Selamat tahun baru kepada pembaca sekalian. Setiap kali ketika tahun baru menjelang, pasti kita mendengar sana sini mengenai azam tahun baru. Apakah azam anda sempena tahun baru ni?
Saya tahu anda mempunyai banyak azam : untuk mendapat kehidupan yang lebih selesa, menjadikan hubungan lebih bahagia, mendapat balik cinta yang telah hilang dan seumpamanya.
Tetapi apakah azam itu hanya sebagai lafaz di mulut dan selepas beberapa minggu pada tahun 2011 akan dilupakan begitu sahaja?
Well, nilah masalah kebanyakan orang yang ‘bangga’ sangat dengan azam masing-masing, tetapi melakukannya dengan cara yang kurang efektif.
Kajian dari bahagian neuroscience di sebuah University terkemuka (lupa pulak U mana, sebab dah lama baca) bahawa pilihan perkataan boleh mempengaruhi minda kita untuk melaksanakan sesuatu. Sama seperti teknik jurulatih kejayaan no.1 dunia, Tony Robbins – Transformational Vocabulary, ianya memberi impak jauh lebih besar jika digunakan pada masa dan konteks yang betul.
Contohnya, jika anda membuat azam, matlamat, atau impian atau apa2 yang anda panggil, impaknya lebih kurang sama. Katakan anda membuat matlamat :-
“Matlamat saya adalah untuk menghantar tugasan ini di atas meja Tuan AF pada tepat jam 5 petang”
Bandingkan dengan ini ….
“Saya janji untuk menghantar tugasan ini di atas meja Tuan AF pada tepat jam 5 petang”
Mana satu yang lebih memberi impak di hati anda?
Contoh di atas adalah salah satu bagaimana pilihan perkataan boleh memberi perubahan besar kepada tindakan anda lantas bertindak sebagai ‘minyak booster’ untuk anda mencapai azam/matlamat anda lebih cepat.
Jika anda membaca blog ini dan hanya dapat belajar satu perkara sahaja, maka tukarkanlah segala AZAM anda kepada JANJI. Ini sahaja boleh memberi perubahan besar kepada azam anda berbanding anda mendengar di radio atau TV betapa bangganya orang ramai menyebut azam di khalayak ramai tetapi belum tentu boleh mencapainya.
Niatkan janji-janji anda sempena tahun baru ini untuk menjadikan hari esok lebih baik dari hari ini. Semalam bagaikan mimpi, esok bagaikan khayalan, tetapi harini tetap hidup lebih baik menjadikan setiap semalam, mimpi yang menggembiarakan dan esok – sebuah khayalan yang PASTI.
