Cinta SMS

by AF Hazwan on

Salam sejahtera kepada pencinta sekalian, seperti yang anda nanti- nantikan Team Seni Cinta akhirnya memaparkan posting Segmen “Satu CINTA satu CERITA”. Segmen ini merupakan perkongsian kisah Cinta daripada para pencinta yang diemailkan ke kami di info@senicinta.com

“Mari sama- sama kita luangkan sedikit masa untuk membaca dan menghayati segmen ini. Walaupun memerlukan komitmen untuk anda membaca tetapi saya yakin dan pasti, hasil daripada pambacaan anda akan sedikit sebanyak meningkatkan pengetahuan cinta anda sendiri dan sekaligus dapat membantu atau memberi semangat kepada Pengirim Kisah ini”

Ikuti Segmen 1, iaitu Cinta SMS hasil kiriman daripada saudari Jamilah Abdullah..

“Cinta SMS”

Assalamualaikum,

Aku telah tercari-cari tempat berkongsi kisah ini, akhirnya ku terjumpa blog yang cun dan menepati citarasa ini, terima kasih kepada pencipta blog ini…

Memang cinta itu indah untuk dirasa oleh sesiapa saja tak kira tua ataupun muda.

Sebenarnya aku baru saja putus cinta sms. Aku dah pun berusia iaitu dalam lingkungan tiga puluhan, sudah bersuami dan beranak lima. Duduk dan bekerja di KL. AKu adalah kakitangan kerajaan tetapi kalau ada masa terluang AKu suka merayau di internet mencari maklumat dan suka-suka..

Satu hari aku telah mendaftarkan nama kat satu website yang menyediakan ruangan untuk mencari kenalan. Aku terima sms dari seorang mamat yang ingin mengenaliku lebih dekat. Mula- mula hanya berkenalan biasa.. Lama-kelamaan hubungan tu bertukar menjadi hubungan cinta walaupun masing-masing kata itu hanya sebagai teman bicara. Kadang-kadang ada juga keinginannya untuk berjumpa denganku, kalau jumpa memang aku dapat agak apa yang akan berlaku antara kami, nafsu akan menguasai segalanya. Tetapi aku masih waras, aku buat perjanjian dengannya bahawa kami tidak akan berjumpa mahupun bercakap melalui telefon.. “Hubungan kami adalah hubungan cinta walau masing-masing masih tidak mengaku, kalau saling rindu dan sayang tu apa lagi namanya kan… tapi hanya cinta sms.” Itu kisah indah… sekarang kisah sedih..

Pada suatu hari kami bergaduh. Aku merajuk. Aku putuskan hubungan. Aku dah bertekad untuk lupakannya terus walau begitu sukar untuk buat begitu. Hari selepas itu, aku tau jadualnya, dia akan bekerja hari itu. Aku dah jangka dia akan smsku pagi-pagi seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dia mohon maaf atas kesalahannya. Tetapi hatiku berkeras untuk tidak meneruskan hubungan ini. Minta maaf lepas tu buat lagi. Aku terangkan segalanya tentang apa yang buat aku marah padanya. Aku geram juga sebab dia begitu senang memohon maaf tanpa penjelasan yang memuaskan hati. “Setelah saling memohon ampun dan maaf kami berpisah dengan baik”.

Tetapi jauh di sudut hatiku, aku ingin dia memujukku kembali kepadanya, lama aku tunggu sms yang memujuk darinya, tapi lelaki memang ego. Lalu muktamad keputusanku, aku tidak akan berhubung lagi dengannya. Aku telah padamkan nombornya terus dari handphoneku, begitu juga aku mohon pada dia agar padamkan nombor telefonku daripada handphonenya dan minta dia lupakan aku terus dari ingatannya… Aku dapat sms pula dari dia pada malamnya, menyatakan bahawa dia tak mungkin akan padamkan nombor tu dan tidak mungkin akan lupa padaku.

“Ya Allah ya Tuhanku…bila kuterima sms tu airmataku berderai, timbul simpati dalam hatiku…” pelbagai dilema muncul dalam fikiran, nak sambung atau nak putus. Nak sambung sebab aku memang asyik rindu padanya dua tiga hari ni sejak kami gaduh, sekejap-sekejap aku akan jenguk handphone semak sms macam orang angau. sampai bilakah aku berhenti daripada menunggu bagai menunggu bulan jatuh ke riba??? Lepas tu aku tak terima sms lagi darinya, agaknya dia pun suka berpisah, hanya aku yang tak sedar. Aku pun mula melupakannya sedikit demi sedikit hingga ke hari ini. Aku luahkan kisah ini pun agar ia tidak terpendam dalam hatiku.

Itulah kisah cinta smsku yang betul-betul terjadi dalam hidup ini beberapa bulan yang lepas. Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada pembaca. Oleh itu nasihatku, “jangan bermain dengan api kalau takut terbakar diri, jangan bermain dengan cinta, kelak diri sendiri yang akan merana.” Kalau bercinta biarlah kena pada tempatnya dan peliharalah ia sebaik mungkin.

Sekian…terima kasih..

Begitulah cerita hasil kiriman Saudari Jamilah Abdullah..

Apa Komen anda?

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 17 comments… read them below or add one }

1 Eucalyptus July 8, 2008 at 3:25 am

Terima kasih sudah singgah di blog saya. Salam kenal

Reply

2 iEn July 8, 2008 at 12:21 pm

uikss.. mana ada aih.. template tunggang langgang ja ehhehe

Reply

3 striker July 8, 2008 at 1:19 pm

Assalamualaikum,

salam ziarah pd admin..

err.. ni cinta haram nih.. o_0

Reply

4 A. Fahd July 8, 2008 at 1:26 pm

Eucalyptus: Ya, salam kenal buat kamu..

iEn: Ala, merendah diri la plak iEn ni..hehehe :) serious i puji template u superb!

Reply

5 A. Fahd July 8, 2008 at 1:29 pm

striker: walaikumsalam, salam buat kamu.. hehe.. Cinta haram tetap juga merupakan sesuatu perhubungan.. Apa yang penting adalah pengajaran dan pengalaman yang kita semua dapat daripada perkongsian saudari Jamilah kita..

Reply

6 Yanie Putrajaya July 9, 2008 at 2:09 am

nice blog….mengenai cinta….memang kena dengan saya yg sedang mencari jalan penyelesaian tentang cinta saya dan si dia…

harap2 web ni dapat membantu sedikit sebanyak….

thanks kepada pemilik blog nih…..kerana sudi berkongsi artikel dengan para pembaca…

(^_^)

Reply

7 Kujie July 9, 2008 at 7:44 am

Terimakasih kerana singgah bertandang ke blog saya walau pun itu adalah blog ke-2 saya.

Dalam kes ini, masing² telah mengisi ruang kosong di dalam hati masing²… tetapi fantasi dah realiti tidak serupa. Bercinta mungkin boleh tetapi untuk melangkah lebih jauh kita tetap kena kembali pada realiti /hidup di dunia nyata…

Reply

8 A. Fahd July 9, 2008 at 8:12 am

Yanie: Thanks Yanie :) Sharing is caring.. Sifu saya a.k.a my sahabat dan juga seorang penulis Ebook terkenal “Seni Selamatkan Cinta”, saudara Hazwan pernah berkata, “Seorang Pencinta Agung tidak terjadi secara tiba- tiba, saya sendiri belajar daripada orang bijak pandai dan pakar dalam bidang percintaan sama ada yang bertauliah atau tidak”.. Dont worry Yanie, you are in a right place.. :)

Kujie: YOure welcome Kujie.. :) Betul tu, “walaupun masing- masing telah mengisi ruang kosong di dalam hati tetapi fantasi dan realiti tidak serupa..” Walaubagaimanapun saudari Jamilah akur dengan kesilapan yang dilakukannya.. Semoga kesilapan ini akan menjadi permulaan perhubungan cinta yang baru buat saudari Jamilah dan Suami :)

Reply

9 diva July 9, 2008 at 2:44 pm

puas cari msj box dia tapi tak jumpa. memang tak ada ke…?

Reply

10 raz October 20, 2008 at 4:16 am

Erm bila dah baca rasa macam tersedar pulak kesalahan diri sendiri. Kadang2 bila buat sesuatu sy tak nampak pun apa buruknya. Semuanya baik dipandang mata dan tiada salahnya di akal fikiran. Tapi bila org lain jadi cermin diri, barulah sy sedar apa yg sy buat tu sememangnya adalah perkara yg tak baik untk diri sndiri dan juga org lain. Terima kasih A.Fahd dan Cik Jamilah

Reply

11 A.Fahd Team SeniCinta October 26, 2008 at 8:01 am

Raz: Betul tu Raz.. Yang baik tak semestinya baik dan yang tak baik… tak semestinya tak baik.. Sama- sama Raz :)

Reply

12 zety April 28, 2009 at 8:38 am

terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman yang anda lalui itu dapat memberi pengajaran dan pendoman kepada para pembaca:-)

Reply

13 Rina May 17, 2009 at 8:42 am

cinta sms aku prnh mengalminya tpi lelaki tu aku kenal tp bila brjmpa kitaorg wat x tau jak tp bila brsms lain pula… aku akui aku sukakn dia dan aku tau dia jg menyangyngi aku…

Reply

14 liza June 15, 2009 at 2:44 am

as’kum.sy pernah bercinta sms sampai khwin dapat anak 1 .

Reply

15 iem July 26, 2011 at 7:35 pm

ak xtw smada ak prlu trus bsabar mnunggu dia atau x..
krna hbungan kami xdsukai parents die..
ak llaki,tp aku lbih mda 2thn dpd dia..
nmun wjah kami xjauh beza..
ak fkir dia ttap akn bsama aku dn akn sama2 usaha utk ubah hhati mak ayah die tk trma kami..
tp skrg,die mcm dh nk ikt ckp family je..
ak tkt hlg die..sbb ak ad kkrgn dn aku prnh tnjuk+bgthu dia sgalanya sbb aku pcaya dia ttp akn bsama aku wlpn dhalang kluarge..skrg..aku xthu ap hrus ak buat..ak syg sgt2 kt die..die pn kata yg sama..
ak bsgguh2 buat ssuatu krna dia ad dgn aku..
ak xnk die brubh hy sbb family die yg boleh brubah..
tlglah aku..ak xthu ap plu ak buat skrg..
tlg bg pndangan…

Reply

16 Eia August 17, 2011 at 10:53 am

assamualikum…
Sye juga mmpunyai kisah cinta..org kate cinta sye sweet tp bg sye lak simple jew..sjak pkenalan kami,sume yew indah2 jew,maklum r gah hngat brcinta kan..tp tue sume hnye smtra jew..sjak 6bulan kmi brsama,mcam2 dugaan sye tme..nk dktekan hri2 gdoh r..pnah tpkir nk ptus jew tp sy cbe prbaiki kslpan brdua..sjak pgdohan kmi,ad hkmah dsbalik yew..hbugan kmi btmbh erat ..alhamdullilah..bg sy die sorg yg tlalu baik sgt..wlaupon hbgan kmi dlanda plbgai mslah,dia sntiasa mmbri sy smgat n tbah hdpi ape jua yg dtg..skrang hbgan kmi smkin bhgia..kmi plajari dr kssahan dhulu bru kmi mdpat kbhgiaan slamaya..

Reply

17 Eia August 17, 2011 at 10:54 am

assalamualikum kwn2..

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: