Masih ada harapan?
Si dia tersenyum di hadapan anda. Senyuman yang mengingatkan anda kepada saat pertemuan pertama anda dan si dia…
Kata- kata yang terkeluar seiring dengan suara halus yang sememangnya menyentuh jiwa dan perasaan anda. Raut wajah dan warna mata mula mememecah masuk ruang memori anda…
Pasti timbul persoalan di mana salah seorang daripada anda akan terfikir untuk kembali bersama..
Berfikir sebelum bertindak. Tips di bawah dapat membantu anda untuk membuat keputusan samada untuk kembali kepada bekas kekasih anda atau tidak.
5 sebab mengapa anda perlu kembali kepada Bekas Kekasih Anda
1. Anda terlalu muda: Ataupun anda terlalu muda dan belum bersedia untuk mempertahankan hubungan cinta anda. Salah satu sebab umum mengapa putus cinta adalah kerana anda terlalu muda dan perlukan masa untuk menimba ilmu dan pengalaman kehidupan bersendirian. Apabila anda telah sedar bahawa anda telah bersedia, ini adalah peluang terbaik untuk kembali kepada si dia.
2. Kedua- dua anda ingin kembali: Jika kedua- dua ingin bersama kembali maka, terlalu jelas sekali anda berdua sepatutnya kembali bersama. Akan tetapi, jika salah seorang daripada anda sahaja yang mengharapkan untuk kembali maka, adalah sukar untuk menyambung semula hubungan cinta tersebut.
3. Faktor Keselesaan: Anda telah mengenali si dia dan selesa jika bersama si dia. Apabila bersama, seperti biasa si dia akan melakukan perkara- perkara yang anda senangi dan sukai. Si dia juga telah dikenali oleh keluarga atau rakan- rakan anda. Sifat- sifat si dia menjadikan anda selesa. Jika perkara ini berlaku, untuk bersama adalah sesuatu yang sepatutnya.
4. Si dia adalah Cinta anda!: Anda betul- betul cintakan dan sayangkan si dia. Kebaikan dan keburukan si dia sudah kesempurnaan bagi anda. Cinta dan sayang anda terhadap si dia menjadikan anda seorang yang betul- betul komitmen terhadap perhubungan cinta anda. Jika keadaan ini berlaku antara anda dan si dia, kembalilah bersama.
5. Anda dan si dia masih berkawan: Ramai yang tidak setuju untuk berkawan baik dengan bekas kekasih. Keadaan ini akan memberi kesan negatif terhadap hubungan cinta anda yang mendatang. Akan tetapi, jika perkara ini terjadi dan dalam masa yang sama hubungan kawan ini bertukar menjadi hangat. Apa salahnya untuk kembali jika sama- sama inginkannya.
5 Sebab Untuk tidak Kembali bersama Bekas Kekasih anda
1. Si dia curang: Curang lebih daripada sekali adalah suatu penghinaan buat anda. Si dia seorang yang curang dan merahsiakannya daripada anda. Adalah lebih buruk apabila si dia sanggup menipu dan akhirnya rahsia curangnya terdedah. Manusia seperti ini berkemungkinan akan melakukan perkara yang sama jika kembali bersama anda.
2. Anda Kesunyian: Sunyi kerana sudah menjadi “single” adalah perkara yang akan berlaku kepada anda apabila putus cinta. Namun jika ini alasan anda untuk kembali kepada si dia adalah lebih baik jangan! Beri diri anda sendiri ruang dan masa untuk berfikir dengan lebih rasional. Jika kembali kerana anda kesunyian, sudahkah anda berfikir perkara lain yang selain daripada kesunyian?
3. Tiada lagi “spark” antara anda dan si dia: Mungkin anda telah letih terhadap semua “drama” dan pemainan cinta yang akhirnya memakan diri anda sendiri. Keadaan ini akan menyebabkan anda bosan dan akhirnya tidak menemui apa- apa perasaan terhadap si dia. Jangan paksa anda untuk menyintai si dia kerana ini akan memburukkan keadaan diri anda.
4. Tiada keserasian: Tiada persamaan adalah lebih baik daripada tiada keserasian. Walau apa pun alasan anda dan si dia berpisah sebelum ini jika salah satu daripada alasannya adalah tidak serasi maka, lebih baik jangan sambung semula hubungan jika kali ini anda berdia sekadar berpura- pura anda dan si dia adalah serasi.
5. Si dia sudah berpunya: Jika si dia telah pun berkahwin ataupun dimiliki insan lain adalah lebih baik anda berundur dan menerukan kehidupan yang baru. Walaupun si dia sanggup menghentikan hubungannya dengan pasangannya ini belum menjamin kebahagiaan anda dan si dia. Jangan jadikan diri anda batu penghalang kepada kebahagiaan orang lain.
Berfikir sebelum bertindak
Salam Cinta dan Kejayaan!
Saya telah mengembara di seluruh dunia mencari wanita sempurna.
Selepas 10 tahun mencari, saya akhirnya kembali ke rumah.
Sahabat karib saya bertanya kepada saya :
–Jadi, kau dah jumpa wanita sempurna itu?
Saya beritahu dia
Saya jumpa wanita paling Cantik di bahagian Selatan. Matanya seperti batu permata, rambutnya seperti rantai emas dan badannya seperti badan seorang dewi.
Sahabat karib saya kelihatan ghairah:
–Wahai sahabatku, sudahkah engkau memperisterikannya?
–Malangnya tidak. Sedihnya dia tidak Sempurna kerana dia seorang yang miskin.
Jadi saya terus mencari di Utara dan akhirnya bertemu dengan seorang wanita yang sangat Kaya. Kekayaannya mengalahkan harta setiap wanita di dunia ini yang digabung. Wanita itu tidak sedar betapa banyaknya hartanya.
–Jadi, inilah yang dikatakan wanita Sempurna betul?
–Tidak, jawab saya. Wanita itu adalah makhluk paling hodoh yang pernah saya jumpa dalam hidup saya.
Akhirnya, saya meneruskan perjalanan ke Timur dan di situ saya terjumpa dengan seorang wanita yang bijak, cantik dan mempunyai harta. Dia sangat sempurna…
Jadi, adakah kau sudah memperisterikannya?
Tanya sahabatku.
Tidak, sebab malangnya dia terlalu Sempurna sehinggakan dia hanya memilih lelaki sempurna untuk bersamanya.
———————————–
Apabila kita asyik mencari kesempurnaan, selalunya kita akan berdepan dengan…kekecewaan. Kita sendiri belum cukup sempurna mengapa kita mengharapkan kesempurnaan dari insan lain?
Fikirkan : Bukankah kita akhirnya telah menjumpai Kesempurnaan apabila kita Berhenti dari terus mencari?
“Lihat pada kejayaan, bukan pada kesempurnaan”
David Burns
p/s : Hazwan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada pembaca semua, semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan esok bagaikan impian yang akan direalisasikan.
Kisah Benar,
Farid dan Diana telah lama berkenalan menerusi faceBook dan akhirnya mereka telah jatuh cinta. Perkenalan di alam maya kini bertukar menjadi sebuah perhubungan cinta yang hebat dimana akhirnya mereka sering berjumpa dan bercinta seperti insan yang lain.
Hampir setahun mereka bercinta, akhirnya Farid berhasrat untuk memperkenalkan Diana kepada keluarganya. Pada mulanya, keluarga Farid menyenangi Diana kerana memiliki sifat- sifat yang dikategorikan sebagai “Menantu Pilihan”. Keadaan ini amat disenangi Farid dan berimpian untuk melamar Diana.
Namun, keadaan berubah apabila suatu hari ayah Farid bertanyakan kepada Farid “betulkah Farid nak pilih Diana sebagai isteri?” Farid kaku sebentar dan menjawab “Betul ayah, Farid sayang sangat kat Diana dan Farid memang nak jadikan Diana sebagai isteri Farid yang sah”…
“Ayah tak setuju la dengan pilihan Farid… Si Diana tu ayah dapat RASAKAN tak baik untuk Farid.. Sayang memang sayang tetapi kalau ayah RASAKAN tak baik tu rasanya baik Farid lupakan hasrat Farid nak memperisterikan Si Diana tu.. Ayah TAK RESTU!!
KISAH BENAR di atas adalah perkara yang benar- benar terjadi kepada Farid. Adakah anda di sini mengalami masalah yang sama?
Saya yakin dan pasti, bukan hanya Farid seorang yang menjadi mangsa kepada masalah ini. Ramai anda diluar sama sedang menghadapi masalah yang sama seperti Farid. Mempertahankan pasangan anda daripada tidak diterima keluarga anda dengan alasan “Saya sayangkan dia”, “saya cintakan dia”, “dialah segala-galanya” bukanlah penyelesaian yang efektif malah, pasti akan mewujudkan suasana tegang di antara anda dan keluarga.
Hari ini, ramai dikalangan kita yang sanggup bergaduh dan putus hubungan kekeluargaan demi mempertahankan hubungan cinta. Mengapa keadaan ini perlu berlaku sedangkan jika direnung kembali asas perhubungan cinta adalah KEBAHAGIAAN.
Apakah cara TERBAIK dan EFEKTIF untuk permasalahan cinta seperti ini?
Kali ini saya sengaja nak tinggalkan PERSOALAN kepada anda semua kerana saya yakin dan pasti dengan cara ini akan mewujudkan pelbagai jawapan dan strategi untuk membantu kita semua
Salam Cinta dan Kejayaan!
p/s: Sebenarnya perkara ini terjadi sendiri kepada kawan rapat Hazwan..hehehe. Saya percaya setiap permasalahan cinta PASTI ada CARA untuk mengatasinya. Mari sama- sama kita berfikir ke arah PENYELESAIAN..
Situasi A
Seorang isteri menghendakkan sebuah kereta Ferrari dan sebuah rumah banglo mewah daripada suami. Si suami menuruti segala kehendak si isteri kerana mampu dari segi kewangan. Si isteri gembira dan berpuas hati.
Situasi B
Seorang isteri menghendakkan sebuah kereta Ferarri dan sebuah rumah banglo mewah daripada suami. Si suami TIDAK menuruti kehendak si isteri walupun mampu dari segi kewangan. Si isteri sedih dan tidak berpuas hati.
Berdasarkan dua situasi di atas, saya yakin dan pasti wanita akan berasa gembira dan berpuas hati jika kehendak mereka dituruti. Jika kehendak mereka tidak dituruti, semestinya mereka akan bersedih dan tidak berpuas hati. Ini adalah lumrah kejadian wanita. Namun, adakah golongan wanita ini adalah golongan wanita materialistik?
Prada, Luis Vuitton, Chanel, Vinci, Versace dan sebagainya adalah jenama terkemuka dunia yang menjadi kegilaan ramai wanita pada abad ini. Jika diberi pilihan sama ada kereta Kancil dan BMW saya yakin dan pasti jawapannya mesti yang lebih mewah. Begitu juga dengan wang kertas RM10 dan RM 100. Semestinya yang besar akan menjadi pilihan.
Materialistik pada sudut bahasa bermaksud sifat yang mementingkan kebendaan. Pandangan umum untuk perkataan “Materialistik” adalah negatif.
Sebenarnya, kita semua adalah manusia materialistik. Jika tidak, perhatikan sendiri jam di tangan anda, perhatikan jenama pakaian anda. Anda membaca posting ini dengan menggunakan “laptop” dengan bantuan teknologi internet. Ya, kita sememangnya materialistik cuma ditahap selamat dimana kita masih lagi waras dengan pemiliihan kebendaan yang penting dan berguna untuk keperluan hidup kita.
Apakah kesan wanita materialistik terhadap perhubungan cinta anda?
Kesan daripada anda memilih wanita materialistik di dalam kehidupan cinta anda adalah terpulang kepada keadaan diri anda sendiri. Jika anda mampu daripada segi kewangan sememangnya anda mampu untuk belikan apa saja. Bagi anda yang tidak mampu semestinya “tinggalkan saja” adalah pilihan anda.
Kami di Seni Cinta sentiasa berfikiran positif dan terbuka untuk permasalahan cinta. Oleh itu, jika anda sedang bercinta dengan wanita materialstik, nasihat kami adalah cuba kaji dan fahami sejauh mana cinta dan kehendak wanita tersebut ke arah kebendaan. Jika ditahap yang melampau, anda ada dua pilihan iaitu:
- PERTAMA – Berfikir dan bertindak ke arah kemahuan wanita tersebut
- KEDUA – Tinggalkan wanita tersebut untuk kebaikan anda dan masa depan
Setiap pilihan pasti ada tujuan dan matlamat jangka masa panjang. kadang- kadang anda harus memilih untuk meneruskan hubungan dengan wanita yang dianggap materialistik kerana segelintir wanita seperti ini sebenarnya akan membantu anda untuk menjadi lebih maju lagi di masa yang akan datang. Jika anda betul- betul komitmen ke arah ini semestinya kereta kancil anda akan berubah menjadi BMW 5 tahun daripada sekarang. Jenama pakaian anda akan berubah menjadi lebih mahal. Wang di dalam wallet anda yang selama ini dipenuhi wang kertas Rm1 akan dipenuhi dengan wang kertas Rm100, malah wang di dalam akaun bank anda juga akan bertambah.
Oleh itu, berfikirlah ke arah sesuatu yang positif untuk anda, si dia dan hubungan cinta anda. Jangan jadikan kelemahan sebagai alasan untuk anda gagal di dalam perhubungan cinta anda. jadikan kelemahan itu sesuatu yang menghasilkan kekuatan. Anda mampu lakukannya!
Salam Cinta dan Kejayaan!
Kes curang yang melibatkan bini dan suami orang ni memang dah berleluasa sejak dulu lagi. Kepada sesiapa yang sedang berada dalam situasi ini, Hazwan berharap anda semua bersabar dan dalam masa yang sama atur langkah strategik untuk menyelesaikan masalah anda.
Kenapa terjadinya kes curang yang melibatkan pasangan yang sudah berkahwin?
“Apa best sangat ke main dengan bini orang?”, kata S (bukan nama sebenar) yang kecewa apabila isterinya digoda oleh seorang lelaki lain yang sudah ada isteri dan anak.
Respons Hazwan terhadap situasi ini juga kadang-kadang sedikit emosional kerana Hazwan boleh relate dengan pengalaman sendiri.
Dalam situasi sebegini, semua pihak harus bertanggungjawab. Bila dah jadi, kita selalunya akan mencari di mana salahnya dan kebiasannya akan menyalahkan orang lain daripada diri sendiri.
Si isteri kalau dah tahu ada lelaki lain hendak masuk ‘line’ maka janganlah terhegeh-hegeh juga kepada lelaki tu. Anda bukan lagi anak dara yang sedang menunggu sang putera untuk meminang. Stop playing the game.
Memang kita harus layan orang dengan baik. Lebih-lebih lagi lelaki tersebut rakan sekerja yang sentiasa berada di pandangan mata setiap hari. Ingatlah kepada suami dan anak di rumah.
Di sinilah pentingnya kekuatan mental dan prinsip kita untuk mengawal situasi yang bakal kita hadapi. Kehidupan ini 10% datangnya daripada apa yang menimpa kita, 90% adalah bagaimana kita bertindakbalas dengan apa yang menimpa kita.
Si suami, kalau sedar akan tanda-tanda awal isteri dah mula lain macam, maka cepat-cepatlah mengatur langkah pencegahan sebelum isteri anda digelar “isteri curang”. Lakukan apa sahaja cara untuk menambat hati isteri agar dia tidak terfikir kemungkinan lain. (untuk situasi kritikal : Ebook SeniSelamatkanCinta boleh membantu)
Kepada si lelaki yang suka main isteri orang pula, berhentilah daripada perbuatan ini kerana sesungguhnya perbuatan yang meruntuhkan rumahtangga orang ini besar dosanya (melainkan dengan niat membantu si isteri yang dizalimi oleh suaminya).
Apa kata anda?
Hai, salam sejahtera
Pengalaman di negara China memang membuka mata Hazwan seluas-luasnya dari segi cara komunikasi, sosial mahupun mengenai percintaan.
Sungguhpun masyarakat di China mempunyai gaya kehidupan dan budaya yang berlainan daripada masyarakat kita, mereka juga mempunyai beberapa persamaan.
Persamaan penting yang Hazwan berjaya kupas hasil daripada temubual ekslusif (bukan senang nak temubual orang China ni!) dengan Michelle adalah mengenai apa yang membuatkan seseorang jatuh cinta(nanti Hazwan uploadkan video temubual tersebut).
Hasilnya, ada 3 perkara ataupun resipi penting untuk membuat si dia terutamanya kaum lelaki untuk jatuh cinta kepada anda (perempuan).
1. Jadi Seorang Yang Berkeyakinan
Sifat yakin pada diri adalah komponen utama di dalam fasa ‘dating’ kerana ianya adalah kualiti yang bersifat ‘attractive’. Kualiti inilah yang boleh membuat lelaki cair kepada wanita dalam sekelip mata pada saat pertemuan pertama.
Sifat yakin pada diri amat penting untuk anda rasai sendiri (bukan buat-buat) kerana dengan berada di dalam keadaan yang yakin, anda akan tidak kelihatan terlalu ‘berusaha’ pada mata lelaki. Lelaki kebiasannya boleh mengesan wanita yang ‘desperate’ dari segi tingkah laku mereka dan kebiasaannya akan melakukan pelbagai cara untuk mengelak wanita seperti ini.
2. Bercakap Dengan Dia
Zaman lelaki suka wanita yang asyik duduk diam dan dengar kata lelaki sudah berakhir. Lelaki zaman sekarang suka wanita yang boleh diajak berbincang dan teman untuk meluahkan perasaan mereka. Dengan bercakap anda juga boleh mengambil peluang ini untuk menonjolkan sifat ‘attractive’ seperti kebijaksanaan dan kualiti-kualiti lain yang lelaki suka (more about this di post akan datang).
Anda mesti pernah mendengar kat pepatah “Action speaks louder than words”. Betul, tetapi sampai bila anda boleh aktif ketika bersama dia. In the end, anda boleh mempamerkan kualiti dan juga ‘menjual’ diri anda kepada dia dengan bercakap (dengan berpada-pada).
3. Jadi Diri Anda Sendiri
Bunyinya ‘cliche’. Hazwan paling tidak gemar memberi nasihat yang berbunyi begini tetapi agar senang diterima, maka Hazwan gunakan je la
Dengan menjadi diri sendiri, tidak bermakna jika anda seorang yang pendiam, harus terus jadi diam dan jika anda seorang yang tidak ‘friendly’ akan terus dingin terhadap dia. Maksud jadi diri anda sendiri di sini adalah untuk menjadi tidak terlalu ‘fake’ dan tenang (dan natural) di dalam tindakan.
3 resipi ini amat mudah dan adalah sesuatu yang boleh diangap ‘common sense’. Anda mungkin pernah mendengar ataupun mengetahui sendiri tips di atas, tetapi anda tidak melakukannya. Sesuatu ilmu itu hanyalah potensi sehingga ia digunakan barulah ia akan menjadi aktual.
p/s : Ni adalah kek kacang yang Hazwan jumpa di China, punyalah besar. Nak beli kene suruh dia potong dan timbang untuk tentukan harga. Harga pun boleh tahan. Memang sedap! Siapa nak angkat tangan
Kek Kacang China
Salam sejahtera, Hazwan di sini
Ketika Hazwan menulis posting ini, suhu di luar sana (luar bilik hotel) turun mendadak ke 8 Celcius. Pasti anda tertanya di manakah Hazwan sedang berada kali ini?
Sebenarnya Hazwan berada di China untuk meneruskan kembara ke serata dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu kehidupan termasuklah cinta (hint: Kembara Cinta ke China).

Menjejak kaki ke China ini telah membuka mata Hazwan tentang betapa indahnya rupa wanita-wanita di China ini. Dari segi rupa memang tip top macam model dan dari segi fashion, tak perlu pergi catwalk, kat tepi jalan pun dah mengalahkan pemandangan catwalk yang biasa kita lihat di Malaysia.
Bercakap mengenai rupa paras yang cantik menawan yang bisa membuat degupan jantung berdetak kencang ini, Hazwan ingin bertanya satu soalan kepada anda semua.
Adakah cinta anda di hati atau di mata?
Kalau jawapannya “dua dua”, bahagian manakah yang mendominasi perasaan cinta anda? Hati atau mata?
Cuba anda ingat kembali saat pertama anda jatuh cinta dahulu. Adakah anda tertarik dengan paras rupanya atau personalitinya?
Ada juga yang tertarik kepada rupa dahulu, kemudian terjebak dengan personaliti menawan yang membuatkannya cair dan berkata “this is my mr/mrs perfect!”
Ada juga cinta yang bermula dengan mata dan seterusnya menjurus kepada cinta berahi.
Ada juga jenis cinta yang disatukan oleh ibu bapa ala-ala kisah cinta novel “Ketika Cinta Bertasbih” dan berlaku banyak penolakan sehinggalah setuju dengan pinangan lelaki terkahir.
Anda berada di kategori yang mana?
Sekali lagi Hazwan bertanya, cinta anda di hati atau di mata?
Hazwan
p/s: Hazwan juga telah merakam beberapa video ekslusif di sini. Nanti Hazwan akan uploadkan!