Erti Sebenar Sebuah Perkahwinan

by AF Hazwan on June 12, 2009

Perkahwinan adalah sesuatu yang indah jika kedua-dua pihak menikmati hubungan itu sebaik-baiknya. Di manakah kebahagiaan sebenar di dalam sesebuah rumahtangga?

cinta-indah

Apakah erti sebuah perkahwinan kepada anda? Sebelum anda menjawab soalan itu, saya ingin menjemput anda untuk mengikuti pengembaraan saya…

Suatu hari tengah saya terfikir soalan ini, saya terjumpa satu artikel yang menarik perhatian saya. Saya baca dan sebaik habis ayat terakhir, saya menitiskan air mata. Kali terakhir saya menitiskan air mata adalah beberapa tahun yang lepas.

Artikel tersebut ditulis di dalam Inggeris. Jadi saya duduk di sebuah tempat sunyi sambil menghirup kopi kegemaran saya menulis kembali artikel tersebut ke dalam bahasa malaysia. Saya bukan penggemar novel, jadi tulisan saya mungkin tidak puitis. Yang penting mesej sebenar yang terkandung di dalam tulisan di bawah ini dapat menyedarkan anda tentang satu perkara ini.

Sila asingkan diri anda, tutup telefon bimbit anda, dan jika sudah bersedia, baca setiap baris ayat di dalam tulisan di bawah :

[Pilihan] Mainkan lagu ini untuk tambah feel anda : [audio:http://www.senicinta.com/throughhereyes.mp3]

Erti Sebenar Sebuah Perkahwinan

Hatiku berdegup kencang. Peluh membasahi dahi ku. Bukan kerana panas, tetapi kerana takut memikirkan sesuatu yang tidak pasti. Tetapi aku dah bertekad. Hari ini aku tidak boleh menangguh lagi. Aku mesti melafazkan ‘itu’ kepada dia hari ini juga. Muktamad.

Seperti biasa, aku balik kerja pukul 9 malam. Aiz sedang khusyuk di hadapan TV melihat drama yang aku sendiri tak pernah tahu akan namanya. Memang selama ini aku tidak tahu menahu apakah kesukaannya beberapa tahun kebelakangan ini.

Mataku tertumpu kepada Anie yang sedang sibuk menghidangkan juadah untuk makan malam. Wajahnya tenang seperti biasa. Hatiku makin berdegup kencang. Sudah lama aku memendam perkara ini. Syaza pula beberapa hari ini mendesak aku dengan aggresif. Tension aku dibuatnya.

“I’ll do it”, gertak hatiku dengan nekad. Aku berjalan dengan perlahan ke arah Anie yang sedang mengisi air sirap limau ke dalam gelas. “Anie, i have something to tell you”, kataku dengan suara agak perlahan. Wajah Anie seakan-akan tahu apa yang aku hendak melafazkan kata cerai. Suasana bertukar menjadi tegang apabila Anie dengan sengaja membaling gelas berisi air sirap limau kegemaranku ke arah ku. Pada malam tu kami tak bercakap langsung.

Aku sedar Anie marah dan menitiskan air mata. Hatiku terasa lega sedikit kerana akhirnya aku dah menyampaikan perkara sebenar. Aku di jalan yang betul pada fikiranku. Lewat malam aku tersedar dari tidur dan terlihat Anie sedang duduk di meja study kelihatan sedang menulis sesuatu.

Pada pagi esoknya sebelum pergi kerja, Anie menurunkan tandatangannya di atas surat perjanjian perceraian dengan beberapa syarat. Anie bersetuju untuk bercerai dalam tempoh sebulan dan mahu aku berusaha untuk meneruskan hubungan seperti biasa dalam tempoh sebulan ini. Alasannya cukup mudah : Aiz bakal menghadapi peperiksaan besar dan Anie tidak mahu konsentrasi Aiz terganggu akibat masalah kami. Pasti perit untuk Aiz.

Satu lagi permintaan yang buat aku terkejut adalah Anie mahu aku mendukungnya dari bilik tidur sehinggalah ke depan pintu rumah pada setiap pagi sebelum pergi ke kerja. Aku rasa ini adalah permintaan gila, tetapi akhirnya aku bersetuju. Yang penting rancanganku sedang menuju kejayaan.

Syaza ketawa apabila aku memberitahu permintaan pelik Anie ini kepadanya. Syaza berkata trick Anie tidak akan berkesan. Aku terdiam.

Melaksanakan Janji Demi Cinta Lain

Keesokan harinya aku melaksanakan permintaannya dengan mendukungnya buat kali pertama dari bilik tidur sehingga ke depan pintu rumah. Kami masing-masing rasa kekok, lebih-lebih lagi dengan perasaanku yang bercampur aduk ini. Aiz yang melihat aku mendukung Anie bersorak kegembiraan. Pemandangan ini istimewa baginya. Anie berbisik kepadaku supaya agar tidak memberitahu Aiz tentang penceraian kami. Aku mengangguk lembut.

bantal-cinta

Hari kedua aku lebih selesa mendukung Anie. Aku mula sedar aku sudah lama tidak menatap wanita ini. Aku perasan wajahnya sudah ada sedikit kedut, tidak seperti dulu licin dan cantik. Wanita ini adalah isteri aku.

Hari keempat, aku mula merasakan satu perasaan intim. Inilah wanita yang telah beri aku 10 tahun hidupnya kepadaku.

Hari kelima dan keenam perasaan keintiman semakin meningkat. Aku merahsiakan perasaan ini daripada Syaza. Semakin hari semakin ringan badan Anie. Mungkin aku sudah menjadi semakin kuat setelah mendukungnya setiap hari.

Suatu hari aku melihat Anie sedang memilih pakaian untuk dipakai. Anie berkata pakaiannya semakin membesar dan sudah tidak muat. Rupanya badan Anie yang semakin kurus.

Akhirnya aku sedar, kesakitan dan keperitan yang dialami oleh Anie di dalam rumahtangga ini. Secara tidak sedar, tanganku menyentuh pipinya.

Aiz melihat kami dan Anie memanggilnya lantas memeluknya dengan erat dengan penuh kasih sayang. Aku memalingkan muka sebab takut aku berubah pendirianku. Pada Aiz, sudah menjadi rutin setiap hari untuk aku mendukung Anie. Hari ini aku mesti mendukungnya.

Aku menghulurkan tangan dan mendukung Anie. Tangannya memelukku leherku secara semulajadi. Aku berasa situasi ini seperti hari perkahwinan kami saat aku pernah mendukungnya seperti yang aku sedang lakukan ini. Aku kalah.

Hari Terakhir

Hari terakhir aku mendukungnya terasa begitu ringan sekali badannya. Sedih aku melihat keadaan Anie. Tidak sanggup aku meneruskan langkah kakiku. Sungguh ringan. Ketika Anie di dalam dukunganku, aku sempat berkata kepada Anie bahawa hubungan kami kurang keintiman.

Aku memandu laju ke ofis, keluar dari kereta tanpa sempat mengunci pintu kereta dan terus bergegas ke bilik Syaza. Syaza menyambut aku dengan senyuman tetapi aku membalas dengan wajah serius lantas berkata bahawa aku tidak ingin bercerai. Ini keputusan berani mati dan muktamad.

Raut wajah Syaza berubah dan dengan sarkastiknya memegang dahiku untuk memastikan apa yang keluar dari mulutku benar. Aku menegaskan sekali lagi mesej ku. Syaza menampar muka aku dan menutup pintu. Aku terdengar suara tangisan.

Petangnya aku pergi ke kedai bunga, membeli sejambak bunga ros merah yang segar. Penjual bunga memberiku pen dan kad untuk ditulis dan aku menulis di atas kad itu “I will carry you every morning until death do us apart”.

Pertama kali aku merasakan perasaan gembira seperti ini. Sampai di rumah aku terus meluru ke bilik dan…

…aku terlihat Anie terbaring di atas katil, lain dari biasa. Anie sudah tidak bernyawa.

Pengajaran : Beri perhatian terhadap ‘hal kecil’ di dalam rumahtangga anda. Harta benda tidak memberi kebahagiaan sebenar. Jadikan diri anda kawan kepada pasangan anda dan bersama-samalah membina sebuah keintiman kukuh.

Apakah pengajaran dan iktibar yang anda boleh ambil daripada cerita di atas?  Sekali lagi, apakah erti sebuah perkahwinan bagi anda? Jika anda asyik melakukan kesilapan dalam perkahwinan (tips perkahwinan), bagaimanakah anda boleh membetulkan keadaan semula?

Saya harap anda terbuka untuk berkongsi di ruangan komen di bawah.

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 1 trackback }

4 Tanda Kekasih Anda Hendak Tinggalkan Anda | Tips Cinta Untuk Masalah Cinta Anda
June 24, 2009 at 5:10 pm

{ 18 comments… read them below or add one }

1 suhaila June 13, 2009 at 2:12 pm

Pengajaran dan iktibar yang boleh diambil daripada cerita di atas adalah janganlah melakukan sesuatu keputusan yang melulu tnpa mencuba dan mencari kebahagian dalam perkahwinan malah jangan selalu mengikut kata-kata orang yang belum tentu dapat memberi kebahagian yang dialami bersama isteri.

Reply

2 nurefa June 14, 2009 at 12:01 am

speechless.. ermmm reading this make me think about him. i love him. yes i do. i wanna enjoy our time while i still can do it. close eyes to not important thing n focus what we should do.

Reply

3 einan June 18, 2009 at 3:35 am

tersentuh…dan merasakan betapa sebenarnya kebahagian itu tidak difahami oleh pasangan masing2 dialam rumahtangga..dan sya pernah hadir sbgai wanita kedua pernah merasai btapa bahagia disayangi lelaki yg masih bgelar suami org..dan kerana kasih syg sya yang terlalu tulus dan iklas…sya juga merelakan mendiamkan diri dr dia demi isterinya..sya mengharapkan dia mengasihi istri dgn seikhlas hati dan wlaupun tdk akan bertemu dia lagi..sya masih einan yg sama..hati yang sama..cinta yang sama…

Reply

4 AF Hazwan June 19, 2009 at 8:18 am

Saya berbangga Einan berfikir begitu. Kadangkala kita sebagai pihak ketiga haruslah berfikiran matang dan melihat situasi dari perspektif keseluruhan dan jangan memikirkan kepentingan diri sahaja.

Well, cerita di atas adalah contoh klasik mentaliti kita, bila dah takde, baru kita nak terhegeh-hegeh mahukan sesuatu yang dah takde tu.

Reply

5 erissa June 29, 2009 at 9:56 am

Artikel ini sangat menyentuh perasaan, ia membuat saya menitis air mata dan membacanya berulangkali. saya akan berusaha keras utk membaiki hubungan yang semakin dingin dalam rumahtangga demi utk tidak meninggalkan dia dan demi utk agar dia juga dapat tetap bertahan.  terima kasih atas artikel anda.

Reply

6 Kak ani July 7, 2010 at 9:52 am

Salam,

Nak minta izin untuk kongsi cerita ini sebagai satu kisah teladan dalam buku yg sedang akak tulis sekrg… terima kasih.

Wasalam.

Kak ani

Reply

7 Kelly September 7, 2010 at 12:51 am

kdg2 si dia tlalu mendengar kata2 org tuanya yg sentiasa cuba masuk campur dlm cara kita suami isteri membuat keputusan…itu boleh mengganggu hubungan…lebih2 lagi jika dia bdegil gara2 takmahu org tuanya merajuk…kita pula yg mjadi mangsa wpun sudah bkali2 pkara yg sama dbincang bdua…and he’s always the one having the last word…lama-kelamaan anda pun akn mula ‘tawar hati’…itulah prasaan saya ketika ini…
siapa yg tidak mahu pkahwinan yg bkekalan..namun stp org ada batas ksabarannya…

Reply

8 mai yusof December 26, 2010 at 11:44 pm

Amat tersentuh hati….itulah yang dinamakan manusia…sukar untuk menghargai apa yang ada di depan mata, mengejar apa yang tak pasti…sedar apabila segalanya telah berakhir.moga menjadi pengajaran buat semua pembaca.

Reply

9 keliru December 28, 2010 at 4:01 pm

kasih sayang n keikhlasan dah ada…tp hubungan tidak direstui kerana kesilapan yang lalu..bagaimana ingin menyakinkan bahwa diala yang terbaik..bila saya susah dia yang rase dulu kesusahan tu..oh Tuhan..berikanla kekuatan kepada hambamu ini…

Reply

10 Nina Dean February 19, 2011 at 8:27 am

Selalu begitu.. keindahan yang diberikan seringkali tidak dihargai .. hinggalah insan itu tiada lagi.. tidak kiralah perpisahan hidup atau mati.. Kisah ini membuat saya menangis.. meratapi nasib saya sendiri… cuma ajal saja yang belum menjemput… bila pasangan dengan rela hati berkata, die sudah tiada keikhlasan dalam hubungan.. apa lagi yang harus saya harapkan.. tak akan terjalin kebahagian tanpa keikhlasan…

Reply

11 Sue Allen April 21, 2011 at 11:09 am

selalu org berkata ” cintailah & sayangi lah dia ketika dia masih ada” , sayu membaca kisah ini , saya cuba meletak kan diri saya pd situasi si isteri … sikap mengambil jln singkat menyebab kan runtuh nye sebuah rumah tangga…

Reply

12 ain May 26, 2011 at 11:37 pm

sangat indah saat dicintai namun ia selalunya tidak akan lama…

Reply

13 Nurul September 23, 2011 at 5:33 pm

selalu berlaku dlm kehidupan seharian kita…
tapi manusia… selalu menyesal di kemudian hari..
dan kita yang telah melihat, selalulah muhasabah diri sendiri…

Reply

14 MOHD SAFARUDIN BIN ISMAIL October 6, 2011 at 1:16 am

satu pengajaran yang amat menyusuk di kalbu…

Reply

15 sue October 27, 2011 at 2:53 pm

sangat tersentuh….bile bace dan membayangkan diri pade situasi tu…mmg x terkate..hargai la org yg kte syg sebelum terlambat…..=(

Reply

16 mama 2 sons December 18, 2011 at 10:09 am

sedih n pilu… rasanye bila kita dah tiada baru seseorang akan menghargai kita espesially HUSBAND…….. sesuatu yang baru sememangnye seronok lebih2 lagi bnda tu tiadak halal…… bila sudah menjadi halal semuanya akn berubah dr thn demi thn akn menjadi hambar dan tiada lg maknanya… “makes a new things everyday, you can see a lot happier at many face around with you”…..

Reply

17 zaty92 December 27, 2011 at 11:41 am

cerita ini terlalu sedih dan tersentuh.. kita akan menghargai seseorang bila dia telah tiada.. saya harap ia tidak berlaku dalam hidup saya.. so hope semua lepas ini hargai apa yang kita ada sekarang..dan sayangi lah mereka dengan sepenuh hati..

Reply

18 Adaa April 8, 2012 at 12:50 am

Memang amat memilukan… ‘Anie’ dlm kisah ini msh bertuah (ketika hayatnya) krn suaminya akhirnya tersedar dari lamunan biarpun sdh terlewat..TETAPI brp ramaikah suami curang yg sprti dia ini? Akhirnya, at least suami ini sedar akan kesalahan2nya,.. kecurangannya sblm ini.., juga segala pengorbanan isterinya selama ini… Para SUAMI di luar sana.. tolonglah.. sedarlah.. jgn curangi isteri anda…jika isteri yg taat telah anda curangi & zalimi, ank2 yg tidak berdosa telah anda abaikan.. maka TUNGGUlah balasannya dr allah…. Para WANITA yg mmberi galakan spy suami2 org berlaku curang pula, maka TUNGGUlah jg balasannya dr ALLAH buat anda.. Ketahuilah doa org yg dizalimi & teraniaya itu makbul.. dan percayalah bahawa sesungguhnya janji2 ALLAH itu BENAR…..! Pasti BENAR…….!

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: