From the category archives:

Pengunguman Cinta

Mari Mencari Cinta Sejati! :)

by AF Hazwan on September 16, 2010

Salam Sejahtera Pembaca Budiman! :)

Saya sedang membalas emel, komen di blog dan juga mesej facebook anda apabila saya tersedar satu trend. Dalam banyak-banyak permasalahan dan soalan cinta yang saya terima, saya dapati soalan yang saya terima dari wanita, sama banyak dengan yang saya terima dari lelaki.

Ada wanita A menulis kepada saya meminta nasihat kerana ditinggalkan kekasih, ada pula lelaki B yang turut memberitahu perkara yang sama kepada saya. Lelaki C pula meminta nasihat bagaimana untuk berkenalan dan dengan perempuan kerana beliau seorang pemalu, dan wanita D pun mempunya masalah yang sama dengan lelaki C!

Dalam hati saya terdetik, alangkah bagusnya jika saya dapat perkenalkan Lelaki C dengan Wanita D, Wanita B dengan Lelaki A? Bukan begitu? :)

Ada juga mesej yang saya terima bertanya, “Ada lagi ke lelaki baik di dunia ni?” dan ada juga mesej seperti, “Saya sangat setia dan layan dia seperti tuan puteri, tetapi dia tinggalkan saya untuk lelaki lain”.

Bukankah indah jika AF Hazwan dapat memperkenalkan kedua-dua insan di atas? :)

Oleh itu, saya perkenalkan “Mari Mencari Cinta Sejati!”

Begini;

Saya menerima banyak soalan dan permintaan dari ramai jejaka dan gadis yang pada pendapat saya sangat baik. Ada di antara mereka yang tidak dihargai oleh pasangan dan ditinggalkan, dan ramai juga yang pemalu dan tidak tahu bagaimana untuk mencari jodoh ataupun cinta.

Jadi biar AF Hazwan bantu. :)

Saya akan lihat keserasian di antara 2 responden, dan akan “match” kan anda! :)

Dan jangan bimbang, tidak ada komitmen diperlukan, AF Hazwan cuma akan memberikan alamat emel anda kepada si dia. Anda tidak akan dipaksa untuk menerima cadangan AF Hazwan. Anda sendiri yang akan menentukan sama ada anda mahu meneruskan perhubungan tersebut ataupun untuk mengatakan tidak berminat (seperti ItsJustLunch.com ~cuma anda tidak semestinya berjumpa. Jika dari emel2 si dia, anda sudah tidak berminat, anda boleh untuk tidak melayannya lagi). Ini cuma salah satu cara AF Hazwan untuk membantu.

Cuma satu syaratnya, anda mesti jujur dan berjanji untuk menghargai pasangan anda jika anda berdua bersetuju untuk pergi lebih jauh! :)

Berminat? Bagaimana cara untuk turut serta?

1) Pertama, anda boleh menghantar emel ke info@senicinta.com dengan subject line; “Berminat!”. :)

2) Sertakan sedikit biodata ada. Maklumat mesti betul ya. Nama samaran tidak akan diterima. Oh ya, hanya orang yang bujang/single sahaja akan dilayan!

3) Jika anda mempunyai Facebook ataupun blog, sertakan sekali linknya. Jika anda tidak mempunyai FB atau blog, sila sertakan beberapa gambar anda yang terbaik.

4) Kemudian tunggu sahaja emel dari AF Hazwan. Jika saya mendapati ada calon yang sesuai untuk saya perkenalkan kepada anda, saya akan emel! Mudah saja bukan? :)

Ingat, ini adalah sebahagian dari proses mencari cinta. Pastikan biodata anda menarik untuk menawan si dia untuk jatuh cinta kepada anda. Si dia berhak untuk menolak diperkenalkan kepada anda jika mereka dapati anda bukan taste mereka! :)

Good luck!

{ 39 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Blog Seni Cinta Kembali Seperti Biasa

by AF Hazwan on July 13, 2009

Salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian.

Beberapa hari lepas, Blog Seni Cinta diserang atau digodam buat kali kedua berturut-turut oleh insan yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak menyalahkan insan tersebut kerana saya yakin, dia akan menerima balasan setimpal. Saya hanya perlu fokuskan emosi dan tenaga saya kepada Blog Seni Cinta.

Kepada ahli subscriber Seni Cinta, saya ada menghantar email kepada anda tentang perkara ini, dan agak ramai yang membalas email tersebut memberi saya dorongan dan kekuatan untuk melawan serangan ke atas Blog Seni Cinta ini.

Setelah berhari-hari berhempas pulas dan mencari dimana titik kelemahan dan tempat tertanamnya ‘trojan’ di backdoor Blog Seni Cinta, akhirnya saya telah menjumpainya dan membersihkan kotoran-kotoran tersebut.

Sebab itu ketika Blog Seni Cinta mula beroperasi semula, anda mendapati wajah Blog Seni Cinta tidak seperti biasa. Ianya berada di dalam keadaaan suci bersih. Sekarang saya di dalam proses untuk membaik pulih wajah Blog Seni Cinta dan sedikit demi sedikit menaiktaraf kualiti Blog Seni Cinta.

Saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada yang menyokong saya, AF Hazwan dan Blog Seni Cinta kerana dengan sokongan andalah saya memperolehi kekuatan untuk terus berjuang. Saya akui ada kalanya saya terasa lemah untuk meneruskan Blog Seni Cinta, tetapi setiap hari saya menerima email dan komen di posting-posting terdahulu. Ini membuatkan saya berasa terharu kerana Blog Seni Cinta dapat memberi manfaat kepada yang memerlukannya.

Selalu terjadi apabila saya tidak berkesempatan untuk membalas persoalan anda tentang masalah di ruangan komen, ada insan-insan prihatin yang lain sanggup menjawab dan memberi nasihat kepada sang penanya. Sifat ini saya amat kagumi kerana ia membuktikan masyarakat kita masih ada unsur-unsur keprihatinan dan tidak lokek dengan ilmu.

Berikut adalah petikan email dorongan yang saya terima dari anda semua :

Daripada Nadia Farhana Abu Bakar : “teruskan dgn usaha anda…terima kasih…”

Daripada Shahrul Azuan : “Teruskan perjuangan wan..saya sokong anda”

Daripada Nabella Anne : “wslam hazwan..sy mngucpkan slmat brjuang kpada anda dan pasukan anda untuk mntahankan blog seni cinta  nie..chaiyoK!!!!”

Daripada Princesszaty : “saya akan terus menyokong blog anda”

Banyak lagi email saya saya terima dan terlalu banyak untuk disenaraikan di sini. Insyallah pada posting hadapan saya akan letakkan lagi nama-nama yang sering memberi email dan sumbangan di Blog Seni Cinta. Inilah cara saya menghargai usaha anda.

Okei, ini sahaja posting hari ini dan saya harap anda berada di dalam keadaan sihat dan melakukan aktiviti harian anda dengan baik-baik sahaja. Jagalah kesihatan anda kerana kesihatan itu penting sekali. Saya ada sedikit batuk-batuk sekarang dan semoga akan pulih tidak lama lagi.

Sabtu ini saya akan menyaksikan perlawanan Manchester United vs. Malaysia di Stadium Bukit Jalil, jadi saya perlu menyihatkan diri.  Kepada yang tengah mengalami stress atau pun sebarang masalah, jaga kesihatan anda dan rehatkan diri anda dengan melakukan aktiviti yang santai dan menyeronokkan.

Blog Seni Cinta dan saya, AF Hazwan perlu sihat. Anda pun harus sihat jugak ya :)

{ 1 comment }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...