Jangan Cuba Cinta Jarak Jauh Selagi Anda Tidak Melakukan 3 Perkara Ini

by AF Hazwan on

Salam sejahtera sahabat sekalian.

Sudah lama saya tidak menulis. Well, saya tiada alasan kukuh kali ni, its personal. Tapi awas, saya masih tidak hilang ‘touch’ saya, kerana dalam diam, saya sedang mengkaji dan mempelajari pelabagai ilmu kehidupan termasuklah ilmu-ilmu kebahagiaan cinta.

Hari ini saya ingin berkongsikan mengenai cinta jarak jauh. Tidak perlu cerita panjang.

Jika anda buntu dan takut untuk bercinta jarak jauh, risau dengan kebahgiaan masa depan anda, maka 3 cara berfikir di bawah adalah perkara paling penting untuk anda pelajari harini sebelum menceburi ‘bidang’ hubungan jarak jauh anda.

1. Pemikiran Positif

Well, bunyinya cliche dan biasa-biasa sahaja. Tapi impaknya besar jika anda dengan ‘selamba’ memulakan hubungan jarak jauh tampa persediaan secukupnya dari segi mental.  Hubungan jarak jauh mempunyai RISIKO, iaitu pasangan anda mungkin berubah angin. Maka persoalannya, adakah anda bersedia untuk berfikir secara POSITIF di dalam hubungan jarak jauh anda? Think about it.

2. Pemikiran Kehadapan

Selain pemikiran positif, satu lagi pemikiran yang penting adalah untuk melihat kejayaan hubungan jarak jauh anda. Maknanya, anda boleh melihat di mana anda dan pasangan anda dalam tempoh masa tertentu. Kebiasaanya, kejayaan hubungan jarak jauh diukur melalui ikatan perkahwinan (bersatu).

Dengan pemikiran ini, anda akan dapat mengharungi cabaran jika dalam tempoh anda bercinta jarak jauh, terdapat dugaan-dugaan yang menghujani anda. Anda tahu apa yang anda mahukan. Go for it.

3. Pemikiran Kreatif

Apa yang anda dapat pada hubungan jarak jauh? NOTHING! Ya, tiada apa-apa. Anda yang syok sendiri dengan hubungan jarak jauh anda. Tetapi, siapa kata hubungan jarak jauh tidak gembira. Siapa kata hubungan jarak jauh tidak boleh bermesra, berpegangan tangan dan romantik?

Di sinilah pemikiran kreatif anda memainkan peranannya. Dengan kemudahan teknologi semunya di hujung jari anda, malah jika kena caranya, hubungan anda akan menjadi hangat dan romantik lebih dari hubungan biasa yang membosankan. Fikir-fikirkan.

OK, itulah 3 cara berfikir yang perlu anda sematkan di dalam diri anda, yang perlu anda komitkan sebelum anda membuat keputusan samada hubungan jarak jauh adalah untuk anda atau tidak. Jangan terlalu ikutkan perasaan dan menyesal di kemudian hari.

p/s : Saya menerima berpuluh-puluh email dan komen setiap hari mengenai permasalahan cinta anda, saya tak dapat nak jawab kesemuanya, Insyallah, saya akan jawab sedikit demi sedikit setiap hari. Maaf zahir dan batin.

pp/s : Kepada yang perlukan bantuan URGENT tanpa membuang masa menunggu jawapan daripada saya, saya cadangkan the NEXT BEST THING kepada anda, iaitu panduan Ebook Seni Selamatkan Cinta (klik sini).

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 7 comments… read them below or add one }

1 anne June 6, 2010 at 6:12 pm

nice touch AF….skang dlm kategori long distance r’ship…..salu dgr org ckp ssh kalau couple jauh2 nie…tp alhamdulillah…it has been more than a year…..perhaps,my longest r’ship ever..n we’re still 2gether…. :)

love your tips on 5 perkara perlu lakukan apabila putus cinta…<3

Reply

2 mimallifsin June 24, 2010 at 8:19 am

hye..
sy bercinta jarak jauh n dis yer msuk 5thun..
my bf mmg okey..die baik dgn sy but dlm diam2 die ade psg len..bkn sorang tp 2.sy xtau sbnarnye die nak pe..n sy rela hati lepaskn die pergi.bg sy buatpe kite nk truskn hubungan klu die x jujur..betul ckp AF tu kite kene brsedia tuk terima hakikat y bile jauh hati seseorg tu lg senang berubah…b positif.tp xsemua lelaki mcm bf sy ni…
to anne…gudluck in ur relationship
to AF Hazwan..nice touch n really good tips..tp lmbt sgt br jumpe blog nih. =p

Reply

3 fatin July 5, 2010 at 11:45 pm

die jauh dr saya. nun jauh di moscow. pelajar perubatan. kami xbercinta tp masing2 tau hati msg2. persoalannya saya da mula keliru n tawar hati sbb die mula mengabaikan saya walpn pd mulanya kami ok je disbbkn masing2 ade komitmen dgn pelajaran msg2. org ckp kalo ade hbgn dgn dktor atau peljar perubatan byk kena berkorban.. tp die penah x paham perasaan saya. bkn mengharapkan die sentiasa call, msg, email etc. cuma sekadar penghargaan yg sy sentiasa doakan keselamatan die. hati mana xsedih bila kata blik malaysia31/7 ni tp balik 3hb. tu pun bagi tau ms beberapa jam sebelum bertolak. skng.. wat mcm xde pape je.. xphm ke yg sy jauh hati dgn die.. wawawawa

Reply

4 mawar July 6, 2010 at 2:02 pm

sya ada mengenali sseorang dlm internet..berbual2 dan akhirnya bertukar nombor phone.
masa mengenali diri nyer hati sya tgh benci sgt dgn ssorg dimana sblm sya mengenali dirinya sya pernah terkena bercinta dgn suami orang..so agak payah nk terima orang lain kerana pd sya semua lelaki sama jer.
sidia yg sya kenal kat internet pun byk bercerita psl diri dia..mmg lar semua org ckp dlm internet xbole percaya.
sidia selalu call sya bercerita psl kerja dia, fmly dia dan termasuk ex gf dia..
bila selalu berborak dgn dia sya rasa gembira sgt… dia sent gambar dia kat sya..
tapi kami belum berjumpa..

hati sya dh mula syg sikit dan suka kat dia..dia pernah ckp takut nk berkwn jarak jauh sbb dia putus dgn ex dia mintak putus pun psl hubungan jauh dan menuduh dia ada perempuan lain…
dan skrg sya xdapat hubungi dia dan kwn dia kata ada operasi dan xbalik lagi.
sya xpasti betul atau tidak…sblm tu dia ok jer dgn sya selepas menghubungi sya ..
hari2 sya tunggu dia call, tapi kawan dia lak yg sms kat sya..masa tu lar sya tanya pasal sidia kat kwn dia..
kdg2 sya takut hati disakiti,,, menunggu tanpa kepastian ..wallahualam..
pelik kee……. sya kerana belum berjumpa hanya melihat muka saja dh mula jatuh cinta dan syg???? wlpn sya sbnrnya xpercaya cinta dlm internet ni..
apa bole sya buat?? kdg2 rasa rindu kat dia…..

Reply

5 dinda27 February 5, 2011 at 6:04 pm

sia b’cinta jarak jauh nie baru b’brp bulan. tp apabila da jumpa sehari. esk kn ary’y kami da break… x taw knp bgt cepat skali..hurm kami teda keserasian b’sama sooooo bg2 la kajadian’y. tp skarang kami da jaD kawan baek tawww :D

Reply

6 syammi June 27, 2011 at 2:09 am

sy bercinta jarak jauh,hubungan kami nk masuk hmpir 3 tahun..mmg kami jrg jmpa,tp sy slalu usaha utk slalu jumpa dgn dia. cinta jarak jauh ni mmg byk dugaan. y penting isi hati masing2.. sy xkan ptus asa. pd sy,sy tiada mslh utk b’cinta jarak jauh ni,tp bg dia,dia slalu pk y negatif,dia xyakin..tp sy slalu bgunkan dia,yakin’n dia,bg dia smgt..byk kali tanpa rasa jemu,ptus asa..sy ikhlas syg dia..walaupun jdoh 2 d tgn tuhan..sy xkan ptus asa.. sy harap,sy smakin kuat dan tabah.

Reply

7 cool January 1, 2012 at 8:23 pm

sy prnh dn sdg mngalami cinta pjj
alhmdulillah,dh msuk 3 taun ..mcm2 dugaan dilalui brsama..pe2 pon syukur krna ksih syg kami msih brtaut smpai saat ni..n harp forever..kami bru mrncg hndk brkhawin taun dpn,tp ibu bapa syg tidak bagi kerana alasan mereka sy masih blaja..n psgn sy juga masih blaja..namun,hati ni rasa mmg trseksa sbb sudh lame mnggung rndu yg tramat..sy di ngara org n buah ati sy di tanah air..sy cbe trgkn ibu bapa sy tp mereka kate tidak boleh sbb mereka nk yg trbaik utk sy..sy n dia hnye mmpu brdoa je skrg ni..cik senicinta de cdgn n motivasi tuk kitorg x?..n tuk ykin kn my family..plzzz..thnx..:)

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: