Bagaimana Menguji & Mengetahui Bahawa Si Dia Benar Mencintai Anda?

by AF Hazwan on October 25, 2010

Ujian Cinta

Tidak sukar untuk membaca perilaku lelaki ketika dalam membuat keputusan atau mengerja sesuatu perkara, tapi dari segi emosi fuhhh…kadang-kadang lebih mudah untuk kita membaca buku teks kejuruteraan dari memahami hati dan perasaan si jejaka ni.

Sudah pasti ramai di kalangan anda tertanya-tanya dan ingin tahu sangat perasaan si dia terhadap anda. 5 cara di bawah boleh membantu anda untuk menge’test’ adakah dia benar-benar menyayangi anda atau tidak.

Peringatan : Sebenarnya terdapat banyak lagi cara yang lebih mendalam, tapi yang di bawah ini boleh jugak diguna sebagai ujian ringan :)

1. Mula Dengan Melihat Tingkah Laku Si Dia

Banyak perkara yang boleh anda perhatikan pada si dia untuk anda mengetahui perasaanya kepada anda. Antaranya, adakah dia tiba-tiba berubah tingkahlaku ketika berada di samping anda? Kalau biasa-biasa buat muka cool, tapi apabila dekat dengan anda dia buat muka yang lebih ‘friendly’ dan romantik. Kalau biasa-biasa dia pakai selekeh tapi apabila berjumpa dengan anda dia memakai pakaian bergaya dan wangian menusuk kalbu.

Adakah ini bermakna dia menagih perhatian anda? Ketahuilah bahawa bukan senang lelaki nak buat benda-benda macam ni. Ini bermakna dia berusaha keras untuk menunjukkan sayang dan penghargaannya kepada anda.

2. Dia Asyik Curi Pandang Anda

Pernahkah ketika anda sedang khusyuk melakukans sesuatu, jauh di sudut mata anda perasaan si dia tengah memerhatikan anda? Kemudian ketika anda menoleh, dia pura-pura menoleh ke arah lain? Ini bermakna dia menyukai anda dan tidak dapat menipu diri sendiri bahawa dia mencintai anda.

3. Dia Adalah Pahlawan Sejati Anda

Ketika anda dilanda masalah, ada je dia muncul entah dari mana membantu. Tayar kereta anda pancit, tidak sampai 5 minit dia tiba membantu. Dia buka pintu untuk anda, tarik kerusi anda (mcm drama sikit2 lah:) ). Lelaki yang melakukan perkara ‘respectful’ sebegini kepada wanita hanya ada satu sebab sahaja – CINTA.

4. Dia Berkawan Dengan Kawan Anda

Si dia tahu bahawa rakan-rakan dan keluarga di sekeliling anda adalah orang yang penting dalam hidup anda. Dia cuba berkawan dengan rakan anda. Lelaki yang tidak kisah untuk mengenali atau berkawan dengan orang-orang penting dalam hidup anda adalah lelaki yang berdusta dan bersandiwara mencintai anda.

5.  Dia Jujur Kepada Anda

Lelaki yang benar-benar mencintai anda akan jujur dan ikhlas berkongsi apa yang tersirat di hatinya kepada anda. Tak kira masalah peribadi atau kerja, dia akan bercerita kepada anda seperti anda sahabat karibnya. Lelaki yang berdusta hanya melemparkan kata pujian palsu dan dusta semata-semata.

Pesanan Ringkas Di Sini

Ramai yang menghantar email kepada saya bertanya tentang kenaikan harga Ebook Seni Selamatkan Cinta. Harga masih kekal lagi dan kepada yang ingin menyelamatkan hubungan yang dilanda masalah atau pun memerlukan ‘pil kecemasan‘ untuk hubungan anda, maka segeralah membaca Ebook Seni Selamatkan Cinta.

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 21 comments… read them below or add one }

1 Hanna November 2, 2010 at 11:21 pm

itu bkn ujian,,tp cma tanda2 shj.
but then,, lps dh dpt gurl yg dia mnt,,
sume tu akn hlg …kn?

Reply

2 eyerra December 21, 2010 at 3:22 pm

yap,s0metme..bler mse first2 nk bru d0rg brusehe..bler da dpt..d0rg da xde ag da wat mcm t0..

Reply

3 cincau March 13, 2011 at 11:51 pm

ya..that’s true..mula2 je cmtu.. bla da dpt jd gurlfren mula2 bez la ada amik peduli, lama-kelamaan sms pun x pernah g..skali kol minta breakup..cedihnya…

4 alin April 1, 2013 at 9:29 am

betol tu…klau dh dpt wat sambil lewa je..:(

5 ieka~~ March 20, 2011 at 5:32 pm

setuju ngn hanna…betul2….biler gurlz tu dia dah pat msti xdek dah bende2 yg mcm nih..

Reply

6 luna November 23, 2010 at 3:45 am

erm…macam mana utk kenal pasti atau memahami lelaki yg ssh nk tunjukkan kasih syg dia..i mmg percaya bf i cintakan i..cuma dia ssh nk tnjuk perasaan dia..tp dalam hati i..i tau dia mmg cintakan i drpd cara dia layan i.. =)

Reply

7 akowh dilla loveto ardilla March 5, 2011 at 6:01 pm

mlew2
ea ta cyg,,cy pon ta cyg!
tp lmew cy n ea cmew2 cyg!
tp ea wt hal,,ea cmment pix pmpuan len!!
pdahal pmpuan 2 daq yg cy ta ckew lak 2npew ea wt cm 2!
pdahal ea thu yg daq 2 cy ta ckew,,
tp ea cjew2 gax nk cmment!

Reply

8 larff July 21, 2011 at 5:54 pm

lelaki dia bleh guna beribu cara sekalipon untuk memikat.. kadang2 sndiwara pon sama dgn cinta yg sjati. sukar untuk knalpasti yg mna btul dan palsu.. urmm dpt yang lbih sempurna yang lama akan dtinggalkan.

Reply

9 hanim January 8, 2012 at 12:46 am

sangat setuju…:)

Reply

10 zahidahmy September 9, 2011 at 3:34 am

ye..kenapa mula2 tyme nak dapatkan seseorang begitu manis.tp bile dah dapat layan cm orang takde perasaan..sket pun tak jaga…dah tu ade ke menipu untuk kebaikan..ego pun tinggi…hurm..merayu macam nak apa..akhirnye tewas gak..takpe.mari kita bangkit!

Reply

11 gadish September 24, 2011 at 4:20 am

ap pentade lao kte mmpi kekasih kte curank ngn org lain ? n time uh dy plih gurlz uh bkn kte . wlupon tu mmpi . tpy trase betol lha . susa nux lupe .slalu ta mcm nyh . bnd nyh wat sy lgy risau sgt takut mmpi tu jdi knyataan ;(

Reply

12 sue October 27, 2011 at 1:52 pm

hmm….yg no 2 tu mmg slalu sue buat….slalu curik pandang die mase die tgh buat sesuatu……susah nak gambarkan perasaan masa pandang die…..tp mmg dalam hati sue sangat mencintai die…..tp kadang2 die susah nak paham…

Reply

13 saya December 1, 2011 at 1:32 pm

mcmna nk selesaikn mslh dr segi komunikasi klau hubungan jrk jauh ni..nak jmpa pn mmg xdpt jmpa lg..klau nak tggu jumpa, lambat plak…mesti ka berjumpa untuk bagtau mslh@ melalui fon@ msg shj sekiranya sy & dy ssh utk bertemu..
apa cara yg terbaik?

Reply

14 lelaki December 13, 2011 at 11:29 pm

kbnyakan laki just nak teman hidup yg trkejar2 kat dye….sies..kalu dpat laki mcm 2 korang kene cpat2 cri jalan untk tngalkn dye…sies BAHAYE

Reply

15 jue December 15, 2011 at 9:42 pm

selalu je dtpu lelaki….xde ke y jujur..asyik nk maen2 je…

Reply

16 Sumaiyah Nasibah Hussain December 31, 2011 at 12:51 am

Assalamu’alaikum. Hebat..cuma ana teringin nak mendapatkan Tips untuk menambat hati Pencinta yang Maha Agung. Mohon pertimbangkan permohonan ana ni.

Reply

17 wan January 7, 2012 at 2:18 am

saya nk minta izin untuk copy ayat2 dalam blog awak nihh ley x??
mmg bez giler..

Reply

18 eizah July 14, 2012 at 10:55 pm

lelaki klau btul2 cinta dan sygkan kita pasti dia yg mulakan call atau msj mlaiankn krdit hbis…ap pn pasti dia usaha mcmna nk bt smada nk guna public atau ap shj yg pnting dia mulakn…itu bermakna dia syg sgt..klau tk htnya blum spnuhnya utk prmpuan tu…

Reply

19 eizah July 14, 2012 at 11:11 pm

sy stuju dgn wan tanda2 tu ada bnyk benarnya tp mesti tengok dulu dan skrg tk ada beza bru kita tau hati dia. klau sma aje mmng ht dia utk kt. lg 1 sy nk tambah bt dia cemburu dpn2 dia bru kt tau ht dia. klau dia btul2 jealous mmng dia cinta kt. klau dia bt bdoh aje kna fhm2la…tp biasa klau btul cinta dia tk blh tahan tengok muka jd htam dn berubah airmuka.

Reply

20 FistZ September 3, 2012 at 11:20 pm

cinta adlah sesuatu yang menyedihkan kerana perlu memahami hati seseorang…tanpa sedar kau ditipu,dalam hati kata cinta tapi cinta palsu itulah yang membutakan cinta yang suci..,beri apa saja yang dia mahu,apa2 saja yang dia inginkan bagaikan dirasuk syaitan…hingga 1 hari dia berkata….kau tidak diperlukan lagi,dan kau adalah sebagai batu loncatan untuk aku bersama orang lain…selamat tinggal

Reply

21 fara May 6, 2013 at 11:20 am

I ade bf..cuma i x pham dgn prangai die.dh la jarang kluar sama.jumpa pun cuma 2 bulan skali je..i ade cuba tanya die ade pompuan lain ke?tapi die ckap x de..i x pcaya sgt dgn lelaki no..so sya ade juga pegi tmpat keja dia senyap2..x nk bgi dia tau.tapi x de jugak..kalau nk mnta putus,die x nak pulak.katanye masih syg..die x pnah pon bgi any present kt i..birthday i dh 2kali tpi msih x igt..kalo i marah langsung x pujuk..die akan msg sya bila
Dh tiga hari blalu..kdg2 sya balik yg pujuk die..hmmm..apa ptt sya buat?sedih rasa bila couple dgn org lain tp kluar dgn org lain..

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: