7 Soalan Perlu Dijawab Ketika Memilih Pasangan

by AF Hazwan on

Fikirkan. Keadaan kita pada hari ini adalah hasil daripada keputusan kita di masa lalu.

Jika anda seorang jurutera, sudah tentu anda pernah membuat keputusan untuk belajar dan menjawab peperiksaan dengan cemerlang sewaktu di universiti dulu.

Jika anda hidup senang lenang sekarang, sudah tentu anda pernah membuat keputusan yang menjadikan anda boleh hidup senang sekarang. Keputusan akan membentuk tindakan. Tindakan anda yang menentukan nasib dan keadaan anda sekarang dan masa hadapan.

Begitu juga dengan aspek kebahagiaan anda. Anda bahagia sekarang bersama teman hidup anda kerana anda telah membuat keputusan yang betul. Anda memilih dengan tepat pasangan anda berdasarkan kriteria dan prinsip hidup anda. Sebaliknya, jika anda membuat keputusan yang salah, maka anda mungkin berada di dalam kekesalan pada waktu ini.

Namun, kita masih berupaya untuk mengubah hala tuju kita dengan ilmu dan cara yang betul.

Jika anda sekarang berada di dalam fasa memilih pasangan baru ( 2nd time, 4th time, tak kisah :) ,  maka teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana anda boleh membuat pilihan yang betul tanpa menyesali di kemudian hari.

Tanya Diri Anda 7 Soalan Emas Ini

Sebelum anda membuat keputusan drastik, jawab soalan berikut untuk mengetahui adakah si dia betul-betul JODOH anda.

  1. Bolehkah aku hidup dengan dia sepanjang hidupku? Bagaimana gaya hidupnya sekarang? Bolehkah aku membawanya sekali untuk keramaian keluarga aku? Macam mana pula dengan jenis rakan pergaulannya, bolehkah aku turut serta bercampur dengan mereka? Adakah keluarga aku akan melihat dia sebagai pilihan hatiku yang sebenar (perfect man)?
     
  2. Bolehkah dia membuat hidupku lebih senang? Kita memilih pasangan untuk berkongsi dan mencapi matlamat bersama, bukan untuk menjadi seorang ‘pegawai bank’, emak dan pembantu kepada matlamat dirinya yang bertentangan dengan prinsip hidup anda.
     
  3. Adakah dia mempunyai masa depan? Saya bukan suruh anda pilih yang kaya sahaja, tapi sekurang-kurangnya ada POTENSI untuk menjadikan hubungan anda ‘hidup’. Jika dia sekarang masih tinggal bersama ibu-bapanya dan tidak bercadang mencari kerja, kemungkinan besar dia akan meneruskan perbuatannya dengan anda di dalam hubungan anda kelak.
     
  4. Adakah dia mempunyai ‘isu’ yang menghalang dirinya dari memberi 100% kepada aku? Pernahkah dia terluka oleh bekas pasangannya dan sekarang dia membenci wanita? Pernahkah dia mengalami penderaan seksual sebelum ini yang membuatkannya trauma terhadap perkara tertentu? Lihat, hubungan anda seharusnya MUDAH. Semakin pasangan anda bersedia memberi dan menerima anda sepenuh hati, semakin bahagialah hidup anda.
     
  5. Adakah dia membuat aku tertarik secara intelektual? Kadangkala, kita TIDAK berasa selesa bila berkongsi dengan pasangan kita yang kita pandang rendah. Kita hendakkan pasangan yang boleh ‘masuk’ dan turut serta di dalam perkara yang kita suka seperti perbualan tentang perkara kegemaran anda.
     
  6. Adakah dia memahami keperluan emosi aku? Sesetengah insan, kebiasaanya lelaki agak sukar untuk memahami keperluan emosi sesorang dan dalam masa yang sama berasa terasing dengan emosi dirinya sendiri. Jika anda tahan dengan insan sebegini tidak apa. Sebaliknya, jika anda memerlukan sesorang yang memahami anda, kriteria ini amat penting di dalam keputusan anda.
     
  7. Adakah aku tertarik secara seksual dengan dia? Sedarlah, hubungan yang kukuh didirikan oleh beberapa tiang dan salah satunya adalah hubungan keintiman. Segala memori dan kenangan indah boleh dimusnahkan oleh pemberontakkan keperluan batin anda. Ingat, ia juga satu keperluan semula jadi anda.

Anda Dah Dapatkan Dia, Sekarang Apa?

Satu persoalan yang sering diterjemahkan menjadi masalah adalah bagaimana kita boleh mengekalkan kebahgiaan kita bersama pasangan kita. Jawapannya adalah … jadi lebih menarik!     

Buat pasangan anda terus tertarik dengan anda. 

Ya, saya tahu jawapan tersebut simple dan mudah. Sebab itu saya telah mengkaji prinsip dan strategi menyelamatkan cinta secara saintifik yang sengaja saya namakan sebagai Seni Selamatkan Cinta untuk melambangkan makna dan tujuan sebenar buku panduan tersebut kepada masyarakat.
 
Anda harus ingat, mustahil pasangan anda akan tinggalkan anda jika anda tidak buat satu kesalahan penting ini.    

Saya juga pernah berbicara mengenai bagaimana untuk menjadikan sesebuah hubungan bahagia dan sihat.

Good Luck!

Hazwan

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 11 comments… read them below or add one }

1 SMK Telok Panglima Garang March 11, 2009 at 5:48 am

Nice post Hazwan. Truly nice post!

Reply

2 hazman aka species1980 March 12, 2009 at 12:04 am

Persoalan yang sememangnya penting dalam memilih teman hidup….

p/s : lama gak bro tak update blog….anyway good sharing…

Reply

3 Hazwan March 12, 2009 at 3:37 am

Thanks semua :-)

Semalam saya tiba-tiba mendapat inspirasi lalu terus menulis sebelum idea tersebut hilang.

Nanti ada masa saya akan buat satu ‘Cheat Sheet Checklist Memilih Pasangan’ dalam bentuk .pdf pula.

Reply

4 nurefa March 18, 2009 at 7:14 am

erm… tiada apa yang mampu saya perkatakan sekarang. dlm keadaan saya yang menyukai org yang dah mempunyai kekasih hati. funny in a way. but setiap yang d perkatan dan d lakukan nya membuat kan sayang semakin jatuh cinta kepada nya dan kerana perasaan itu menyebabkan saya semakin kuat untuk hidup.

Reply

5 Hazwan March 21, 2009 at 4:28 pm

Nurefa,

Cinta adalah satu proses. Anda berhak untuk terus mengikuti proses tersebut atau, menyusun atur satu proses baru yang akan memberi anda lebih kebahagiaan di masa akan datang.

Whats ur opinion on the checklist?

Reply

6 yante March 27, 2009 at 8:03 am

sy tertanye2 dgn ayt bro hazwan tu ” mustahil pasangan anda akan tinggalkan anda jika anda tidak buat satu kesalahan penting ini. “..sy jz teringat mypast r/ship..we all broke up coz de somebody else..sy tanye ape slh sy smpe die sggp hancurkan ati sy.die kate sy PERFECT, x de s1 pun kesalahan.tp tu la ati dan perasaan x leh nak dipaksa..kdg2 kite cube buat yg terbaik tp kdg2 gak org x akan nak hargainya..1 je pesanan sy, selagi kte x pandai tuk mhargai org lain,selagi itulah kte x ptt utk bercinta…

Reply

7 Hazwan March 27, 2009 at 4:59 pm

Ya yante,

Kita semua nakkan penghargaan, sbb tulah kita sanggup committ dlm r’ship.

Cinta mmg tak boleh dipaksa, sbb tu lah
kita harus membuat keputusan dan penilaian yg betul sebelum committ ke dlm sesebuah hubungan.

Apa pendapat yante?

Reply

8 kenang April 2, 2009 at 2:30 pm

cinta…………………takan pernah berujung untuk dibahas karna cinta itu sendiri tak mempunyai ujung………………………..!!!

Reply

9 nurefa April 7, 2009 at 3:22 am

wat a great info

Reply

10 train heartnet April 19, 2009 at 8:03 am

thanks^^…kita bukan nak jadi seorang yang terlalu memilih, tapi memang PERLU PILIH BETUL2 sebab si dia akan jadi pasangan hidup kita sampai mati. Tiap2 hari kena tengok muka dia, share hidup, share family…macam kita hidup dengan 2 roh 2 jasad…(extreme ngat ka)..hmmm memang kena pilih..kawan2 lelaki saya selalu cari yang ada rupa dulu (sori, pompuan pun ada macam tu jugak)..bila pompuan tu tolak mereka, mereka kata pompuan tu pentingkan paras rupa pula..hmmm…langsung tak pikir mereka pun sama ja.

Reply

11 suhaida May 5, 2009 at 12:49 am

dalam memilih pasangan hidup kita,perlulah kita mengenal latar belakangnya dgn sebaik mungkin,tp apabila berjauhan dgn pasangan kita,bermacam-macam perasaan timbul antaranya takut jikalau pasangan kita tidak setia kepada kita,bagaimanakah untuk atasi msalah saya ini?

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: