by AF Hazwan on February 13, 2010
Sedang anda dan pasangan anda menikmati kebahagian di dalam hubungan cinta anda. Muncul insan yang tidak anda duga. Insan yang anda sangka teman ataupun rakan biasa mula menunjukkan tanda- tanda yang mengancam kesetian anda kepada pasangan anda.

Pada mulanya, insan ketiga ini anda anggap kehadirannya di dalam hidup anda sebagai kenalan biasa. Mungkin sebagai rakan sekerja ataupun apa- apa keadaan yang sewaktu dengannya. Di sepanjang proses hubungan kawan ini pada mulanya mungkin hanya biasa. Namun, lambat laun memberi satu petanda buruk. Apakah petanda itu?
- Si dia mula kerap menghubungi anda. (sehingga mengalahkan kekerapan pasangan anda sendiri)
- Si dia semakin suka membantu anda walau apa- apa pun keadaan anda. (nampak pelik bukan?.. itulah teknik si dia.. AWAS!)
- Ketika bercakap si dia mula menonjolkan keistemiwaannya yang menandingi pasangan anda.. (kebiasaannya keadaan ini anda kurang sedar kerana anda mula percaya dan terpikat dengan kelebihannya. Mungkin secara tarikan luaran atau dalaman)
- Si dia mula mengeluarkan kata- kata memikat yang mengancam kesetiaan anda sebagai pasangan orang lain. (kalau dah sampai tahap ni memang nak kene penampar ni! hehe
)
AWAS! Anda mungkin tidak sedar dengan beberapa petanda di atas. Ini kerana, anda sedang berada di dalam fasa “kurang sedar”. Anda tidak sedar niat sebenar insan ketiga ini adalah untuk merampas cinta dan kesetiaan anda daripada pasangan anda. Anda mungkin katakan saya dan pasangan anda tidak faham.
Percayalah! Saya faham dan pasangan anda faham. Sebagai seorang pasangan yang setia dan sedar betapa tingginya nilai sebuah kesetiaan di dalam perhubungan cinta maka, kami faham naluri seorang perampas! (insan ketiga).
Jelas sekali, sebagai manusia kita dikurniakan sebuah hakikat. Apakah hakikat itu?
“Sebagai manusia, kita MUDAH untuk jatuh cinta”

Semua kita mudah untuk jatuh cinta tanpa kita sedari. Untuk jatuh cinta adalah mudah tetapi untuk menjaga cinta tersebut, perlukan tahap KESETIAAN yang tinggi. Tiada manusia yang dijadikan sempurna. Kesilapan adalah proses untuk anda menemui kesempurnaan. Menemui insan ketiga di dalam hidup anda bukan kesilapan TETAPI membenarkan insan ketiga tersebut merampas cinta dan kesetiaan anda daripada pasangan anda itu adalah kesilapan.
Jauhi insan ketiga. Katakan tidak kepada golongan perampas ini. Jika mereka betul- betul insan yang baik dan murni, mereka sepatutnya sedar status anda yang sudah berpunya. Mereka harus menggalakkan kebahagian hubungan cinta anda dan bukannya merampas kebahagiaan tersebut.
Mesej kepada Insan Ketiga:
Anda adalah manusia, dan kami juga manusia. Harapan kami agar anda lebih berperikemanusian terhadap kebahagian insan lain. Cinta adalah untuk dicari dan dibina secara halal dan harmoni dan BUKANNYA dengan merampas dan menganggu kebahagian hubungan cinta insan lain.
Kepada anda yang sedang menjadi mangsa insan ketiga, sedarlah dan bangkit daripada lamunan cinta palsu anda. Sedarlah keadaan diri dan pasangan anda sekarang. Tahulah bahawa pasangan anda sebenarnya lebih sayangkan dan perlukan anda. Ingat kembali detik pertemuan pertama yang indah. Anda bukanlah daripada golongan kaum perampas maka, JANGANLAH memilih mereka yang daripada golongan keturunan perampas!
p/s: Arwah ibu sahabat saya pernah berpesan, sayangi dan hargailah apa yang kita ada sekarang sebelum *apa yang kita sayangi dan hargai itu* pergi buat selama-lamanya. Dan kini, pesanan ini menjadi semakin bermakna seteleh pemergiannya. “Al-Fatihah kepada Al-marhumah Dayang Norliah bte Abang Hj Julai.”
Rujukan Berkaitan
by AF Hazwan on January 31, 2010
Adakah hubungan cinta anda menjadi semakin hambar disebabkan aktiviti cinta anda yang membosankan? Anda dan pasangan mula merasakan tiada lagi “spark” di dalam hubungan cinta anda. Apa yang lebih merbahaya adalah apabila ungkapan keramat “I Love You” tidak lagi memberi kesan kepada pasangan anda.

Saya akan membongkarkan rahsia kepada anda “bagaimanakah cara mengungkapkan perkataan I Love You pada masa yang sepatutnya”.
Anda perlu sedar bahawa perkara yang dilakukan secara berulang kali akan menyebabkan anda dan pasangan bosan. Hubungan cinta anda perlukan sesuatu yang baru. Masa untuk Bertukar!
1. Ungkapkan “I Love You” jika perlu sahaja. Disebabkan pengguaan ungkapan “I Love You” yang sering anda gunakan hampir setiap hari adalah punca kehambaran hubungan cinta anda. Pada permulaan hubungan memang ungkapan ini bukanlah sesuatu yang membosankan tetapi, masa akan memadamkan kehangatan cinta anda dan pasangan jika anda terus melakukan perkara yang sama. Mulai sekarang, kawal penggunaan ungkapa ini. Biar pasangan anda tertanya- tanya dan meminta anda untuk melafaskannya dan pada saat itu, anda pasti menemui ganjarannya.
2. Biarkan pasangan anda yang melafaskan ungkapan “I Love You” sebelum anda. Di sini bukannya bermaksud anda “jual mahal”. Dengan cara ini anda akan letakkan nilai ke atas ungkapan “I Love You” anda. Apabila pasangan anda sedar ungkapan keramat “I Love You” hanya keluar daripada mulut anda selepas si dia melafaskannya maka, si dia akan tertanya- tanya mengapa ini berlaku. Pada saat itu, pasangan anda akan mengharapkan ungkapan “I Love You” keluar daripada mulut anda sebelum si dia melafaskannya. Harapan daripada pasangan anda itu adalah nilai yang anda perlukan untuk meningkatkan “spark” ungkapan “I Love You” anda.
3. Sertakan ungkapan “I Love You” anda dengan Hadiah. Bilakah kali terakhir anda memberi pasangan anda hadiah? Adakah hadiah tersebut dapat meningkatkan rasa sayang pasangan anda kepada anda ataupun sekadar biasa- biasa sahaja. Apabila ungkapan “I Love You” anda tidak lagi memberi kesan cinta kepada pasangan anda maka, kali ini cuba sertakan dengan hadiah. Dengan pemberian hadiah maka, ungkapan “I Love You” anda akan menjadi lebih bermakna.
Saya yakin dan pasti, dengan tips yang saya kongsikan ini mampu untuk membantu meningkatkan kualiti perhubunagan cinta anda. Anda perlukan perubahan, begitu juga dengan hubungan cinta anda!
by AF Hazwan on January 20, 2010
Sehari dua ini banyak perkara yang berlaku. Antaranya adalah mengenai berita malapetaka yang melanda Haiti, isu politik sana sini (kini agama pula), isu bagi komen kat Facebook kena tangkap, dan …
…sekuel yang agak lucu bagi saya adalah disebabkan kononnya husband dia asyik dikacau gadis- gadis cun sarawak, seorang wanita yang bernama Hani Tarmizi yang baru berkahwin pada bulan November 2009 lepas (dan dengar khabar anak datuk dan datin), telah mencetus satu pergerakan kumpulan Facebook yang mencatat pertambahan ahli paling pesat dunia(hiperbola).
Mana taknya, baru sahaja 2 hari, kumpulan facebook ( telahpun di delete oleh admin FB atas dasar menggalakkan kebencian) tersebut telah mencatat jumlah ahli seramai 8 ribu ahli…
…rata-ratanya bersatu hati meminta si Hani Tarmizi ini untuk memohon maaf kepada seluruh perempuan sarawak yang telah di’maki’nya. (ini tidak termasuk permintaan di luar logik akal dan juga penghinaan tanpa tapis oleh ahli kumpulan FB tersebut)
Di bawah adalah screenshot yang berjaya diambil sebelum ‘beliau’ men’delete’ akaun FB nya…

Pengajaran Dari Kisah ‘Selebreti Segera’ Hani Tarmizi
1. Jika anda sedang menghadapi masalah rumahtangga atau hubungan cinta anda, ingatlah minda anda akan cenderung untuk menjadi tidak rasional/waras.
Buktinya anda selalunya akan berkata “Oh, aku tak dapat hidup tanpamu” dan contoh satu lagi adalah seperti contoh kes Hani Tarmizi ini.
2. Ketika anda dilanda masalah cinta, minda kuno (primitive brain) anda akan ‘take charge’ di mana anda akan sering melakukan tindakan di luar kawalan anda.
Contohnya cakap main lepas, suka marah orang, dan asyik moody. Sebaik-baiknya tenangkan minda anda dan berfikir secara rasional sebelum anda melakukan sebarang tindakan yang boleh menyakitkan pihak lain.
Pesanan Kepada Hani Tarmizi
Semoga awak sedar akan tindakan awak dan jika awak betul-betul ingin menyelamatkan atau memberi pendinding kepada suami awak agar tidak dikacau gadis gadis cun dari sarawak atau mana-mana negeri sekalipun (niat awak ni baik sebenarnya)….
….saya syorkan panduan (tanpa guna bomoh borneo, indon dan thai) ‘terbukti berkesan‘ Ebook Seni Selamatkan Cinta.
p/s : Jika Hani tahu tentang panduan ni lebih awal, mungkin Hani tidak akan bertindak sedemikian.
pp/s : Jika anda juga takut perkara seperti yang berlaku kepada Hani berlaku kepada anda, maka saya dengan lembut hatinya mencadangkan panduan Ebook Seni Selamatkan Cinta juga kepada anda.
Disclaimer : Posting ini tiada unsur2 pergerakan anti kepada Cik Hani Tarmizi (saya tidak provide link, selebihnya anda Google sendiri) kepada pihak tertentu, tujuan saya menulis ini adalah untuk mengkaitkan isu semasa dengan tindakan tidak rasional yang boleh berlaku kepada kita apabila kita dilanda masalah cinta. Sila bagi komen untuk ketengahkan pendapat anda semua…
Rujukan Berkaitan
by AF Hazwan on January 17, 2010
Masih ada harapan?
Si dia tersenyum di hadapan anda. Senyuman yang mengingatkan anda kepada saat pertemuan pertama anda dan si dia…
Kata- kata yang terkeluar seiring dengan suara halus yang sememangnya menyentuh jiwa dan perasaan anda. Raut wajah dan warna mata mula mememecah masuk ruang memori anda…
Pasti timbul persoalan di mana salah seorang daripada anda akan terfikir untuk kembali bersama..
Berfikir sebelum bertindak. Tips di bawah dapat membantu anda untuk membuat keputusan samada untuk kembali kepada bekas kekasih anda atau tidak.
5 sebab mengapa anda perlu kembali kepada Bekas Kekasih Anda
1. Anda terlalu muda: Ataupun anda terlalu muda dan belum bersedia untuk mempertahankan hubungan cinta anda. Salah satu sebab umum mengapa putus cinta adalah kerana anda terlalu muda dan perlukan masa untuk menimba ilmu dan pengalaman kehidupan bersendirian. Apabila anda telah sedar bahawa anda telah bersedia, ini adalah peluang terbaik untuk kembali kepada si dia.
2. Kedua- dua anda ingin kembali: Jika kedua- dua ingin bersama kembali maka, terlalu jelas sekali anda berdua sepatutnya kembali bersama. Akan tetapi, jika salah seorang daripada anda sahaja yang mengharapkan untuk kembali maka, adalah sukar untuk menyambung semula hubungan cinta tersebut.
3. Faktor Keselesaan: Anda telah mengenali si dia dan selesa jika bersama si dia. Apabila bersama, seperti biasa si dia akan melakukan perkara- perkara yang anda senangi dan sukai. Si dia juga telah dikenali oleh keluarga atau rakan- rakan anda. Sifat- sifat si dia menjadikan anda selesa. Jika perkara ini berlaku, untuk bersama adalah sesuatu yang sepatutnya.
4. Si dia adalah Cinta anda!: Anda betul- betul cintakan dan sayangkan si dia. Kebaikan dan keburukan si dia sudah kesempurnaan bagi anda. Cinta dan sayang anda terhadap si dia menjadikan anda seorang yang betul- betul komitmen terhadap perhubungan cinta anda. Jika keadaan ini berlaku antara anda dan si dia, kembalilah bersama.
5. Anda dan si dia masih berkawan: Ramai yang tidak setuju untuk berkawan baik dengan bekas kekasih. Keadaan ini akan memberi kesan negatif terhadap hubungan cinta anda yang mendatang. Akan tetapi, jika perkara ini terjadi dan dalam masa yang sama hubungan kawan ini bertukar menjadi hangat. Apa salahnya untuk kembali jika sama- sama inginkannya.
5 Sebab Untuk tidak Kembali bersama Bekas Kekasih anda
1. Si dia curang: Curang lebih daripada sekali adalah suatu penghinaan buat anda. Si dia seorang yang curang dan merahsiakannya daripada anda. Adalah lebih buruk apabila si dia sanggup menipu dan akhirnya rahsia curangnya terdedah. Manusia seperti ini berkemungkinan akan melakukan perkara yang sama jika kembali bersama anda.
2. Anda Kesunyian: Sunyi kerana sudah menjadi “single” adalah perkara yang akan berlaku kepada anda apabila putus cinta. Namun jika ini alasan anda untuk kembali kepada si dia adalah lebih baik jangan! Beri diri anda sendiri ruang dan masa untuk berfikir dengan lebih rasional. Jika kembali kerana anda kesunyian, sudahkah anda berfikir perkara lain yang selain daripada kesunyian?
3. Tiada lagi “spark” antara anda dan si dia: Mungkin anda telah letih terhadap semua “drama” dan pemainan cinta yang akhirnya memakan diri anda sendiri. Keadaan ini akan menyebabkan anda bosan dan akhirnya tidak menemui apa- apa perasaan terhadap si dia. Jangan paksa anda untuk menyintai si dia kerana ini akan memburukkan keadaan diri anda.
4. Tiada keserasian: Tiada persamaan adalah lebih baik daripada tiada keserasian. Walau apa pun alasan anda dan si dia berpisah sebelum ini jika salah satu daripada alasannya adalah tidak serasi maka, lebih baik jangan sambung semula hubungan jika kali ini anda berdia sekadar berpura- pura anda dan si dia adalah serasi.
5. Si dia sudah berpunya: Jika si dia telah pun berkahwin ataupun dimiliki insan lain adalah lebih baik anda berundur dan menerukan kehidupan yang baru. Walaupun si dia sanggup menghentikan hubungannya dengan pasangannya ini belum menjamin kebahagiaan anda dan si dia. Jangan jadikan diri anda batu penghalang kepada kebahagiaan orang lain.
Berfikir sebelum bertindak
Salam Cinta dan Kejayaan!
by AF Hazwan on January 2, 2010
Saya telah mengembara di seluruh dunia mencari wanita sempurna.
Selepas 10 tahun mencari, saya akhirnya kembali ke rumah.
Sahabat karib saya bertanya kepada saya :
–Jadi, kau dah jumpa wanita sempurna itu?
Saya beritahu dia
Saya jumpa wanita paling Cantik di bahagian Selatan. Matanya seperti batu permata, rambutnya seperti rantai emas dan badannya seperti badan seorang dewi.
Sahabat karib saya kelihatan ghairah:
–Wahai sahabatku, sudahkah engkau memperisterikannya?
–Malangnya tidak. Sedihnya dia tidak Sempurna kerana dia seorang yang miskin.
Jadi saya terus mencari di Utara dan akhirnya bertemu dengan seorang wanita yang sangat Kaya. Kekayaannya mengalahkan harta setiap wanita di dunia ini yang digabung. Wanita itu tidak sedar betapa banyaknya hartanya.
–Jadi, inilah yang dikatakan wanita Sempurna betul?
–Tidak, jawab saya. Wanita itu adalah makhluk paling hodoh yang pernah saya jumpa dalam hidup saya.
Akhirnya, saya meneruskan perjalanan ke Timur dan di situ saya terjumpa dengan seorang wanita yang bijak, cantik dan mempunyai harta. Dia sangat sempurna…
Jadi, adakah kau sudah memperisterikannya?
Tanya sahabatku.
Tidak, sebab malangnya dia terlalu Sempurna sehinggakan dia hanya memilih lelaki sempurna untuk bersamanya.
———————————–
Apabila kita asyik mencari kesempurnaan, selalunya kita akan berdepan dengan…kekecewaan. Kita sendiri belum cukup sempurna mengapa kita mengharapkan kesempurnaan dari insan lain?
Fikirkan : Bukankah kita akhirnya telah menjumpai Kesempurnaan apabila kita Berhenti dari terus mencari?
“Lihat pada kejayaan, bukan pada kesempurnaan”
David Burns
p/s : Hazwan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada pembaca semua, semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan esok bagaikan impian yang akan direalisasikan.
by AF Hazwan on December 23, 2009
Kisah Benar,
Farid dan Diana telah lama berkenalan menerusi faceBook dan akhirnya mereka telah jatuh cinta. Perkenalan di alam maya kini bertukar menjadi sebuah perhubungan cinta yang hebat dimana akhirnya mereka sering berjumpa dan bercinta seperti insan yang lain.
Hampir setahun mereka bercinta, akhirnya Farid berhasrat untuk memperkenalkan Diana kepada keluarganya. Pada mulanya, keluarga Farid menyenangi Diana kerana memiliki sifat- sifat yang dikategorikan sebagai “Menantu Pilihan”. Keadaan ini amat disenangi Farid dan berimpian untuk melamar Diana.
Namun, keadaan berubah apabila suatu hari ayah Farid bertanyakan kepada Farid “betulkah Farid nak pilih Diana sebagai isteri?” Farid kaku sebentar dan menjawab “Betul ayah, Farid sayang sangat kat Diana dan Farid memang nak jadikan Diana sebagai isteri Farid yang sah”…
“Ayah tak setuju la dengan pilihan Farid… Si Diana tu ayah dapat RASAKAN tak baik untuk Farid.. Sayang memang sayang tetapi kalau ayah RASAKAN tak baik tu rasanya baik Farid lupakan hasrat Farid nak memperisterikan Si Diana tu.. Ayah TAK RESTU!!
KISAH BENAR di atas adalah perkara yang benar- benar terjadi kepada Farid. Adakah anda di sini mengalami masalah yang sama?
Saya yakin dan pasti, bukan hanya Farid seorang yang menjadi mangsa kepada masalah ini. Ramai anda diluar sama sedang menghadapi masalah yang sama seperti Farid. Mempertahankan pasangan anda daripada tidak diterima keluarga anda dengan alasan “Saya sayangkan dia”, “saya cintakan dia”, “dialah segala-galanya” bukanlah penyelesaian yang efektif malah, pasti akan mewujudkan suasana tegang di antara anda dan keluarga.
Hari ini, ramai dikalangan kita yang sanggup bergaduh dan putus hubungan kekeluargaan demi mempertahankan hubungan cinta. Mengapa keadaan ini perlu berlaku sedangkan jika direnung kembali asas perhubungan cinta adalah KEBAHAGIAAN.
Apakah cara TERBAIK dan EFEKTIF untuk permasalahan cinta seperti ini?
Kali ini saya sengaja nak tinggalkan PERSOALAN kepada anda semua kerana saya yakin dan pasti dengan cara ini akan mewujudkan pelbagai jawapan dan strategi untuk membantu kita semua
Salam Cinta dan Kejayaan!
p/s: Sebenarnya perkara ini terjadi sendiri kepada kawan rapat Hazwan..hehehe. Saya percaya setiap permasalahan cinta PASTI ada CARA untuk mengatasinya. Mari sama- sama kita berfikir ke arah PENYELESAIAN..
by AF Hazwan on December 16, 2009
Situasi A
Seorang isteri menghendakkan sebuah kereta Ferrari dan sebuah rumah banglo mewah daripada suami. Si suami menuruti segala kehendak si isteri kerana mampu dari segi kewangan. Si isteri gembira dan berpuas hati.
Situasi B
Seorang isteri menghendakkan sebuah kereta Ferarri dan sebuah rumah banglo mewah daripada suami. Si suami TIDAK menuruti kehendak si isteri walupun mampu dari segi kewangan. Si isteri sedih dan tidak berpuas hati.
Berdasarkan dua situasi di atas, saya yakin dan pasti wanita akan berasa gembira dan berpuas hati jika kehendak mereka dituruti. Jika kehendak mereka tidak dituruti, semestinya mereka akan bersedih dan tidak berpuas hati. Ini adalah lumrah kejadian wanita. Namun, adakah golongan wanita ini adalah golongan wanita materialistik?
Prada, Luis Vuitton, Chanel, Vinci, Versace dan sebagainya adalah jenama terkemuka dunia yang menjadi kegilaan ramai wanita pada abad ini. Jika diberi pilihan sama ada kereta Kancil dan BMW saya yakin dan pasti jawapannya mesti yang lebih mewah. Begitu juga dengan wang kertas RM10 dan RM 100. Semestinya yang besar akan menjadi pilihan.
Materialistik pada sudut bahasa bermaksud sifat yang mementingkan kebendaan. Pandangan umum untuk perkataan “Materialistik” adalah negatif.
Sebenarnya, kita semua adalah manusia materialistik. Jika tidak, perhatikan sendiri jam di tangan anda, perhatikan jenama pakaian anda. Anda membaca posting ini dengan menggunakan “laptop” dengan bantuan teknologi internet. Ya, kita sememangnya materialistik cuma ditahap selamat dimana kita masih lagi waras dengan pemiliihan kebendaan yang penting dan berguna untuk keperluan hidup kita.
Apakah kesan wanita materialistik terhadap perhubungan cinta anda?
Kesan daripada anda memilih wanita materialistik di dalam kehidupan cinta anda adalah terpulang kepada keadaan diri anda sendiri. Jika anda mampu daripada segi kewangan sememangnya anda mampu untuk belikan apa saja. Bagi anda yang tidak mampu semestinya “tinggalkan saja” adalah pilihan anda.
Kami di Seni Cinta sentiasa berfikiran positif dan terbuka untuk permasalahan cinta. Oleh itu, jika anda sedang bercinta dengan wanita materialstik, nasihat kami adalah cuba kaji dan fahami sejauh mana cinta dan kehendak wanita tersebut ke arah kebendaan. Jika ditahap yang melampau, anda ada dua pilihan iaitu:
- PERTAMA – Berfikir dan bertindak ke arah kemahuan wanita tersebut
- KEDUA – Tinggalkan wanita tersebut untuk kebaikan anda dan masa depan
Setiap pilihan pasti ada tujuan dan matlamat jangka masa panjang. kadang- kadang anda harus memilih untuk meneruskan hubungan dengan wanita yang dianggap materialistik kerana segelintir wanita seperti ini sebenarnya akan membantu anda untuk menjadi lebih maju lagi di masa yang akan datang. Jika anda betul- betul komitmen ke arah ini semestinya kereta kancil anda akan berubah menjadi BMW 5 tahun daripada sekarang. Jenama pakaian anda akan berubah menjadi lebih mahal. Wang di dalam wallet anda yang selama ini dipenuhi wang kertas Rm1 akan dipenuhi dengan wang kertas Rm100, malah wang di dalam akaun bank anda juga akan bertambah.
Oleh itu, berfikirlah ke arah sesuatu yang positif untuk anda, si dia dan hubungan cinta anda. Jangan jadikan kelemahan sebagai alasan untuk anda gagal di dalam perhubungan cinta anda. jadikan kelemahan itu sesuatu yang menghasilkan kekuatan. Anda mampu lakukannya!
Salam Cinta dan Kejayaan!