Azam Cinta tahun baru 2009

by AF Hazwan on January 1, 2009

Selamat tahun baru 2009 kepada pencinta sekalian.

Kepada anda yang sedang bercinta, semoga bahagia dan sejahtera di samping yang tersayang. Kepada pasangan suami isteri, semoga ikatan rumahtangga anda berada di dalam keadaan yang lebih hormoni. Kepada anda yang di ambang putus cinta ataupun yang sedang putus cinta, semoga anda tabah mengharungi saat ini dengan kekuatan yang sememangnya ada pada diri anda. Kepada yang masih single dan masih tercari- cari pasangan, usah risau, jalan pasti ada mesti ada cara.

Sempena tahun baru 2009 ini, Seni Cinta mempunyai azam tersendiri iaitu untuk mencapai visi dan misi Seni Cinta. Berikut adalah visi dan misi Seni Cinta bagi tahun 2009 :

Visi : Menjadi Solusi No.1 Masalah Cinta di Malaysia

Misi: Membantu Lebih Ramai Insan Menyelesaikan Masalah Cinta Mereka

Kejayaan tidak datang dengan mudah. Kejayaan Seni Cinta pada hari ini bermula dengan satu NIAT. Saya, Hazwan, seorang bekas pencinta kecewa, hanya ingin membantu lebih ramai pasangan yang bermasalah di dalam hubungan cinta mereka mencari satu titik fokus- menuju ke arah hubungan yang bahagia.

Saya ingin mewujudkan satu keadaan di mana anda boleh berkata :

“Dulu bukan main susah lagi nak cari panduan untuk menyelesaikan masalah cinta. Kini, terdapat pelbagai panduan dengan tajuk yang spesifik di dalam bidang cinta, terpulang kepada kita untuk menuntut ilmu daripada panduan tersebut atau tidak.”

Saya bermula dengan menghasilkan Panduan Ebook Seni Selamatkan Cinta, khusus untuk sesiapa sahaja yang sedang mengalami penderitaan dan permasalahan di dalam hubungan mereka. Saya simpulkan segala strategi dan teknik saya ke dalam sebuah panduan berbentuk ebook yang padat, agar senang dibaca, difahami dan sejurusnya dipratik untuk menikmati hasil yang berkesan.

Saya juga telah mewujudkan Blog Seni Cinta yang dijalankan oleh saya dan juga beberapa orang rakan sehaluan. Saya menggelar komuniti ini sebagai Team Seni Cinta. Selain dianggotai oleh saya sendiri, terdapat 3 lagi pencinta yang menyumbang pengalaman dan pengetahuan mereka untuk memantapkan lagi kandungan strategi dan tips yang dikongsi di blog ini.

Mereka adalah :

Saudara,

Awang Fahd a.k.a. Fahd- Pengkhususan di dalam bidang motivasi cinta dan juga photo editor di Blog Seni Cinta. Jika saya sibuk, Fahd lah yang mengambil alih tugas konsultasi pelanggan Seni Cinta melalui YM dan Gtalk. Pengalaman dulunya yang pernah menghadiri seminar Pakar Motivasi Gan Ah Seng dan juga Dato’ Dr Azman Ching memang mempengarui kemampuannya untuk menjiwai dan mendidik insan yang memerlukan bantuannya. 

Mohd Johari a.k.a Joe – Seorang Internet Marketer, Copywriter dan juga Pencinta.Pengkhususan di dalam bidang Cinta Jarak Jauh. Beliau sememangnya pakar dan berpengalaman di dalam teknik ‘di luar kotak fikiran’ untuk mengekalkan cinta jarak jauh. Beliau sekarang tengah melakukan ‘deep research’ mengenai teknik mengekalkan hubungan cinta jarak jauh. 

Hafeez – Seorang yang suka berterus terang. Suka menyampaikan idea secara ‘direct’. Beliau fokus di dalam bidang ilmu hubungan INTIM intim setelah menyedari bahawa faktor keintiman sesebuah hubungan boleh disamakan dengan tiang rumah. Runtuhnya hubungan intim di dalam sesebuah hubungan, maka sudah pasti hubungan tersebut tidak stabil. Beliau sekarang tengah mengkaji ilmu keintiman lagenda seperti Karmasutra dan juga ilmu dari Barat untuk menghasilkan panduan keintiman cinta berlandaskan ajaran Islam dan untuk kesesuaian masyarakat kita.

Jadi, di tahun baru ini, Blog Seni Cinta akan membincangkan 2 topik hot permintaan tinggi iaitu CINTA JARAK JAUH dan 18SX (edukasi keintiman).

Saya terkejut kerana inspirasi untuk menjadikan Seni Cinta sebagai solusi no.1 kepada masalah cinta di Malaysia datang dalam bentuk ilham atau energi. Ianya seperti anda asyik memikirkan sesuatu perkara dan akhirnya sebuah idea (‘aha!’) datang. Cuma terpulang kepada anda untuk melakukan TINDAKAN terhadap ilham tersebut atau tidak. Saya MEMILIH untuk mengambil TINDAKAN.

Akhir sekali, saya menyeru anda supaya sama-sama kita berdoa agar masyarakat kita hidup di dalam keadaan bahagia, harmoni dan gembira. Keadaan kegawatan ekonomi, penghinaan kefahaman agama, bencana alam dan juga isu negatif politik negara amat menyedihkan.

Keputusan terletak di tangan kita sendiri sama ada untuk membiarkan kehidupan kita dibawa arus seperti arus deras sungai atau anda boleh membuat pilihan di dalam hidup anda, umpama anda mendayung untuk menuju ke arah laluan anak sungai kecil agar tidak dihanyuti arus deras ke arah air terjun.

Salam Jaya saya ucapkan kepada anda. Jadikan tahun 2009 sebagai ’second chance’ atau apa sahaja untuk mengingatkan anda bahawa, PELUANG sentiasa ada.

Pastikan bagi semalam bagaikan mimpi, dan esok hanyalah khayalan, tetapi hari ini tetap hidup dengan lebih baik, menjadikan setiap semalam, mimpi yang menggembirakan dan esok – sebuah khayalan yang diharapkan :)

“Peneroka Ilmu Menyelamatkan Cinta”

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 8 comments… read them below or add one }

1 Putera January 2, 2009 at 7:42 am

Happy new year kepada Team Seni Cinta. Semoga Visi dan misi Seni Cinta pada tahun nie tercapai :)

Reply

2 Amalia Ruslan January 2, 2009 at 12:42 pm

Salam Hazwan,

Wow! Tahniah!!

Content blog ni semakin hebat.. Sarat dgn informasi. Banyak akak boleh belajar dari Hazwan. :)

Semoga Team Seni Cinta terus maju untuk tahun 2009. Jumpa lagi!

Reply

3 Maria Natasha January 2, 2009 at 5:52 pm

Wow.. 18sx??? erhem…

This is what i call LOVE blog…hehe

Selamat tahun baru Team Seni Cinta. All the best for 2009!

Reply

4 Faheem Ahamad January 3, 2009 at 7:58 pm

Nice blog. Boleh blajar banyak pasal LOVE. Happy new year to team Seni Cinta..

Reply

5 nurefa January 5, 2009 at 4:37 am

semakin mantap penulisan nya… hrm,,, tahun 2009… mungkin agak mengecewakan pabila bercinta x tersenarai dlm planning tahunan saya seperti tahun2 lepas sebab buat pertama kali nya saya menyambut tahun baru tanpa kekasih setelah lama *berkecimpong* dlm bidang tersebut :) anyway… i enjoy my life ri8 now *peace*

Reply

6 AF Hazwan January 5, 2009 at 3:40 pm

Putera : Thanks for the wish :)

Kak Amalia : Banyak lagi kadungan berkualiti akan muncul kak, lebih-lebih lagi sudah ada 4 orang penulis dedikasi di sini. Thanks for the compliment :)

Maria : Blog Seni Cinta membincang segenap perkara yang melibatkan kebahagiaan rumahtangga, termasuk ilmu 18SX hubungan intim.

Faheem : Thanks Faheem, if Faheem ada blog, boleh share di sini.

Nurefa : Kasih yang hilang, pasti akan berganti. Tiada cinta bermakna tiada kehidupan. Cinta yang satu jangan di lupa, kejarlah sehingga ia menjadi milikmu. Enjoy your life :)

Reply

7 KampungBoy January 8, 2009 at 4:45 am

Wa…boleh jadik doktor cinta selepas ini…

Reply

8 anwar January 19, 2009 at 8:50 am

good good, its very good
good luck for u in 2009…… :)

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: