Walaupun zaman terus membangun ke arah kemodenan, namun ada dikalangan isteri yang masih terperangkap dan terjerumus ke dalam kaedah- kaedah yang “kotor” untuk memenangi hati suami mereka..
Kaedah “kotor” yang saya maksudkan adalah penggunaan ILMU HITAM seperti Nasi kangkang dan yang sewaktu dengannya **hehe** untuk mengawal serta mencuri perhatian daripada suami. Kebanyakan isteri yang memilih kaedah “kotor” ini beralasankan “I sayang suami”, “suami i nie gatal sangat la”, “takut suami i nak kawen satu lagi” dan pelbagai lagi alasan yang berasaskan cinta dan kasih sayang.
Namun hakikatnya kaedah yang mereka gunakan adalah salah dan syirik di sisi agama..
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesunggunhnya jampi serapah, tangkal azimat serta sihir ilmu pengasih adalah syirik”..Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan Al- Haakim. Hadissahih. Lihat sahih Al- Albaaniy hadis nombor 331.
Walaupun kaedah ini menunjukkan hasil yang positif di dalam usaha untuk menambat hati si suami, tetapi ingatlah segala usaha yang berlandaskan cara yang salah akan mendapat kemurkaan daripada tuhan. Bayangkan kebahagiaan yang dikecapi hanya ilmu hitam semata- mata. Ingatlah kehidupan hanya sementara, kat dunia mungkin bahagia tapi di akhirat merana..
Mari menuju ke arah kemajuan dan pembangunan CINTA yang sebenar..
Sepatutnya perhubungan cinta hendaklah berlandaskan kaedah- kaedah yang betul dan sempurna agar hubungan cinta itu akan menjadi lebih harmoni. Saya sendiri akui tidak pernah wujud pendidikan formal mengenai perhubungan cinta. Namun, masih ada alternatif lain untuk mempelajari Ilmu cinta yang sebenar. .
“Apabila hati sudah berkenan, cinta telah berputik maka sejarah pun tercipta, hubungan yang pada mulanya sekadar teman biasa menjadi insan yang teristimewa, masing- masing setuju untuk berkongsi masalah dan cabaran hidup”. Berkahwin dan hidup bahagia.. begitulah pasangan AF1 Khai & Rosma..
Dalam abad ini wujud pelbagai kemudahan untuk isteri mempelajari Teknik- teknik berkesan untuk menarik perhatian suami. Antaranya mendapatkan bahan bacaan Motivasi hubungan dan cinta, melayari laman- laman web yang membincangkan isu rumahtangga dan cinta serta membaca e-book yang membicarakan teknik- teknik berkesan menyelamatkan hubungan cinta..
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun apa yang lebih penting adalah sejauh mana anda menghargai pasangan anda di sepanjang hubungan tersebut. Biarlah melalui ILMU CINTA dan bukan ilmu hitam.
Sekian..
Salam Cinta dan Kejayaan,
A.Fahd


