8 Fakta Unik Tentang Cinta

by AF Hazwan on

Sejauh mana anda tahu tentang cinta?

Kehidupan kita di dunia ini penuh dengan informasi. Kita dihujani pelbagai maklumat baik yang berguna dan juga yang negatif. Berita-berita negatif seperti peperangan, pembunuhan, jenayah dan seumpamanya memberi energi negatif terhadap pemikiran kita.

Kita memerlukan cinta untuk mengimbangi energi negatif yang berada di persekitaran kita. Jadi saya bawakan fakta cinta yang boleh menceriakan hari anda dan boleh digunakan  inspirasi kepada hubungan anda.

1 Kajian otak manusia menunjukkan bahawa jika sesorang melihat dan merenung gambar orang yang disayanginya dalam tempoh yang lama, ia akan meransang bahagian ‘caudate’ otak – bahagian yang menghasilkan rasa kemahuan yang kuat (craving).

2 Lelaki yang mencium isterinya di pagi hari dikatakan akan hidup 5 tahun lebih lama daripada lelaki yang tidak melakukannya. ( Ape lagi, ciumlah isteri anda atau sekadar pelukan manja pun ok)

3 2 per 3 orang mengatakan bahawa mereka jatuh cinta kepada seseorang yang mereka kenal lama berbanding dengan seseorang yang mereka baru kenal.(Selebihnya cinta pandang pertama kot)

4 43% wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’ di atas kad,email dan sms melainkan kata-kata tersebut disertakan dengan komitmen. ( Nampaknya kaum hawa memandang serius terhadap kata-kata cinta)

5 Seseorang yang baru jatuh cinta dan dilamun cinta akan mengeluarkan hormon serotonin yang sedikit, jumlahnya seperti tahap kandungan hormon orang yang dilanda penyakit obsesi terlampau. Sebab tu orang yang dilamun cinta memang kelihatan seperti orang gila :)

6 Mengikut kajian Dr. Helen Fisher dari  Rutgers University, penulis buku ‘Why We Love, apabila seseorang baru berpisah (break up), dia akan berasa semakin sayang terhadap bekas pasangannya. Bahagian otak yang membuat kita rasa gembira terus aktif pada ketika ini. (Sebab tu lah kebanyakan pasangan yang baru berpisah tak boleh tahan perasaan sayang dan rindu sewaktu mereka masih bersama dulu)

7 Mengikut teori matematik, seseorang seharusnya bercinta/couple dengan sedozen orang sebelum menemui pasangan yang boleh dijadikan pasangan hidup sejati. (Teori matematik je pon, sukati andalah nak ikut ke tak)

8 Ini akan mengejutkan anda : Cinta yang bahagia akan membuatkan kedua-dua lelaki dan wanita menjadi gembira. Semakin kuat komitmen mereka terhadap hubungan, semakin bertambah gembira mereka.

Saya harap anda berasa fakta dia atas berguna untuk menyemarakkan lagi kasih sayang anda terhadap pasangan anda.

Jika anda ada fakta mengenai lelaki yang suka kahwin banyak seperti hal paling sakit tentang cinta, sila kongsikan di ruangan komen.

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 23 comments… read them below or add one }

1 Putera November 12, 2008 at 4:45 am

Wow.. interesting!

“mencium isteri di pagi hari akan hidup 5 tahun lebih lama daripada lelaki yang tidak melakukannya”…hehehe

Lelaki suka kawen banyak? herm.. kebiasaanya bergantung kepada
jenis kesetiaan lelaki tu..

Reply

2 Maria November 12, 2008 at 5:18 am

I, read dat book “Why we Love by Dr. Helen Fisher”.. Miracle!.. Kalau la suami i nanti kiss i every morning.. best. Ahakz!

Reply

3 A. Fahd Team Seni Cinta November 12, 2008 at 5:24 am

Thanks..

Putera: Saya harap selapas ni ramai la husband yg kiss wife every morning…hehe :)

Maria: Hi Maria, yup.. dat book really inspired sape2 yang baca.. Tengok, dah ade bakal isteri yg seronok akan mendapat ciuman setiap hari…hheh :)

p/s 8 fakta unik tentang cinta! enjoy!

Reply

4 neo November 12, 2008 at 5:48 am

“43% wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’ di atas kad,email dan sms melainkan kata-kata tersebut disertakan dengan komitmen. ( Nampaknya kaum hawa memandang serius terhadap kata-kata cinta)”

Lagi 57% lagi cmne?
x serius ngn penggunaan atau medium kata2 cinta?

Reply

5 Anis November 12, 2008 at 4:14 pm

Klu sye really concern when my boyfie using word “LOVE” nie.. kadang2 meyampah pulak klu dier gune word “i sayang u” “i love u” sesuke hati dier je.. Sye paling suke when dier lafaz ayat2 tu time2 timing cun.. Timing cun tu we al jela yg tau..heheh

Reply

6 Putera November 12, 2008 at 4:20 pm

HEhehe, sape tak sayang bini. Yang tak sayang tu bukan jantan ler~

Betul jugak, kalau “43% wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’ di atas kad,email dan sms melainkan kata-kata tersebut disertakan dengan komitmen.. Camne plak 57% tu?

Reply

7 Chef Eryna November 12, 2008 at 4:47 pm

Marvelous article!.. Makes me smile n laugh…hehhe

Reply

8 A. Fahd Team Seni Cinta November 14, 2008 at 7:35 am

Neo & Putera: Kajian ni adalah hasil daripada bancian daripada salah sebuah universiti di Australia.. yang 57% tu boleh dikatakan memang tak serius kot..hehee.. Well, kalau kajian- kajian macam nie biasenyer takla menyeluruh sangat but anyway for me, its “UNIK” :)

Anis: haa… tahniah, Anis antara kaum hawa yang serious dengan penggunaan ayat- ayat cinta.. Ala kongsi je ngn semua kt cney.. jgn malu2..hheheh =P

Chef Eryna: Hello Eryna… Chef Eryna.. thanks.. ade resepi nak buat “LOVE cake” tak..??

Reply

9 Chef Eryna November 18, 2008 at 1:56 pm

welkam…hehe.. ade2!!.. Nanti i bake for u.. then kirim kt sane.. make sure u makan tau..hehe :)

Reply

10 Mansor November 24, 2008 at 3:48 pm

klu tentang mengorat ni aku tau, kalau tentang cinta aku tak taula sangat.. hehehe

Reply

11 Maria November 24, 2008 at 3:51 pm

Tula lelaki.. sekali skala perlu jugak pelajari Tentang Cinta. Jangan asyik nak mengorat je. haha, Mansor jgn terase~

Reply

12 Mansor November 24, 2008 at 3:54 pm

Cik Maria. Sye tak terase ok.. Ala, pompuan same la jugak.. bukan lelaki je yang perlu tau Tentang Cinta ni..

Reply

13 Anis November 24, 2008 at 4:03 pm

Lelaki memang gatal. Bukannya tau sgt Tentang Cinta!

Reply

14 Syafiqah November 24, 2008 at 4:10 pm

Setuju… Lelaki tau nak mengorat je.. Tentang cinta tak tau. Sebab tu awek tak tahan.

Reply

15 Mansor November 24, 2008 at 4:13 pm

waaaaaaaaaa…. aku kene belasah.. weeeyy, korang sume jangan la macam tu.. tolong aku tolong!!

Reply

16 dokter cinta December 14, 2008 at 6:34 pm

I setuju dgn fakta no.6..bila berpisah, kita akan semakin rindu dengan si dia..huhu.. perpisahan itu memeritkan..namun, pertemuan selepas perpisahan itu amat indah…

Reply

17 A. Fahd Team Seni Cinta December 15, 2008 at 8:22 pm

Dokter Cinta: Yup, sometimes kita manusia tak pernah nak kaji dan teliri balik faktor- faktor yang mendorong kerinduan..

Reply

18 laila December 23, 2008 at 1:09 pm

hmm..stuju dgn kajian dr.helen fisher tu..hmm..

Reply

19 dfyssah December 29, 2008 at 3:06 pm

mcm magazine wanita ja ni hahahahahaha

Reply

20 Freudian June 18, 2009 at 9:59 am

ape yang penting, love needs commitment,, samada tunjukkan dengan tingkah laku atau lebih menzahirkannya dengan kata-kata,, itu terpulang pada types of personality of the individuals,, ade yang suka dan ade yang x,, pada pasangan yang sedang bercinta,, tepuk dada tanyalah hati masing-masing.

Reply

21 hariz October 10, 2010 at 1:57 am

.cinta pd bunga,bunga akn layu,cinta pd mnusia,mnusia akn mti,cinta pd dri lbih baik dr cinta kn 0rg y kte syg..klu kte xcinta kn dr sndr,cmne kte nk cinta kn 0rg y kte syg..?cinta y kekal,sdah smestinya cinta kte pd Allah,krna Dia lah y mnciptakn sgala rasa cinta,syg n rndu..b’cinta dgn Dia msti lg hebat kn……………rndu ku pd Mu smakin mmbara..

Reply

22 atul January 18, 2011 at 2:48 pm

betul 2.. sangat menarik fakta nie..

Reply

23 iraH January 24, 2011 at 2:39 pm

Emm.. nice sharing.. terseyum jer bace.. =)

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: