Cara Rahsia Untuk Anda Ungkapkan “I Love You”

by AF Hazwan on

Adakah hubungan cinta anda menjadi semakin hambar disebabkan aktiviti cinta anda yang membosankan? Anda dan pasangan mula merasakan tiada lagi “spark” di dalam hubungan cinta anda. Apa yang lebih merbahaya adalah apabila ungkapan keramat “I Love You” tidak lagi memberi kesan kepada pasangan anda.

Saya akan membongkarkan rahsia kepada anda “bagaimanakah cara mengungkapkan perkataan I Love You pada masa yang sepatutnya”.

Anda perlu sedar bahawa perkara yang dilakukan secara berulang kali akan menyebabkan anda dan pasangan bosan. Hubungan cinta anda perlukan sesuatu yang baru. Masa untuk Bertukar!

1. Ungkapkan “I Love You” jika perlu sahaja. Disebabkan pengguaan ungkapan “I Love You” yang sering anda gunakan hampir setiap hari adalah punca kehambaran hubungan cinta anda. Pada permulaan hubungan memang ungkapan ini bukanlah sesuatu yang membosankan tetapi, masa akan memadamkan kehangatan cinta anda dan pasangan jika anda terus melakukan perkara yang sama. Mulai sekarang, kawal penggunaan ungkapa ini. Biar pasangan anda tertanya- tanya dan meminta anda untuk melafaskannya dan pada saat itu, anda pasti menemui ganjarannya.

2. Biarkan pasangan anda yang melafaskan ungkapan “I Love You” sebelum anda. Di sini bukannya bermaksud anda “jual mahal”. Dengan cara ini anda akan letakkan nilai ke atas ungkapan “I Love You” anda. Apabila pasangan anda sedar ungkapan keramat “I Love You” hanya keluar daripada mulut anda selepas si dia melafaskannya maka, si dia akan tertanya- tanya mengapa ini berlaku. Pada saat itu, pasangan anda akan mengharapkan ungkapan “I Love You” keluar daripada mulut anda sebelum si dia melafaskannya. Harapan daripada pasangan anda itu adalah nilai yang anda perlukan untuk meningkatkan “spark” ungkapan “I Love You” anda.

3. Sertakan ungkapan “I Love You” anda dengan Hadiah. Bilakah kali terakhir anda memberi pasangan anda hadiah? Adakah hadiah tersebut dapat meningkatkan rasa sayang pasangan anda kepada anda ataupun sekadar biasa- biasa sahaja. Apabila ungkapan “I Love You” anda tidak lagi memberi kesan cinta kepada pasangan anda maka, kali ini cuba sertakan dengan hadiah. Dengan pemberian hadiah maka, ungkapan “I Love You” anda akan menjadi lebih bermakna.

Saya yakin dan pasti, dengan tips yang saya kongsikan ini mampu untuk membantu meningkatkan kualiti perhubunagan cinta anda. Anda perlukan perubahan, begitu juga dengan hubungan cinta anda! :)

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 3 comments… read them below or add one }

1 afflux February 5, 2010 at 11:43 am

salam buat Af Hazwan.
saya ingin berkongsi masalah yang saya hadapi dengan teman saya
Saya sangat sibuk setiap hari kerana saya bekerja keras untuk berjaya di dalam bidang pembelajaran di sebuah universiti.
Teman saya tidak memahami kerana menganggap perkara ini merupakan alasan untuk kami tidak melayan antara satu sama lain.Bagaimana untuk mengatasi masalah ini.
Terima kasih

Reply

2 shofyan soffi February 6, 2010 at 4:52 pm

apa yang anda tulis benar adanya.
dibalik semua yang anda tulis itu saya yakin ada pengalaman dan pelajaran yang telah anda lalui sehingga melahirkan pemikiran yang best itu.

Reply

3 hafisza May 25, 2010 at 12:55 am

boleh k sibuk dijadikan alasann…??? nmpak mcam nk jauhkan diri ja…hurmm sesibuk mna skali pon mesti ad ruang pribadi untuk org yg tersyang knknkn…k aku yg salah……huhuhuuu

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: