From the category archives:

Tips Cinta

Pengorbanan Sesebuah Kejayaan

2 minggu yang lepas ni kehidupan saya agak terumbang-ambing. Mana taknya, hampir setiap hari saya (and the geng) balik pukul 4,5 pagi. Ni semua kerana kerana saya and the geng menyertai sebuah pertandingan band tahunan ( 2 ribu penonton tu!) yang dianjurkan oleh International Cultural Club UTP yang diberi nama Euphonious. 

Latihan memang keras, dan ada kalanya saya menjadi stress. Sampai satu tahap, saya hampir give up dan mengatakan kepada diri sendiri, “Napelah masuk final, stress pulak jadinya”. Ya, kitorang masuk final dan kene la pulak menang ( demi penyokong2 tegar). Sungguh besar tanggungjawab itu. Hasilnya, kitorang dapat tempat ke-3, quite an achievement for us :)

Tercetusnya Sebuah Inspirasi

Dalam keadaan yang stress sebelum pertandingan, saya teringat saya pernah membaca buku Change Your Mind and Keep The Change hasil tulisan Steve Andreas dan Conniraie Andreas ( ini adalah buku NLP yang tidak pernah dijual di kedai buku tempatan). Di dalam buku tersebut ada satu bahagian di mana penulis menceritakan tentang satu teknik yang dicipta oleh salah seorang pengasas NLP iaitu Dr. Richard Bandler. 

Saya ketawa mendengar nama teknik tersebut. Nama teknik tersebut adalah “Fall Down Laughing” atau dalam bahasa kita jatuh ketawa terbahak-bahak. Lucu kan? 

Ok straight to the point. Saya akan ajarkan anda teknik ini dalam format yang teratur mengikut susunan langkah demi langkah.  Tapi pertama sekali saya nak bagi peringatan, jika anda merasakan teknik ini memperlekehkan masalah anda, jangan risau, saya akan beri penjelasan yang munasabah di akhir posting ini. Tidak kira anda mempunyai masalah cinta atau apa-apa pun, teknik ini pasti boleh menginspirasikan anda.

Ok, here are the steps :)

1. Fikirkan atau bayangkan dengan jelas jika anda tidak pernah mengalaminya – saat anda sedang bercakap dengan seseorang yang mempunyai kematangan dan kebijaksanaan (saya membayangkan professor saya yang beruban dan serius). Di sewaktu ketika anda sedang bercakap (berkongsi masalah) dengan beliau, terus wajahnya berubah dan ketawa terbahak-bahak sampai air matanya pun turut mengalir kerana tak tahan dengan apa yang didengarinya daripada anda. Semakin beliau hendak menghentikan ketawanya, semakin kuat lagi sambungan ketawanya.

2. Sekarang, fikirkan masalah atau situasi yang anda hadapi sekarang…

3. Sekarang, bayangkan dengan jelas and bercerita masalah ini kepada rakan anda (yang di atas tadi). Sebaik saja anda memberitahu dia tentang masalah anda, die terus “fall down laughing”/ketawa terbahak-bahak dan tak boleh berhenti tidak kira apa yang anda lakukan…

4. Fikirkan masalah anda tadi, adakah anda meraskan sesuatu yang lain tentang masalah ini?

Sekurang-kurangnya setengah daripada sejumlah orang yang melakukan teknik ini tidak MAMPU untuk menganggap masalah yang mereka hadapi sebagai isu yang serius lagi. Masalah mereka tiba-tiba menjadi seperti perkara ringan. Lebih-lebih lagi yang ketawa terbahak-bahak tadi tu adalah seseorang yang mempunyai kematangan dan kebijaksanaan yang tinggi ( mcm Tun Mahathir? ops).

Itulah dia, ketawa dan humor adalah perkara yang paling jarang digunakan untuk memberi kita kekuatan untuk mengatasi sesebuah masalah atau sebarang limitasi diri kita. Ketawa dan humor dapat memberi kita peluang kedua untuk melihat masalah kita di sudut berbeza yang kebiasaannya lebih baik dari saat kita melihat masalah kita pada mulanya.

Setengah lagi daripada orang yang melakukan teknik berasa MARAH. Apa taknya, masalah serius boleh dibuat bahan ketawa. Jangan gusar dan buat kesimpulan terlalu awal. Marah adalah satu perasaan yang positif jika dibandingkan dengan perasaan TERPERANGKAP atau STUCK dengan masalah anda.

Marah boleh mencetus diri anda untuk melakukan tindakan yang sepatutnya. Marah boleh jadi langkah pertama untuk anda keluar daripada masalah ini. 

Lihat, kesan teknik ini amat kuat sekali di dalam membantu anda melihat masalah anda dari sudut berbeza yang lebih positif. Ingat, perasaan yang saya puji ini adalah perasaan marah (kekuatan memikirkan pilihan), bukan perasaan marah yang boleh mencetuskan keganasaan seperti penderaan atau vandalisme (tanda akibat tiada sumber pilihan).

Well, hari Ahad memang hari yang tenang, dudukdi tepi tasik yang indah sambil menghirup kopi panas yang sedap. Apabila anda menghadapi masalah, ingatlah bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya, cuma agak lambat saja untuk anda mendapat inspirasi untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Kepada yang suka sedih memanjang, pada posting yang lepas saya ada kongsikan video putus cinta yang boleh memberi anda inspirasi. Enjoy!

 

Hazwan

Penggemar Kopi Sedap

{ 15 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

8 Fakta Unik Tentang Cinta

by AF Hazwan on

Sejauh mana anda tahu tentang cinta?

Kehidupan kita di dunia ini penuh dengan informasi. Kita dihujani pelbagai maklumat baik yang berguna dan juga yang negatif. Berita-berita negatif seperti peperangan, pembunuhan, jenayah dan seumpamanya memberi energi negatif terhadap pemikiran kita.

Kita memerlukan cinta untuk mengimbangi energi negatif yang berada di persekitaran kita. Jadi saya bawakan fakta cinta yang boleh menceriakan hari anda dan boleh digunakan  inspirasi kepada hubungan anda.

1 Kajian otak manusia menunjukkan bahawa jika sesorang melihat dan merenung gambar orang yang disayanginya dalam tempoh yang lama, ia akan meransang bahagian ‘caudate’ otak – bahagian yang menghasilkan rasa kemahuan yang kuat (craving).

2 Lelaki yang mencium isterinya di pagi hari dikatakan akan hidup 5 tahun lebih lama daripada lelaki yang tidak melakukannya. ( Ape lagi, ciumlah isteri anda atau sekadar pelukan manja pun ok)

3 2 per 3 orang mengatakan bahawa mereka jatuh cinta kepada seseorang yang mereka kenal lama berbanding dengan seseorang yang mereka baru kenal.(Selebihnya cinta pandang pertama kot)

4 43% wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’ di atas kad,email dan sms melainkan kata-kata tersebut disertakan dengan komitmen. ( Nampaknya kaum hawa memandang serius terhadap kata-kata cinta)

5 Seseorang yang baru jatuh cinta dan dilamun cinta akan mengeluarkan hormon serotonin yang sedikit, jumlahnya seperti tahap kandungan hormon orang yang dilanda penyakit obsesi terlampau. Sebab tu orang yang dilamun cinta memang kelihatan seperti orang gila :)

6 Mengikut kajian Dr. Helen Fisher dari  Rutgers University, penulis buku ‘Why We Love, apabila seseorang baru berpisah (break up), dia akan berasa semakin sayang terhadap bekas pasangannya. Bahagian otak yang membuat kita rasa gembira terus aktif pada ketika ini. (Sebab tu lah kebanyakan pasangan yang baru berpisah tak boleh tahan perasaan sayang dan rindu sewaktu mereka masih bersama dulu)

7 Mengikut teori matematik, seseorang seharusnya bercinta/couple dengan sedozen orang sebelum menemui pasangan yang boleh dijadikan pasangan hidup sejati. (Teori matematik je pon, sukati andalah nak ikut ke tak)

8 Ini akan mengejutkan anda : Cinta yang bahagia akan membuatkan kedua-dua lelaki dan wanita menjadi gembira. Semakin kuat komitmen mereka terhadap hubungan, semakin bertambah gembira mereka.

Saya harap anda berasa fakta dia atas berguna untuk menyemarakkan lagi kasih sayang anda terhadap pasangan anda.

Jika anda ada fakta mengenai lelaki yang suka kahwin banyak seperti hal paling sakit tentang cinta, sila kongsikan di ruangan komen.

{ 23 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Apakah impian anda untuk hubungan cinta dan rumah tangga anda?

Rata-rata setiap orang mahu  hubungan yang bahagia. Adakah ini juga impian anda?

Jadi, pada posting kali ini saya akan berkongsi 3 Strategi Terbukti untuk menjadikan hubungan anda lebih bahagia dan gembira sepanjang hayat. Malah strategi ini boleh juga digunakan untuk hubungan anda yang lain seperti dengan rakan, keluarga dan juga sesiapa sahaja yang anda kenali.

1. Penerimaan dan Kemaafan

Jangan cuba untuk mengubah pasangan anda. Ini adalah satu kemestian. Jika seseorang itu hendak berubah, dia memerlukan motivasi yang cukup untuk mengubah dirinya dan mengambil tindakan. Dan jika anda tetap ingin mengubah pasangan anda tidak kira dari segi perangai atau sifat luar, ini rahsianya :

Jangan nampakkan niat anda untuk mengubah pasangan anda kelihatan seperti anda hendak mengubah dirinya! (simple bukan? Jangan risau saya akan kongsikan teknik ini dengan lebih dalam pada posting akan datang)

Berkenaan dengan penerimaan, terimalah kekurangan pasangan anda. Dia bukan Superman atau Super Woman. Tekadkan di hati anda bahawa anda sanggup menerima pasangan anda seadanya kerana anda percaya pasangan anda secara keseluruhannya tetap nombor 1 di hati anda.

Jika keadaan menjadi tidak terkawal dan anda terlepas cakap atau terkasar bahasa, maka cepat-cepatlah memohon kemaafan kepada pasangan anda. Bayangkan hati anda menjadi semakin hitam setiap kali anda melakukan kesalahan kepada pasangan anda. Kemaafan daripada pasangan anda umpama mebersihkan hati anda menjadi putih semula dengan izin Allah S.W.T

2. Ikatan dan Komunikasi

Hubungan cinta suami isteri atau yang belum memeterai sebarang ikatan hendaklah dihiasi komunikasi di antara satu sama lain. Belajar untuk memulakan perbualan, belajar untuk mendengar dengan betul ketika pasangan anda bercakap, belajar untuk bertanyakan soalan dengan betul dan pendek kata : Belajar Teknik Komunikasi! (khusus untuk hubungan cinta anda)

Jadikan pasangan anda seperti kawan baik anda di mana anda tidak mengharapkan balasan tetapi hanya cinta yang menjadi tiang persahabatan.

Hubungan cinta yang kekurangan komunikasi adalah tanda kepada keruntuhan mahligai yang boleh terjadi pada bila-bila masa. Nasihat saya adalah untuk merujuk pakar profesional seperti pakar terapi dan juga kaunseling. ( Ebook saya hasil kajian teknik menyelamatkan cinta juga boleh membantu untuk kes emergency : Panduan Menyelamatkan Cinta)

3. Harapan dan Hukum Alam

Pernahkah anda melihat di filem tentang kehidupan manusia yang sentiasa di dalam kesempurnaan seperti hubungan kasih sayang romantis yang tiada cacat celanya, kemewahan yang tiada penghujungnya dan ketabahan manusia menghadapi isu serius yang berkakhir dengan ‘happy ending’ dalam tempoh 2 jam?

Anda perlu sedar, kehidupan kita di dalam dunia realiti tidak boleh disamakan dengan kehidupan seperti di dalam filem. Namun, kita boleh merubah hubungan kita mendekati kebahagiaan dari sudut penilaian kita sendiri dengan usaha yang betul.

Satu tips dari saya, kebahagiaan sebenar tidak perlu dicari di luar sana, tetapi ianya memang terdapat di dalam diri kita sendiri, tertanam jauh ke dalam hati kita

…menunggu untuk digali dan dinikmati oleh anda.

Tak usah lihat luar, cari di dalam sahaja :)

Hazwan

Penulis Ebook Seni Selamatkan Cinta

www.SeniCinta.com

{ 2 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Bagaimana perasaaan anda jika anda mempunyai satu alat dan apabila BUTANG pada alat tersebut ditekan, POOF!!, pasangan anda secara sukarelanya akan menuruti setiap cadangan anda – malah melakukannya sambil tersenyum?
[click to continue…]

{ 8 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Selamat berpuasa diucapkan kepada pembaca Blog Seni Cinta.

Maafkan saya kerana mengambil terlalu lama masa untuk menukar ‘feel’ blog ini. Sebenarnya saya agak sibuk dengan perniagaan Sushi saya di bazaar ramadhan :)

Tetapi, hati kecil saya sentiasa mengingatkan diri saya tentang blog ini.

Seperti yang anda lihat dan sedar, saya telah menukar theme blog ini dengan theme yang baru agar lebih berbentuk informatif dari segi rupa dan juga readibility.

Sebelum menulis buku Seni Selamatkan Cinta (nama pendeknya Seni Cinta je)Saya melakukan banyak temubual dengan rakan-rakan sama ada yang berpasangan, single mahupun yang sudah bercerai/break.

Dalam banyak-banyak kes break-up terutamanya pasangan yang belum berkahwin, saya tertarik betul dengan kawan saya sorang ni kerana beliau berjaya menghadapi detik-detik sukar ketika ditinggal oleh bekas kekasihnya suatu ketika dahulu.

Saya tertarik dan INGIN TAHU rahsia bagaimana dia boleh ‘survive’ daripada kekecewaan melampau yang boleh membinasakan diri.

Setelah menemuramah beliau selama 20 minit, topik bagaimana nak menghadapi perpisahan akhirnya bertukar  menjadi…

Bagaimana cara hendak menyatakan niat untuk berpisah dengan betul (sambil menghormati si dia).

Maklumat yang saya pelajari dariapada rakan saya amat mengejutkan saya. Rupa-rupanya beliau membuat kajian yang mendalam mengenai teknik-teknik perpisahan ‘how to break-up’ untuk mendidik insan lain supaya berpisah dengan beretika dan sekurang-kurangnya mengelak kejadian yang sama berlaku kepada dirinya daripada berlaku ke atas pencinta-pencinta lain.

Jadi, saya buat keputusan untuk senaraikan salah satu kaedah daripada beliau (nota: kaedah ini adalah yang paling mudah sekali diterangkan, manakala kaedah-kaedah lain amat sofistikated namun memberi hasil yang amat luar biasa, penuh dengan seni dan sains)

Kesukaran : Mudah( perlukan ketengan dan keberanian)

Masa : 60 minit ++

Begini caranya :

1. Cari peluang untuk bersendirian dengannya. Jangan lakukan ini dalam talian telefon,SMS,IM dan media lain.

2. Anda perlu relaks dan nyatakan kepada diri bahawa dia perlu mengetahui keadaan sebenar.

3. Beritahu dia bahawa anda merasakan hubungan dengan dia sekarang patut berakhir.

4.Jika dia cuba untuk meyakinkan anda untuk tetap bersama dia, dengar dengan hati yang terbuka. (mata pun kene bukak jugak )

5. Beri lebih masa untuk dia luahkan isi hatinya.

6. Katakan kepadanya anda sudah membuat keputusan muktamad.

7.Katakan kepadanya tahap/status hubungan anda selepas ini.

8.Peka dan prihatin terhadap responsnya. Hargai perasaannya mengenai status

baru hubungan anda.

9.Biarkan dia pergi jika dia merasakan sudah masanya untuk mengakhiri perbincangan ini.

Begitulah kaedah ringkas dan jujur untuk kita menyatakan hasrat untuk berpisah.

Pengajaran penting yang kita sama-sama boleh belajar adalah :

1. Sentiasa bersikap jujur dengan perasaan kita. Jika kita tidak lagi berminat dalam hubungan kita, maka tiada gunanya kita menipu diri semata-mata untuk menjaga perasaan orang lain. Yang pasti, hubungan kita tidak bahagia kerana di dalam diri kita tiada rasa kebahgiaan itu.

2. Anggaplah proses perpisahan ini seperti menarik tali gelang getah yang dihalakan ke kulit tangan. Anda hendak menarik dengan pantas atau perlahan-lahan? Anda yang menentukan tahap kesakitan proses ini.

Itulah perkongsian saya pada posting kali ini, saya berjanji akan mengembangkan lagi perbincangan mengenai perpisahan ini di masa datang dengan teknik, strategi, ilmu yang lebih mendalam tetapi berkesan serta efektif.

Akhir kata, tenangkan diri dan banyakkan bersabar di bulan Ramadhan ini. Rasai energi positif di sekeliling kita dan juga dari dalam diri kita sendiri. Kita adalah makhluk yang paling dekat dengan kesempurnaan. Segala kejadian yang mendatang adalah hasil dari KEPUTUSAN yang kita buat di masa lepas.

Selamat Berpuasa.

Jumpa lagi ya :)

Hazwan.

p/s: Petang ni berbuka dengan sushi :) nyum nyum~

{ 2 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Tips Cinta Pandang Pertama

by AF Hazwan on

Saya yakin dan pasti semua dikalangan kita akan melalui detik yang cukup istimewa di awal perhubugan cinta. Ada yang pada mulanya hanya kawan biasa dan secara tidak sengaja jatuh cinta.. Ada pula yang hanya kenalan biasa tetapi setelah lama bermesra akhirnya jatuh cinta jugak..

Bagaimana pula bagi anda yang jatuh cinta pada pandang pertama?!

Usah panik!, berikut adalah tips- tips yang mungkin berkesan untuk anda..

1. Bina komunikasi

Berusaha untuk mendapatkan nombor telefon si dia dengan apa cara sekali pun. Hubungi si dia dan perkenalkan diri anda secara jujur. Berterus- terang kepada si dia mengenai niat anda untuk berkenalan. (Peringatan!: Jangan sesekali cuba untuk berbohong mengenai identiti dan niat anda)

2. Ajak si dia untuk keluar bersama- sama

Satu- satunya cara nak mengenali si dia dengan lebih lanjut adalah mengajak si dia untuk keluar bersama anda. Anda boleh mengajak si dia untuk menonton wayang, makan malam, ataupun bersiar- siar di pusat membeli belah. Sepanjang detik itu, cuba untuk mengenali si dia dengan lebih lanjut. (Peringatan!: Jangan terburu- buru untuk megatakan yang anda telah jatuh cinta, ingat kembali niat pertama anda.. sekadar untuk berkenalan)

3. Kekalkan momentum hubungan anda dan si dia

Kereta yang bergerak jika anda berhenti daripada menekan pedal minyak akhirnya akan perlahan dan berhenti. Begitu juga hubungan anda dengan si dia, sentiasa bahagikan masa anda dengan betul untuk berhubung dengan si dia. Kekalkan momentum perhubungan ini sehingga anda dapat rasakan sendiri respond positif daripada si dia. Sebagai contoh, si dia mula rindukan anda apabila anda tidak melayannya, memerlukan anda disaat si dia berhadapan dengan masalah, si dia mahukan hari- harinya sering bersama dengan anda, dan banyaka lagi respond positif yang anda sendiri akan perasan. (Peringatan!: Jika anda yakin dan pasti maka tunggu apa lagi, sambarlah peluang tersebut! miliki si dia segera!!!)

Jika hasilnya negatif, usah risau… Ulangi tips 2 dan 3 sehingga anda mendapat respond yang positif.. Jika hasilnya tetap negatif, usah buang masa anda! Cari yang lain, sentiasa ingat.. Jalan pasti ada mesti ada Cara!

Salam Cinta dan Kejayaan!

{ 23 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Tips Putus Cinta

by AF Hazwan on

Sebelum ini saya pernah menulis posting berkaitan “Jangan Putus Cinta”. Kali ini saya akan berkongsi pendapat dan nasihat kepada pencinta sekalian mengenai topik yang hangat diperbincangkan masa kini iaitu Putus Cinta! Topik ini pernah saya kongsikan pada blog cinta saya yang sebelum ini… Selamat membaca!

Setelah berbulan dan bertahun lamanya anda mempertahankan hubungan cinta anda bersama si dia akhirnya perpisahan muncul. Perpisahan yang saya maksudkan bukanlah sekadar mampu menitiskan air mata anda tetapi perpisahan kali ini sekaligus memusnahkan harapan dan jiwa anda. Ketika itu anda menangis dan terasa kosong. Mengharapkan keadaan kembali seperti sediakala adalah apa yang anda idamkan ketika itu. Malangnya, apa yang anda idamkan tidaklah seperti apa yang anda harapkan.

Di sini saya ingin kongsikan salah satu kata yang pernah disampaikankan malaikat jibrail kepada nabi junjungan muhammad saw yang lebih kurang berbunyi,

“Cinta dan sayangilah kekasihmu sepuas- puasnya tetapi INGAT kamu pasti akan berpisah dengannya”..

Pencinta sekalian, baris ayat diatas sudah cukup membuktikan bahawa perpisahan pasti tiba! cuma waktu dan ketika perpisahan tiba hanya tuhan yg tentukan. Kita sebagai insan hanya mampu berdoa dan berusaha.

Putus Cinta terjadi disebabkan pelbagai jenis keadaan. Antaranya:
1. Kecurangan
2. Cemburu
3. Tidak serasi
4. Jarak antara dua insan
5. Kematian

Walaubagaimanapun, saya yakin dan pasti banyak lagi jenis perpisahan yang tidak saya senaraikan. Namun begitu, hakikatnya perpisahan adalah sesuatu yang negatif dan mempunyai banyak elemen yang boleh mempengaruhi diri seseorang mahupun dari segi mental dan fizikal.

Oleh itu, wujudlah perkataan yang membawa maksud misteri dan indah iaitu “HIKMAH”. Setiap apa yang berlaku disekeliling kita yakin dan pastilah ada HIKMAH disebaliknya. Renungkan perpisahan anda sedalam- dalamnya walaupun memerlukan sehingga tahap menitiskan air mata nescaya anda akan menemui hikmah.

Kepada anda yang pernah ataupun sedang putus cinta usahlah bersedih. Tarik nafas anda dan usapkan air mata dipipi. Sentiasa yakin dan percaya bahawa cinta sebenarnya masih lagi boleh diselamatkan walaupun anda kehilangan pasangan anda. Hadapi dengan senyuman…

Salam Cinta dan Kejayaan!

{ 161 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...