdih..
tapi kenapa dia taknak terima saye balik??
pa puncanya??pa pghalangnya??

Reply

19 AF Hazwan August 22, 2010 at 2:23 pm

Cinta, berkawan baik dan bercinta mempunyai perbezaan besar. Ada satu garis ‘invicible’ yang kita tak nampak. Dan jika kita cuba untuk merentasi garis tu, serta tidak kena dengan cara yang betul, hal seperti menimpa cinta memang akan terjadi.

Apa pendapat rakan-rakan lain?

Reply

20 nanie August 24, 2010 at 2:49 pm

perlukan pertolongan…

sy amt buntu skg…mslh nyer sy xthu ape yg ptt sye buat utk mslh cinta ni…sy dan die da kwn lbh 4thn…tp 3thn bru srius…tnpe dketahui sidia da ber2ng ats plhn kluarga…tp kmi msh brsme..sy hrp sglnyer akn berubh jike sy brade dsmpng nyer…tp sume sia2…skg dia da khwin tp kte org still mcm dlu…slalu brjmp n hbskn mse brsme…si dia akn cbe dtg utk brjmp dgn sye sllalu..kdg2 sy mkn hati juga,biasalh cmburu akn hbgn dia dn isteri tp sy biarkn…tp br2 ni sy dpt thu yg isteri dia mnganndung…hncur hati ini…sy da cbe byk kali ptdkn hbgn tp sume nye sia…smlm sy da fikirkn msk2 utk ptskn utk mse dpn msg2…tp sy xkuat…sy syg kn die…die ckp die syg kn sye…ini sume krane trpkse…tlglh bantu sye ape yg ptt sy lkukn….sy tkt sbnyer…tp sye da redha bhwa dia bkn jdh sye sbb sume nya sudh trjadi…mslhnye ati sy xkuat….plss bg lah pndpt ape yg ptt sye lkukn…

Reply

21 jay September 2, 2010 at 6:26 am

nsib kite sme,aku kapel ngn sorng awek ni,tmpoh aku kapel ngn die ngam2 stahun sbulan,n pd 1 hri,aku dpt tau yg gf aku brtunang lm tmpoh aku kapel 2,aduh…hnye tuhan je tau ape yg aku rase..tp xpe,aku redha,wlaupn aku amat myntai die,tp kite kna ingt,tuhan cptakn mnusia brpasngn,hnye kite je yg prlu brusahe mncarinye..mtk2 brtmu jdoh ngn yg lbh solehah lg.amin..

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: