Adakah Anda Di Dalam Hubungan Yang Tidak Masuk Akal?

by AF Hazwan on June 27, 2009

Mengapa kita melakukan perkara yang tidak masuk akal di dalam hubungan kita?

Ceritanya begini…

Boy jumpa Girl ni. Boy suka sangat kat Girl ni. Boy tidak tahu bagaimana untuk melayan Girl, akhirnya Boy dan Girl tidak dapat bersama. Ini cerita tipikal.

Perpisahan boleh disebabkan oleh pelbagai sebab. Salah satunya berbunyi begini :

Dalam fikiran Boy :  “Aku tidak boleh nampak lemah di depan dia. Kalu aku lemah, dia mesti tak suka kat aku. Aku tak sepatutnya berkata “i love u” kat dia sebab itu tanda aku lemah. Sesiapapun tak akan suka kat aku yang lemah ni.”

Dalam fikiran Girl : “Dia ni suka kat aku ke tak. Apa yang aku nak hanya sedikit kepastian dan tanda dia suka kat aku. Ni langsung tak kata hi pun kat aku. Aku ni buang masa ke tunggu die approach aku ni?”

Adakah perbuatan begini masuk akal bagi anda?

Kalau dah suka, Boy patut ungkapkan kata-kata suka kepada Girl. Bukan sebaliknya berlakon ‘cool’ di depan Girl tetapi tidak bertindak langsung. Paling kurang pun bagilah hint sedikit kepada Girl. Berlakon ‘cool’ dan tidak menghiraukan Girl memang perbuatan yang tidak masuk akal.

Situasi Sebenar

Jangan risau. Kebanyakan dari kita pasti akan melakukan perbuatan yang tidak masuk akal di dalam hubungan kita. Sebelum atau selepas berkahwin, kita tetap tidak terlepas dari melakukannya. Contoh tipikal yang perkara tidak masuk akal yang sering kita lakukan di dalam hubungan kita adalah :

  • Anda sayang pasangan anda, tetapi tidak menunjukkan secara jelas dengannya.
  • Anda rindu sangat kat si dia, tetapi tidak pernah menelefon/sms si dia.
  • Anda lakukan apa sahaja untuk mendapat cintanya, tetapi bila dah dapat, anda ambil ringan si dia.
  • Anda katakan kepada si dia, tiada yang lain lebih penting dari dirinya, tetapi anda tetap mengambil berat perkara lain selain dirinya.

Lakukan perkara yang masuk akal di dalam hubungan anda hari ini. Anda perlu ubah sedikit sahaja. Kalau benar anda sayang si dia, katakan kepadanya. Jangan sembunyi-sembunyi dengan harapan si dia akan faham sendiri. Beri diri anda dan si dia kepastian bersama.

Kalau anda hendak si dia menghormati anda, hormati si dia dahulu. Ini hukum alam. Budak sekolah rendah pun ada diajar perkara ini.

Apa perkara lain yang tidak masuk akal yang anda lakukan di dalam hubungan anda?

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 18 comments… read them below or add one }

1 AF Hazwan June 27, 2009 at 3:32 pm

Anda semua dijemput untuk berkongsi bersama-sama mengumpul senarai perkara yang tidak masuk akal yang anda lakukan di dalam hubungan anda.

Kongsikan di sini :)

Reply

2 Awang Itu Cinta June 29, 2009 at 1:07 am

Bagi saya melakukan sesuatu yang tidak masuk akal adalah kebiasaan. Saya sendiri pernah melakukan sesuatu yang tidak masuk akal di dalam perhubungan cinta saya. “Menghadiahkan handphone yang bernilai Rm1K ke atas kepada teman wanita saya di saat kewangan saya sendiri yang kurang stabil”—–> Gila dan tidak masuk akal..heheheheheh :) Pada pemikiran saya (Jika saya berjaya), pasti teman wanita saya akan mempercayai dan semakin sayang kepada saya. Keadaan ini akan membuktikan sayang saya kepadanya.Sungguh gila dan tidak masuk akal sekali, tetapi setelah saya renung kembali ada juga kebaikannya.. Kebaikannya—> saya kini semakin kuat bekerja dan semakin serius di dalama perancangan masa depan saya… phewwwww (nasib selamat)p/s: Jangan lakukan seperti apa yang saya lakukan..

Reply

3 nani June 29, 2009 at 6:01 am

hbgan jrk jauh yg bertahan lama! hbgan aku sgt xmsuk akal coz aku rasa, aku sanggup sshkn diri aku berhabis duit, masa & kepercayaan.. aku biar je diri aku di kongkong..patut ke aku lakukan ni..selama 4thun aku ikut je rentak hubungan ni, skrg aku mula bosan! bosan coz hubungan xmsuk akal ni xmcm org lain bercinta! baru aku sedar! tp disebbkn lama dan mcm2 aku dan dia lalui bersama aku takut nk lupakan hubungan ni! mcm mna ni??!

Reply

4 KASEH June 29, 2009 at 8:18 am

mmg dh bese perkara ni jd dlm hub..sy sendri pon pernah rse, tp nk ubah org utk phm ape yg kite nk mmg sgt2 la susah, beter kite acept klemahan dri pasangan so that it fair! atau pon ubah la dri kite cm yg pasangan nk as long as bnde 2 ke arah kebaikan

Reply

5 nani June 30, 2009 at 7:18 am

sejak dr mula lagi sy terima kelemahan pasangan tp bila dh lama sgt rasa bosan mula timbul.. lebih bnyk pekara negatif sy jumpa dlm diri dia.. adakah sy sedang menipu diri sendiri??

Reply

6 nabella July 5, 2009 at 1:07 pm

huh bnyk perkara y sy wat…sy syang dier tpi klu dier ty sy..sy sayng dier or x????sy xtaw nk simpulkn semua prasaan sy kat dier dalm satu jwapan y prfct..jwapan y sy selalu bagi kat dier hanye senyuman sjerk…esh3…kadang sy sy rase bodo sangat..kadang2 jerk r..sy xreti nk tunjukn prasaan 2 kat dier..sy taw satu ary nnty dier msti akn bowink ngan sy punye prangai tpi nk wat cam ner kan…

Reply

7 miss Y July 13, 2009 at 3:24 pm

sy masih ingin kembali dgn kekasih lama sy sedangkan sekarang sy sudah ada bf yg sangat baik dan memahami. dan sy pun dah tahu ex boy sy sudah ada gf lain..sy xmampu nak tipu diri sy yg sy masih menyayangi kekasih lama sy..even kalau sy keluar dgn bf sy skang, sy masih boleh terkenangkan ex boy sy..begitu jugak dgn ex bf sy..kami berpisah atas kesilapan masing2..tolong la kwn2 nasihatkan sy apa yg ptut sy buat..

Reply

8 ariana August 29, 2009 at 12:23 pm

cinta sy mmg x msk akal.. lame sy berfikir, ini ke cinta yang sy crk selama ini.. kalo ini bkn cinta, knp sy x bole terima kehadiran org lain dlm hidup sy.. smlm, dia ckp yg dia dh KAHWIN.. kami pernah berkawan.sselps itu kami terputus hubgnn selama 8 bulan, kemudian, kami berhubung semula.. pd waktu tu, die mmg ade ckp yg dia dh kawin, tp sy x pnh percaya sehinggalah smlm dia betol2 meluahkan perasaan die..selama 8 bulan kami terputs hbgn, dia berkawwin dgn seseorg dan dikurniakan seporg anak.. tp, skrg dia dh x tngl sebumbung dgn isteri die lg.. perkahwinan mereka x smpi setahun. saya sgt menyesal tngglkn dia dlu. kalo x, die mesti x kahwin lg dn perkara ni xkan terjadi. sy lgsng x tau psl bnda ni.. saya sgt sygkan dia.. ape ptt sy buat.. saya bkn perampas!!

Reply

9 mulan September 1, 2009 at 6:48 pm

ariana.. kenapa awak perlu rasa yang awak ni perampas. dia tak tinggal sebumbung dengan isteri dia sebab awak ke? kalau awak rasa bukan sebab awak, awak tak patut rasa bersalah. jgn salahkan diri sendiri.

Reply

10 nas_rida September 3, 2009 at 3:59 pm

cinta sy ngn dia mmg xmsuk akal.sblm sy couple dgn yg baru ni..sy ade bf..tp cinta jarak jauh.sbb jarak,parent dia xizinkan kt org bsama.padahal dah 3 thn tu couple.mak dia suruh cari org dkt2 jer..jd hbungn kt org tgntung cm tu jer xde kesudahan.so, sy bawa hati yg saket ni sy trus mintk break..germ dgn dia yg xboleh nak pthankan cinta kami.pas tu, sy kenal sorng boy ni xsampai 2 bln.dia lamar sy.sy accept.padahal ntah nape sy trima pun sy xpasti.dia jauh lbh 10 thn dr sy.ape yg sy tau, dia ckp menggmbirakan hari2 sy.pas tu, dah ciap2 plan fsal tng & kwen, beli cincin.sy tpaksa kecewa lg.tb2 muncul xgf dia yg mrupakan sepupu dia sendiri.hbungn d org hmpir stgh thn senyap mcm tu shj tnpa kata ptus.boy sy ni dah bnyk thutng budi kat pak cik dia(ayh pompuan tu) dan dulu pnh janji nak kwen ngn pompuan tu& parent boy sy dh pnh risik pompuan tu dulu..tb2, dia tpaksa buat plihan.tp mmg dia dah xde pilihn.rupanya diam2 dia btung secara mengejut atas urusn org tua.hmpir smggu dia jth skit sbb pk masalh ni.dan hncur ht sy lg.dah jth di itmpa tangga.pas tu sbb dia nak tunaikan jnji dia..dia nk sy tggu dia lg 2 thn utk dia memperisterikan sy..sy xnak la.sape sanggup bkongsi kaseh beb! wlau sdh, tp lama2 sy sedar..sy bukan jth cinta kt dia.tp lbh sy memerlukan dia.pa pe pun, sy tetp sdh sbb kcewa lg..

Reply

11 jassuria September 10, 2009 at 4:13 am

Sy bkasih dgn seseorg bnama S. Hdp sy sgt bahgia bsama dia. Dia ada sgalanya yg sy cari lama ini. Soal rindu tu mmng tak boleh nak dielakan. Walau bjumpa hari2 tapi x pernah rasa puas. dari jam 8.15am hgga jam 6.30pm itu lah masa sy n dia bjumpa krn dia bkerja sepejabat dgn sy. Ucapan sgt syg dan mencintaimu adalah ucapan kami bdua setiap hari bila bjumpa. Walau usia cinta sy n dia cuma 2 bln lbh namun cinta sy n dia sudah sampai ketahap BERSAMA. Namun cinta kami berdua x pernah ada rasa kepuasanya malah rindu semakin mjadi-jadi sifat syg menyayangi semakin tak boleh dkawal. Sy x mampu hdp tampa dia dan dia pun pernah bkata bahawa sy lelaki pertama yg mampu membahagia hdp dia dan sy juga lelaki pertama yg memberi dia merasai erti sebenar kebahagian cinta yg sebenar. Cinta yg sy berikan pada dia bukan cinta pada nafsu semata. Kami berdua pernah terpikir, knp semua ini bisa terjadi, knp kami x mampu terpisah jauh, knp kerinduan diantara kami terlalu mendalam hgga kami langsung tak boleh buat apa2 kerja langsung..keistimewaan cinta kami ialah, kami punya byk persamaan dari segi kata2 keinginan, gerak hati senang kata cinta kami ini benar2 cinta sejati. Cuba bayangkan dalam sehari tidak kurang 3 jam untuk berjumpa 5 jam sentiasa menhubungi 2 jam untuk tumpukan pada kerja..Cuba kalikan 6 hari dan kalikan lagi 2 bulan..Yang peliknya ttng cinta kami, Knp kami tidak pernah rasa bosan atau jemu, Cuma kadang kala ada juga gaduh2 kecil atas sebab terlalu sensitif dalam perbualan atau perkatan bila berbalas sms. Kami muda terkecil hati. Maklum lah dua2 kuat merajuk tapi sy lah yg paling byk memujuk dia krn sy mmng suka memujuk termasuk memujuk diri sendiri. Kami cukup bahgia sangat2 bahgia dlm percintaan ini dan kami berdua sering berdoa agar kami dijodohkan satu hari kelak. Tapi yg menjadi masalahnya dia isteri org dan sy pula suami org. Sy dan dia sama2 sygkan keluarga masing2. Sy dan isteri sy tak ada masalah dlm rumah tangga malah isteri sy dan anak2 sy pun cukup bahgia skrang walau pun sy ada buat perhubungan dgn perempuan lain, Niat sy baik pada dia krn sy sanggup ambil dia jadi isteri ke dua sy jika terjadi sesatu pada dia. Yang menjadi masalah sy sekarang ialah keadaan rumah tangga dia. Suami dia suka pukul dia bila ada masalah dlm rumah tangga dia. Walau pun masalahnya bukan berpunca daripada dia tapi dia juga yg menjadi mangsa. Sy cinta dan sayangkan dia tapi sy tak tahu apa yg harus sy lakukan dan dia masih berkeras hati mahu pertahankan rumah tangga dia walau dlm keadaan bergitu ( mangsa pukul suami ). Untuk makluman anda semua..Saya amat mencintai dia dan tak mahu ada sesiapa mengasari dia, Tapi saya tak mampu, bukan tak mampu selesaikan masalah dia dan suami tapi saya tak mampu hendak melihat rumah tangga dia hancur kerana dia punyai anak2 kecil yang masih perlukan kedua ibu dan bapa mereka. Saya dah cuba banyak kali memberi jalan agar rumah tangga dia dapat diselamatkan. Masalah kedua ialah dia akui bahawa dia tidak pernah mencintai suami dia dari dulu lagi kerana perkawinan dia adalah atas sebab dia ingin menjaga maruah keluarga. Percaya atau tidak bahawa mahkota dia dirosakan dlm paksaan hgga hamil anak luar nikah oleh seorang lelaki. Tapi lelaki itu ingin bertangunjawap atas perbuatan dia dan rela mengambil dia sebagai isteri. Itu lah cara lelaki itu untuk dapat kan dia sedangkan lelaki itu tahu dia sudah ada yang punya. Munkin dengan cara ini saja lelaki itu dapat rampas dia dari kekasih lamanya. Lelaki yang saya maksutkan ialah SUAMI dia sekarang. Siapa bersalah dalam soal ini suami dia atau dia sendiri? Saya akui sejujurnya bahawa saya memang cintakan dia dan teramat CINTAkan dia kerana saya dan dia dapat merasai CINTA kami ini cinta yang sebenarnya. Buktinya hanya kebahagia ketenangan milik kami berdua..tolong lah kami untuk menyeselesai masalah yang kami berdua hadapi..

Reply

12 kyla September 10, 2009 at 10:32 pm

Cintailah diri anda sebelum anda mencintai orang lain…
Anggap lah kelemahan mahupun kesilapan itu datangnya dari diri sendiri dan perbikilah ia…

Semoga beroleh cinta yg suci dan bahagia…..amin

Reply

13 pencinta yg setia October 3, 2009 at 7:33 pm

cinta yang tak masuk akal????
aku terfikir2 samada cintaku satu jenis yg x masuk akal…tapi rasanya ini la yg dikatakan CINTA ITU BUTA..
aku bercinta dengan seorg lelaki yg aku tak pernah terfikir untuk bercinta dengan lelaki sepertinya…tetapi entah bagaimana hati ini begitu mudah menerimanya..bagiku dia seorg yang amat memahami atiku, menyayangiku dan sering berada di sisiku ketika ku perlukan walaupun tiada apa2 yg dapat dibantunya cuma menjadi pendengar setia stiap masalahku…
ermm..aku mengenalinya ketika bekerja di sebuah kilang..bermula dengan usik mengusik akhirnya kami menjadi sepasang kekasih..tahun ni hubungan kami dah nak dekat 3 tahun..aku tak menyangka hubungan kami boleh bertahan shingga kini..dan saya boleh mengklasifikasikan cinta kami adalah cinta jarak jauh…sy kat sjung dia kat sabah untuk tempoh 2 tahun..tapi kini kami d negeri yg sama untuk tempoh 1 tahun..kami hanya berjumpa sebulan sekali..itu pun bila da gaji..memang best time bercinta ni..lebih2 lagi ada org yg sering mengambil berat ttg diri kita..tapi dalam tempoh kami bercinta jarak jauh, sepenuh kepercayaan ku berikan padanya..malah tiada perasaan ragu terhadapnya..begitu juga dia..malah setiap ada sesiapa yg ingin mengenaliku akan ku khabarkan padanya…betapa aku amat menyayanginya….itu la cintaku…

aku rasa mesti kalian bila baca membaca commentku memikirkan ia adalah satu cinta yg biasa…tapi untuk pengetahuan kalian kenapa aku mengkalsifikasikan cintaku ini adalah hubungan yang tidak masuk akal adalah kerana kami bercinta atas dasar suka sama suka tetapi berbeza pada agama…kini hubungan kami boleh dikatakan cinta terlarang…atau cinta ini buta…kadang2 aku terasa dgn lagu fauziah latif tentang cinta terlarang ni…bertajuk : DIA.lagu ni sesuai untuknya..kerana dia la cinta pertamaku…

Dia insan pertama yang bertahta
Dia insan pertama yang ku cinta
Dia pernah membuat ku bahagia
Dia yang mengajarku
Tentang erti rindu

Dia yang dulu pernah ku sanjungi
Pergi seingga kini tak berganti
Hilang dari pandangan hidup ini
Membawa luka pedih tak terperi

Tiada ku duga
Permulaan yang jernih
Menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bisa rintangan antaraku dan dia
Cinta terlarang oleh orang tua

Kini terkilan sungguh rasa hati
Dia tak pernah lagi ku temui
Dia ku abadikan dalam jiwa
Terima kasih atas segalanya

Reply

14 PU3 October 5, 2009 at 1:41 pm

Aaah cinta yang x masuk akal…mungkin memang aku selalu ditakdirkan untuk mendapat cinta yang x masuk akal…cinta pertama ku adalah cinta jarak jauh..menyintai seorg duda anak 2…dia di semananjung dan aku di sabah..memerlukan pengorbanan yang banyak…pengorbanan perasaan, masa dan wang ringgit…3tahun menjalin hubungan..terlalu lama rasanya..sesakali aku terpaksa terbang pi KL n sesekali dia terpaksa terbang pi sabah..macam tu lah kami bertemu….menyintai seorang lelaki yang bergelar seorg ayah x sama dgn menyintai seorg lelaki bujang….masa dan perhatiannya terpaksa di bahagi…aku dan anak2nya masing2 berebut perhatiannya….mengenali 2org anak pompuannya yang semamangnya manja dgnnya..tuntutan hak penjagaan anak2 x berpihak kepadanya..membuatkan keluarganya mendesak supaya dia berbalik pada isterinya….Dia terbang pi Sabah jumpa aku..dan memberitahu segalanya..aku tau dia berada dalam keadaan serba salah…di sebelah anak dan keluarga dan di sebelah lagi adanya aku….aku tau dia x nak aku kecewa..dan pada masa yang sama dia x nak kehilangan anaknya…wife dia x membenarkan anak2nya berjumpa dgn dia setelah mengetahui yang dia mempunyai hubungan dgn ku….atas dasar rasa sayang..aku x nak dia bersedih…dgn berat hati aku sendiri berkata menyuruhnya rujuk balik dgn exwife dia demi anak2 dia.aku pun pompuan biasa, yg punya ati dan perasaan.aku x nak anak2 dia kehilangan seorg ayah hanya kerana aku…Dia meletakan 1 syarat yg sebenarnya terlalu berat aku nak penuhi…dia hanya akan bersetuju rujuk balik dgn wife sekiranya aku bersetuju untuk menjadi isteri keduanya…..aah gila syarat tu…tapi aku setujui juga syarat tu..kerna aku tau betapa sygnya dia dgn anak2nya….25/01 adalah tarikh lahirnya…dan tarikh tu juga dia rujuk dgn wifenya….tarikh yg aku ingat sampai sekarang…Walaupun dia dah balik dgn isterinya, dia x pernah lupakan ku….dia tetap menghubungi ku….tidak mengabaikan ku…dia memang seorg lelaki yg baik..cuma aku bukan ditakdirkan untuknya..dalam tempoh 3 bulan aku berfikir…tergamak kah aku mengambil kasih seorg ayah..tergamakkah aku meruntuhkan rumahtangga dia…..adakah aku mampu berkongsi kasih….jwpannya TAK…aku x mampu untuk berkongsi kasih..kerna aku bukan seorg wanita yang tabah….selepas 3 bulan dia menuntut janji yang aku setujui….isterinya pun setuju….demi utk tidak melukakan hatinya..aku berkata yang aku x mampu utk berkongsi kasih seorang lelaki…..dan aku x sampai hati untuk mengambil kasih seorg ayah n kasih seorg suami….dia hanya terdiam mendengar kata2 ku…akhirnya dia berkata kenapa aku sanggup buat pengorbanan mcm tu..korban kan kasih syg sendiri demi utk melihat org bahagia…aku hanya tersenyum..dan berkata kepadanya mulai saat nie..aku hanya anggap dia sebagai seorg abang…susah nak percaya kan..dari kwn boleh menjadi cinta,..dan dari cinta aku boleh menjadikannya seorg abg..mungkin org akan berkata cinta aku x kuat…..sebenarnya cinta aku mmg sentiasa ada utknya..tapi utk apa aku nak putuskan sesuatu hubung yg memang boleh mendatangkan kebaikkan..dan sehingga sekarang dia masih menjadi seorg abg kepada seorg adik…dan dia akan sentiasa memastikan aku selamat setiap kali aku dtg KL…dia lah yang akan hantar dam ambil aku kat airport.Tapi sampai sekarang aku masih x bersedia utk berjumpa dgn wifenya…hehehhehe….

Reply

15 saggittarius gurl January 12, 2010 at 9:33 am

aduuhh..aq x ta0 nk wt ape..
dye daa kple ngn aq lbeh dry smmnggu..tpie dye x nk owng ta0 ttng hbngn kmi..
aq x ta0 kalo dye ade gurl laen k x..
aq syg dye dye,,aq nk stia,,tpie aq x ykin yg dye akn stia ngn aq..
sbb tu aq hnye 50-50 jerk syg kt dye..
dye kte dye dh brake ngn gurl dye..
aq x ta0 knpe dye xnk owng tao pcl hbngn kte owng..
ape mclh dye ea..
ble aq tnye dye kte nk dye owng ta0 sndry mls nk sbrkn2…

Reply

16 freida February 9, 2011 at 8:16 pm

cinta yg sangat tak masuk akal…
da sthun kami putus,, sy sndiri yg ptuskn hubungn kami..
ats sbb sy tk dapat terima masa silamnya..
pd 22/1/2011 kami telah dclare blik..
ahmdulillah,, sgt bahagia rsanya dpt dy balik sbb sy mnysal dgn pbuatan sy tgglkn dia dulu…
sy akn brsungguh2 nk jg hubungn ni, krn sy ingin mmilikinya sampai bila2(AMIN..)
sy SGT tak brkenn n XSUKA bila dia cakap…
“fa kne REDHA dgn apa yg akn trjadi pd masa akn datang,, kita mrncang tp Tuhan yg tntukn..”
ap yg ada dlm hati sy,, dia seolah2 ada niat, ada hati, n da mrncang nk tgglkn saya nnti..
apalah nasib,, sy hanya mmpu brdoa, hubungn ni akn kekal selamanya.
sy sangat cintaknnya dan hati saya telah dibutakan dan trtutup untuk mnerima yg lain.

Reply

17 anonymous January 11, 2012 at 1:46 am

sy suke kwn sy, dlu kitorg satu tmpt keje yg sme, ble dye nak borak or wat funny dye akn pnggil sy utk tgok dye..dye bagi no phone dye kat sy konon2 ade alasan tertentu..setiap kali bile nak lepak dengan kwn2 satu tempat keje, dye mesti nak suruh sy join skali..dye slalu je hiburkan hati sy ble sy badmood..sy pena mtk gmbr dye kt phone, n dye sent sampai 3..mse time tu dye dh berenti keje sy rase cm xbest..sy jd murung n rase nk berenti keje gk..so sy rase mcm sy dh jatuh hati kt dye secare xsengaje..kitorg de hobi yg same n perangai yg same n talent yg same..tp skg ni dh lame xjmpe dye, n dye dh jauh..masalah sy ialah sy xberani nk bagitau dye yg sy suke dye sbb sy takot putus kwn. sy suke dye tapi sy selalu layan x layan je bile dye bersembang ngn sy mase dlu. sy berlagak macam sy xberminat kat dye..sekarang ni dye xmsg sy sgt, dye jarang reply msg n kt facebook pun dye wat bodoh je..sy sedih. tapi sy tetap buat macam sy x kisah. sy pun x msg dye n wat macam x amik peduli. tapi hakikatnye sy xdapat nk menanggung perasaan. sy rindu dye. tp sy xdpt luahkan kat dye. sebab sy x nak nampak macam sy ni terlalu desperate kt dye. sy x nak dye rase ego dan bangga. T_T lagipun sy x nak confess my feeling to him sebab sy rase macam dye x berminat kat sy, dye xpernah pun bagitau yg dye suke sy..tapi sy ade perasaan yg 50:50 dye pown suke sy tapi dye xkan cakap kat sy..so sy xtau nak buat ape..

Reply

18 fara April 7, 2012 at 3:36 pm

kalau sy rindukan dia, sy terus terang je sms dia..
sy ni xtau malu… walaupon kami hanya kawan..
selagi sy xluahkan apa yg ada kat hati selagi tu xtenang…
bila dah luah, lega rasa… biarlah dia nak kata apa pon…
sape suruh dia menggangu di fikiran sy..

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: