From the category archives:

Motivasi Cinta

Jatuh cinta adalah suatu perasaan yang indah sekali. Apa tidaknya, kita menganggap jatuh cinta adalah satu anugerah atau bonus yang datang pada waktu yang tidak kita sangka. Kejutan, harapan dan kenikmatan yang dialami membuatkan kita tersenyum seorang diri.

Bagi kaum wanita, adalah tidak mudah untuk jatuh cinta kepada seseorang, lebih-lebih lagi jika sebelum ini anda pernah dikecewakan. Ada yang sudah jemu dengan kaum lelaki, ada yang sanggup menutup pintu hatinya pada insan lain.

Tetapi…

…bila hati itu sudah dibuka oleh seseorang yang sungguh istimewa dan anda menganggap si dia adalah THE ONE…

…maka sudah tiba masanya untuk anda meluahkan perasaan anda terhadapnya.

Namun, langit tidak sentiasa cerah dan pertanyaan hati ini tidak semestinya akan terjawab. Anda mengambil langkah berani untuk mengeluarkan isi hati anda terhadapnya dengan harapan cinta anda dibalas.

Tetapi, si dia mula berubah dan menjauhkan diri daripada anda. Apakah sebabnya?

1. Si Dia Tidak “Available” Dari Segi Emosional

Sesetengah lelaki hanya ingin mempunyai teman wanita dan ingin mengalami perasaan “merasai kereta baru”.  Mereka tidak ada niat untuk mencari pasangan serius (untuk masa hadapan dan selamanya).

Apabila anda memberitahu hasrat anda, si dia mula PANIK.

Lelaki yang tidak “available” dari segi emosional ini biasanya tidak sanggup untuk meninggalkan rutin kehidupannya yang bebas selama ini dan sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk terus berada di dalam ZON SELESA.

2. Si Dia Sedang Memikirkan Masa Depannya Dengan Anda!

Betul – ada kemungkinan!

Setelah beberapa lama mengenali anda, si dia mula melihat gambaran besar dan halatuju hubungan ini.

Si dia mula memikirkan kehidupan sosial, kewangan dan komitmennya terhadap anda jika ingin betul-betul serius terhadap anda.

Ini memakan masa dan kebiasannya akan menyebabkan si dia mengasingkan diri untuk menilai pelbagai kriteria sebelum serius kepada anda.

Dan di sinilah kaum wanita sering melakukan KESALAHAN.

Anda menganggap hubungan ini bermasalah dan menghabiskan waktu anda untuk memperbaiki perkara yang tidak sepatutnya dibaiki. Tiada kerosakan pun yang berlaku di sini. Anda ingin menyelesaikan masalah yang tidak wujud.

Akhirnya, si dia letih dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya dan mula melihat hubungan ini dari perspektif yang berbeza. Si dia merasakan sudah tidak sesuai dan serasi bersama anda lantas berhajat untuk meninggalkan anda.

Tragedi Bermula!

Begitulah 2 sebab mengapa lelaki meninggalkan anda setelah anda meluahkan perasaan anda kepadanya. Ada banyak lagi kemungkinan lain, tetapi 2 sebab di atas adalah yang biasa sekali berlaku.

Kita tidak pernah diajar bagaimana untuk mengatasi masalah sebegini di sekolah. Apabila terjadinya masalah sebegini, anda kelu dan tidak tahu untuk membuat keputusan. Silap haribulan, hubungan yang sepatutnya berjaya diselamatkan hancur lebur begitu sahaja disebabkan salah cara.

Sejak saya menerbitkan Ebook Seni Selamatkan Cinta, ramai yang mengatakan bahawa hubungan mereka dapat diselamatkan tanpa menggunakan khidmat kaunseling berbulan-bulan dan ikhtiar alternatif seperti menggunakan khidmat pak bomoh.

Bagi yang ingin mencari teman hidup tetapi ditimpa masalah seperti tajuk posting kali ini dan ingin mengetahui strategi berkesan bagaimana untuk menambat hati si dia agar menganggap anda adalah teman hidup yang dicarinya selama ini, Ebook Seni Mencari Cinta adalah jawapan kepada persoalan anda selama ini.

Jika anda tahu dan ingin berkongsi sebab lain mengapa lelaki meninggalkan wanita setelah wanita tersebut meluahkan isi hatinya, sila kongsi di ruangan komen untuk pengisian bersama :)

{ 0 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Tidak sampai setahun kita pernah digemparkan kes khalwat yang akhirnya membawa kepada penceraian antara dua arits cun iaitu Norman Hakim dan Abby Abadi. Sila rujuk posting Blog Seni Cinta yang lepas.

Kali ini, kita sekali lagi digemparkan dengan kenyataan apabila Norman Hakim dan Memey Suhaiza merancang untuk berkahwin. Kenyataan ini sekaligus membuktikan penafian Norman sebelum ini adalah palsu belaka.

Keluarga Bahagia Norman dan Abby

Jika penafian Norman sebelum ini adalah kebenaran mengapa akhirnya berkahwin dengan Memey? Ini adalah persoalan utama yang akan bermain di fikiran masyarakat kita.

Apa yang berlaku di depan mata kita sekarang telah membuktikan bahawa hubungan cinta bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui. Kebahagian bukanlah sesuatu yang kekal dan penderitaan juga bukanlah sesuatu yang kekal. Kita tidak dapat menunding jari kepada pihak sesuka hati. Mereka memiliki alasan mereka sendiri untuk memilih arah tujuan hidup masing- masing.

Apa yang kita mampu lakukan adalah mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah mereka. Mungkin ada dikalangan kita yang sedang melalui kisah yang sama seperti Norman dan Abby. Apa yang perlu dilakukan adalah membuat keputusan yang betul untuk menyelamatkan cinta anda. Sebagai insan biasa, saya sendiri terkejut dengan apa yang berlaku terhadap kebahagian rumahtangga Norman dan Abby sebelum ini. Saya akui mereka sememangnya pasangan yang sempurna tetapi anggapan saya silap apabila mereka memilih untuk bercerai.

Kini Norman pula akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin dengan Memey Suhaiza (perempuan yang Norman sendiri nafikan hubungan mereka).

“Jodoh dan pertemuan di atas ketentuan tuhan”

P/s: Apa- apa pun kita doakan kebahagian rumahtangga mereka. Kita berharap agar perkahwanian kali ini biarlah sampai ke hujung nyawa.

Rujukan Berkaitan

    { 0 comments }

    Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

    Kenapa Masih Boleh Jatuh Cinta Lagi?

    by AF Hazwan on March 3, 2010

    Cinta sinonim dengan yang SATU. Sukar untuk kita gambarkan jika cinta itu dapat diberi dengan sesiapa sahaja, begitu sahaja.

    Ada yang berkata, “Mana mungkin aku boleh jatuh cinta dengan orang lain, aku hanya cintakan dia seorang”.

    Ironinya, dalam masa yang sama, hati ini boleh juga jatuh hati kepada insan lain. Kenapa begini?

    Mana perginya janji-janji manis ala-ala filem hindustan untuk tidak jatuh cinta pada yang lain?

    Di sini saya hendak mengupas satu pendedahan yang ramai dari kalangan kita perlekehkan.

    Bagaimana seseorang itu boleh jatuh cinta – walau sejauh mana pun dia mengatakan TIDAK sebelum ini.

    Bila kita bercakap mengenai CINTA, kita membayangkan cinta adalah sesuatu anugerah berupa benda dan perasaan. Kita tidak tahu dari mana datangnya perasaan ini. Chemistry, jodoh, takdir – sebutlah apa nama sekalipun untuk menggambarkan perasaan cinta.

    Akibat penerimaan mudah inilah, seseorang yang tidak kuat niatnya pada yang satu, pasti akan tergelincir…terjerumus ke dalam perangkap dan mainan cinta dunia.

    Cinta sebenarnya adalah satu PROSES. Tanpa kita sedari, minda kita sendiri yang membuat kita jatuh cinta kepada seseorang.

    Cuba ingat kembali saat terakhir anda jatuh cinta….

    Sebelum itu, sedarilah anda jatuh cinta BUKAN ketika anda bersama si dia, tetapi pada saat si dia tidak berada di hadapan anda (belakang tabir).  Sebab itulah kesan jatuh cinta amat berkuasa kerana DIRI ANDA SENDIRI MELAKUKANNYA.

    Begini berlakunya jatuh cinta : Anda keluar sekali dengan si dia. Dan selepas anda balik rumah, anda baring di atas katil sambil membuat gambaran si dia di dalam minda. Sedang anda melihat dia di dalam minda anda, anda mula menyenaraikan kualiti si dia yang anda suka…

    “dia sungguh romantik”, “wangi sungguh dia”, “dia sungguh itu…”, “dia sungguh itu…”

    Mungkin selepas itu anda membayangkan betapa indahnya anda dan dia bergembira dalam pelbagai situasi. Kemudian anda dapat merasakan satu sensasi panas suam di sekitar bawah pusat anda dan anda menyebut namanya berulangkali pada diri sendiri.

    Ataupun, anda sentiasa menyebut namanya di dalam perbualan harian anda!

    Bunyi seperti pernah terjadi kepada diri anda bukan? Kalau anda ingat kembali proses ini, pasti anda tidak senang duduk dan ingin berada dekat dengan si dia. Anda tidak mampu mengawal perasaan diri anda, dan rasa ditarik seperti magnet. Minda anda dipenuhi gambaran, bunyi dan perasaan indah.

    Lihat: CINTA adalah proses yang dilakukan kepada diri sendiri.

    Jatuh cinta bukanlah magis atau disebabkan perbuatan orang lain. Anda tidak jatuh cinta seperti anda jatuh lubang. Cinta adalah proses yang anda lakukan kepada diri sendiri tanpa anda sedari.

    Point saya adalah: Ingatlah cinta bukan hanya berdasarkan perasaan sahaja. Cinta adalah gabungan perasaan, komitmen dan tanggungjawab.

    Janganlah memberi alasan anda jatuh cinta pada orang ketiga kerana hati anda dicuri atau di luar kawalan anda.. Itu perbuatan seorang yang tamak dan hina kerana tidak dapat mempertahankan hubungannya (jika hubungan itu ok dan tiada cacat cela).

    { 0 comments }

    Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

    Jauhi Insan Ketiga Sebelum Anda Menderita!

    by AF Hazwan on February 13, 2010

    Sedang anda dan pasangan anda menikmati kebahagian di dalam hubungan cinta anda. Muncul insan yang tidak anda duga. Insan yang anda sangka teman ataupun rakan biasa mula menunjukkan tanda- tanda yang mengancam kesetian anda kepada pasangan anda.

    Pada mulanya, insan ketiga ini anda anggap kehadirannya di dalam hidup anda sebagai kenalan biasa. Mungkin sebagai rakan sekerja ataupun apa- apa keadaan yang sewaktu dengannya. Di sepanjang proses hubungan kawan ini pada mulanya mungkin hanya biasa. Namun, lambat laun memberi satu petanda buruk. Apakah petanda itu?

    1. Si dia mula kerap menghubungi anda. (sehingga mengalahkan kekerapan pasangan anda sendiri)
    2. Si dia semakin suka membantu anda walau apa- apa pun keadaan anda. (nampak pelik bukan?.. itulah teknik si dia.. AWAS!)
    3. Ketika bercakap si dia mula menonjolkan keistemiwaannya yang menandingi pasangan anda.. (kebiasaannya keadaan ini anda kurang sedar kerana anda mula percaya dan terpikat dengan kelebihannya. Mungkin secara tarikan luaran atau dalaman)
    4. Si dia mula mengeluarkan kata- kata memikat yang mengancam kesetiaan anda sebagai pasangan orang lain. (kalau dah sampai tahap ni memang nak kene penampar ni! hehe :) )

    AWAS! Anda mungkin tidak sedar dengan beberapa petanda di atas. Ini kerana, anda sedang berada di dalam fasa “kurang sedar”. Anda tidak sedar niat sebenar insan ketiga ini adalah untuk merampas cinta dan kesetiaan anda daripada pasangan anda. Anda mungkin katakan saya dan pasangan anda tidak faham.

    Percayalah! Saya faham dan pasangan anda faham. Sebagai seorang pasangan yang setia dan sedar betapa tingginya nilai sebuah kesetiaan di dalam perhubungan cinta maka, kami faham naluri seorang perampas! (insan ketiga).

    Jelas sekali, sebagai manusia kita dikurniakan sebuah hakikat. Apakah hakikat itu?

    “Sebagai manusia, kita MUDAH untuk jatuh cinta”


    Semua kita mudah untuk jatuh cinta tanpa kita sedari. Untuk jatuh cinta adalah mudah tetapi untuk menjaga cinta tersebut, perlukan tahap KESETIAAN yang tinggi. Tiada manusia yang dijadikan sempurna. Kesilapan adalah proses untuk anda menemui kesempurnaan. Menemui insan ketiga di dalam hidup anda bukan kesilapan TETAPI membenarkan insan ketiga tersebut merampas cinta dan kesetiaan anda daripada pasangan anda itu adalah kesilapan.

    Jauhi insan ketiga. Katakan tidak kepada golongan perampas ini. Jika mereka betul- betul insan yang baik dan murni, mereka sepatutnya sedar status anda yang sudah berpunya. Mereka harus menggalakkan kebahagian hubungan cinta anda dan bukannya merampas kebahagiaan tersebut.

    Mesej kepada Insan Ketiga:

    Anda adalah manusia, dan kami juga manusia. Harapan kami agar anda lebih berperikemanusian terhadap kebahagian insan lain. Cinta adalah untuk dicari dan dibina secara halal dan harmoni dan BUKANNYA dengan merampas dan menganggu kebahagian hubungan cinta insan lain.

    Kepada anda yang sedang menjadi mangsa insan ketiga, sedarlah dan bangkit daripada lamunan cinta palsu anda. Sedarlah keadaan diri dan pasangan anda sekarang. Tahulah bahawa pasangan anda sebenarnya lebih sayangkan dan perlukan anda. Ingat kembali detik pertemuan pertama yang indah. Anda bukanlah daripada golongan kaum perampas maka, JANGANLAH memilih mereka yang daripada golongan keturunan perampas!

    p/s: Arwah ibu sahabat saya pernah berpesan, sayangi dan hargailah apa yang kita ada sekarang sebelum *apa yang kita sayangi dan hargai itu* pergi buat selama-lamanya. Dan kini, pesanan ini menjadi semakin bermakna seteleh pemergiannya. “Al-Fatihah kepada Al-marhumah Dayang Norliah bte Abang Hj Julai.”

    Rujukan Berkaitan

    { 4 comments }

    Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

    Cara Rahsia Untuk Anda Ungkapkan “I Love You”

    by AF Hazwan on January 31, 2010

    Adakah hubungan cinta anda menjadi semakin hambar disebabkan aktiviti cinta anda yang membosankan? Anda dan pasangan mula merasakan tiada lagi “spark” di dalam hubungan cinta anda. Apa yang lebih merbahaya adalah apabila ungkapan keramat “I Love You” tidak lagi memberi kesan kepada pasangan anda.

    Saya akan membongkarkan rahsia kepada anda “bagaimanakah cara mengungkapkan perkataan I Love You pada masa yang sepatutnya”.

    Anda perlu sedar bahawa perkara yang dilakukan secara berulang kali akan menyebabkan anda dan pasangan bosan. Hubungan cinta anda perlukan sesuatu yang baru. Masa untuk Bertukar!

    1. Ungkapkan “I Love You” jika perlu sahaja. Disebabkan pengguaan ungkapan “I Love You” yang sering anda gunakan hampir setiap hari adalah punca kehambaran hubungan cinta anda. Pada permulaan hubungan memang ungkapan ini bukanlah sesuatu yang membosankan tetapi, masa akan memadamkan kehangatan cinta anda dan pasangan jika anda terus melakukan perkara yang sama. Mulai sekarang, kawal penggunaan ungkapa ini. Biar pasangan anda tertanya- tanya dan meminta anda untuk melafaskannya dan pada saat itu, anda pasti menemui ganjarannya.

    2. Biarkan pasangan anda yang melafaskan ungkapan “I Love You” sebelum anda. Di sini bukannya bermaksud anda “jual mahal”. Dengan cara ini anda akan letakkan nilai ke atas ungkapan “I Love You” anda. Apabila pasangan anda sedar ungkapan keramat “I Love You” hanya keluar daripada mulut anda selepas si dia melafaskannya maka, si dia akan tertanya- tanya mengapa ini berlaku. Pada saat itu, pasangan anda akan mengharapkan ungkapan “I Love You” keluar daripada mulut anda sebelum si dia melafaskannya. Harapan daripada pasangan anda itu adalah nilai yang anda perlukan untuk meningkatkan “spark” ungkapan “I Love You” anda.

    3. Sertakan ungkapan “I Love You” anda dengan Hadiah. Bilakah kali terakhir anda memberi pasangan anda hadiah? Adakah hadiah tersebut dapat meningkatkan rasa sayang pasangan anda kepada anda ataupun sekadar biasa- biasa sahaja. Apabila ungkapan “I Love You” anda tidak lagi memberi kesan cinta kepada pasangan anda maka, kali ini cuba sertakan dengan hadiah. Dengan pemberian hadiah maka, ungkapan “I Love You” anda akan menjadi lebih bermakna.

    Saya yakin dan pasti, dengan tips yang saya kongsikan ini mampu untuk membantu meningkatkan kualiti perhubunagan cinta anda. Anda perlukan perubahan, begitu juga dengan hubungan cinta anda! :)

    { 2 comments }

    Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

    Sehari dua ini banyak perkara yang berlaku. Antaranya adalah mengenai berita malapetaka yang melanda Haiti, isu politik sana sini (kini agama pula), isu bagi komen kat Facebook kena tangkap, dan …

    …sekuel yang agak lucu bagi saya adalah disebabkan kononnya husband dia asyik dikacau gadis- gadis cun sarawak, seorang wanita yang bernama Hani Tarmizi yang baru berkahwin pada bulan November 2009 lepas (dan dengar khabar anak datuk dan datin), telah mencetus satu pergerakan kumpulan Facebook yang mencatat pertambahan ahli paling pesat dunia(hiperbola).

    Mana taknya, baru sahaja 2 hari, kumpulan facebook ( telahpun di delete oleh admin FB atas dasar menggalakkan kebencian) tersebut telah mencatat jumlah ahli seramai 8 ribu ahli

    …rata-ratanya bersatu hati meminta si Hani Tarmizi ini untuk memohon maaf kepada seluruh perempuan sarawak yang telah di’maki’nya. (ini tidak termasuk permintaan di luar logik akal dan juga penghinaan tanpa tapis oleh ahli kumpulan FB tersebut)

    Di bawah adalah screenshot yang berjaya diambil sebelum ‘beliau’ men’delete’ akaun FB nya…

    haniFB

    Pengajaran Dari Kisah ‘Selebreti Segera’ Hani Tarmizi

    1. Jika anda sedang menghadapi masalah rumahtangga atau hubungan cinta anda, ingatlah minda anda akan cenderung untuk menjadi tidak rasional/waras.

    Buktinya anda selalunya akan berkata “Oh, aku tak dapat hidup tanpamu” dan contoh satu lagi adalah seperti contoh kes Hani Tarmizi ini.

    2. Ketika anda dilanda masalah cinta, minda kuno (primitive brain) anda akan ‘take charge’ di mana anda akan sering melakukan tindakan di luar kawalan anda.

    Contohnya cakap main lepas, suka marah orang, dan asyik moody. Sebaik-baiknya tenangkan minda anda dan berfikir secara rasional sebelum anda melakukan sebarang tindakan yang boleh menyakitkan pihak lain.

    Pesanan Kepada Hani Tarmizi

    Semoga awak sedar akan tindakan awak dan jika awak betul-betul ingin menyelamatkan atau memberi pendinding kepada suami awak agar tidak dikacau gadis gadis cun dari sarawak atau mana-mana negeri sekalipun (niat awak ni baik sebenarnya)….

    ….saya syorkan panduan (tanpa guna bomoh borneo, indon dan thai) ‘terbukti berkesan‘  Ebook Seni Selamatkan Cinta.

    p/s : Jika Hani tahu tentang panduan ni lebih awal, mungkin Hani tidak akan bertindak sedemikian.

    pp/s : Jika anda juga takut perkara seperti yang berlaku kepada Hani berlaku kepada anda, maka saya dengan lembut hatinya mencadangkan panduan Ebook Seni Selamatkan Cinta juga kepada anda.

    Disclaimer : Posting ini tiada unsur2 pergerakan anti kepada Cik Hani Tarmizi (saya tidak provide link, selebihnya anda Google sendiri) kepada pihak tertentu, tujuan saya menulis ini adalah untuk mengkaitkan isu semasa dengan tindakan tidak rasional yang boleh berlaku kepada kita apabila kita dilanda masalah cinta. Sila bagi komen untuk ketengahkan pendapat anda semua… :)

    Rujukan Berkaitan

      { 39 comments }

      Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...
      Masih ada harapan?

      Masih ada harapan?

      Si dia tersenyum di hadapan anda. Senyuman yang mengingatkan anda kepada saat pertemuan pertama anda dan si dia…

      Kata- kata yang terkeluar seiring dengan suara halus yang sememangnya menyentuh jiwa dan perasaan anda. Raut wajah dan warna mata mula mememecah masuk ruang memori anda…

      Pasti timbul persoalan di mana salah seorang daripada anda akan terfikir untuk kembali bersama..

      Berfikir sebelum bertindak. Tips di bawah dapat membantu anda untuk membuat keputusan samada untuk kembali kepada bekas kekasih anda atau tidak.

      5 sebab mengapa anda perlu kembali kepada Bekas Kekasih Anda

      1. Anda terlalu muda: Ataupun anda terlalu muda dan belum bersedia untuk mempertahankan hubungan cinta anda. Salah satu sebab umum mengapa putus cinta adalah kerana anda terlalu muda dan perlukan masa untuk menimba ilmu dan pengalaman kehidupan bersendirian. Apabila anda telah sedar bahawa anda telah bersedia, ini adalah peluang terbaik untuk kembali kepada si dia.

      2. Kedua- dua anda ingin kembali: Jika kedua- dua ingin bersama kembali maka, terlalu jelas sekali anda berdua sepatutnya kembali bersama. Akan tetapi, jika salah seorang daripada anda sahaja yang mengharapkan untuk kembali maka, adalah sukar untuk menyambung semula hubungan cinta tersebut.

      3. Faktor Keselesaan: Anda telah mengenali si dia dan selesa jika bersama si dia. Apabila bersama, seperti biasa si dia akan melakukan perkara- perkara yang anda senangi dan sukai. Si dia juga telah dikenali oleh keluarga atau rakan- rakan anda. Sifat- sifat si dia menjadikan anda selesa. Jika perkara ini berlaku, untuk bersama adalah sesuatu yang sepatutnya.

      4. Si dia adalah Cinta anda!: Anda betul- betul cintakan dan sayangkan si dia. Kebaikan dan keburukan si dia sudah kesempurnaan bagi anda. Cinta dan sayang anda terhadap si dia menjadikan anda seorang yang betul- betul komitmen terhadap perhubungan cinta anda. Jika keadaan ini berlaku antara anda dan si dia, kembalilah bersama.

      5. Anda dan si dia masih berkawan: Ramai yang tidak setuju untuk berkawan baik dengan bekas kekasih. Keadaan ini akan memberi kesan negatif terhadap hubungan cinta anda yang mendatang. Akan tetapi, jika perkara ini terjadi dan dalam masa yang sama hubungan kawan ini bertukar menjadi hangat. Apa salahnya untuk kembali jika sama- sama inginkannya.

      5 Sebab Untuk tidak Kembali bersama Bekas Kekasih anda

      1. Si dia curang: Curang lebih daripada sekali adalah suatu penghinaan buat anda. Si dia seorang yang curang dan merahsiakannya daripada anda. Adalah lebih buruk apabila si dia sanggup menipu dan akhirnya rahsia curangnya terdedah. Manusia seperti ini berkemungkinan akan melakukan perkara yang sama jika kembali bersama anda.

      2. Anda Kesunyian: Sunyi kerana sudah menjadi “single” adalah perkara yang akan berlaku kepada anda apabila putus cinta. Namun jika ini alasan anda untuk kembali kepada si dia adalah lebih baik jangan! Beri diri anda sendiri ruang dan masa untuk berfikir dengan lebih rasional. Jika kembali kerana anda kesunyian, sudahkah anda berfikir perkara lain yang selain daripada kesunyian?

      3. Tiada lagi “spark” antara anda dan si dia: Mungkin anda telah letih terhadap semua “drama” dan pemainan cinta yang akhirnya memakan diri anda sendiri. Keadaan ini akan menyebabkan anda bosan dan akhirnya tidak menemui apa- apa perasaan terhadap si dia. Jangan paksa anda untuk menyintai si dia kerana ini akan memburukkan keadaan diri anda.

      4. Tiada keserasian: Tiada persamaan adalah lebih baik daripada tiada keserasian. Walau apa pun alasan anda dan si dia berpisah sebelum ini jika salah satu daripada alasannya adalah tidak serasi maka, lebih baik jangan sambung semula hubungan jika kali ini anda berdia sekadar berpura- pura anda dan si dia adalah serasi.

      5. Si dia sudah berpunya: Jika si dia telah pun berkahwin ataupun dimiliki insan lain adalah lebih baik anda berundur dan menerukan kehidupan yang baru. Walaupun si dia sanggup menghentikan hubungannya dengan pasangannya ini belum menjamin kebahagiaan anda dan si dia. Jangan jadikan diri anda batu penghalang kepada kebahagiaan orang lain.

      Berfikir sebelum bertindak :)

      Salam Cinta dan Kejayaan!

      { 0 comments }

      Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...