dilema-cinta

Dilema Cinta?

by AF Hazwan on January 6, 2009

dilema-cinta
Photo by Suchitra

Apabila terbina sesebuah hubungan cinta, kebiasaannya hubungan cinta tersebut adalah HANGAT.  Kehangatan yang saya maksudkan adalah dari segi KEKERAPAN;

1. Kekerapan untuk berhubung (call, sms, mms, email, online)

2. Kekerapan untuk berjumpa

3. Kekerapan untuk memahami antara satu sama lain

4. Kekerapan untuk saling memberi dan menerima

5. Kekerapan untuk melakukan aktiviti bersama

Itu adalah contoh untuk kehebatan cinta di awal perhubungan cinta. Saya yakin dan pasti anda sedar kekerapan tersebut ada di dalam perhubungan cinta anda.

Persoalannya adalah,

DILEMMA… Anda Tertanya- tanya… Anda mulai mempersoalkan pelbagai perkara yang melibatkan pasangan anda dan masa depan anda berdua. Anda mulai RISAU, terasa KEHANGATAN hubungan anda mulai sejuk. Antara beberapa perkara yang mungkin menjadi PERSOALAN dan KERISAUAN anda mungkin;

1. Pasangan anda didapati curang (wujud orang ke-3)

2. Pasangan anda mula mengharapkan sesuatu yang diLuar kemampuan anda.

3. Pasangan anda mula mengongkong atau menyekat “social lifes” anda.

4. Pasangan anda mula mengasingkan diri daripada anda.

5. Pasangan anda mula menunjukkan sifat- sifat yang kurang anda senangi.

Sekali lagi saya yakin dan pasti, PERSOALAN di atas pasti anda alami walaupun wujud ribuan persoalan yang lain…

Tarik nafas dan Rilekss… Usah terlampau risau.. Ini adalah cabaran anda di dalam proses mengenali perhubugan cinta. Kewujudan teman- teman anda disekeliling akan banyak membantu anda untuk mengatasi cabaran dilema cinta anda. :)

Tips untuk mengatasi dilema cinta adalah seperti berikut;

Langkah 1 Kenal pasti KEKERAPAN yang melibatkan anda dan pasangan anda di awal perhubungan cinta anda.

Langkah 2 Kenal pasti PERSOALAN yang timbul di sepanjang hubungan anda dan pasangan anda yang menyebabkan anda mengalami dilema cinta.

Langkah 3 Atasi PERSOALAN ini dengan teknik yang betul, anda boleh merujuk posting sifu AF Hazwan yang lepas iaitu “3 Strategi Terbukti Untuk Hubungan Cinta yang Bahagia & Sihat”

Sentiasa terapkan prinsip “Jalan Pasti Ada Mesti Ada Cara” di dalam perhubungan cinta anda. Tiada perkara yang mustahil untuk diselesaikan di dunia ini. Jika anda inginkan perhubungan cinta yang lebih baik maka anda harus perihatin terhadap hubungan cinta anda SEKARANG!

Sentiasa ingat, “BREAK UP” adalah penyelesaian yang terakhir bagi Dilema Cinta.. :)

Salam Cinta dan Kejayaan!

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 44 comments… read them below or add one }

1 Fateen January 6, 2009 at 10:12 pm

Dilema dengan masalah sekarang ni. Bf i cakap nak teruskan hubungan but masih lagi contact dengan ex dier. Ade x tips supaya bf i faham perasaan i?

Reply

2 Eryna January 7, 2009 at 4:50 pm

i tgh dilema resipi ape yg sesuai utk buat kek for my niece nyer birthday la fahd :) hehe

Reply

3 nurefa January 9, 2009 at 1:00 am

erm… bab2 cinta semuanya terpulang pada indivivu tapi pada saya sepatut nya cinta itu menyenang kan dan membahagiakan kalau dah sll sangat sedih, bergadoh pastu tensyen2 jer masa bercinta baik putuskan… memang x setiap masa kita bahagia bersama pasangan tapi bukankah masa sedih itu menjadi pengajaran untuk kita lebih memahami pasangan kita dan lebih menyangnginya dari sebelum2 itu

Reply

4 Fahd Team Seni Cinta January 9, 2009 at 8:09 pm

Fateen: dats normal fateen.. dont worry.. So pencinta sekalian.. apa macam, ade tips tak utk fateen? hehe :)

Eryna: aduyai, kek pun bleh buat u jadi dilema..hehehe, takpe, i cadangkan “chocolate cheese cake”.. its yummy… :)

nurefa: Nice LOVE review from you.. btol tuh, sepatutnya cinta itu menyenangkan dan membahagiakan.. bagaimana pula pandangan Nurefa bagi suami isteri yg ada masalah rumahtangga?

Reply

5 Putera January 11, 2009 at 4:53 am

To Fateen: btol ckp fahd.. dats normal.. So my tips is. Klu boleh belajar utk membiasakan diri dengan situasi mcm tu. Sebab klu u halang means dat u meyekat kebebasan sosial boyfren u. So gud luck :)

Reply

6 Fateen January 12, 2009 at 7:32 pm

Since my boyfren contact dgn ex dier, boyfren i kurang beri i perhatian. I takut kehilangan boyfren i.

Reply

7 puteri January 14, 2009 at 8:26 am

sy skrang mgalami delima ni..xtau r .ktaorg msh syg sma sndri..llaki 2 ckp akan lpskn kdua2 nya..sy stuju klau 2 yg tbaik n adil.tp bla sy stuju llaki ni ambk ksmpatn utk bhub trus dgn mpuan 2..mcmne ek nak handle bnda ni??

Reply

8 tipsgoda February 1, 2009 at 3:28 am

nice tips nak atasai delima cinta ni..i think that we need to keep ourselves constantly learning the right technique untuk keep the relationship..hot..

Reply

9 ukee February 4, 2009 at 11:07 pm

aku baruk jak kenak orang ketiga, bencik eh~

Reply

10 amran February 21, 2009 at 11:59 pm

saya mencintai seorang wanita dia mempunyai suami

Reply

11 ira February 23, 2009 at 6:48 am

fahd, saya ade masalah dengan bf saya…hubungan kami dingin dan kami jauh…bila tnya pada dier apa masalah hubungn ni….dier kata takde apa2 masalah…tp dier sibuk…sy akui dier sibuk skarang…tp sibuk dier smpai takde masa bersama saya..msg pun msti sy yg mulakan…hubungan saya dah diketahui oleh keluarga dier…tp belum diketahui oleh keluarga sy…saya tak rasa dier mempermainkan saya kerana dier bersedia untuk kenal family saya, dier kenalkan pada kwn2 dier sy bakal isteri dier bgitu jugak dengan mak dier, saya dikenalkan sebagai bakal menantu…tp sy dah bosan dgn hub yg dingin ni…

Reply

12 chenta stia April 3, 2010 at 5:01 pm

maybe awk terlalu pk an mnde2 yg ngativ kowt…jgn isau la coz dye mst stie nan awk…probs titew hmpir srupe la…but remember?!always think psitiv k?..

Reply

13 giseLLe February 24, 2009 at 6:50 am

salam…i pun nak share my dilema… i minta break atas perkara yang i tak suka dia buat. to him, it’s normal, but to me, it’s SOOOO abnormal…!!!

i minta putus. i nak putus dah lama dah. cuma sekarang i takut akan rasa sunyi tu. takut sangat!! sebab i ni mudah nangis. tapi i memang dah bagitahu dia i nak break up. for my side, dah official la, but for his side, i tak tau.

tu la dilema i… macam mana nak overcome problem tu ea..?? problem rasa sunyi and nangis tu… i takut, i tak kuat… lama i ‘kawan’ dengan dia. hampir 5 tahun dah.

i takut nak hadapi hari2 akan datang without him, but i can’t accept things he’d done before.

Please help me… :(

Reply

14 amran March 1, 2009 at 3:47 pm

saya mencintai seorang yang dah bersuami macam mana nak dapat cinta nya

Reply

15 Fahd Team Seni Cinta March 4, 2009 at 8:34 am

Hello Semua.. Mohon maaf sebab lame tak update komen kt blog Seni Cinta.. Me n Sifu AF Hazwan lately sibuk dengan projek Seni Cinta yang terbaru.. So nantikan

AMRAN: Mencintai seseorang yg dah bersuami?? nasihat sye, kalau boleh blajar utk melepaskan saja wanita tersebut. kalau Amran betul cintakan wanita tersebut. Bagaimana Amran boleh jatuh hati kepada wanita tersebut..?? Sila kongsi jika mampu..

IRA: Berdasarkan apa yg telah Boyfren Ira lakukan terhadap Ira saya dapat rasakan sesuatu yang positif. Keadaan ini membuktikan Boyfren Ira telah mewujudkan komitmen terhadpa Ira. Berkenaan kesibukan boyfren Ira usahlah terlampau risau. Belajar untuk memahami kesibukan boyfren Ira. So bagaimana skrang?

Reply

16 amran March 4, 2009 at 9:17 am

cuba melupakan nya tapi tak boleh tiba-tiba perasaan itu timbul tanpa diketahui wanita tersebut…?

Reply

17 ira March 4, 2009 at 9:34 am

skarang….hmm…ntah la..mcm retak menanti belah je…sbb br2 ni ira ade saje ckp kat dier untuk tengok reaksi dier..ira ajak dier bertunang…dier kata rileks dulu..dier kata tak puas enjoy lg…pastu ira tnya dier nape? tak sedia nak komitmen ke..dier jwb belum..then ira tnya jugak ira ni bukan komitmen dier ke..dier kata dier tak kata mcm tu pun..ira akui…dier punya keadaan..dengan gaji dier yang amat tak sesuai untuk kitorg ada ikatan…tp dengan apa yg dier katakan tu ira rasa nak undur diri je…

Reply

18 nurefa April 17, 2009 at 9:26 am

perkahwinan: bagi saya topik yang sangat seronok untuk d bincangkan. perkahwinan adalah anugerah. bukan kah apa bila kita berkahwin maka kita akan sanggup bersamanya walau susah dan senang, menerima nya dengan seikhlasnya? dan pabila ada masalah bukan kah kedua2 pihak sepatutnya bekerjasama? saya memang ada kawan yang mempunyai masalah rumah tangga. tapi saya no komen sebab saya belom kawen. tapi bagi saya bukan kah setiap masalah itu sepatutnya kedua2 pihak berbincang dan menundukkan ego masing2. terasa sedih pabila perkahwinan itu d cemari dengan skandal oleh mana2 pihak. kerana bagi saya perkahwinan itu very pure. mungkin kerana saya belom jumpa seorang lelaki yang mengangggap perkahwinan sama seperti yang saya fikirkan menyebabkan saya rasa saya tidak mahu bercouple. love is all oround is [there always have to side of coin]

Reply

19 Hazwan April 17, 2009 at 3:58 pm

Kaum lelaki agak ego lebih-lebih lagi perihal komitmen. Mereka sebenarnya sedar bahawa tanggungjawab mereka ni besar.

Jawapan yang keluar dari mulut mereka mungkin ada makna yang lebih dalam. Mereka sebenarnya belum bersedia kerana mereka masih berasa INSECURE.

Delay is not denial. Jadi penangguhan bukan bermaksud tidak. Give him some time to design the path.

Ya efa, every problem ada penyelesaiannya. Yang kita harus percaya sekarang adalah, kita tidak boleh menyelesaikan masalah dengan situasi minda dimana kita mula berhadapan dengan masalah tersebut.

Reply

20 train heartnet April 19, 2009 at 8:43 am

saya tak penah bercinta sebab lelaki2 yang cuba dekati saya amat pelik..bukanlah niat saya untuk memburukkan tapi hakikatnya mereka amat menggelikan, suka memaksa saya untuk terima mereka dan ada habits yang saya memang tak bleh terima (eg. playboy, mencarut, maki hamun, liar)..saya juga mengalami perasaan tak boleh percaya terhadap lelaki ( minta maaf). saya tahu yang kita takkan peroleh cinta selagi kita tak mempercayai seseorang tu..dan bukan suma lelaki begitu, tapi saya asyik jumpa yang pelik2 ni sejak di bangku sekolah lagi hinggalah kini..masalahnya sekarang saya mula hilang minat pda lelaki dan ini amat merisaukan saya..saya lebih suka pada perempuan yang lebih senang dalam perhubungan..adakah saya seorang lesbian? saya takut jadi begitu..

Reply

21 nurefa April 21, 2009 at 10:59 am

saya rasa saya memang dah mention dengan hazwan yang sekarang nie saya rasa saya jatuh cinta dengan sorang lelaki yang dah ada couple… then setelah saya pk2 balit, terkeluar pulak ayat nie dari otak kepala saya, perlu ada sebab ke kita bahagia dengan org tu? saya rasa nama hubungan tu **kekasih selain dari b’tunang dan berkahwin lah* sangat penting ker? ada lah mesti dia menjadi kekasih dia baru kita nak bahgia? terus terang saya katakan saya sangat bahgia dengan perasaan saya sekarang. bagi saya x da makna nya nama hubungan itu kekasih tapi kalau hati saya x bahagia lebih baik mcm nie.. dapat tgk muka dia hari2 pun dah buat saya rasa sangat bahagia… mana lah tahu2 dlm masa ini ada pulak jodoh saya yang lain sampai.. kita x akan pernah tahu apa yang dah tuhan rancangkan untuk kita…

Reply

22 fatin farhana May 3, 2009 at 7:40 am

salam…sy da problem lam bercinta…sy bercouple ngan sorg laki yg mude 1 taun dr sy..kami dah bercouple slame 2 taun lebey..tp skrg sumenye makin suram disebbkan beberapa masalah yg telah berlaku..sy dah rapat sgt ngan family dia n family diorg dah trime sy..tp ntah la..dia nie seorg yg panas baran n susah nak d bawa bincg..sy dah cube macm2 cara nak selamatkan hbgn kitorg nie tp die dah bubah n susah nak kembali macm dlu ag..dah 3 bulan lebey hbgn kitorg suram…sy cube diamkan kan dan akhirnya baru2 nie dia anta mesej kate atie die maseh syg sy n maseh macm dlu xpenah brubah,,,,tp bla sy cuba mesej ntanye ttg hbgn kitorg die stay ag xjwb n maseh ag susah nak trime dr sy…sy dalam keadaan yg runsing skrg nak taw ape yg patt sy wat…

Reply

23 quraisah May 10, 2009 at 4:52 am

sy dh bersbr ngan lme ngan dye…tpi knpe dye x mengerti perasaan sy…sy rsa dye mmng peduli tntng kita agy..mngkin dye nk sy mati r…lbh baik sy mati dri idup…pe jenis jantan r…

Reply

24 pudziah May 14, 2009 at 7:34 am

jawapan ni untuk soalan yang di kemukakan oleh amran. Dia mencintai isteri orang. Ini juga pernah berlaku kepada saya. Saya dicintai oleh lelaki lain tapi hakikatnya saya sudah bersuami. Nasihat saya lupakan lah isteri orang itu. Berkawan saja. Buang perasaan tu. Mula2 memang teramat susah, tapi kena kuat semangat. Memang amat sukar untuk mencintai hak orang kerana pasti ramai yang akan terluka. Berdoa dengan Allah, mohon pertolongan dan petunjuk. Saya doakan anda berjaya.

Reply

25 lelaki_melayu May 15, 2009 at 3:09 pm

assalamualaikum..
sy nk cite masalah sy ni..camni, sy kenal ngan si I ni da dekat 5 taun.. tapi hubungan kami bermula 2 thn lps.. pada mulanya hubungan kami berjalan lancar tapa sebarang masalh..sehinggalah satu ari Ex bf si I ni menghubungi I.. dan dari saat itu sy sedar yg I da bnyk berubah..dah tidak macam dulu lagi.. apabila sy ajk keluar semua di tolak..msg kadang2 x dibls. sy xtaw ape yg perlu lakukan..sy sedih.sehinggalah sy tau yg sebenarnya si I still mengharap kat Ex-Bf dier.. even Ex-Bf dier da ader gf baru.. satu hari sy mendesak supaya memberitahu hal sebenar.. rupenye2 diorg dah berkawan dan bersama dekat 9 taun.. dan si I memberitahu sy yg cintanya dah mati dekat ex-bf dier..I juga mengakui yg die sygkan sy tapi dier lebih sygkan Ex-bf die berbanding sy.. hal ini membuatkan sy sedih..dan sy mengambil keputusan untk melepaskan die.. dier xnk.. die still nk bersama sy..tapi dlm mase yg same dier masih berjumpe dgn ex-bf die yg sebenarnya sudah tidak mempunyai peraan terhadap dier..juz mencari I saat dier susah..sy kecian dekat I kerana diperlakukan begitu..mcm2 yg Ex nyer lakukan terhadap I..tapi I tetap juga tidak sedar dan mahu bersama denggannya walaupun sbg pmwn simpanan..baru2 ini I sanggup bersusah payah mencari duit untk dipinjamkan kpd ex nyer.. sy sedih..hati sakit..kerana sy still mencintai I dan juga mengharap dekat I..cinta sy juga dah mati dekat I.ape yg perlu sy lakukan utk dptkan kembali cintanya? dan dpt membuang perasaannya terhadap ex nyer dulu? tolong sy

Reply

26 chenta stia April 3, 2010 at 5:08 pm

klu gurl cm2 jgn dlayn la…awk tue bknnya ptung yg dye le menkan seske aty…da susa bwu nk ingat tat awk…klu dye eclas cygkan awk,npew dye still mharpkan ex dye tue?..rnungkan???

Reply

27 naylie May 15, 2009 at 4:30 pm

Saya mengenali seorang lelaki yang diperkenalkan oleh rakan saya sendiri.pada awalnya amat sukar saya menerimanya, tetapi demi melihat dari kesungguhan beliau untuk lebih mengenali saya dengan lebih rapat lagi, maka saya beranikan diri untuk berkawan dengan beliau. Tetapi perhubungan kami hanya melalui SMS, tidak pernah bercakap atau berbual melalui telefon, mahupun berjumpa. Walau pun kami belum pernah berjumpa dan mengenali rupa masing-masing, beliau telah berjanji untuk memperisterikan saya.semuanya hanya melalui SMS. Saya tidak tahu apakah status hubungan kami, kerana beliau mengaku cintakan saya, tetapi dalam diam, beliau telah membuat sesuatu yang telah menyinggung perasaan saya, yang tidak mungkin untuk saya lupakan. saya nekad ingin mengundurkan diri tetapi masih sayangkan perhubungan ini dan mengaku amat sukar untuk melupuskan ingatan terhadap beliau dari kotak minda.Kami sudah tidak berhubung lagi, dan saya tidak pasti adakah beliau masih ingin meneruskan hubungan ini. saya ingin menggunakan strategi tunggu dan lihat apa yang akan terjadi seterusnya.

Perlukah saya menerima kehadiran orang lain selepas ini atau perlukah saya memperbaiki hubungan saya terhadap beliau walaupun jelas dan nyata beliau pernah melakukan sesuatu yang tak mungkin terjangkau dek akal.

Reply

28 amran May 17, 2009 at 1:42 pm

susah untuk melupakannya,

Reply

29 lelaki_melayu May 18, 2009 at 1:49 am

ader sesape leh tolong masalah saye??

Reply

30 pudziah May 19, 2009 at 3:13 am

Pandangan saya untuk naylee, amran and lelaki melayu. I pun bukan bagus sangat tetapi hanya nak beri pandangan saja sebagai kita sesama Islam. I might not be right.

Amran: I think u buat masa ni memang sukar nak lupakan somebody’s wife tu. U kena occupy diri u with banyak berdoa, solat, activities, mix around with frens. Memang sukar. Satu lagi saya lupa nak tanya somebody’s wife tu mcm mana towards u? Response dia, reaction dia, etc? Adakah dia juga tak boleh lupakan u?

Naylee: Get to know other peoplem if possible. Belum terlambat. Dont waste ur time and life is short.

Lelaki Melayu: U seorang yang baik and saya fikir u deserve a better lady. Lupakan dia sebab kasihnya mcm amat kuat terhadap ex dia. They hv been together for many, many years. Many things they hv spent together. Kalau dia bersama dgn u pun, hatinya masih dgn that guy. Saya rasa u boleh lupakan dia apabila u dapat a new one. Mix around. Jodoh yang baik untuk orang yang baik.

Reply

31 AF Hazwan May 19, 2009 at 2:41 pm

Nice advice Pudziah, thank kerana sudi berkongsi jawapan awak di ruangan komen ini.

Adakalanya jawapan kepada masalah cinta cukup simple. Kadangkala kita hanya perlu MOVE ON dan keluar dari kepompong yang memerangkap kita yang tak sudah ni.

Amran : Mencintai seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga boleh mengakibatkan kesengsaraan banyak pihak. Betapa indahnya anda boleh memiliki perasaan sama ke atas wanita yang masih suci dan zero lagi.

Naylee : Seperti nasihat pudziah, kenali dia lebih dalam lagi dan jangan beri peraturan yang melimitasi kebebasan dan pilihan awak. Awak bebas untuk menyukai sesiapa pada bila-bila masa. Sapa cepat dia dapat.

Lelaki Melayu : Sekiranya sampai hari ini dia betul-betul masih mempunyai konflik dalaman, maka inilah masanya untuk anda memilih seseorang yang mencintai anda 100%

p/s : Situasi di atas terbuka untuk perbincangan lebih lanjut. Jawapan saya mungkin untuk sebelah pihak sahaja, jadi kepada yang merasakan diri anda ada nasihat dari sudut berbeza, sila kongsikan bersama :)

Reply

32 lelaki_melayu May 20, 2009 at 12:55 am

thx diatas nasihat yg diberikan.. yg sebenarnya..sy kecian dekt I tu dan harap sgt dpt tolong die.. die selalu ditipu dan dipermainkan oleh EX. I pernah bagitahu sy yg dier dah cuba utk lupekan Ex nyer tapi x dpt..lastly dier mek kptsn utk tdk melepaskannya..sy pon xtaw nk cuba tlng I mcm mane…dah bnyk org bgi nasihat dekat I tpi still dier camtuh.. skrang nih,sy dah x cntct dgn si I lagi..

Reply

33 naylie May 20, 2009 at 4:22 pm

terima kasih di atas nasihat yang diberikan. Untuk pengetahuan, lelaki tersebut telah menghubungi saya, tetapi dia telah mengulangi kesilapan yang sama, dan saya tidak mendapat penjelasan mengapa dia berbuat demikian. Jadi, saya berterus terang bahawa lebih baik saya mengundurkan diri daripada meneruskan hubungan ini. Saya rasa dia mungkin anggap ucapan saya hanya gurauan, tetapi saya serius akan tinggalkannya. Saya mengambil keputusan tidak akan menghubunginya lagi, walau apa pun alasannya.
Bukan tiada perasaan sayang, perasaan itu wujud lagi, tetapi saya tidak mahu sesuatu yang lebih berlaku pada masa hadapan, saya idak mahu ianya berlanjutan.
Sebelum ini hai saya memang tidak bersedia dan amat sedih sekiranya dia “hilang”…tetapi sekarang saya berasa gembira dan lega dengan pengunduran ini, kerana saya dapat lakukan dengan kerelaan hati saya, dan saya telah jumpa sebab yang sangat kukuh untuk meninggalkannya..
Saya tidak pasti adakah dia juga lega dengan keputusan saya atau dia sedang menderita…saya tidak mahu memikirkan itu semua, apa yang pasti, diri saya sudah bahagia…bahagia seperti mana hidup saya sebelum dipertemukan dengan dia, saya telah mendapatkan kembali hidup saya yang dahulu, yang sekian lama saya rindui.

Terima kasih semua rakan-rakan yang sudi membaca dan memberi komen. Saya doakan agar kalian semua tabah dalam menempuh alam percintaan yang sangat rumit untuk diperjelaskan. Kerana ubat dan penawar hanya ada dalam diri dan hati kita sendiri, hanya waktu yang dapat menentukan bilakah penawar tersebut bisa menyembuhkan. Nasihat dan pandangan adalah sebagai pemangkin untuk kita lebih menjadi kuat dan tabah, dan untuk kita menimbangkan baik dan buruknya tindakan kita ..selebihnya kita perlu cekalkan hati sendiri…
Percayalah..

Reply

34 pudziah May 21, 2009 at 1:53 am

Salam,

Tahniah Naylee kerana telah dapat keluar dari “Kepompong” (bak kata Hazwan) yang amat mengcengkam itu. Saya sendiri pernah mengalami keadaan yang amat rumit dgn “cinta yang tiada penghujung” itu tetapi Alhamdullillah saya telah dapat juga keluar dari “Kepompong” tersebut. Hidup memang penuh ranjau dan duri dan kerana ranjau dan duri inilah membuat kan manusia “more wiser and matured”. So kita redha dan bersyukurlah dengan apa yang berlaku kerana kita tidak tahu hikmat di sebaliknya. NO Regrets.

Tanniah juga kepada lelaki melayu kerana telah berjaya menghadapi pancaroba hidup yang getir itu. Jgn lupa pergilah keluar sana pasti ramai yang boleh dijadikan kawan tetapi pandai2 lah menapis yang baik dan tidak baik.

Hazwan thks for your advise. Saya suka dengan nasihat u “keluar dari kepompong” kerana perkataan itu amat besar makna.

Have not heard from Amran. How r u now.

Reply

35 lelaki_melayu May 21, 2009 at 2:13 pm

pd mase yg same..ade someone cke kat sy..tp sy rase takleh nk terima die sebab perasaan sy still ade dekat si I lagi..xtaw nk buat mcm mane.. even x jumpe..tetapi kenkadang ternmpk dier..perasaan tu dtg blik..tah la

Reply

36 mulan May 31, 2009 at 11:14 am

lelaki melayu
saya faham perasaan anda. memang susah sangat nak meluppakan org yang kita sayang. kita dah beri kasih sayang yang tak berbelah bagi dekat dia, tapi tak dihargai langsung. sakitnya hati bila perkara ni terjadi..

Reply

37 bntg June 7, 2009 at 1:01 am

tu la..mmg ssh nk lupakan org yg kita syg.. nak2 lagi dier tu first love kite..
da bnyk habiskan mse bersama.. tetibe putus di tengah jln..

Reply

38 zetty September 7, 2009 at 6:37 pm

Assalamualaikum.
Saya pun telah terperangkap dalam alam delima cinta. Cerita saya bermula begini. Saya sebenarnya pada mulanya hanya nak setakat berkawan dengan Si A. Dia baik orang nya, ber budi bahasa, dan alhamdullilah, agama nya pun kuat. Saya pun mula tertarik dengan nya. Hari demi hari kami berkenalan, saya bermula berperasaan kepada A. Walau apa pun saya buat untuk hentikan perasaan ini, Hati tetap mahukan A.

Dalam masa berkenalan, saya ada tanya A tentang dia punya “love life”. Dia kata, dia single tapi dia ada “kawan karib” yang mencintai dirinya kat kampung. Pada masa tu, saya berfikir, ini okay. Asalkan kawan itu adalah hanya kawan karib. Sebulan berlalu, kami dua pun mengakui antara kami berdua yang kami berperasaan yang sama. Kami saling suka dan mencintai.

Tiga bulan dalam hubugan, saya mendapati yang “kawan karib” A itu bukan lah “kawan karib” tapi girlfriend dia. Pada masa saya tanya A tentang hal itu, tak lah saya marah kat A. Saya hanya mahu kebenaran dari A. A kata dia tak ada perasaan langsung terhadap “kawan karib(K)” itu. A ikhlas tentang saya, A benar-benar mencintai saya. A hanya melayan K kerana hubungan kawan yang bertahun tercipta. A kata pada saya yang bila A balik kampung nanti dia akan jelas kan kepada K tentang semuanya. Saya memegang pada percakapanya. Saya percaya kepada perkataan A.

Sembilan Bulan dalam hubugan, kami pun balik kampung. Balik kampung untuk cuti “Summer”. Kami balik untuk tempoh tiga bulan. Bulan julai, A dah pun beri tahu and jelas kan segalanya kepada K. A bersemangat nak kan putuskan K, dan hanya bersama saya seorang. K tak nak lepaskan A. K berkusut. K tak berputus asa untuk mendapat perhatian dari A. A cuba elak, tak berhasil. Dua kali A putuskan K. K tak mahu lepaskan A.

Bulan Ogos, saya kata pada A yang jika benar A mahukan saya dia mesti tidak berputus asa. Mesti ada jalan yang terbaik untuk memlembutkan hati K untuk melepaskan A. Untuk kali ketiga, A melepaskan K. K pun sakit hati dan mengugut A. K makan ubat panadol sebanyak yang mungkin. Dan K pun coba mencelah tangannya. Dengan tak rela hati, A kesian kan terhadap K. A pun terus melayan K.

Sekarang, Bulan September, A buat keputusan. Dengan tidak rela hati A, A terpaksa memutuskan perhubungan kami. A kata, dia rasa gembira bersama saya, tapi dengan K, A rasa terkongkong. A kata memandangkan K tidak mahu melepaskan A, ada baiknya kami putus. A kata kerana janji-janijinya yang lama terhadap K, A rasa dia terpaksa menepati janji-janji itu.

Saya yang berada di kampung saya sendiri, hanya mendengar berita dari A. Saya dengan tidak rela hati. Melepaskan A. Betapa pedihnya hati saya melepaskan A. sigh. Sekarang kan masuk dua minggu kami tak berkomunikasi. Saya amat merindui A. Saya tahu dan dapat merasakan A pun merasa yang sama.

Apa yang perlu saya buat? Kami berdua tidak lagi lama pulang ke kampus. Didalam tiga minggu lagi kami kekampus. Apakah A akan kembali kepada saya?Adakah A masih mencintai saya? Adakah saya perlu lupakan A? Apa yang perlu saya buat pada masa ini? Adakah saya perlu berjuang untuk A kembali kepada saya, ataupun biarkan waktu main permainannya?

Wassalam.

Reply

39 ellis November 11, 2009 at 10:11 am

cinta bmaksud…mlepaskan org yg kita sygi untuk kbahagiaan dia…
sy slalu malang dlm pcintaan…sehingga adakalanya hasrat ht saya mahu menjelajah dunia..nk pergi merantau di tempat lain mngenali adat tmpat lain…
saya pun kurang pasti kenapa ,mengapa, apakah yg tjadi…sebabnya saya dikategorikan orang yg mempunyai paras rupa yg elok…sedap mata memndang…walau saya pn sndri kurg yakin btl kah..tp ni laa yg slalu org ckp…tp sy x mudah untuk perasan…sebab sy pn masih mempunyai kelemahan dri…adakalanya membuatkan diri sy mnjadi takut…takut dengan siapakah saya bakal bjumpa..bcinta..berkahwin…dan sebagainya…membuatkan saya sendiri mnjadi tawar dlm bcinta..

Reply

40 farha najiha January 13, 2010 at 3:45 pm

ex sy dah nak bertunang..susahnya mahu melupakan..ada x tips supaya dia kembali pd sy smula?wt pengetahuan sume,bakal tunangnya adlh pilihan maknya walaupun maknya dh tau kami couple huhu..

Reply

41 shantana January 22, 2010 at 8:25 pm

perlukah untuk mengongkong pasangan sbb sayang???

Reply

42 kika March 14, 2010 at 2:59 pm

Aq dlm dilema cinta ni..aq dah tak knl ngn bf aq 2 laie…

Reply

43 chenta stia April 3, 2010 at 4:54 pm

um…aq ase cdey la coz since dye keje nie,ktowg da jrang cgt cntact…dye cm da xd mse tok aq…sunyinye…

Reply

44 orkid May 1, 2010 at 10:02 pm

okid delema… okid dh couple ngan die dh 2taun lbh.. die baek..die skg ni pun tgung okid… okid syg die… dr die xtou pe tu cinta..romantik… skg ni die lah pncinta n sgguh romantik….tp okid dh keliru ngn dri okid… okid xske di konkong… sume bende die nk aturkan… dr fmly okid..kwn2 okid… keje okid… life okid sume die nk atur kan… okid dh byk kli bncg dgn die… tp die still cm tu.. alasan die.. die wt sume tu tuk okid… shga la okid kenal kwn ni dr fesbuk.. n kami dh brjumpa 4x tnpa pgetahuan pkwe okid.. cme okid bg tou okid jupe kwn ppuan.. pdahal..kwn okid ni laki… okid ase ati okid dh suke kt kwn okid ni.. n kwn okid ni pon same gak.. cme okid xbg ape2 jwpan ag kt kwn okid… kwn okid ni baek sunguh… hati die.. prangai die… tp okid xnk wt ape2 kputusn lg..sb okid syg dua2 skali.. okid buntu…..!!!!

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: