Mesti ramai yang terperanjat rupa- rupanya disebalik kes Suami Dera Isteri, Amanda Fong 19 tahun ada kontroversi!
Pasangan Kontroversi Video Rakaman CCTV Suami Belasah Isteri
Calven Chik Foo 26 tahun suami kepada Amanda Fong 19 tahun mengaku dirinya memang bersalah memukul isterinya seperti yang tertangkap di dalam rakaman video CCTV di kedai mereka…
Tetapi itu apalah yang Anda semua lihat secara kesimpulannya… Tahukah Anda kisah disebalik Video Rakaman CCTV Amanda Fong didera suami?
Saya telah membaca sendiri pengakuan suami Amanda Fong yang ditemubual eksklusif oleh Malaysian Digest..
Calvin Chik Foo mengaku dia bersalah terhadap kecederaan fizikal yang dialami Amanda Fong. Dia sedar yang tindakan fizikal yang dilakukan ke atas isterinya memang sesuatu yang salah dan diluar kawalan…
Ketika ditemubual, ini adalah antara pengakuan jujur Calvin Chik Foo:
Hubungan Bermasalah:
Calvin Chik Foo mengaku di awal perhubungan rumahtangga bersama Amanda Fong, hubungan mereka baik dan bahagia. Cuma yang menjadi masalah adalah sikap ibu mertua Calven Chik Foo iaitu ibu kepada Amanda Fong. Ibu mertuanya seperti tidak suka dan seolah- olah tidak merestui hubungan mereka berdua.
Ibu mertuanya banyak mempengaruhi sikap dan tindakan Amanda Fong di dalam rumahtangga sehingga banyak memberi tekanan dan rasa tidak selesa kepada Calven Chik Foo sendiri sebagai seorang suami…
Tekanan seperti ini banyak memberi kesan buruk kepada hubungan rumahtangga Calven Chik Foo dan Amanda Fong yang akhirnya secara perlahan mulai terjejas.
Kemunculan Wang Secara Tiba- tiba dan Panggilan Telefon Misteri:
Calvin Chik Foo memberi kenyataan bahawa isterinya, Amanda Fong sebelum ini hanyalah golongan sederhana. Amanda Fong sebelum ini ini tidak bekerja dan tidak melanjutkan pelajaran disebabkan keluarganya kurang mampu.
Apa yang menghairankan Calven Chik Foo selepas perkahwinan mereka, Amanda Fong mula mendaftarkan diri di Kolej tempatan dengan alasan mendapat bantuan kewangan daripada Syarikat ibu mertuanya. Amanda Fong mula kelihatan seperti “berduit” dan mampu untuk membeli barangan berjenama dan mahal tanpa berharap kewangan daripada Calven Chik Foo sendiri.
Suami Calven Chik Foo 26 Tahun, Mengaku Bersalah Pukul Isteri Amanda Fong 19 Tahun
Keadaan menjadi lebih mencurigakan apabila Amanda Fong bercadang untuk membeli sebuah kereta Volkswagen Beattle yang bernilai hampir Rm200, 000.
Calven Chik Foo yang menguruskan sebuah syarikat jualan mengaku yang Amanda Fong sememangnya tidak layak untuk mendapat pinjaman bayaran kereta.. Apatah lagi menggunakan nama ibu mertuanya yang berpendapatan sederhana.
Amanda Fong mula mengaku yang bantuan kewangan yang diterimanya selama ini adalah daripada “penjaga harta” yang menjaga harta warisan Datuknya.
Apa yang menghairankan Calvin Chik Foo adalah setiap kali diri nya ingin menemani Amanda Fong untuk berjumpa penjaga tersebut, isterinya sering tidak setuju.
Rasa curiga semakin bertambah apabila Calven Chik Foo sedar yang Amanda Fong ada menerima beberapa panggilan daripada pemanggil yang dilabelkan Amanda Fong sebagai “penjaga harta”. Wow! macam ada something je ni
Rahsia Terbongkar! aka Kantoi:
Calven Chik Foo mengaku pada bulan Mei yang lepas, ketika menggunakan iPhone Amanda Fong untuk melayari internet… Secara tidak sengaja dia menerima beberapa SMS yang mengejutkan. SMS yang berunsur curang..
Dengan rasa marah dan sedih… Calvin Chik Foo dengan bantuan nenek Amanda Fong, meminta penjelasan jujur daripada isterinya Amanda Fong. Dengan tangisan dan rasa bersalah Amanda Fong mengaku yang dia sememangnya ada hubungan sulit dengan seorang yang berpangkat Dato daripada Ipoh. (kebenaran yang agak memalukan..)
Apa yang menyedihkan lagi Calvin Chik Foo adalah apabila mendapat tahu bahawa Amanda Fong telah menajalinkan hubungan sulit dengan Dato yang telah beristeri tersebut, sebelum mereka berkenal dan berumahtangga..
Tekanan Hidup dan Cubaan Membunuh dan Bunuh Diri:
Calven Chik Foo juga mengaku, Amanda Fong pernah memegang pisau dan cuba untuk menikamnya. Isterinya memberi pilihan jika Calven Chik Foo tidak mahu ditikam maka, dia akan menikam dirinya sendiri dengan pisau.. *Bunyi agak pelik tetapi itulah yang terjadi.. hehe
Kejadian ini berlaku ketika mereka tengah bergaduh di rumah Amanda Fong.
Calven Chik Foo Mengaku Bersalah Memukul Isteri Tetapi Ada Sebab
Kisah Sebenar Yang Menceritakan Rakaman CCTV Suami Dera Isteri:
Berdasarkan cerita Calven Chik Foo mengenai rakaman CCTV yang merakam aksi dia memukul isterinya Amanda Fong, dia mengaku tindakannya itu adalah salah dan diluar kawalan.
Calven Chik Foo sebenarnya perihatin terhadap Amanda Fong yang sedang mengandung 2 bulan. Kebiasaannya apabila bergaduh, Amanda Fong akan memandu sendiri dan menghilang diri berjam- jam lamanya. Disebabkan risau akan kandungan bayi serta keselamatan Amanda Fong sebagai seorang yang bakal bergelar ibu…
Calven Chik Foo cuba untuk menghalang isterinya untuk keluar daripada kedai mereka… Tetapi, Amanda Fong degil dan bertekad untuk keluar. Kedegilan Amanda Fong untuk menurut nasihat seorang suami yang perihatin akhirnya bertukar menjadi sebuah “Drama Aksi Dera”…
Jika kita semua teliti video rakaman CCTV tersebut secara keseluruhannya sememangnya Calvin Chik Foo yang kelihatan bersalah… Tetapi setelah kita membaca sendiri pengakuan daripada Calvin Chik Foo iaitu suami kepada Amanda Fong, baru kita dapat lihat kebenaran daripada dua sudut yang berbeza…
Begitulah kisah disebalik “Video Rakaman CCTV Suami Belasah Isteri” berdasarkan penjelasan dan pengakuan suami Amanda Fong 19 tahun iaitu Calven Chik Foo 26 tahun.

Wow! Kisah rumahtangga yang agak dramatik
…. Sehinggakan kita semua sebagai masyarakat menjadi keliru dengan tujuan sebenar Amanda Fong untuk mempublisitikan dirinya di Laman Social…
Kadang- kadang sebuah kebenaran itu nampak saja benar…. Tetapi setelah dikaji dan dinilai, rupa- rupanya ada juga yang menjadi mangsa disebalik kebenaran itu sendiri…
Apa- apa pun kita harapkan yang terbaik untuk hubungan rumahtangga mereka selepas ini…
Pesanan: Kepada Anda yang sedang mengalami krisis rumahtangga sekarang… Jadikan Kisah “Suami Belasah Isteri” ini sebagai pengajaran untuk hubungan rumahtangga Anda. Setiap masalah pasti ada penyelesaian… Setiap hubungan cinta masih boleh lagi diselamatkan dengan kaedah dan cara yanng betul..
Saya yang Perihatin,
AF Hazwan
