Jangan Takut Kahwin (Awal)

by AF Hazwan on October 8, 2009

Jangan Takut Kahwin!
Dah lama bercinta, atau baru bercinta atau baru sahaja berkenalan? Anda pasti pasangan anda yang paling sesuai? Anda pasti pasangan anda syurga anda?
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang. Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama. Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya. Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

arrowDownRed

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

-Nota-

Apa pendapat anda mengenai kisah benar di atas?

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 38 comments… read them below or add one }

1 nurefa October 8, 2009 at 10:33 am

mok mek mcm ya jwak ;D sepatutnya,org lebih produktif selepas kawen, dan lebih bahagia selepas kawen

Reply

2 raz October 9, 2009 at 8:37 am

wah baguslah…sy setuju psl hantaran tu…

Reply

3 fida October 9, 2009 at 3:51 pm

betul jugak tp sy belum bersedia x blum nak ada org lain disisi selain keluarga..berkorbanlah dahulu…

Reply

4 AF Hazwan October 10, 2009 at 10:25 pm

Fida,

Apa yang penting adalah perkahwinan itu nanti berjalan lancar dan kehidupan selepas perkahwinan membawa hidup kita ke satu tahap yang lebih baik dari sekarang, bukan sebaliknya.

Reply

5 armangs October 9, 2009 at 4:57 pm

seronok kawen awal.. sbb takde org ganggu :)

Reply

6 AF Hazwan October 10, 2009 at 10:23 pm

Memang seronok bro :)

But ada few faktor untuk di consider agar hidup lebih seimbang.

Reply

7 azula October 11, 2009 at 9:27 pm

huh btol2..
masing2 taw tnggungjwap..
oOoK r tuh..
cam tuh nk kawen awl r..
hahhahahah

Reply

8 someone. October 12, 2009 at 4:02 am

mcmne nk ajk bf kita kawen awl? mentaliti bf kte tu pk ‘nnt apa org kata, still muda, duit takstabil n mcm2 lagi’..

tu mknenya dia bf takguna ke ? haih, hahaa mcm kejam betol bunyiknyer. tp, ktaorg dah 4yrs cple, memasing tgah study lagi. so, mcmne ek cara terbaek nak ckp ngn bf tu. ‘masuk laaaa minang ako cepat!!’ gtuu?
*im still 19y/o. muda sgt keee? my bf = 21.

kta rimas ,segan n takotlah jugak lame2 couple nie..

Reply

9 AF Hazwan October 24, 2009 at 9:04 pm

Someone,

Tidak sesekali.

Ada lelaki mempunyai sebab tersendiri untuk tidak berkahwin awal (biasanya anak sulung atau anak harapan keluarga). Mereka juga ada perasaan segan kepada masyarakat sekeliling.

Perkahwinan adalah ikatan persetujuan di antara 2 pihak.

Satu pihak tidak wajar menekan atau memaksa satu pihak lagi untuk memasuki gerbang perkahwinan.

Jika itu berlaku, ia bermaksud hubungan tersebut masih belum matang dan belum layak untuk memasuki gerbang perkahwinan. :)

Namun, tidak salah untuk berusaha. Cuma jangan memaksa :)

Hazwan

Reply

10 nani October 12, 2009 at 5:15 pm

bercinta lama2 mmg merugikan…aku dh alaminya.. xkemana pun hubungan cinta lama2 ni..akhirnya masing2 bosan dengan pasangan masing2… kalau boleh kwen awal aku pun nak tp msalah dengan fmly pulak… fmly aku mmg xkasi kalau kwen tnpa kenduri…aku yg pening nk mencari duit… ssh la..semua pasal duit.. kalau xkwen takut jadi benda2 yg xsepatutnya… mcmmna lah ek?…

Reply

11 Logan October 13, 2009 at 11:03 am

Bagi saya hubungan cinta dan hubungan perkahwinan adalah sama, adakah wajar kita mengatakan bahawa bercinta lama-lama adalah merugikan?? Jadi kahwin lama-lama tidak??
Bercinta dan berkahwin adalah kontinuasi satu perhubungan dan untuk kontinuasi tu untuk berjaya, pasangan tersebut perlulah bersedia untuk menghadapinya. Sekiranya bosan bercinta lama-lama, adakah kahwin dapat menyelamatkan cinta tersebut atau menyebabkan perkahwinan tersebut menjadi bosan??
Untuk berkahwin, adalah wajar untuk kita bersedia untuk menghadapinya terutamanya untuk pihak lelaki kerana pasangan perempuan tersebut akan mengikuti kita untuk seumur hidup kita. Jadi segala kemudahan serta keselesaan perlu dititik beratkan, saya tidak tahu pihak lelaki lain, saya tidak mahu pasangan saya untuk bersusah bila berkahwin dengan saya. Biar saya bersusah dahulu untuk menyediakan semua dan biarlah die yang senang bila bersama saya kerana banyak lagi cabaran yang akan kita hadapi bersama. Jadi adalah lebih elok,permulaannya kita permudahkan.
Sekian terima kasih.

Reply

12 Siti October 13, 2009 at 12:01 pm

Saya setuju dengan pendapat Logen.

Lelaki bukan ego dan tidak sayang kalo mrk katakan nak kawen lambat. Sbnarnya diorang pikir untuk kbhagiaan kita dan brsama. Biarlah kputusan dibuat bukan smata2 emosi dan ketakutan, tak tahan dan sebagainya. Keputusan mesti lngkap dari segi emosi, tanggungjawab, kewangan dan etc. agar hubungan itu menjdi lengkap dari sgala aspek yg boleh dfikirkan. Kalo nak kawen jugak, duduk sama2 bincang setiap kriteria dulu, buat CHECKLIST dulu dan semua dah kena ‘tanda’ maka layakklah untuk kawen.

Reply

13 amal October 20, 2009 at 9:48 am

Assalamu`alaikum.

Kepada Logan dan yang sependapat.
Please jangan samakan cinta sebelum kahwin dengan selepas kahwin. Totally tak sama terutamanya bagi seorang Islam. Logan pasti tahu ini. Ada satu dailog dalam filem SYURGA CINTA yang menyebut: cinta dari syaitan, cinta dari jin dan cinta dari Allah. Renungkanlah. TQ.

Reply

14 arii April 27, 2010 at 10:43 am

saya setuju dengan amal.betul tu..kepada pasangan2 yg masih bercinta dan berkasih diluar sana tu,renung2kan la dengan artical2 yg ada kat laman ini..jangan terlalu asyik berkasih tanpa memikirkan impak di akhirat sana..SEGERAKANLAH MENUNAIKAN SENNAH RASULLULAH IAITU NIKAH dengan mengadakan ikatan yang halal..bak kata lagu wali band ‘kekasih halal’.salam…:)

15 dyieba October 13, 2009 at 1:12 pm

Persefahaman sebelum kahwin adalah penting. Percayalah! Lepas kahwin, tanggungjawab dan beban bertambah. Bukan senang nak jadi senang, tak susah nak jadi susah. Jadi kita fikir2 la. Hidup hanya sekali.. Jangan menyusahkan diri sendiri. Buat semampunya. Kalau nak ikut cakap orang, sampai bila??? Yang penting keluarga sendiri, bakal suami menyokong. Cakap-cakap orang tu bukan yang membantu. Bukan orang-orang itu yang beri makan. Cukuplah Tuhan bagi kita, dan hiduplah dengan bahagia~
Kenduri kahwin buatlah cara simple. Abang saya baru kahwin, kos kahwin dia normal macam orang biasa, tapi mencecah 20K jugak. Set bilik tidur, downpayment kereta, beli rumah, perkakas dapur, banyak lagi nak kena fikir. Jadi eloklah bersederhana. Cousin saya kahwin dgn kos lebih dari RM50K, buat 3 pinjaman bank.. hai~ belum beranak lagi tu. Belum nak fikir hidup lepas kahwin lagi.. hutang dah bertimbun..
Dan lelaki, kalau dah tau nak usung anak dara orang pergi keluar, pandai-pandailah jaga. Jangan lepas dah kenal perangai buruk dia, terus tinggal.. Nanti dah kahwin, macam-macam lagi perangai buruk pasangan anda. Bila dah berani pegang tangan pasangan anda, peganglah tanggungjawab anda. Jangan bercinta untuk berseronok sahaja. Bercintalah sampai ke syurga.

Reply

16 someone. October 13, 2009 at 2:21 pm

thnks.
=)

logan, mcmana nk buat hbngn cinta tu tak bosan ek if u kate hubungan cinta dan hubungan perkahwinan adalah sama?

Reply

17 firdaus October 26, 2009 at 9:14 pm

jawapannye bersyukur

Reply

18 Logan October 13, 2009 at 7:50 pm

Kepada someone,
Pada saya, percintaan dan perkahwinan adalah berlandasan perkara yang sama iaitu perasaan cinta kita terhadap pasangan kita. Sudah tentu percintaan dan perkahwinan adalah tidak sama tetapi satu kontinuasi. Jadi perkara yang membuatkan cinta kita terputik and terpupuk semasa percintaan sepatutnya dapat kita gunakan semasa perkahwinan.

Jangan kerana kita menyangka pasangan kita tu sudah menjadi milik kita selepas perkahwinan,kita bersenang-lenang,tidak melakukan apa-apa untuk memupuk perasaan cinta tu.

Saya berpendapat bahawa selepas berkahwin lah, lebih banyak perkara perlu dilakukan untuk membuatkan perasaan cinta kita tu lebih mendalam dan romantik.

Sekian terima kasih.

Reply

19 akashah October 21, 2009 at 6:34 pm

yup..i setuju sangat..kite terlalu ikut adat melayu n at last anak2 melayu yang merana..dibebani hutang2 gara2 terlampau bebelanja untuk kenduri kahwen..perkahwinan itu suci dan ibadah..kita kan org islam..sederhana amat dituntut dalam islam..wang hantaran x wajib minta tinggi..yang wajib didahulukan ialah mas kahwen..ingat islam itu mudah bagi umat nya..

Reply

20 firdaus October 26, 2009 at 9:04 pm

betul2 akashah…islam itu mudah…ibadat jangan disusah-susahkan…kawin kat baik..bende baik kenape nak dicampurkan dengan yg buruk macam pembaziran…jgn dgr org kate ape…tetapi pikirkan tentang keredhaan Allah..

Reply

21 Laila October 27, 2009 at 9:48 pm

suka baca kisah ni…..rasa nak kawen awal je…hahha..

Reply

22 niea November 6, 2009 at 10:36 pm

menarik… huhuhu, sapew lah mr.right utk aku ea~ hihihihi

Reply

23 Mulow (bukan nama sebenar) November 12, 2009 at 6:36 pm

Tajuk topic ni amat menarik hati saya untuk menaip diruangan ni.

Setiap kali pergi interview, saya akan di ajukan soalan. Kenapa kawin muda sangat? Jawapan saya senang je…saya cuma ingin menghalalkan yg haram. Ringkas dan padat.

Saya juga sama seperti pengirim email berkahwin diusia muda. Masa tu berusia saya berusia 20thn dan isteri 19thn. Saya pergi memberanikan diri utk berjumpa ayah mertua yg menyatakan hasrat utk berkahwin. Ternyata jawapan yg diberikan tidak seperti yg dijangkakan. Ayah mertua menjawab “ok! nanti kita tentukan tarikh”

Perkahwinan kami juga diadakan secara kecil2an. Total majilis termasuk mas kawin, cincin , hantaran dan kenduri (sedara-mara,kwn2 sikit dan mkn berhidang saje) cuma lebih kurang RM5k.Pendek kata amalkan konsep kesederhanaan. Dan selepas berkahwin rasanya murah rezeki dan lebih gembira. Rezeki bertambah murah bila kami dikurniakan anak pertama dan ke-2.

Secara jujurnya gembira bila kita dapat sesuatu dengan cara yg halal :D dan perasaan cinta makin bertambah dengan kehadiran anak2. Setia lah ke hingga ke akhir hayat dan sentiasa ingat status dan komitmen masing2.

Cabaran, dugaan dan ujian tu adalah lumrah. Asalkan sabar dan tabah tak perlu terburu2 jika berlaku sesuatu, insyallah hubungan akan kekal. Pepatah lama ada menyebut “sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”

Semoga berbahagia semua!!!

Reply

24 leen November 23, 2009 at 9:06 pm

seronok dgr cerita nie n coment y d hntar…sye setuju dgn hantran…sye pun law ley nk wat yang patut jew..x perlu hantaran..x perlu kenduri…juz akad nikah jew…nape nk wat besar2 kendurinya law selepas nie kite menanggung hutang n beban…tp fmly sye x bersepndt…kte nye kenduri itu perlu…hantaran untuk hilang malu..yew la ank owg len hantran beribu-ribu ank kite x ad hantarn…cm ner 2??

Reply

25 Danial November 27, 2009 at 10:20 am

Say x tau dah nak buat camne dah ngan girlz sy cebab dia selalu mengelak dr sy semenjak dua menjak ne…sy dah buntu….

Reply

26 izni February 20, 2010 at 4:17 pm

suke bace kesah di ats.. yg pn tg ijab dan kabul..
persadingan n smua2 2 kn hnyelah adat org kta jer..

*sdg mnuggu 2 thn lagi huhuhu*

Reply

27 beLLa^aisy March 30, 2010 at 10:38 am

saya sangat nak kawen awal, bile cakap kat dea, dea kate nak bg wife makan pasir kah.. aduh.. terus ku membisu.. ta taw nak jawab ape.. hmm sy ngan dea sekelas, umur kami21 tahun.. saye nak sangat soh dea kawen ngan saye sbb kelas kami manyak trip.. kan senang kalo dah kawen

Reply

28 azie May 4, 2010 at 11:12 am

mmg xmudh utk dpat psgn yg memahami kte..sy pernh bcinta bagai nak rak, last2 sidia curg hnya Tuhan yg tau kcewanya..smpai skrg sy msh mcari cnta sjati, usia makin melonjak tp blom kwin..sy ada bcinta dgn org jauh, tp mslhnya adkh sidia setia? ataukh sma sperti yg dlu…nmun sy pcya jdoh ptemuan ditgn Tuhan, kpd smua yg pernh frust, jgn ambk msa yg lma tuk lupakn bekas keksih..krn dia pernh lukakan kita. jd perlukh kita trus igtkn die??? B’doa byk2 spaya ditemukn dgn insn yg bnr2 myayangi kte…

Reply

29 anis May 7, 2010 at 2:38 pm

sy dlm planning utk menamatkan zaman dara…rasa suma remaja sekarang walaupun masih belajar boleh berkahwin asalkan sentiasa berfikiran positif. yang penting halal kan hubungan agar tidak menjadi fitnah orang!!

Reply

30 fatin_kenyalang June 28, 2010 at 4:08 pm

Salam..hai..seronok bc kisah anda..terasa nak nikah awal gak..tp byk halangan..
lagipun..pasangan masih study..and family punt x bagi nikah awal..but pada pandangan sy,nikah awal baik untuk mengelakkan dari fitah and benda-benda yang tak sepatutnya..
Kalau lah family bagi nikah awal..alhamdulillah sangat2.. :)

Reply

31 fyth July 27, 2010 at 8:55 pm

nice entry :)

Reply

32 ~ kiki ~ August 8, 2010 at 1:24 am

emmmm………….

sy br je terpk soal kawen awl nie.. sje taip kt google.. pastu, kua website nie.. ble bce, rse mcm btl2 da m’jwb persoalan yg b’legar kt kpale sy nie..

sy n pkwe sy da couple 3 thn.. sjak dip smpi skrg.. ktorg umo br 21 thn..

sy klu leh, nk kawen skrg gak.. bkn la sy nie desperate ke ape.. tp, sy cume nk hub yg halal.. he’s my best fren.. kami salu jpe.. kua same2.. sy tau byk mata yg memandang.. hub kami direstui oleh kedua2 belah kuarge..

sy yakin, wpn sy kawen.. sy akn dpt menumpukn pelajaran kt pelajaran.. sy percye ati sy akn jd lbh tenang ble idup dlm keredhaan Allah.. tp, kuarge m’halang.. nk sy stdy dlu.. emmm..

ini la sbnr nye punca byk sgt b’laku keruntuhan morak di kalangan msyarakat kte.. dan byk pula kes buang anak.. mengandung luar nikah.. sbb kehendak x dituruti.. kos kawen mhl.. jd mrk cri jln mudah.. nauzubillah..

moga Allah menunjukkn jln yg lurus utk ku….

Reply

33 faz88 August 12, 2010 at 4:16 pm

kisah benar..yg buat sy sedar..bahawa sy boley kahwin awal..if sy xmintak hntarn tinggi, pRkahwinan yang mewah2..dan yg paling utama prkhwinan sy tu nti mendpt restu kedua ibu bapa..dan mmpunyai bakal suami yg bertanggunjawab serta mgikut cara Islam..insyaAllah..moga2 kata sy ini termakbul…amin..

Reply

34 are meer August 13, 2010 at 12:13 pm

ahhh bestnya klau mentaliti org tua sekarang macam si penulis…wat ape hantaran tingi2 klau akhirnya xpasti bahgia…wat pe pandang darjat sedangkan x tentu lagi kebahagian anak2 mereka cam ne…huhuhu…niat nak khwin awal..tapi mmg dunia sekarang ni terlalu obses pada kebendaan…anak nak kahwin depa halang…bila dah ade anak luar nikah baru nak menunding jari cari kesalahan…..

Reply

35 CT August 17, 2010 at 1:45 pm

are meer..setuju sgt2 pe yg awk ckp..disebabkan mentaliti tu la kot mostly lelaki2 skrg tkt bg harapan & comitment..

Reply

36 jijol August 13, 2010 at 2:37 pm

kt sini yg pnting adalah niat…kalo baik niat nye, baik r…:)

Reply

37 mysterious guy August 15, 2010 at 10:12 pm

Skg nie saya tgh couple ngan seorg pompuan nie dah 2 bulan lebih tapi saya dah jatuh cinta padanya sejak awal2 saya berjumpa dgn dia. Kita berdua saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Saya dah mmg anggap dia tu bakal isteri saya tapi beberapi hari yang lalu saya dapat satu berita buruk dari dia.

Dia memberitahu saya yg parents dia xrestu kalo kami bercouple atas alasan saya nie bkn melayu tulen. Saya adalah melayu sejak saya dilahirkan. Cuma bapa saya ialah cina dan ibu saya ialah melayu. Dan saya dikira sebagai anak kacukan tapi dalam IC saya mmg jelas tertulis yg saya nie MELAYU. Nape diaorg nak halang saya dari bercouple ngan dia??..

Adakah salah saya sebab saya bukan melayu tulen??..adakah ini menjadi satu masalah??..KENAPA? KENAPA? KENAPA?…..saya dah buntu dah nie..

Reply

38 anonymous August 31, 2010 at 12:05 pm

slm…hye…sy sgt2 trharu mmbaca psl crita pnulis…skrang i tgh stdy dlm foundation in science…act,my bf i prnah ajk i khwin..he’s 30…he can afford me but skrang the problem is i tkot nk bgthu family i yg i nk kawen…i tkot nk facing family i…sbb my family,suruh i stdy dlu…skarang i tgh struggle for my future degree….i prnah suarakan keinginan ntuk brkhwin dgn mama i…she refused…so,when it comes to tell my papa,im scared…sbb i tkot dia akn reject my bf…because my bf is a widower…anyone…help me out…lgpon,bleh ke i manage my marriage if i still stdy…emmm…anyway,im 18…hehe..

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: