3 Resipi Buat Lelaki Jatuh Cinta Kat Awak

by AF Hazwan on

Hai, salam sejahtera :)

Pengalaman di negara China memang membuka mata Hazwan seluas-luasnya dari segi cara komunikasi, sosial mahupun mengenai percintaan.

Sungguhpun masyarakat di China mempunyai gaya kehidupan dan budaya yang berlainan daripada masyarakat kita, mereka juga mempunyai beberapa persamaan.

Persamaan penting yang Hazwan berjaya kupas hasil daripada temubual ekslusif (bukan senang nak temubual orang China ni!) dengan Michelle adalah mengenai apa yang membuatkan seseorang jatuh cinta(nanti Hazwan uploadkan video temubual tersebut).

Hasilnya, ada 3 perkara ataupun resipi penting untuk membuat si dia terutamanya kaum lelaki untuk jatuh cinta kepada anda (perempuan).

1. Jadi Seorang Yang Berkeyakinan

Sifat yakin pada diri adalah komponen utama di dalam fasa ‘dating’ kerana ianya adalah kualiti yang bersifat ‘attractive’. Kualiti inilah yang boleh membuat lelaki cair kepada wanita dalam sekelip mata pada saat pertemuan pertama.

Sifat yakin pada diri amat penting untuk anda rasai sendiri (bukan buat-buat) kerana dengan berada di dalam keadaan yang yakin, anda akan tidak kelihatan terlalu ‘berusaha’ pada mata lelaki. Lelaki kebiasannya boleh mengesan wanita yang ‘desperate’ dari segi tingkah laku mereka dan kebiasaannya akan melakukan pelbagai cara untuk mengelak wanita seperti ini.

2. Bercakap Dengan Dia

Zaman lelaki suka wanita yang asyik duduk diam dan dengar kata lelaki sudah berakhir. Lelaki zaman sekarang suka wanita yang boleh diajak berbincang dan teman untuk meluahkan perasaan mereka. Dengan bercakap anda juga boleh mengambil peluang ini untuk menonjolkan sifat ‘attractive’ seperti kebijaksanaan dan kualiti-kualiti lain yang lelaki suka (more about this di post akan datang).

Anda mesti pernah mendengar kat pepatah “Action speaks louder than words”. Betul, tetapi sampai bila anda boleh aktif ketika bersama dia. In the end, anda boleh mempamerkan kualiti dan juga ‘menjual’ diri anda kepada dia dengan bercakap (dengan berpada-pada).

3. Jadi Diri Anda Sendiri

Bunyinya ‘cliche’. Hazwan paling tidak gemar memberi nasihat yang berbunyi begini tetapi agar senang diterima, maka Hazwan gunakan je la :)

Dengan menjadi diri sendiri, tidak bermakna jika anda seorang yang pendiam, harus terus jadi diam dan jika anda seorang yang tidak ‘friendly’ akan terus dingin terhadap dia. Maksud jadi diri anda sendiri di sini adalah untuk menjadi tidak terlalu ‘fake’ dan tenang (dan natural) di dalam tindakan.

3 resipi ini amat mudah dan adalah sesuatu yang boleh diangap ‘common sense’. Anda mungkin pernah mendengar ataupun mengetahui sendiri tips di atas, tetapi anda tidak melakukannya. Sesuatu ilmu itu hanyalah potensi sehingga ia digunakan barulah ia akan menjadi aktual.

p/s : Ni adalah kek kacang yang Hazwan jumpa di China, punyalah besar. Nak beli kene suruh dia potong dan timbang untuk tentukan harga. Harga pun boleh tahan. Memang sedap!  Siapa  nak angkat tangan :)

Kek Kacang China

Kek Kacang China

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 8 comments… read them below or add one }

1 ali November 28, 2009 at 9:37 pm

saya senang denga isi materinya,. suatu saat nanti saya kunjungi lagi,.
C U

Reply

2 aniey December 2, 2009 at 12:43 pm

“CINTA” suatu perkataan yang unik…
tapi…dgn “CINTA” jugak membuatkn kita lupe diri…hu3x..
“CINTA” memang indah tapi amat menyakitkan…
kepada mereka yg sedang hangat bercinta di luar sane berhati-hati lah
kerana “CINTA” adalah pemusnah hidup…
tapi…”CINTA” pada ILAHI adalah cinta yang ABADI…

Reply

3 wilda December 17, 2009 at 9:16 pm

aku suka sama isi materinya tapi aku lagi butuh bantuan nich aku ada masalah perihal cntaku
jadi aku tuch lagi suka sama satu cowok nah ni cowok dulu juga suka sama aku tapi aku gak tahu kalo dulu dia suka sama aku n kebeulan sahabatnya juga suka sama aku dulu n dy nyatain perasaannya ke aku trus aku terima nah si cowok yang sekarang aku suka sakit hati trus sekarang aku sudah ptus sama cowok aku dah sekitar 1thn nah tpi cwo yg ku suka sekarang gak mau ngobrol or becanda sama aku lagi gak kaya dulu trus gimana donk??bantuin donk plis

Reply

4 citi January 4, 2010 at 5:29 pm

setuju ! jdi diri anda sendiri. xperlu berpura2 jadi org lain. sblm belajar mencintai org lain, cintai diri anda dahulu. confidence juga penting dlm perhubungan. kalau anda jenis kurang yakin dan malu2 untuk meluahkan pendapat, si dia akan rasa kurang berminat. kalau nak dapatkn tips yg lebih hebat cra2 pikat hti lelaki tg anda minat, boleh usha-usha http://www.rahsiahati.com. selamat mencari cinta sejati!

Reply

5 t!qah July 27, 2011 at 7:40 pm

betol tu….kite perlu jadi diri kite sendiri…tak perlu menipu diri sendiri dengan jadi orang lain…sebab biarlah orang tu suke kat kite sebab perangai semulajadi yang ade pada kite….bukan yang d buat-buat….dan tak perlu kite berubah untuk dye kannn?????satu lagi…saje jer nak kongsi…kepada wanita d luar sane…kalau berckp dgn lelaki..jgn terlalu buat suara manja…cakap dgn nada biase je mcm kite ckp ngan kwn2…berdosa tau tak…

Reply

6 royfazli@yahoo.com August 5, 2011 at 11:45 pm

pepek kaw jiwang2 ..

Reply

7 adani August 22, 2011 at 5:28 pm

aduh saye jatuh cinta ke dia tpi saye takut nk bagitau….

Reply

8 ayue January 8, 2012 at 6:24 pm

sy sayaaaaaaang sgt2 kt dye..hm..
sy tak dpt bygkn kalau dye tngglkn sy…
betapa kecewany sy…..:(
lagi…sy tk nak kecewakn insan yg brnma kaum adam..
sebab sy tahu,mereka jugak inginkan kasih sayang daripada insan yang bernama Hawa…sy syg dan rindukan awak..:(

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: