From the category archives:

Tips Cinta

cinta sejatiSelamat Hari Malaysia kepada semua. Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat dan sentiasa bersedia untuk menempuh cabaran hari esok. Hari ini pula, saya ingin kongsikan 10 strategi atau cara yang sering orang gunakan semasa berada di dalam keadaan terdesak atau desperate untuk memenangi hati pasangan mereka.

1. Pertama adalah berjanji (reassurance). “I dah berubah, tak ‘control’ lagi macam dulu. Tak sanggup nak ada skandal lagi. Percayalah”, dan sebagainya. Tujuannya untuk menagih simpati dan kepercayaan (yang memang dah goyah). Sure gagal!

2. Strategi kedua adalah mengucapkan “I cinta pada u (insert: nada anda sendiri)” dengan terus menerus. Sure gagal!

3. Strategi ketiga adalah berharap (berlainan dengan berdoa, ingat : doa + usaha yang betul = hasil). Inilah yang dikatakan wishful thinking. Kalau nak memancing, carilah tempat yang ada ikan. Ikan tidak akan muncul jika anda memancing di kolam hiasan yang tiada ikan tidak kira harapan anda setinggi gunung pun. Sure gagal!

4. Strategi keempat adalah menggunakan pertengkaran (perdebatan?), reasoning dan seumpamanya. Tujuannya untuk mengubah perasaan dan perbuatan pasangan. Sure gagal!

5. Strategi keempat sering kita lihat dalam drama atau di kolej/tempat kerja. Merekrut penyokong untuk menyebelahi kita. Sampai meluah di page facebook mak bapak pasangan pun ada. Sure gagal!

6. Strategi kelima adalah menjadi pelakon terbaik sebagai seorang yang depress. Makan tak lalu, air mata tidak putus-putus dan bila bosan, buat posting di facebook untuk menunjukkan kepada kawan-kawan , “Akulah insan paling malang di dunia“. Ingat nak mendapat simpati, tapi menjauhkan si dia lagi adalah. Sure gagal!

7. Strategi ketujuh adalah menggunakan senjata semulajadi iaitu anak-anak. Ini sama seperti strategi no. 5, umpama boomerang yang akan menghantuk kepala sendiri. Sure gagal!

8. Strategi kelapan adalah melakukan perkara yang biasa kita lakukan : menyalahkan orang (blaming). Seorang pakar psikologi pernah berkata, “ Intipati untuk ketidakpuasan hati boleh disimpulkan oleh satu ayat : menyalahkan orang lain“. Sure gagal!

9. Strategi kesembilan : Pessimism. Kita sering cenderung menjadi pessimist, “Aku takkan berjaya. Kau tak kenal isteri aku, dia jenis yang degil. Dia takkan mengubah keputusannya“. Takkan berubah?? . Dulu dia cakap nak sayang kau selamanya tapi sekarang nak berpindah ke rumah lain pulak. Dia memang telah mengubah keputusannya. Sure gagal!

10. Exaggeration atau melakukan sesuatu dengan terlampau lebih atau terlampau kurang dari keadaan asal. Boleh dikaitkan dengan strategi menyalahkan orang lain juga. Memang dia sahaja yang paling malang di dunia ini. Ramai lagi pembaca Seni Selamatkan Cinta mengalami situasi yang lebih sukar.

Strategi seperti di atas menunjukkan kita ni manusia biasa. Itulah yang semulajadi, tak sempat nak berfikir dengan mendalam. Bak kata pemikir strategi perang zaman dahulu, Sun Tzu, ” If ignorant both of your enemy and yourself, you are certain to be in peril.” (translate sendiri ye :) ).

Anda mesti bertanya, jika yang di atas bukan caranya untuk mendapat kembali kasih si dia. Apakah cara yang sebenarnya yang terbukti 100% berkesan?

Itu saya serahkan kepada anda untuk sumbangkan di blog ini untuk tatapan pembaca-pembaca lain. Anda boleh kongsikan strategi yang pernah anda guna sama ada berkesan atau tidak berkesan untuk kita sama-sama komen. Kepada yang berkongsi strategi unik dan berkesan, saya akan personally hubungi anda, dan mempelawa anda untuk menulis kaedah special anda ini di posting akan datang :)

Thanks kepada anda semua yang terus menyokong Blog Senicinta. Saya percaya, ada yang sudah bosan melawat blog cinta lain yang asyik-asyik diisi dengan puisi cinta yang tidak mengubah nasib anda, tetapi kurang ‘substance’ atau intipati tips cinta sebenar. Well, jika anda nak isi sebenar, di sinilah tempatnya.   Bye, jumpa lagi

{ 9 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Setiap pagi ahad saya akan meluangkan masa membaca akhbar-akhbar online di internet sambil minum white coffee panas. Terkejut saya apabila melihat headline utama di laman The Star – gambar seorang wanita yang agak berisi melempang seorang gadis di depakhayalak ramai.

Rupanya gadis tu adalah salah seorang yang terlibat di dalam perlumbaan haram yang ditahan polis (dah dipaksa menolak motor sejauh 15km ke balai polis).

Kedengaran kakaknya meneriak ” You janji you akan bertukar!” kepada si adik rempit.

Tergamakkah seorang kakak menampar adiknya sebegitu rupa?

Adakah ini yang dikatakan sayang seorang kakak yang ingin melihat adiknya berubah dan kembali ke jalan benar. Kesabaran seseorang ada hadnya, dan ketika dia sudah tertekan dengan usahanya yang tidak membuahkan hasil, akhirnya kakak tu terpaksa menggunakan kekerasan.

Pernahkah anda, setelah pelbagai usaha yang anda lakukan akhirnya terpaksa menggunakan kekerasan di dalam hubungan anda?

Jika ada, anda harus mencari jalan serta merta. Ingat, pemikiran membawa kepada perasaan. Perasaan membawa kepada tindakan. Anda harus ubah pemikiran anda dulu, agar perasaan anda tidak mensabotaj impian anda dan tindakan anda membawa anda kepada kejayaan.

Jika anda ada pengalaman mengenai ‘kekerasan di dalam hubungan’ maka anda boleh berkongsi di ruangan komen di bawah untuk menjadi iktibar kita semua. Mungkin pasangan anda seorang yang panas baran, pantang salah sikit. Ataupun anda sendiri yang mudah ‘moody’ tetapi sering menyesal setelah memarahi atau mengkasari pasangan anda (sedar tapi taktau nak buat apa).

Kongsikan cerita anda di bawah.

p/s : Anda boleh belajar lebih mendalam lagi tentang bagaimana mengawal perasaan (agar tidak menggunakan kekerasan) dengan membaca Ebook Seni Selamatkan Cinta.

{ 3 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Ujian Cinta

Tidak sukar untuk membaca perilaku lelaki ketika dalam membuat keputusan atau mengerja sesuatu perkara, tapi dari segi emosi fuhhh…kadang-kadang lebih mudah untuk kita membaca buku teks kejuruteraan dari memahami hati dan perasaan si jejaka ni.

Sudah pasti ramai di kalangan anda tertanya-tanya dan ingin tahu sangat perasaan si dia terhadap anda. 5 cara di bawah boleh membantu anda untuk menge’test’ adakah dia benar-benar menyayangi anda atau tidak.

Peringatan : Sebenarnya terdapat banyak lagi cara yang lebih mendalam, tapi yang di bawah ini boleh jugak diguna sebagai ujian ringan :)

1. Mula Dengan Melihat Tingkah Laku Si Dia

Banyak perkara yang boleh anda perhatikan pada si dia untuk anda mengetahui perasaanya kepada anda. Antaranya, adakah dia tiba-tiba berubah tingkahlaku ketika berada di samping anda? Kalau biasa-biasa buat muka cool, tapi apabila dekat dengan anda dia buat muka yang lebih ‘friendly’ dan romantik. Kalau biasa-biasa dia pakai selekeh tapi apabila berjumpa dengan anda dia memakai pakaian bergaya dan wangian menusuk kalbu.

Adakah ini bermakna dia menagih perhatian anda? Ketahuilah bahawa bukan senang lelaki nak buat benda-benda macam ni. Ini bermakna dia berusaha keras untuk menunjukkan sayang dan penghargaannya kepada anda.

2. Dia Asyik Curi Pandang Anda

Pernahkah ketika anda sedang khusyuk melakukans sesuatu, jauh di sudut mata anda perasaan si dia tengah memerhatikan anda? Kemudian ketika anda menoleh, dia pura-pura menoleh ke arah lain? Ini bermakna dia menyukai anda dan tidak dapat menipu diri sendiri bahawa dia mencintai anda.

3. Dia Adalah Pahlawan Sejati Anda

Ketika anda dilanda masalah, ada je dia muncul entah dari mana membantu. Tayar kereta anda pancit, tidak sampai 5 minit dia tiba membantu. Dia buka pintu untuk anda, tarik kerusi anda (mcm drama sikit2 lah:) ). Lelaki yang melakukan perkara ‘respectful’ sebegini kepada wanita hanya ada satu sebab sahaja – CINTA.

4. Dia Berkawan Dengan Kawan Anda

Si dia tahu bahawa rakan-rakan dan keluarga di sekeliling anda adalah orang yang penting dalam hidup anda. Dia cuba berkawan dengan rakan anda. Lelaki yang tidak kisah untuk mengenali atau berkawan dengan orang-orang penting dalam hidup anda adalah lelaki yang berdusta dan bersandiwara mencintai anda.

5.  Dia Jujur Kepada Anda

Lelaki yang benar-benar mencintai anda akan jujur dan ikhlas berkongsi apa yang tersirat di hatinya kepada anda. Tak kira masalah peribadi atau kerja, dia akan bercerita kepada anda seperti anda sahabat karibnya. Lelaki yang berdusta hanya melemparkan kata pujian palsu dan dusta semata-semata.

Pesanan Ringkas Di Sini

Ramai yang menghantar email kepada saya bertanya tentang kenaikan harga Ebook Seni Selamatkan Cinta. Harga masih kekal lagi dan kepada yang ingin menyelamatkan hubungan yang dilanda masalah atau pun memerlukan ‘pil kecemasan‘ untuk hubungan anda, maka segeralah membaca Ebook Seni Selamatkan Cinta.

{ 16 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam di luar sana. Pada bulan yang mulia ini, kita haruslah kuatkan iman, sentiasa bersabar dan gigih menempuhi cabaran dan dugaan yang menghujani hidup kita.

Sudah pasti ada yang ditimpa pelbagai masalah cinta ketika bulan ramadhan ini. Anda mencari tips puasa di internet, semuanya berkisarkan makanan. Bagaimana pula dengan tips cinta ketika puasa?

Kali ini, saya ingin membuka ruang kepada pembaca Blog Seni Cinta untuk memberi tips -tips cinta yang berkaitan dengan puasa. Contohnya :-

“Setiap pagi saya akan telefon si dia untuk kejutkan dia bangun sahur, walaupun kami dipisahkan oleh jarak, dengan cara ini hubungan kami dapat dieratkan lagi”

Mungkin anda ada idea yang lebih menarik untuk kongsikan.

Konsgikan tips cinta puasa anda di ruangan komen di bawah :)

p/s : Tips cinta TOP 3 akan memenangi Ebook Seni Selamatkan Cinta beserta Bonus-bonus rahsia yang lain, terus dihantar kepada pemenang oleh pembantu saya, Fariz. Jadi, kongsikan tips menarik anda di bawah.

{ 11 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Adakah hubungan cinta anda menjadi semakin hambar disebabkan aktiviti cinta anda yang membosankan? Anda dan pasangan mula merasakan tiada lagi “spark” di dalam hubungan cinta anda. Apa yang lebih merbahaya adalah apabila ungkapan keramat “I Love You” tidak lagi memberi kesan kepada pasangan anda.

Saya akan membongkarkan rahsia kepada anda “bagaimanakah cara mengungkapkan perkataan I Love You pada masa yang sepatutnya”.

Anda perlu sedar bahawa perkara yang dilakukan secara berulang kali akan menyebabkan anda dan pasangan bosan. Hubungan cinta anda perlukan sesuatu yang baru. Masa untuk Bertukar!

1. Ungkapkan “I Love You” jika perlu sahaja. Disebabkan pengguaan ungkapan “I Love You” yang sering anda gunakan hampir setiap hari adalah punca kehambaran hubungan cinta anda. Pada permulaan hubungan memang ungkapan ini bukanlah sesuatu yang membosankan tetapi, masa akan memadamkan kehangatan cinta anda dan pasangan jika anda terus melakukan perkara yang sama. Mulai sekarang, kawal penggunaan ungkapa ini. Biar pasangan anda tertanya- tanya dan meminta anda untuk melafaskannya dan pada saat itu, anda pasti menemui ganjarannya.

2. Biarkan pasangan anda yang melafaskan ungkapan “I Love You” sebelum anda. Di sini bukannya bermaksud anda “jual mahal”. Dengan cara ini anda akan letakkan nilai ke atas ungkapan “I Love You” anda. Apabila pasangan anda sedar ungkapan keramat “I Love You” hanya keluar daripada mulut anda selepas si dia melafaskannya maka, si dia akan tertanya- tanya mengapa ini berlaku. Pada saat itu, pasangan anda akan mengharapkan ungkapan “I Love You” keluar daripada mulut anda sebelum si dia melafaskannya. Harapan daripada pasangan anda itu adalah nilai yang anda perlukan untuk meningkatkan “spark” ungkapan “I Love You” anda.

3. Sertakan ungkapan “I Love You” anda dengan Hadiah. Bilakah kali terakhir anda memberi pasangan anda hadiah? Adakah hadiah tersebut dapat meningkatkan rasa sayang pasangan anda kepada anda ataupun sekadar biasa- biasa sahaja. Apabila ungkapan “I Love You” anda tidak lagi memberi kesan cinta kepada pasangan anda maka, kali ini cuba sertakan dengan hadiah. Dengan pemberian hadiah maka, ungkapan “I Love You” anda akan menjadi lebih bermakna.

Saya yakin dan pasti, dengan tips yang saya kongsikan ini mampu untuk membantu meningkatkan kualiti perhubunagan cinta anda. Anda perlukan perubahan, begitu juga dengan hubungan cinta anda! :)

{ 3 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Sejak 3 tahun saya ‘berjuang’ di dunia internet dengan visi “Memberi Pendidikan Cinta Yang Tidak Pernah Diajar Di Sekolah” dan menulis buku praktikal Seni Selamatkan Cinta, saya sering dihujani soalan-soalan dari golongan hawa tentang bagaimana untuk membuat lelaki tertarik kepada mereka.

Bagi yang tergolong di dalam kategori ini, anda perlu tinggalkan apa yang anda lakukan sekarang dan beri perhatian 110% terhadap setiap ayat seterusnya di bawah kerana anda akan di bawa ke satu perjalanan yang boleh mengubah kepercayaan asal anda mengenai kebolehan anda menarik lelaki idaman. Ok teruskan.

Ada jenis soalan yang saya jawab dengan penuh analisis beserta strategi langkah demi langkah berkesan (hint: bukan puisi cinta, kata cinta, ayat cinta etc.) dan ada juga yang saya rasa malas nak jawab panjang lebar. Apakah sebabnya?

Sebabnya dengan kandungan soalan itu sahaja saya boleh mengetahui kemungkinan untuk seseorang ini berjaya menarik lelaki atau sekurang-kurangnya melakukan langkah pertama dalam masa 24 jam (dengan strategi berkesan saya) atau panjang lagi ceritanya untuk seseorang ini boleh menarik lelaki ke dalam kehidupan lonelynya.

Kepercayaan Kendiri Anda Mempengaruhi Kejayaan Anda Dan Ianya Bukan Salah Anda

Antara sebab utama yang saya dapati menjadi penghalang kepada kejayaan mereka menarik lelaki ke dalam kehidupan mereka adalah limitasi kepercayaan kendiri (self limiting belief) yang berbunyi…

“Saya Tak Cukup Menarik Untuk Buat Dia Tertarik Kepada Saya”

Variasi daripada penyataan dia atas adalah :

“Tidak mungkin dia akan tertarik kepada saya yang gemuk ini”

“Saya asyik gagal sebelum ini. Sudah pasti saya akan gagal lagi kali ini”

“Saya terlalu (isi tempat kosong). Dia tidak akan suka kepada saya”

Lihat. Inilah yang dinamakan sebagai limitasi kepercayaan kendiri. Anda sendiri telah mengukir peraturan tersebut di dinding minda anda. Anda sendiri sebenarnya tidak tahu kepercayaan anda itu benar atau tidak. Tetapi, disebabkan selalu sangat disebut dan difikirkan seperti satu doa, akhirnya anda percaya bulat-bulat bahawa anda memang sepeti yang anda fikirkan/percayakan.

Hakikatnya, bukan salah anda kerana anda mempunyai kepercayaan yang melimitasikan peluang anda untuk berjaya. Tiada siapa yang membimbing anda sebelum ini. Tidak hairanlah anda membentuk kepercayaan anda berdasarkan situasi dan sejarah hidup anda — di mana mulai hari ini, anda akan menjadi penentu kepercayaan baru anda.

Apa Kaitan Menjadi Wanita Idaman Lelaki Dengan Roger Bannister?

Sehingga 60 tahun dahulu, tiada sapa pernah terfikir bahawa manusia boleh berlari sejauh 4 batu dalam masa kurang dari 1 minit sehinggalah seorang yang bernama Roger Bannister, memecah rekod larian 9 tahun sebelumnya dengan catatan masa 3 minit 59.3 saat. Rekod terbaik sembilan tahun sebelumnya adalah 4 minit 1.4 saat. Apa yang membuatkan lama sangat untuk seseorang memecah rekod ini?

Sebenarnya sejak tahun 1852, kepercayaan masyarakat mengenai kebolehan manusia dipengaruhi oleh saintis masa tersebut bahawa membuat larian sejauh 4 batu adalah mustahil sama sekali. Akhirnya rekod itu dipecahkan oleh Roger Bannister setelah mengubah kepercayaannya dan disertakan usaha keras (+ teknik yang betul).

Yang lucunya(bagi saya), agaknya berapa lamakah selepas Roger memecah rekod larian 4 batu untuk orang seterusnya memecah rekod baru? 4 tahun? 2 tahun? Jawapannya : 46 Hari ( dipecahkan oleh pelari Finland, John Landy)

Lihat. Anda mungkin yakin bahawa apa yang anda percaya adalah benar. Tetapi sebenarnya anda boleh memecahkan kepercayaan yang membataskan kejayaan anda itu dan menukar kepercayaan anda menjadi lebih positif — membantu anda mencapai matlamat anda.

Fikirkan. Apa kemungkinan anda boleh menarik lelaki idaman anda ke dalam hidup anda sekiranya anda percaya bahawa anda mempunyai daya penarik unik yang boleh membuat si dia tertarik kepada anda–tidak kira berapa kali anda putus cinta?

Jika sebelum ini kepercayaan anda berbentuk segi tiga, dan anda melihat objek di sekeliling anda semuanya bentuk segi tiga, maka sekarang, setelah anda berjaya memecahkan limitasi kepercayaan anda, kepercayaan anda adalah seperti bentuk bulat — anda melihat objek di sekeliling anda dengan bentuk dan persepektif berbeza.

Sekarang Tiba Masanya Untuk Menjadi Proaktif

Setelah anda berjaya menjadikan menjadikan kepercayaan kendiri anda sebagai rakan karib di dalam perjuangan anda, sudah tiba masanya untuk anda menjadi PROAKTIF.

Tips ringkas saya untuk menjadi wanita proaktif :

  • Jangan jadi wanita yang suka menunggu sesuatu terjadi kepada diri sendiri.
  • Jangan jadi wanita yang hanya melihat rakan kamu keluar dengan lelaki menarik.
  • Jangan jadi wanita yang membiarkan hidup kamu berlalu begitu sahaja dan menyesal di kemudian hari.
  • Jangan jadi wanita yang tidak melakukan tindakan lanjut untuk menjadi wanita idaman lelaki.

Pada masa hadapan, saya akan mengupas mengenai bagaimana untuk menjadi wanita idaman lelaki hasil dari kajian saya terhadap 5 responden berbeza latar belakang (nampaknya kandungan Seni Cinta menjadi semakin agresif :)

-Saya Fikir-

Pasti ada di antara anda, tidak kira adam atau hawa mempunyai tips atau nasihat mengenai isu yang jarang kita ambil perhatian di atas (Hint: Siapa yang skip, sila baca sekarang). Saya harap anda semua boleh berkongsi di ruangan komen di bawah.

{ 19 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Salam Ramadhan :)

Salam sejahtera pencinta sekalian. Ini adalah posting pertama saya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sebenarnya, bagi yang sudah lama mengikuti perkembangan blog Seni Cinta, sudah tentu anda akan tertunggu-tunggu posting terkini dariapada saya. Maafkan saya kerana lama tidak menulis disebabkan hal-hal tertentu. Apa-apapun saya sudah kembali :)

Pada tulisan saya kali ini saya akan menyentuh perihal pertengakaran atau ‘argument’ di dalam hubungan anda. Seperti yang kita semua tahu, pertengkaran adalah perkara normal di dalam sesebuah hubungan. Dalam cerekarama pun ada, dalam hubungan kita sendiri pun ada.

Pertengkaran di dalam hubungan boleh meluaskan perspektif dan pandangan kita terhadap sesuatu permasalahan. Contohnya anda meraskan bahawa anda tidak patut memanjakan anak anda dengan memberi dia duit poket, sebaliknya membuka akaun bank dan menyimpan duit di atas nama anak anda untuk kebaikan masa hadapannya. Nampak mulia, murni dan mengkagumkan bukan? Tunggu dulu…

Sebaliknya, pasangan anda tidak bersetuju dengan tindakan anda kerana dia berpendapat, kalau anda bagi duit kepada dia sekarang, dia akan belajar mengenali tentang nilai duit dan tahu bagaimana untuk menggunakannya dengan betul pada usia yang muda. Lihat, kini terdapat 2 pendangan berbeza mengenai satu perkara ini.

“Apakah pandangan/pendapat berbeza yang dihadapi oleh anda dan pasangan anda sekarang?”

Rahsia Utama Pertengkaran Adalah Persediaan

Anda masih ingat ketika anda dan pasangan anda bercinta dahulu? Biarpun dia lewat 2 jam, anda tetap menyambutnya dengan senyuman kegembiraan, sungguh excited. Bagaimana dengan sekarang?

Jadi, sebagai langkah persediaan untuk mengelakkan kesan negatif pertengkaran, anda dan pasangan anda haruslah mewujudkan satu peraturan iaitu dengan mencari jawapan untuk persoalan ini :

“Jika kita bertengkar, bagimana kita berdua boleh menyelesaikannya?”

Di sinilah datangnya 5 Hukum Rahsia Pertengkaran yang saya ingin kongsikan kepada anda. 5 hukum ini sebenarnya adalah jawapan kepada soalan di atas yang boleh dianggap sebagai peraturan yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan pertengakaran yang tidak membina dan yang boleh mengakibatkan kesan serius terhadap hubungan anda.

1) Hanya bertengkar jika pertengkaran tersebut boleh membuat anda dan pasangan anda menjadi insan yang lebih baik.

Tiada gunanya anda bertengkar mengenai perkara yang tidak berasas seperti siapa yang harus buang sampah hari ini. Masalah seperti ini sangat mudah dan sia-sia untuk ditengkar. Salah seorang harus membuang sampah dan jika tidak, rumah pasti berbau. Simple bukan?. Jika anda kerap bertengkar mengenai masalah remeh dan tidak berasas seperti ini, salah seorang patut mengingatkan satu sama lain agar tidak bertengkar jika hal itu tidak membawa kepada kebaikan kepada kedua-dua pihak.

2) Jangan menyerang ego masing-masing

Tiada lelaki yang suka digelar sebagai pengecut, dan tiada wanita suka dilayan seperti seorang hamba yang lemah. Tetapkan sempadan ego anda dan umumkan kepada pasangan anda agar kedua-dua anda dan pasangan anda tahu sempadan ego masing-masing. Contohnya, anda dan pasangan anda telah menetapkan untuk tidak sesekali bertengkah di khalayak ramai.

3) Hanya salah seorang yang patut bercakap kita pertengkaran

Pertengakaran akan menjadi sia-sia dan membuang banyak masa dan tenaga sekiranya kedua-dua pihak menjerit kepada satu sama lain tanpa mencari jalan konstruktif ke arah penyelesaian. Salah seorang patut memainkan peranan sebagai pendengar sementara seorang lagi sedang bercakap atau meluahkan perasaannya.

4) Mana-mana pihak boleh keluar daripada pertengakaran untuk ‘cool down’

Perasaan amarah boleh memudaratkan pertengakaran anda. Keputusan anda juga boleh terjejas sekiranya anda berfikir dalam keadaan penuh emosi marah ketika hendak membuat keputusan. Kesannya pasti memudaratkan. Jadi, apabila salah seorang dariapda anda berasa terlalu emosi, maka eloklah keluar sekejap untuk menenangkan diri atau ‘cool down’ terlebih dahulu. Pihak yang satu lagi harus menerima situasi ini sebagai ‘masa rehat’ , sama seperti di dalam perlawanan tinju. Dah sejuk sikit, bolehlah sambung kembali dengan minda yang lebih tenang :)

p/s : Marah ni angakara syaitan. Jadi jangan layan sangat marah ni.

5) Tetapkan  pertengkaran ini ada yang menang dan ada yang kalah

Betul, setiap pertengkaran haruslah diselesaikan dengan ‘win win situation’. Namun beberapa jenis pertengkaran yang melibatkan fakta dan objektiviti seperti pengurusan wang, dan melibatkan alasan yang kukuh (kepakaran di dalam sesuatu bidang) memang harus ditentukan siapa pemenangnya. Tetapi ini tidak bermakna pihak yang kalah tidak menerima si pemenang. Pihak yang kalah harus menerima bahawa pendapat pasangannya lebih baik untuk kedua-dua pihak. Inilah baru ‘win win situation’ yang sebenar.

Lagi satu, dengan cara ini, kita boleh jadikan masa untuk menentukan pemenang ini sebagai penutup pertengkaran ini. Kalau tidak, sampai bila pun tidak berakhir dan akan sentiasa dibangkitkan macam isu-isu parlimen.

-Saya fikir-

Peraturan apa lagi yang boleh ditetapkan sebelum pertengkaran berlaku?

{ 6 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...