Jangan Putus Cinta! Ikhlas.. Sabar..

by AF Hazwan on July 15, 2008

Mengapa anda perlu putuskan hubungan cinta dengan si dia jika masing- masing masih lagi saling memerlukan!?

“Anda miliki alasan anda sendiri, si dia juga miliki alasan sendiri…”

Lumrah kehidupan sememangnya menjanjikan sesuatu yang diluar jangkaan kita. Kadang- kadang anda dan si dia “OK” dan sometimes “KO”. Setiap pasangan akan lalui detik- detik manis dan pahit masing- masing. Apa yang penting adalah di setiap perhubungan cinta mestilah ikhlas dan sabar.. Saya tegaskan disini, “Ikhlas dan sabar”.

Sebenarnya hubungan cinta anda masih lagi boleh diselamatkan..

Hubungan cinta dibina untuk kebahagian.. Maka mengapa harus putus jika masih boleh diselamatkan..

Tiada hubungan cinta yang tidak dapat diselamatkan melainkan tidak wujud keikhlasan dan kesabaran di dalam hubungan tersebut. Hari ini musnahnya sesebuah perhubungan kerana tiada keikhlasan.. Hari ini hancurnya sesebuah hubungan kerana tiada kesabaran..

Kedua- dua anda perlu ikhlas dan sabar.. Jika salah seorang daripada anda sahaja yang ikhlas dan sabar maka lebih baik putus! “Both of you are not meant to be”. Mungkin anda sahaja yang ikhlas dan sabar di dalam perhubungan cinta. Usah risau, selagi ada kemampuan cari saja pengganti.. Biar hilang kekasih tetapi jangan hilang Cinta!

Jika keikhlasan dan kesabaran anda yakin sudah ada di dalam perhubungan cinta dengan pasangan anda, jadi mengapa perlu putus! Renungkan…

Salam Cinta dan Kejayaan,

A.Fahd

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 17 comments… read them below or add one }

1 yOnnA July 15, 2008 at 9:36 pm

betul2 :)
tgk je banyak pasangan skrang ni dah xde elemen ikhlas dan sabar. lagi2 ikhlas..
ada yang bercinta hanya utk kepentingan la..
sebab salah ertikan maksud la.
cinta tu xleh nk kekal lama :)

Reply

2 iEn July 16, 2008 at 1:17 am

busan ngan cinta yg dusta tu..

Reply

3 A. Fahd July 16, 2008 at 2:31 pm

yOnnA: Kalau yang tak bertahan tu I jamin sememangnya takde elemen ikhlas dan sabar.. U r rite, bercinta untuk kepentingan ni tak baik.. so jangan buat sebab tak kekal :)

iEn: Kalau u busan, apatah lagi yang lain.. So kepada pendusta diluar sana.. stop playing around dengan pasangan anda! :)

Reply

4 izan August 18, 2008 at 5:04 am

camne nak kuatkan kesabaran…
kadang2 rs xmampu…

Reply

5 tiah September 13, 2008 at 5:49 pm

ikhlas??cmne tu??tak phm..alah..klu dh putus cinta tu putus je la dh xde jodoh juz accept da fact..tu tndanya si dia dh tak hingin nk bersma kite lg btl tak korg sume??tak gune jgk sbar gn ikhls klu cinta di hati dh xde……

Reply

6 raz October 20, 2008 at 4:04 am

Terima kasih A.Fahd sebab menegaskan tentang sifat “ikhlas dan sabar”. Betul2 memberi peringatan kepada sy. Sebenarnya sy dah terlupa tentang kedua2 sifat tersebut. Makin hari makin lupa. Tapi yg pastinya pasangan sy masih lagi ada sifat sabar layan karenah sy. Sy je yg semakin buta dgn keikhlasan dia. InsyaAllah sy akan ikut semua tips dan nasihat A.Fahd

Reply

7 A.Fahd Team SeniCinta October 26, 2008 at 6:57 am

Izan: Saya yakin dan pasti izan memiliki kekuatan untuk sabar kerana hakikatnya setiap manusia juga mampu cuma perlukan cara yang betul untuk sabar.

Kesabaran adalah sesuatu yang berkait rapat dengan “kawalan emosi diri”. Emosi terbentuk hasil daripada pengaruh sekeliling. Maka, sentiasa dekatkan diri dengan suasana yang positif.

Sentiasa berdoa dan menjaga hubungan dengan tuhan agar kesabaran Izan berkekalan dan dibekarti.. Sabar itu kan separuh daripada iman..hehe

Gud Luck Izan :)

Reply

8 A.Fahd Team SeniCinta October 26, 2008 at 7:23 am

tiah: Terima kasih sebab memberi pendapat yang boleh dikongsikan bersama kepada kita semua..

Camne, cakap pasal ikhlas nie takde sesiapa pun yang dapat melihat atau merasai keikhlasan seseorang melainkan diri kita sendiri dan tuhan..

Ikhlas daripada sudut bahasa merujuk kepada sifat melakukan sesuatu perkara baik di atas mendapat keredhaan tuhan.

Maka, di dalam perhubungan cinta, keikhlasan diperlukan untuk menjaga hati dan perasaan kedua- dua pasangan agar sentiasa jujur dan bertolak ansur antara satu sama lain.

Nak ikhlas ni bukannya mudah, sebab itulah pentingnya kita mengabungkan sifat “SABAR” dan “IKHLAS”. Insyallah perhubungan cinta anda akan menjadi lebih harmoni :)

Reply

9 A.Fahd Team SeniCinta October 26, 2008 at 7:57 am

Raz: you are most welcome Raz.. Wah selalu nampak Raz berkunjung ke blog senicinta ni.. Terima kasih di atas “support” daripada anda..

Setiap manusia lakukan kesilapan di dalam perhubugan cinta.. Apa yang penting adalah pengajaran daripada setiap kesilapan..

Saya pernah terbaca mutiara cinta daripada sasterawan terkenal negara iaitu A Samad Said, “Wanita menjadi dewasa kerana cinta, sementara lelaki menjadi remaja kerananya”

Kata- kata itu sememangnya membawa kebenaran. Lelaki dan wanita memang saling memerlukan didalam proses kematangan perhubungan cinta..

Salam cinta dan kejayaan kepada Raz dan pasangan~!! :)

Reply

10 sydo November 4, 2008 at 9:24 pm

mm..1st time sy bca blog ni. tertarik gk ngn isu2 dlm ni. tp sy nk tau perasaan cinta tu cmne sbnarnye? sy xtau y sy ni pernh jtuh cinta or x.

Reply

11 Putera November 5, 2008 at 7:02 am

Me too sydo.. i first time blogging really LOVE all the content inside dis blog.. could be my inspiration.

Pasangan perlu fikir betul2 kalau nak break. Jangan sesuke hati je, nanti rugi..

Singgahla ke blog saye jugak ye :)

-Putera-
http://www.serpihancinta.blogspot.com

Reply

12 aslan April 13, 2009 at 8:34 am

Lebih baik kejar CINTA dari kejar cinta ..

Reply

13 A.Syafi'ul anam April 26, 2009 at 9:01 pm

cinta.Pa arti cinta…

Reply

14 damon_matt October 22, 2009 at 6:33 am

to me, love need to be honest. both side. and everything is ok. if a guy loves a girl, but 4 some reason that girl doing something that can break the love, the guy needs to patience. it didnt hurt so much to be patience. i love to be patience. It gains me disciplines. Learn the art of patience. Impatience breeds anxiety, fear, discouragement and failure. Patience creates confidence, decisiveness, and a rational outlook, which eventually leads to success. -wish all happy in life-

Reply

15 sarisna October 26, 2009 at 6:05 am

Tapi kadang-kadang jika sebelah pihak sahaja yang ikhlas dan sabar, hubungan itu tiada makna. Hanya menyeksa hati dan perasaan. Setakat mana boleh bersabar, teruskan kerana mungkin ada hikmah di sebalik kesabaran itu.

Reply

16 mira December 20, 2009 at 12:55 am

salam…ermm..jgn wat kptsn tbru2 nk pts cnta…
hargai org yg sygkan kita..coz law kte hdp srbu thn pun belom tntu kte akn jpe org yg btol2 sygkan kte..

Reply

17 cat January 12, 2010 at 11:10 am

kalu xnk tinggal je..carik laen haha

pilihan di tangan anda !

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: