Bagaimana Untuk Lupakan Cinta Pertama – 3 Langkah Simple

by AF Hazwan on

Hi guys. First of all, terima kasih kerana banyak menghantar komen-komen di posting-posting blog ini. Setiap hari ada je yang hantar komen yang membina, nasihat dan tak kurang juga yang berkongsikan masalah cinta mereka.

Kerap juga saya menerima pertanyaan bagaimana untuk lupakan si dia, lebih-lebih lagi si dia adalah cinta pertama anda.

Teman-teman sekalian, cinta pertama memang cinta yang terindah sekali. Di saat kita masih ingin mengenali apakah erti kehidupan ini, hati kita terbuka untuk jatuh mahupun menerima cinta yang mendatang. Masihkah anda ingat perasaan anda ketika itu?

Namun, hidup ini seperti roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Cinta yang indah akhirnya berakhir dengan kekecewaan. Kepada yang sedang mengalami kekecewaan cinta kali pertama, maka artikel kali ini adalah untuk tatapan anda.

Kisah sedih tidak akan berakhir dengan kesedihan sahaja. Kekecewaan anda boleh diubati dengan masa yang berlalu dan perubahan pemikiran anda serta situasi di sekeliling anda.

Di bawah adalah antara langkah-langkah tindakan yang boleh anda lakukan untuk melupakan bekas kekasih cinta pertama anda.

1. Hapuskan Si Dia Dalam Hidup Anda

Si dia dah keluar daripada hidup anda. Tetapi anda masih di dalam hidup anda sendiri. Lupakan terus dia. Putuskan segala komunikasi dengan si dia, buang jauh segala benda dan perkara yang akan menyebabkan anda mengingati si dia. Sentiasa ingat cinta anda telah berakhir, tetapi hidup anda baru sahaja bermula. Ketahuilah, berakhirnya cinta anda ini bermakna, Tuhan ingin memberi ruang dan peluang yang lebih baik bagi anda.  Go for it!

2. Hargailah Perasaan Anda Dan Luahkan Dengan Seadanya

Selalunya dalam keadaan begini, kita akan cenderung untuk menyembunyikan perasaan kita. Kita berpura-pura menjadi tabah dan kuat, sedangkan hati anda sedang meraung tangisan luka yang dalam. Sebenarnya, tidak salah untuk anda menangis. Laluilah saat ini dengan semula jadi tanpa pura-pura dan takutkan orang di sekeliling anda. Semakin anda menyedari realiti dan menyelami perasaan anda mengenai berakhirnya cinta anda ini, semakin cepatlah anda boleh melupakan cinta lama anda.

3. Ketahuiah Keadaan Akan Menajadi Lebih Baik

Mulakan dengan mendengar lagu-lagu sedih. Nampak seperti nasihat bodoh, tetapi inilah yang saya lakukan ketika saya dikecewakan dulu. Dengan mendengar lagu-lagu sedih, saya akhirnya sedar bahawa bukan saya seorang yang sedih di dunia ni, ramai lagi insan yang lebih malang. Ketika itulah saya boleh melihat masa depan yang cerah bagi saya. Saya bangkit. Anda pun boleh bangkit!

Itulah tiga tips ringkas bagaimana untuk melupakan bekas kekaksih cinta pertama anda. Sebenarnya banyak lagi yang saya boleh bagi, tapi cuma untuk tatapan ringkas anda, ini sudah memadai sebagai permulaan.

Belajar ilmu dan skill baru. Anda banyak masa sekarang berbanding ketika anda asyik berkepit dengan si dia dulu. Luangkan masa untuk memperbaiki diri anda secara dalaman dan luaran. Tingkatkan penampilan anda. Cuba gaya rambut baru, fesyen baru dan minyak wangi baru. Terserah kepada anda. Yang penting, situasi yang lebih baik sedang menanti anda untuk menggapainya.

p/s : Seperti biasa, kepada sesiapa yang ingin menyelamatkan hubungan anda sebelum terlambat, dapatkan Ebook Seni Selamatkan Cinta [klik link]. Untuk pengetahuan anda buku ini tidak ada dijual di MPH ataupun kedai-kedai buku berhampiran. Saya lebih gemar dengan cara unkonvensional kerana sudah muak dan bosan dengan ‘petua-petua’ dari ‘guru-guru’ motivasi di luar sana.

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 1 trackback }

Cinta pertama | diary zahidah wahid
November 18, 2011 at 8:55 am

{ 18 comments… read them below or add one }

1 jooma June 26, 2010 at 4:31 pm

mang langkah yg simple dan unik..tips yg terakhir tu memberi makna bhw semua itu adlh realiti hidup..bolehkah selepas ini berkongsi dgn pembaca apa yg menyebabkan seseorang terlalu mudah jatuh cinta selepas putus cinta?mungkinkah nafsu yg selalu mengawal atau sekadar memeluk bantal yg disorong atau lain.

Reply

2 AF Hazwan July 24, 2010 at 1:04 pm

Thx jooma.

Kadangkala pemikiran kita dipengaruhi filem dan drama yang tak sepatutnya dicontohi. But, on the other side, make u feels good jugak.

Minda kita ni seperti komputer. Dalam komputer ada pelbagai software. Org yg mudah jatuh n putus cinta itu adalah disebabkan ‘software’ di dalam mindanya.

Nantikan posting seterusnya mengenai topik ini ya :)

Reply

3 cik ain August 10, 2010 at 10:07 pm

tips yg berguna..
tp pyh nk buat kan..
cam mulut ckp benci tp hati ckp syg..
so otak pun mule berpikir benci ke syg..

Reply

4 cikjj September 22, 2010 at 8:06 pm

sudah lawan..dah cube sume tips tu..tapi dia tetap hadir dalam ingatan….betol ke hanya mencari pengganti je bley buat lupakan dia…tp..hati ni susah nak terima orang lain lg….

Reply

5 mohd hakimi October 5, 2010 at 2:13 am

bila duduk sorang2..mesti ingat punya la..

Reply

6 myn~ March 8, 2011 at 10:34 pm

sgt susa nak lupe. .
sume kenangan 1st pd kat dy. .
law ley nak hargai kngan tu. .
tapi tamaw engat dy. .
huw

Reply

7 meen March 13, 2011 at 6:00 pm

memg ssh bila tiba2 sja kt d tglkan..dulu smua pkra ssh sy ttp ada bersama..bl dah seng sya d tglkn dgn alsn yg tak munasabah…sy bnci lelaki macmtu…slps 3 thn myemai baja2 kebahagiaan…tp prsn cinta n syg xkn pnh pudar wpn mult mgata bnci…sy xtahu bo tak sy akan lupakkn smper akhir hyt sya slps semua nya tjd…ssh utk syg mlupakn urg yg bgtu sy hargai..

Reply

8 Yana June 17, 2011 at 4:57 pm

Urm..Terlalu sukar untuk sy mlupakan nya..Huhuh

Reply

9 zahra September 9, 2011 at 11:51 am

CINTA PERTAMA…….!kalo tanggapan saya mengenai cinta pertama itu tida gampang tuk di lupakan pa lagi kalo dah mengngingat masa2 indah yg di lalui brsama, mungkin sampe mimpi segala, tapi aku dah tau cara tuk taklukan cinta pertama itu tuk hilang ta membekas. & laman ini termasuk dari syaratnya lebih lanjutnya hubungi 085223131338

Reply

10 maya September 17, 2011 at 2:26 pm

emb ,, barr cnta prtma munk gak bssa di lpakan ,, ap ag law kita sring ktmuu am siie diia !!
uhh pstii susah bnget ntukk mlpakn ee ..
sprti sya saat ini ,, yg ingin mlpkan diia ,, tp gak* bsa jga ,,
kadang ak mnangis saat mngingat diia yg udh gak lagi dngan aku ,
aku hrp ak bsa kmbli dngn aa ,,

Reply

11 yuvira isnavita u September 30, 2011 at 12:17 am

^^Thanks ya tipsnya.. Emm.. Boleh jga dicoba.. Smoga aja bisa ya.. Aminnn… Emmm…

Reply

12 Art October 6, 2011 at 9:28 pm

Dah cba..tp x bjaya..

Reply

13 bunga October 9, 2011 at 10:50 am

cinta permulaan jer manis..
skit bila ditglkan.. kita setia kita jujur kita sayang
sedangkan dia main kayyu tigaaa

Reply

14 kikik November 2, 2011 at 12:36 pm

ermm.. ssh gak nk lpe kan.. mmg ssh… kalo dh tggl kan dia, teringat juga nanti.. x taw knpa. why? sedangkan dia dh curang pn dengan aku.. aku je yg x dpt mengharungi semua ni. maybe aku terlalu berharap semua nya ini akan berakhir..

Reply

15 zahidahwahid November 17, 2011 at 11:42 pm

1. hapuskan si dia dari hidup anda – benda ni paling payah nak buat…walaupun dah bertahun-tahun, ingatan untuk dia tetap ada…

2. hargai perasaan anda dan luahkan dengan seadanya – seriously, dulu saya blogging memang penuh dengan luahan perasaan…kalau cerita kat orang mesti orang muak mendengar….

3. ketahuilah keadaan akan menjadi lebih baik – zaman frust menonggeng dulu memang semua lagu sedih dilayan…tapi lama kelamaan, minat kepada lagu sedih beransur hilang….now i’m totally fine….

*berpegang kepada prinsip mencari cinta terakhir….^_^

Reply

16 Ghaib. November 28, 2011 at 3:46 am

Memang susah nak melupakan seseorang yang selalu mengambil berat setiap hari,tiba2 tiada disisi.membuatkan kita hilang fokus untuk buat apa2.rasa hati ni kena guris setiap hari.sakitnya..

Reply

17 Kacang December 7, 2011 at 8:41 am

Terima kasih kerana telah menyedari saya . Yup , memang susah untuk melupakan si dia , tetapi , tips2 itu membuat kan saya boleh menghapus kan dia daripada hidup saya . thanks a lots . :)

Reply

18 yuha December 14, 2011 at 11:31 am

dh cuba buang jauh2.. tp tetap hadir.. cinta dh 9 tahun, tetiba dia minta ptus sb minat jnda. nk tima hakikat xdpt. suma dh taw hbgn kami, skrg tgung penderitaan sorg2.. bawa diri. yg plg teruk, ptus bkn cr bk tp penuh ngan penghinaan dan fitnah.. hlg keyakinan diri, xtaw dah bgmana nk merintih.. dh sbln berlalu, hati masih xdpt lupakn dia.. sakitnya..

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: