Cinta 101 – Pengetahuan Asas Tentang Cinta
Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dankeserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain.
Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utamahubungan antara perorangan dan pengenalan diri.
Beberapa bahasa, termasuk bahasa Melayu apabila dibandingkan dengan beberapa bahasa mutakhir di Eropah, terlihat lebih banyak kosa katanya dalam mengungkapkan konsep ini. Antaranya ialah kasih, sayang, rindu, dan berahi.
Cinta jarak jauh merupakan situasi di mana sepasang kekasih berjauhan di antara satu sama lain.Manusia sering menginginkan cinta.
Dalam cinta ada suatu ketulusan perasaan yang membuatkan manusia yang merasainya gmebira, sedih, rasa keyakinan, rasa dimiliki, dan sebagainya.
Dalam cinta biasanya tersimpan seribu macam perasaan yang amat sukar digambarkan. bermula dengan rasa suka, hati berdetak, mulut tersenyum tanpa bicara, muka bertambah seri, dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita.
Amat mudah untuk melafazkan cinta, tetapi amat mudah juga melupakan cinta. Cinta yang sejati lahir dari hati yang tulus.
Cinta sering dikaitkan dengan puisi, madah, cerita cinta dan pelbagai lagi hasil karya sejati sejak dari zaman dahulu lagi. Kini, pelbagai maklumat tentang cinta boleh didapati di internet. Ramai penulis cerpen menulis terus dari jiwa mereka dan boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja terutamanya pengguna internet.
Cinta Jarak Jauh
Cinta jarak jauh adalah satu cabang utama kepada cinta. Hubungan jarak jauh ini hendaklah dipersetujui oleh kedua-dua pihak di mana mereka berjanji akan tetap bersatu hati sungguhpun mereka berjauhan.
Semakin ramai pasangan yang mengamalkan cinta jarak jauh akibat keadaan hidup mereka yang memerlukan komitmen mereka untuk melaksanakan sesuatu tugas atau situasi geografi.
Beza hubungan jarak jauh zaman dahulu dan sekarang adalah pasangan zaman sekarang dianugerahkan kemudahan teknologi untuk berkomunikasi di antara satu sama lain sungguhpun mereka dipisahkan beribu-ribu batu jauhnya.
Kata Cinta Menarik
Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. INGAT CERITA “LOVE IS CINTA!”
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk mengetahui baahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.
Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!!
Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.
Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
{ 1 trackback }
- Tips Cinta Dengan Fengshui
- November 2, 2009 at 1:09 pm
{ 30 comments… read them below or add one }
-
1 November 2, 2009 at 1:09 pm
-
sglanya mnyntuh perasaan. andai hati dsakiti dalm diam siapa lg y dapat membantu melainkn Yang Maha Esa. kadang2 keliru dtng bertamu tatkala curiga dengan ketulusannya…
-
3 November 2, 2009 at 11:44 pm
-
menangis aku baca artikel kau…thanx!
-
5 November 29, 2009 at 7:26 am
-
‘Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya’
suka la ayat nie! thanx Hazwan! ^.^~
-
7 January 12, 2010 at 12:08 pm
-
cinta+pengorbanan=pasrah,redha,sedih
cinta+saling berbagi=bahagia
arap cinta y dtg nnti bukan lg cinta+pengorbanan..
-
8 March 24, 2010 at 10:36 pm
-
macam mane plok ngan cinta yang terputus dengan kematian?
-
9 April 19, 2010 at 5:32 pm
-
erm tapi de cinta y tulus tapi akhirnya tersilap langkah dan berpisah…
camne lak tu???
walaupun ada lagi sisa baki kasih sayang pada si dia?????????
untuk melupakan,mencari pengganti secepat y mngkin dan pengganti tu sama perangainya ngn kekasih y dulu??? -
10 July 1, 2010 at 8:33 pm
-
sedih baca artikal ni…
-
11 September 2, 2010 at 8:26 am
-
af hazwan,saya nk tnya adakah prtolongan email awk dicas ?
-
12 December 4, 2010 at 4:15 pm
-
jgn tinggakan orang yang kita syg utk orang yang kita cinta…jangan dapatkan apa yang sukar dicapai tapi hargailah cinta yang sedang mencintai kita…
-
13 December 27, 2010 at 12:57 pm
-
hemm bagus banget, cintailah org laen apa adanya, bukan ada apa nya, krn sesungguh nya kebahagiaan itu adalah lebih ptg dari segala nya.
-
14 February 27, 2011 at 12:17 am
-
salam..
trime kasih ti af hazwan. ebook yg sgt berguna. tunang sy nk membatalkn pertunangan kami n slps sy membaca ebook dr saudara af hazwan n berkongsi n bt kptsn yg btl, akhirnya die membatalkn niatnya utk memutuskan pertunangan ini n ingin segera melangsungkan perkahwinan kami pd bln 6 ni. sy tidak salah dlm membuat keputusan utk mendapatkan ebook. terima kasih saudara af hazwan… -
15 March 5, 2011 at 4:08 pm
-
fantastic articel…ak suka bngat…cinta ak ngan dya akn trus brcambah..
-
16 March 9, 2011 at 9:14 pm
-
askum..sy ad mslh cinte..sy sudah brtunang…nk ikut kn kmi dh melangsung kn prkahwinan,,,tp tibe2 mak ayh sy tak suke ngn dier…pd mse yg sme muncul seorg laki2…dier baek sgt2…bnyk beza antre dier dn tng sy..dier pnyayang…memahi sy…byk bg smngt kat sy..adkh laki yg bru muncul dlm hdup sy nie merupe kn cnte sejati sy? sy keliru
-
17 June 6, 2011 at 7:48 pm
-
sabaa ye awk. saye pon mgalaminye .
-
-
18 April 9, 2011 at 2:38 pm
-
</3
-
19 June 6, 2011 at 7:58 pm
-
AKU SAYANK awek aku sgt2 . tapi die da brubh skrg. die xmesra mcm dulu lg .byk kali die mntk putus tapi aku xnk. n die bg syarat kite tetp kapel tapi b jgn kcau n lrg ape anjew nk baut. . dgar kte2nye 2 aku buntu sgt2. same ade aku perli kekal kn hbgn nie,atau pon break saje.
-
-
20 June 19, 2011 at 3:40 pm
-
sungguh tak ada gunanya berduka karena cinta???? selagi masi bnyak nikmat yang diberikan oleh allah swt
-
21 July 22, 2011 at 3:51 pm
-
Sgt perfect hasil nukilan kamu, hazwan… sgt menyentuh perasaan dan membiarkan air mate saya menitis dlm diam dan hati merasa sgt berdebar pabila mengenang ape yg berlaku dlm hubungan ini.. Kadang-kadang, ape yg kite harapkan pasti xseindah yg kite miliki… sungguh kejam barangkali dunia ni.. thank u hazwan.. yg baik semua dtg dr allah.. kita sebagai hamba yg hina mampu berdoa yg terbaik dan mintak kuatkan iman dlm menempuh dugaan bukan doa mintak dikurangkan ujian dariNYA.. Love ur blog so much..
-
22 August 11, 2011 at 10:12 am
-
Setiap isi nukilan awak menyentuh hati saya..Teringat saya setahun yang lalu ketika syawal menjelang.Ketika itu saya rasa bahagia sangat sebab saya akan mengikatkan taki pertunangan dengan lelaki yang saya sayangi.Bagi saya dialah lelaki yang paling baik yang pernah saya temui.Dia muncul ketika saya memerlukan seseorang untuk menemani saya ketika suka dan duka.Hidup kembali ceria dengan ada dia di sisi.Tapi kini kenangan itu dah menjadi nostalgia apabila dia dah pun mempunyai kehidupan baru bersama wanita lain.Luluh hati apabila tali pertunangan diputuskan begitu saja tanpa sebab.Berderai air mata tatkala terlihat pic perkahwinan dia bersama orang lain..Sehingga kini rindu itu masih ada..
-
23 September 10, 2011 at 11:58 am
-
menitis air mata sye bace..
AF Hazwan,
tolong sye..ape sye patut buat??
sye sgt sygkn hubungan walaupun ianya masih tidak terlalu lama..
sye baru shja break up..
cuma sye x faham bile dia kate nak putus sbb x boleh nak berikan commitment pada sye…
tolong sye AF Hazwan!! -
24 November 1, 2011 at 7:05 pm
-
mndlam ayt2 yg dberikan,,,bla dibaca,,,cdey pn adew….bla trkenang ksh sy…sy cdey cgt2,,,sy trlalu sygkn dy…sy xboleyh hdup tnpa dy,,,sy mghrapkn dialah org yg trakhir sy cintai,,,tp salah…hbngn kmi pnuh dgn mslh,,,n ap yg trkeluar dri mlot dy adalah “putus”,,,adkh tndakn itu mnunjukkn yg dy btl2 ingn mmutuskn hbngn ataw ingn mnguji sy?sy btl2 cdey bla dgr dy ungkapkn prktaan ptus,,,cmp kdg2 trfkr nk bt bnda bkn2,,tp sy msh igt allah…sy nk cgt2 hbngn kmi bhgia mcm dluw..tlg sy..sy awk memerlukn nsht drpd AF HAZWAN…
-
25 December 13, 2011 at 11:45 pm
-
apa yg dapat di lakukan apabila orang yg kita cinta sepenuh hati tak menggiinkan kita lgi,,padahal kita masih sayangkan dia…tak dapat terima cinta lain karena mengharaf sesuatu keajaiban datang menyadarkan dia bahwa cinta yg saya punya adalah cinta yg tulus menunggu dan menerima dia apa adanya baik kelebihan maupun kekurangannya,,,,dan sampai sekarang tetap menantinya…
-
26 December 21, 2011 at 3:49 am
-
betul la bro…
-
27 April 14, 2012 at 3:23 am
-
knp sy rasa sy je yg terhegeh2 dekat dia…dia syg dkt sy tp cara dia tu mcm terpaksa je…..sy btl2 keliru…plz help me AF HAZWAN
-
28 August 6, 2012 at 9:06 pm
-
salam. tulisan yang benar2 menusuk kalbu dan membuat hati tersentak. thanks!!
-
29 November 16, 2012 at 10:48 am
-
Kesedihan tak dapat mengubah segala-galanya..menangis lah hari ini sepuas-puasnye,esok,pastikan tiada lagi air mata untuk dia..
-
30 December 23, 2012 at 12:24 pm
-
menyentuh hati ooo..
Leave a Comment
