From the category archives:

Kisah Cinta

Amanda Fong Curang Punca Suami Dera Isteri

by AF Hazwan on September 7, 2012

Mesti ramai yang terperanjat rupa- rupanya disebalik kes Suami Dera Isteri, Amanda Fong 19 tahun ada kontroversi!

Pasangan Kontroversi Video Rakaman CCTV Suami Belasah Isteri

Calven Chik Foo 26 tahun suami kepada Amanda Fong 19 tahun mengaku dirinya memang bersalah memukul isterinya seperti yang tertangkap di dalam rakaman video CCTV di kedai mereka…

Tetapi itu apalah yang Anda semua lihat secara kesimpulannya… Tahukah Anda kisah disebalik Video Rakaman CCTV Amanda Fong didera suami?

Saya telah membaca sendiri pengakuan suami Amanda Fong yang ditemubual eksklusif oleh Malaysian Digest..

Calvin Chik Foo mengaku dia bersalah terhadap kecederaan fizikal yang dialami Amanda Fong. Dia sedar yang tindakan fizikal yang dilakukan ke atas isterinya memang sesuatu yang  salah dan diluar kawalan…

Ketika ditemubual, ini adalah antara pengakuan jujur Calvin Chik Foo:

Hubungan Bermasalah:

Calvin Chik Foo mengaku di awal perhubungan rumahtangga bersama Amanda Fong, hubungan mereka baik dan bahagia. Cuma yang menjadi masalah adalah sikap ibu mertua Calven Chik Foo iaitu ibu kepada Amanda Fong. Ibu mertuanya seperti tidak suka dan seolah- olah tidak merestui hubungan mereka berdua.

Ibu mertuanya banyak mempengaruhi sikap dan tindakan Amanda Fong di dalam rumahtangga sehingga banyak memberi tekanan dan rasa tidak selesa kepada Calven Chik Foo sendiri sebagai seorang suami…

Tekanan seperti ini banyak memberi kesan buruk kepada hubungan rumahtangga Calven Chik Foo dan Amanda Fong yang akhirnya secara perlahan mulai terjejas.

Kemunculan Wang Secara Tiba- tiba dan Panggilan Telefon Misteri:

Calvin Chik Foo memberi kenyataan bahawa isterinya, Amanda Fong sebelum ini hanyalah golongan sederhana. Amanda Fong sebelum ini ini tidak bekerja dan tidak melanjutkan pelajaran disebabkan keluarganya kurang mampu.

Apa yang menghairankan Calven Chik Foo selepas perkahwinan mereka, Amanda Fong mula mendaftarkan diri di Kolej tempatan dengan alasan mendapat bantuan kewangan daripada Syarikat ibu mertuanya. Amanda Fong mula kelihatan seperti “berduit” dan mampu untuk membeli barangan berjenama dan mahal tanpa berharap kewangan daripada Calven Chik Foo sendiri.

Suami Calven Chik Foo 26 Tahun, Mengaku Bersalah Pukul Isteri Amanda Fong 19 Tahun

Keadaan menjadi lebih mencurigakan apabila Amanda Fong bercadang untuk membeli sebuah kereta Volkswagen Beattle yang bernilai hampir Rm200, 000.

Calven Chik Foo yang menguruskan sebuah syarikat jualan mengaku yang Amanda Fong sememangnya tidak layak untuk mendapat pinjaman bayaran kereta.. Apatah lagi menggunakan nama ibu mertuanya yang berpendapatan sederhana.

Amanda Fong mula mengaku yang bantuan kewangan yang diterimanya selama ini adalah daripada “penjaga harta” yang menjaga harta warisan Datuknya.

Apa yang menghairankan Calvin Chik Foo adalah setiap kali diri nya ingin menemani Amanda Fong untuk berjumpa penjaga tersebut, isterinya sering tidak setuju.

Rasa curiga semakin bertambah apabila Calven Chik Foo sedar yang Amanda Fong ada menerima beberapa panggilan daripada pemanggil yang dilabelkan Amanda Fong sebagai “penjaga harta”. Wow! macam ada something je ni :)

Rahsia Terbongkar! aka Kantoi:

Calven Chik Foo mengaku pada bulan Mei yang lepas, ketika menggunakan iPhone Amanda Fong untuk melayari internet… Secara tidak sengaja dia menerima beberapa SMS yang mengejutkan. SMS yang berunsur curang..

Dengan rasa marah dan sedih… Calvin Chik Foo dengan bantuan nenek Amanda Fong, meminta penjelasan jujur daripada isterinya Amanda Fong. Dengan tangisan dan rasa bersalah Amanda Fong mengaku yang dia sememangnya ada hubungan sulit dengan seorang yang berpangkat Dato daripada Ipoh. (kebenaran yang agak memalukan..)

Apa yang menyedihkan lagi Calvin Chik Foo adalah apabila mendapat tahu bahawa Amanda Fong telah menajalinkan hubungan sulit dengan Dato yang telah beristeri tersebut, sebelum mereka berkenal dan berumahtangga..

Tekanan Hidup dan Cubaan Membunuh dan Bunuh Diri:

Calven Chik Foo juga mengaku, Amanda Fong  pernah memegang pisau dan cuba untuk menikamnya. Isterinya memberi pilihan jika Calven Chik Foo tidak mahu ditikam maka, dia akan menikam dirinya sendiri dengan pisau.. *Bunyi agak pelik tetapi itulah yang terjadi.. hehe ;) Kejadian ini berlaku ketika mereka tengah bergaduh di rumah Amanda Fong.

Calven Chik Foo Mengaku Bersalah Memukul Isteri Tetapi Ada Sebab

Kisah Sebenar Yang Menceritakan Rakaman CCTV Suami Dera Isteri:

Berdasarkan cerita Calven Chik Foo mengenai rakaman CCTV yang merakam aksi dia memukul isterinya Amanda Fong, dia mengaku tindakannya itu adalah salah dan diluar kawalan.

Calven Chik Foo sebenarnya perihatin terhadap Amanda Fong yang sedang mengandung 2 bulan. Kebiasaannya apabila bergaduh, Amanda Fong akan memandu sendiri dan menghilang diri berjam- jam lamanya. Disebabkan risau akan kandungan bayi serta keselamatan Amanda Fong sebagai seorang yang bakal bergelar ibu…

Calven Chik Foo cuba untuk menghalang isterinya untuk keluar daripada kedai mereka… Tetapi, Amanda Fong degil dan bertekad untuk keluar. Kedegilan Amanda Fong untuk menurut nasihat seorang suami yang perihatin akhirnya bertukar menjadi sebuah “Drama Aksi Dera”

Jika kita semua teliti video rakaman CCTV tersebut secara keseluruhannya sememangnya Calvin Chik Foo yang kelihatan bersalah… Tetapi setelah kita membaca sendiri pengakuan daripada Calvin Chik Foo iaitu suami kepada Amanda Fong, baru kita dapat lihat kebenaran daripada dua sudut yang berbeza…

Begitulah kisah disebalik “Video Rakaman CCTV Suami Belasah Isteri” berdasarkan penjelasan dan pengakuan suami Amanda Fong 19 tahun iaitu Calven Chik Foo 26 tahun.

Wow! Kisah rumahtangga yang agak dramatik :) …. Sehinggakan kita semua sebagai masyarakat menjadi keliru dengan tujuan sebenar Amanda Fong untuk mempublisitikan dirinya di Laman Social…

Kadang- kadang sebuah kebenaran itu nampak saja benar…. Tetapi setelah dikaji dan dinilai, rupa- rupanya ada juga yang menjadi mangsa disebalik kebenaran itu sendiri…

Apa- apa pun kita harapkan yang terbaik untuk hubungan rumahtangga mereka selepas ini…

Pesanan: Kepada Anda yang sedang mengalami krisis rumahtangga sekarang… Jadikan Kisah “Suami Belasah Isteri” ini sebagai pengajaran untuk hubungan rumahtangga Anda. Setiap masalah pasti ada penyelesaian… Setiap hubungan cinta masih boleh lagi diselamatkan dengan kaedah dan cara yanng betul.. :)

Saya yang Perihatin,

AF Hazwan

{ 1 comment }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Saya tergamam apabila melihat sendiri rakaman CCTV seorang suami mendera isterinya baru- baru ini. Memang kes suami dera isteri sukar untuk kita terima. Sekali lagi kita dikejutkan dengan kekajaman rumahtangga!

Kali ini melibatkan isteri muda, Amanda Fong 19 tahun yang dikatakan sedang mengandung 2 bulan telah dibelasah teruk oleh suaminya sendiri iaitu Calven Chik Foo di dalam sebuah kedai…

Berikut adalah antara kenyataan Amanda Fong 19 tahun..

” I Amanda Fong Kim Yen, Im 19 years old and Im 2 months plus pregnant with Calvin Chik Foo Keong’s Baby and I’m standing up for myself now. I would like to share my experience with all of you out there how abusive my husband is by beating me up terribly and he had been torturing me. I’ve been crying hysterically, having abdominal pains and traumatized  by this experienced…

As you can see in this video he wouldn’t let me out from the shop even I went to press the door access. He has put me under pressure, hurt, pain and suffering. I cannot endure it anymore longer. I’m very tired of living this miserable life. I have been accused, suffered from humiliation, physically and mentally anguished. How will you react if you were in my position and it happened to one of your family member?”

Rakaman CCTV Mangsa Suami Dera Isteri - Amanda Fong

Seorang suami sepatutnya menjadi ketua dan pembimbing di dalam keluarga. Selain daripada bertanggungjawab memimpin keluarga ke arah kebahagiaan… Seorang suami seharusnya tidak boleh lari daripada prinsip asas rumahtangga iaitu “Kasih Sayang”.

Masalah adalah lumrah kehidupan. Tidak ada seorang pun dikalangan kita (manusia) yang dapat lari daripada masalah. Di alam rumahtangga, kasih sayang adalah antara ramuan penting untuk menyelamatkan hubungan Anda.

Sehebat manapun masalah rumahtangga yang di alami, kekerasan bukanlah jawapan.. Dengan memukul dan menerajang isteri tidak akan memberi apa- apa jawapan dan penyelesaian…

Amanda Fong Mengandung 2 Bulan Calar Teruk! - Mangsa Suami Dera Isteri

Tidak kah Anda kasihan melihat rintihan dan raungan seorang Isteri apabila menahan setiap pukulan dan sepak terajang seorang Suami?

Saya manusia dan Anda juga manusia. Kita masing- masing miliki rasa perihatin…

Sebelum bertindak mengikut emosi, renung sejenak saat pertama kali Anda bertemu isteri Anda. Rasakan kenikmatan cinta yang telah isteri Anda hadiahkan disaat Anda menyarungkan cincin dijari manis isteri Anda. Bahagia bukan?

Jom sama- sama kita jadikan kisah Amanda Fong “suami dera isteri mengandung” ini sebagai pengajaran dan tauladan kita semua. Mungkin ramai Anda di luar sana juga pernah berada di situasi Amanda Fong cuma tidak “seberani” gadis ini untuk mendedahkan kisah Anda…

Pesanan: Kepada pasangan yang baru mendirikan rumahtangga… Sentiasa ingat dan berpegang teguh dengan prinsip asas rumah tangga Anda iaitu Kasih Sayang. Apabila ada masalah, Ingat! Kasih Sayang.. Apabila berlaku pergaduhan, Ingat! Kasih Sayang.. Dan sebelum mendaratkan penampar dimuka pasangan Anda, tarik nafas dan Ingat! Kasih Sayang.. Hubungan Cinta Anda masih boleh lagi diselamatkan :)

Saya yang Perihatin,

AF Hazwan

{ 1 comment }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Apabila saya mendengar Michael Jackson akan buat ‘comeback’ menjelajaah kembali dunia yang telah lama ditinggalkannya untuk mengadakan lebih 50 persembahan di London Arena 13 Julai nanti, saya berasa amat gembira. Akhirnya ‘King Of Pop’ ini akan memberi sinar baru kepada dunia yang semakin lumpuh ini.

Wajah Awal Michael Jackson

Wajah Awal Michael Jackson

Malangnya Michael Jackson telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Berita kematian Michael Jackson menggemparkan seluruh dunia.Tetapi, musiknya akan tetap bersama kita selama-lamanya.

Tidak kira anda menyukai atau tidak menyukai Michael Jackson, beliau telah menyentuh perasaan dan memberi inspirasi kepada jutaan insan di seluruh dunia.

Jika anda kurang menyedari fakta ini, pergerakan yang diasaskan oleh Michael Jackson “Heal The World” telah menyedarkan dunia tentang kepentingan untuk menyelamatkan Bumi dan menerapkan sifat kemanusiaan di seluruh dunia. Sebabnya beliau terlalu berpengaruh sehingga jutaan orang di seluruh dunia mendengar dan mematuhi mesejnya.

Saya juga percaya Michael Jackson telah banyak membantu badan non-profit dan membantu jutaan insan-insan yang mengalami masalah melalui tabung dermanya.

Tidak semua orang seperti Michael Jackson, saya dan anda memahami situasi ini.

TETAPI MENGAPA MENUNGGU SEHINGGA SESEORANG ITU SUDAH TIADA UNTUK MENGHARGAINYA?

Apabila Michael Jackson meninggalkan kita, saya percaya kebanyakan dari kita tiba-tiba menghargainya berlainan pada masa beliau masih hidup. Orang yang sering mengkritik beliau juga akan berhentu berbuat demikian.

Jika anda hendak menghargai si dia, hargai si dia sekarang juga.

Jika anda hendak berhenti mengkiritk si dia, hentikan sekarang juga.

Jika anda hendak berhenti marah kepada si dia, hentikan sekarang juga.

Jika anda hendak menyelamatkan cinta anda, laukan sekarang juga.

Hey, jika anda hendak buat diri anda dan si dia gembira, lakukan sekarang juga.

Jika tiada orang yang meninggal dunia di sekililing anda, ketahuilah bahawa masa berlalu dengan pantas, dengan sekelip mata orang yang nampak ceria dan sihat, boleh meninggalkan kita tanpa mengucap selamat tinggal terlebih dahulu.

Sungguh menakutkan, sebab itulah jangan ambil ringan di dalam usaha kita untuk menghargai orang. Saya tidak ingin menakutkan anda, tetapi sedang ingin mengingatkan diri saya sendiri agar tidak mengambil ringan akan orang di sekeliling saya.

Michael Jackson, meninggal dunia pada hari Khamis 25 Jun 2009, pada umur 50 tahun. Kematian mu mendapat segala penghormatan untuk bakat, sumbangan dan pergerakan “Heal The World”

{ 6 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Erti Sebenar Sebuah Perkahwinan

by AF Hazwan on June 12, 2009

Perkahwinan adalah sesuatu yang indah jika kedua-dua pihak menikmati hubungan itu sebaik-baiknya. Di manakah kebahagiaan sebenar di dalam sesebuah rumahtangga?

cinta-indah

Apakah erti sebuah perkahwinan kepada anda? Sebelum anda menjawab soalan itu, saya ingin menjemput anda untuk mengikuti pengembaraan saya…

Suatu hari tengah saya terfikir soalan ini, saya terjumpa satu artikel yang menarik perhatian saya. Saya baca dan sebaik habis ayat terakhir, saya menitiskan air mata. Kali terakhir saya menitiskan air mata adalah beberapa tahun yang lepas.

Artikel tersebut ditulis di dalam Inggeris. Jadi saya duduk di sebuah tempat sunyi sambil menghirup kopi kegemaran saya menulis kembali artikel tersebut ke dalam bahasa malaysia. Saya bukan penggemar novel, jadi tulisan saya mungkin tidak puitis. Yang penting mesej sebenar yang terkandung di dalam tulisan di bawah ini dapat menyedarkan anda tentang satu perkara ini.

Sila asingkan diri anda, tutup telefon bimbit anda, dan jika sudah bersedia, baca setiap baris ayat di dalam tulisan di bawah :

[Pilihan] Mainkan lagu ini untuk tambah feel anda : [audio:http://www.senicinta.com/throughhereyes.mp3]

Erti Sebenar Sebuah Perkahwinan

Hatiku berdegup kencang. Peluh membasahi dahi ku. Bukan kerana panas, tetapi kerana takut memikirkan sesuatu yang tidak pasti. Tetapi aku dah bertekad. Hari ini aku tidak boleh menangguh lagi. Aku mesti melafazkan ‘itu’ kepada dia hari ini juga. Muktamad.

Seperti biasa, aku balik kerja pukul 9 malam. Aiz sedang khusyuk di hadapan TV melihat drama yang aku sendiri tak pernah tahu akan namanya. Memang selama ini aku tidak tahu menahu apakah kesukaannya beberapa tahun kebelakangan ini.

Mataku tertumpu kepada Anie yang sedang sibuk menghidangkan juadah untuk makan malam. Wajahnya tenang seperti biasa. Hatiku makin berdegup kencang. Sudah lama aku memendam perkara ini. Syaza pula beberapa hari ini mendesak aku dengan aggresif. Tension aku dibuatnya.

“I’ll do it”, gertak hatiku dengan nekad. Aku berjalan dengan perlahan ke arah Anie yang sedang mengisi air sirap limau ke dalam gelas. “Anie, i have something to tell you”, kataku dengan suara agak perlahan. Wajah Anie seakan-akan tahu apa yang aku hendak melafazkan kata cerai. Suasana bertukar menjadi tegang apabila Anie dengan sengaja membaling gelas berisi air sirap limau kegemaranku ke arah ku. Pada malam tu kami tak bercakap langsung.

Aku sedar Anie marah dan menitiskan air mata. Hatiku terasa lega sedikit kerana akhirnya aku dah menyampaikan perkara sebenar. Aku di jalan yang betul pada fikiranku. Lewat malam aku tersedar dari tidur dan terlihat Anie sedang duduk di meja study kelihatan sedang menulis sesuatu.

Pada pagi esoknya sebelum pergi kerja, Anie menurunkan tandatangannya di atas surat perjanjian perceraian dengan beberapa syarat. Anie bersetuju untuk bercerai dalam tempoh sebulan dan mahu aku berusaha untuk meneruskan hubungan seperti biasa dalam tempoh sebulan ini. Alasannya cukup mudah : Aiz bakal menghadapi peperiksaan besar dan Anie tidak mahu konsentrasi Aiz terganggu akibat masalah kami. Pasti perit untuk Aiz.

Satu lagi permintaan yang buat aku terkejut adalah Anie mahu aku mendukungnya dari bilik tidur sehinggalah ke depan pintu rumah pada setiap pagi sebelum pergi ke kerja. Aku rasa ini adalah permintaan gila, tetapi akhirnya aku bersetuju. Yang penting rancanganku sedang menuju kejayaan.

Syaza ketawa apabila aku memberitahu permintaan pelik Anie ini kepadanya. Syaza berkata trick Anie tidak akan berkesan. Aku terdiam.

Melaksanakan Janji Demi Cinta Lain

Keesokan harinya aku melaksanakan permintaannya dengan mendukungnya buat kali pertama dari bilik tidur sehingga ke depan pintu rumah. Kami masing-masing rasa kekok, lebih-lebih lagi dengan perasaanku yang bercampur aduk ini. Aiz yang melihat aku mendukung Anie bersorak kegembiraan. Pemandangan ini istimewa baginya. Anie berbisik kepadaku supaya agar tidak memberitahu Aiz tentang penceraian kami. Aku mengangguk lembut.

bantal-cinta

Hari kedua aku lebih selesa mendukung Anie. Aku mula sedar aku sudah lama tidak menatap wanita ini. Aku perasan wajahnya sudah ada sedikit kedut, tidak seperti dulu licin dan cantik. Wanita ini adalah isteri aku.

Hari keempat, aku mula merasakan satu perasaan intim. Inilah wanita yang telah beri aku 10 tahun hidupnya kepadaku.

Hari kelima dan keenam perasaan keintiman semakin meningkat. Aku merahsiakan perasaan ini daripada Syaza. Semakin hari semakin ringan badan Anie. Mungkin aku sudah menjadi semakin kuat setelah mendukungnya setiap hari.

Suatu hari aku melihat Anie sedang memilih pakaian untuk dipakai. Anie berkata pakaiannya semakin membesar dan sudah tidak muat. Rupanya badan Anie yang semakin kurus.

Akhirnya aku sedar, kesakitan dan keperitan yang dialami oleh Anie di dalam rumahtangga ini. Secara tidak sedar, tanganku menyentuh pipinya.

Aiz melihat kami dan Anie memanggilnya lantas memeluknya dengan erat dengan penuh kasih sayang. Aku memalingkan muka sebab takut aku berubah pendirianku. Pada Aiz, sudah menjadi rutin setiap hari untuk aku mendukung Anie. Hari ini aku mesti mendukungnya.

Aku menghulurkan tangan dan mendukung Anie. Tangannya memelukku leherku secara semulajadi. Aku berasa situasi ini seperti hari perkahwinan kami saat aku pernah mendukungnya seperti yang aku sedang lakukan ini. Aku kalah.

Hari Terakhir

Hari terakhir aku mendukungnya terasa begitu ringan sekali badannya. Sedih aku melihat keadaan Anie. Tidak sanggup aku meneruskan langkah kakiku. Sungguh ringan. Ketika Anie di dalam dukunganku, aku sempat berkata kepada Anie bahawa hubungan kami kurang keintiman.

Aku memandu laju ke ofis, keluar dari kereta tanpa sempat mengunci pintu kereta dan terus bergegas ke bilik Syaza. Syaza menyambut aku dengan senyuman tetapi aku membalas dengan wajah serius lantas berkata bahawa aku tidak ingin bercerai. Ini keputusan berani mati dan muktamad.

Raut wajah Syaza berubah dan dengan sarkastiknya memegang dahiku untuk memastikan apa yang keluar dari mulutku benar. Aku menegaskan sekali lagi mesej ku. Syaza menampar muka aku dan menutup pintu. Aku terdengar suara tangisan.

Petangnya aku pergi ke kedai bunga, membeli sejambak bunga ros merah yang segar. Penjual bunga memberiku pen dan kad untuk ditulis dan aku menulis di atas kad itu “I will carry you every morning until death do us apart”.

Pertama kali aku merasakan perasaan gembira seperti ini. Sampai di rumah aku terus meluru ke bilik dan…

…aku terlihat Anie terbaring di atas katil, lain dari biasa. Anie sudah tidak bernyawa.

Pengajaran : Beri perhatian terhadap ‘hal kecil’ di dalam rumahtangga anda. Harta benda tidak memberi kebahagiaan sebenar. Jadikan diri anda kawan kepada pasangan anda dan bersama-samalah membina sebuah keintiman kukuh.

Apakah pengajaran dan iktibar yang anda boleh ambil daripada cerita di atas?  Sekali lagi, apakah erti sebuah perkahwinan bagi anda? Jika anda asyik melakukan kesilapan dalam perkahwinan (tips perkahwinan), bagaimanakah anda boleh membetulkan keadaan semula?

Saya harap anda terbuka untuk berkongsi di ruangan komen di bawah.

{ 19 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Cinta SMS

by AF Hazwan on July 7, 2008

Salam sejahtera kepada pencinta sekalian, seperti yang anda nanti- nantikan Team Seni Cinta akhirnya memaparkan posting Segmen “Satu CINTA satu CERITA”. Segmen ini merupakan perkongsian kisah Cinta daripada para pencinta yang diemailkan ke kami di info@senicinta.com

“Mari sama- sama kita luangkan sedikit masa untuk membaca dan menghayati segmen ini. Walaupun memerlukan komitmen untuk anda membaca tetapi saya yakin dan pasti, hasil daripada pambacaan anda akan sedikit sebanyak meningkatkan pengetahuan cinta anda sendiri dan sekaligus dapat membantu atau memberi semangat kepada Pengirim Kisah ini”

Ikuti Segmen 1, iaitu Cinta SMS hasil kiriman daripada saudari Jamilah Abdullah..

“Cinta SMS”

Assalamualaikum,

Aku telah tercari-cari tempat berkongsi kisah ini, akhirnya ku terjumpa blog yang cun dan menepati citarasa ini, terima kasih kepada pencipta blog ini…

Memang cinta itu indah untuk dirasa oleh sesiapa saja tak kira tua ataupun muda.

Sebenarnya aku baru saja putus cinta sms. Aku dah pun berusia iaitu dalam lingkungan tiga puluhan, sudah bersuami dan beranak lima. Duduk dan bekerja di KL. AKu adalah kakitangan kerajaan tetapi kalau ada masa terluang AKu suka merayau di internet mencari maklumat dan suka-suka..

Satu hari aku telah mendaftarkan nama kat satu website yang menyediakan ruangan untuk mencari kenalan. Aku terima sms dari seorang mamat yang ingin mengenaliku lebih dekat. Mula- mula hanya berkenalan biasa.. Lama-kelamaan hubungan tu bertukar menjadi hubungan cinta walaupun masing-masing kata itu hanya sebagai teman bicara. Kadang-kadang ada juga keinginannya untuk berjumpa denganku, kalau jumpa memang aku dapat agak apa yang akan berlaku antara kami, nafsu akan menguasai segalanya. Tetapi aku masih waras, aku buat perjanjian dengannya bahawa kami tidak akan berjumpa mahupun bercakap melalui telefon.. “Hubungan kami adalah hubungan cinta walau masing-masing masih tidak mengaku, kalau saling rindu dan sayang tu apa lagi namanya kan… tapi hanya cinta sms.” Itu kisah indah… sekarang kisah sedih..

Pada suatu hari kami bergaduh. Aku merajuk. Aku putuskan hubungan. Aku dah bertekad untuk lupakannya terus walau begitu sukar untuk buat begitu. Hari selepas itu, aku tau jadualnya, dia akan bekerja hari itu. Aku dah jangka dia akan smsku pagi-pagi seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dia mohon maaf atas kesalahannya. Tetapi hatiku berkeras untuk tidak meneruskan hubungan ini. Minta maaf lepas tu buat lagi. Aku terangkan segalanya tentang apa yang buat aku marah padanya. Aku geram juga sebab dia begitu senang memohon maaf tanpa penjelasan yang memuaskan hati. “Setelah saling memohon ampun dan maaf kami berpisah dengan baik”.

Tetapi jauh di sudut hatiku, aku ingin dia memujukku kembali kepadanya, lama aku tunggu sms yang memujuk darinya, tapi lelaki memang ego. Lalu muktamad keputusanku, aku tidak akan berhubung lagi dengannya. Aku telah padamkan nombornya terus dari handphoneku, begitu juga aku mohon pada dia agar padamkan nombor telefonku daripada handphonenya dan minta dia lupakan aku terus dari ingatannya… Aku dapat sms pula dari dia pada malamnya, menyatakan bahawa dia tak mungkin akan padamkan nombor tu dan tidak mungkin akan lupa padaku.

“Ya Allah ya Tuhanku…bila kuterima sms tu airmataku berderai, timbul simpati dalam hatiku…” pelbagai dilema muncul dalam fikiran, nak sambung atau nak putus. Nak sambung sebab aku memang asyik rindu padanya dua tiga hari ni sejak kami gaduh, sekejap-sekejap aku akan jenguk handphone semak sms macam orang angau. sampai bilakah aku berhenti daripada menunggu bagai menunggu bulan jatuh ke riba??? Lepas tu aku tak terima sms lagi darinya, agaknya dia pun suka berpisah, hanya aku yang tak sedar. Aku pun mula melupakannya sedikit demi sedikit hingga ke hari ini. Aku luahkan kisah ini pun agar ia tidak terpendam dalam hatiku.

Itulah kisah cinta smsku yang betul-betul terjadi dalam hidup ini beberapa bulan yang lepas. Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada pembaca. Oleh itu nasihatku, “jangan bermain dengan api kalau takut terbakar diri, jangan bermain dengan cinta, kelak diri sendiri yang akan merana.” Kalau bercinta biarlah kena pada tempatnya dan peliharalah ia sebaik mungkin.

Sekian…terima kasih..

Begitulah cerita hasil kiriman Saudari Jamilah Abdullah..

Apa Komen anda?

{ 17 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...