Cinta sembuhkan Cancer..?

by AF Hazwan on

Salam sejahtera saya ucapkan kepada pencinta sekalian..

Perkongsian cinta kali ini saya ingin berkongsi sedikit fantasi cinta yang mungkin akan memberi inspirasi kepada kita semua.

Suatu hari,

Seorang lelaki sedang bergelak ketawa bersama- sama rakannya disebuah restoran. Sedang lelaki itu gembira ketawa, tiba- tiba salah seorang kawannya menegur, “sahabat, mengapa hidungmu berdarah?”

Lelaki itu terus mengusap lembut bahagian hujung hidungnya, ternyata dilihatnya cecair berwarna merah.. “maaf, saya ke tandas seketika”, kata lelaki itu meminta diri seketika.

Di dalam tandas, lelaki itu menitiskan airmatanya. Teringat akan kata- kata doktor yang masih berbisik diteliganya. “Hasil daripada pemerikasaan, saya mendapati awak positif  early stage of brain cancer, harap banyak bersabar dan nantikan hasil pemeriksaan yang seterusnya” kata doktor.

Pada saat itu, segala harapan dan semangat seakan pudar. Lelaki itu merasakan jiwa dan sekelilingnya kosong. Tiada siapa yang tahu cabaran yang sedang dihadapinya..

Seminggu sebelum lelaki itu mengetahui dirinya menghidap cancer, lelaki itu telah memutuskan hubungan cintanya kerana kecewa dengan sikap wanitanya tidak jujur.

Sepanjang malam lelaki itu seringkali menitiskan air mata mengenangkan cabaran yang dihadapinya. Tanpa mendapat perhatian daripada seseorang pun. Segala- galanya dirahsiakan demi menjaga ketenangan keluarga dan teman.

Pada suatu malam, lelaki itu bermimpi berjumpa dengan bidadari jelita. “Usah menangis dan sedih kerana kematian pasti tiba, kamu harus lebih semangat sepanjang tempuh hidupmu..” kata bidadari itu.

“Bagaimana harus aku bersemangat sedangkan aku tahu tiada peluang lagi untukku” kata lelaki itu pula.

“Cinta akan sembuhkan semangatmu, tetapi bukan peluangmu..” balas bidadari itu dan terus menghilang perlahan- lahan.

Kembali ke alam nyata…

Lelaki itu terjaga daripada tidurnya dan mendapati segala- gala yang berlaku hanyalah mimpi.. Daripada permulaan kisah ini sebenarnya lelaki itu hanya bermimpi..

Hasil daripada mimpi tersebut lelaki itu berasa sangat gembira dan bersyukur kerana masih berpeluang melalui kehidupan yang sihat.

“Cinta akan sembuhkan semangatmu, tetapi bukan peluangmu”

Saya berharap agar pencinta sekalian mendapat inspirasi daripada kisah di atas walaupun sekadar fantasi. Apa yang pasti jika saya lelaki itu pastinya saya akan turut berasa gembira.

Ya, memang benar.. Cinta akan sembuhkan semangat dan bukannya peluang bagi mereka yang kritikal. Namun, Takdir ditangan tuhan. Apa yang kita mampu lakukan adalah harus lebih bersemangat kerana yang benar tidak semestinya benar dan yang tak benar tidak semestinya tak benar.

Kepada anda yang masih memiliki pasangan ketika ini, hargailah pasangan anda. Jangan biarkan terlambat baru nak menyesal..

Salam Cinta dan Kejayaan!

A. Fahd

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 6 comments… read them below or add one }

1 Sofea August 13, 2008 at 10:45 am

Nice story! Teringat kt my fren la. 5 years dah tumor tu ada kt dalam kepale baru nak check.. Terlambat dah. She died 3 years ago.. isk isk ;/

Reply

2 Nini August 13, 2008 at 10:54 am

Alangkah bestnyer jika Cinta betul- betul boleh sembuhkan cancer. So kurangla kesedihan kt dunia ni. heheee :)

p/s kepada A. Fahd, mane dapat citer ni? inspired me a lot!!!

Reply

3 Fatin88 GurL August 13, 2008 at 4:43 pm

Huhuhu sedihnyer. Seminggu b4 cancer break off. If story nie btol2 happen harap lelaki itu tabah jela. Kalu saye, seriously tak tahan.. tumpang sedih walaupun fantasi. Setuju ngn korang semua, best and very inspired story. **thumbs up to A. Fahd** :) :)

Reply

4 A. Fahd August 13, 2008 at 4:59 pm

Sofea: Itulah bukti takdir yang maha Esa.. everyone will die right.. but in different ways :)

Nini: Memang cinta boleh sembuhkan cancer..hehe, but nothing can stop kehendak illahi.. I dapat citer ni from sumber yg special..hehe :)

Fatin88 GurL: Thanks Fatin!, memang sedih.. Saye yakin pasti ade Hikmah disebalik kejadian macam ni.. “With love were born, with love we will die” :)

Reply

5 raz October 16, 2008 at 4:28 am

kebetulan pasangan sy selalu sakit. weak antibody. tiap2 masa mesti demam, selsema, migrain, batuk2, paru2 berair dan macam2 lagi. sampaikan dia pernah stay di specialist hosp hampir setengah bulan. masa tu dia tak terus terang dgn sy. tapi lepas tu sy tahu juga. masa mula2 sy mmg terima dia seadanya. tapi skrg kami kerap bergaduh. bukan sebab dia sakit tapi sebab lain. lepas sy baca story ni sy jadi takut. takut nanti keadaan dia jadi semakin teruk sebab asyik bergaduh je. lagi satu ego sy tinggi. sy nak berbaik semula dgn dia tapi tak nak mulakan dulu. takut sangat maruah tu jatuh. kalau ada tips untuk kurangkan ego silalah tunjuk ajar sy. terima kasih

Reply

6 A. Fahd Team Seni Cinta October 18, 2008 at 3:52 pm

Raz: Terima kasih di atas luahan riz. Hakikatnya setiap manusia miliki tahap keegoan masing- masing.. Ego boleh menaikkan kita dan juga boleh menjatuhkan kita.

Bagi situasi riz, cuba untuk memahami pasangan riz dengan lebih teliti. Usah risau jika pasangan riz pula yg kurang memahi riz. Step by step..

Jalan pasti ada mesti ada cara!

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: