Jauhi Insan Ketiga Sebelum Anda Menderita!

by AF Hazwan on February 13, 2010

Sedang anda dan pasangan anda menikmati kebahagian di dalam hubungan cinta anda. Muncul insan yang tidak anda duga. Insan yang anda sangka teman ataupun rakan biasa mula menunjukkan tanda- tanda yang mengancam kesetian anda kepada pasangan anda.

Pada mulanya, insan ketiga ini anda anggap kehadirannya di dalam hidup anda sebagai kenalan biasa. Mungkin sebagai rakan sekerja ataupun apa- apa keadaan yang sewaktu dengannya. Di sepanjang proses hubungan kawan ini pada mulanya mungkin hanya biasa. Namun, lambat laun memberi satu petanda buruk. Apakah petanda itu?

  1. Si dia mula kerap menghubungi anda. (sehingga mengalahkan kekerapan pasangan anda sendiri)
  2. Si dia semakin suka membantu anda walau apa- apa pun keadaan anda. (nampak pelik bukan?.. itulah teknik si dia.. AWAS!)
  3. Ketika bercakap si dia mula menonjolkan keistemiwaannya yang menandingi pasangan anda.. (kebiasaannya keadaan ini anda kurang sedar kerana anda mula percaya dan terpikat dengan kelebihannya. Mungkin secara tarikan luaran atau dalaman)
  4. Si dia mula mengeluarkan kata- kata memikat yang mengancam kesetiaan anda sebagai pasangan orang lain. (kalau dah sampai tahap ni memang nak kene penampar ni! hehe :) )

AWAS! Anda mungkin tidak sedar dengan beberapa petanda di atas. Ini kerana, anda sedang berada di dalam fasa “kurang sedar”. Anda tidak sedar niat sebenar insan ketiga ini adalah untuk merampas cinta dan kesetiaan anda daripada pasangan anda. Anda mungkin katakan saya dan pasangan anda tidak faham.

Percayalah! Saya faham dan pasangan anda faham. Sebagai seorang pasangan yang setia dan sedar betapa tingginya nilai sebuah kesetiaan di dalam perhubungan cinta maka, kami faham naluri seorang perampas! (insan ketiga).

Jelas sekali, sebagai manusia kita dikurniakan sebuah hakikat. Apakah hakikat itu?

“Sebagai manusia, kita MUDAH untuk jatuh cinta”


Semua kita mudah untuk jatuh cinta tanpa kita sedari. Untuk jatuh cinta adalah mudah tetapi untuk menjaga cinta tersebut, perlukan tahap KESETIAAN yang tinggi. Tiada manusia yang dijadikan sempurna. Kesilapan adalah proses untuk anda menemui kesempurnaan. Menemui insan ketiga di dalam hidup anda bukan kesilapan TETAPI membenarkan insan ketiga tersebut merampas cinta dan kesetiaan anda daripada pasangan anda itu adalah kesilapan.

Jauhi insan ketiga. Katakan tidak kepada golongan perampas ini. Jika mereka betul- betul insan yang baik dan murni, mereka sepatutnya sedar status anda yang sudah berpunya. Mereka harus menggalakkan kebahagian hubungan cinta anda dan bukannya merampas kebahagiaan tersebut.

Mesej kepada Insan Ketiga:

Anda adalah manusia, dan kami juga manusia. Harapan kami agar anda lebih berperikemanusian terhadap kebahagian insan lain. Cinta adalah untuk dicari dan dibina secara halal dan harmoni dan BUKANNYA dengan merampas dan menganggu kebahagian hubungan cinta insan lain.

Kepada anda yang sedang menjadi mangsa insan ketiga, sedarlah dan bangkit daripada lamunan cinta palsu anda. Sedarlah keadaan diri dan pasangan anda sekarang. Tahulah bahawa pasangan anda sebenarnya lebih sayangkan dan perlukan anda. Ingat kembali detik pertemuan pertama yang indah. Anda bukanlah daripada golongan kaum perampas maka, JANGANLAH memilih mereka yang daripada golongan keturunan perampas!

p/s: Arwah ibu sahabat saya pernah berpesan, sayangi dan hargailah apa yang kita ada sekarang sebelum *apa yang kita sayangi dan hargai itu* pergi buat selama-lamanya. Dan kini, pesanan ini menjadi semakin bermakna seteleh pemergiannya. “Al-Fatihah kepada Al-marhumah Dayang Norliah bte Abang Hj Julai.”

Rujukan Berkaitan

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 10 comments… read them below or add one }

1 Zana February 14, 2010 at 2:04 am

Sye sedang diganggu insan ketiga mcm ni. Sye dah bagitau kat dier yang sye dah ade boyfren n eveything but dier still ganggu hidup sye. Kalau bagitau boyfren sye takut they all fighting with each other. Help me please. what should i do to get things rite?????

Reply

2 AF Hazwan February 14, 2010 at 12:11 pm

Zana, first of all…. Rilex.. niela yang dinamakan cabaran in relationship… nothings rite all the time..

Kalau boyfren Zana faham situasi sebenar insyalla dier takkan marah.. Dalam hal ni sebenearnya Zana perlu berterus- terang dan minta bantuan daripada boyfren Zana.. Gud Luck :)

Reply

3 ayoi February 28, 2010 at 6:43 pm

saya suka post ni, part “mintak penampar”
hahahaha mcm lawak kwn saya la :)

Reply

4 babe March 4, 2010 at 1:45 am

hi, sy suke bce article ni…
lg2 msj kpd perampas..huhu..bole tak sy nk copy paste ayat tu..mcm best je..
sy dh bce e-book awk..superb!!
skang, manafaatkn mase yg ade tanpa gangguan insan ke 3 lg…=D

Reply

5 juanne April 23, 2010 at 2:57 pm

hi.. kebetulan saya terbaca e-book awak sy minat sangat dalam topik tentnag ada insan ke tiga. sy stress bila dapat tahu suami sy selingku.. sekarang saya ingin taw ada kah masalah sy dapat di selesaikan?? ohh tlg laa.. streess…

Reply

6 ily May 4, 2010 at 5:34 pm

hye..
huhu
hubungan sy dengan si dye diganggu org ketiga..
walaupun sy taw dye kdg2 tidak layan prmpuan tu..
tapi org ketiga ni cukup untuk menimbulkan pergaduhan antara kami
T____T
it’s not dat i didnt trust him but, felt so bad because even though penah tego dis gurl she still continue disturbing him..
huhu,,

Reply

7 suami_malang June 2, 2010 at 10:55 am

Salam, sy merupakan mangsa insan ketiga…isteri sy menjalinkn hubugan dgn suami org….pernah kantoi dan berpura-pura ingin settle n xkan ganggu isteri sy lg tujuan nk mengaburi mata sy…hakikatnya smpi skrg masih jalinkn hubungan…..apa perlu sy buat?

Reply

8 dell August 13, 2010 at 11:16 pm

salam….
sy pun mangsa jugak…tp suami sy kata xde pape…die mmg xde pape..tp pompuantu mmg nk mkn penampar…tp sy masih waras lg..sy tau suami sy x reply sms die(sbb sy cek bil online =P)..tp almost everyday die sms husband sy… sms pn yg xpatut d beri pd suami org..”i love u..”, syg abg sgt” etc…haishhh…kalo ikut hati ni…lame da…eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..bengang gell…

masalahnye kdg2 hati sy ni ade ragu2 kat suami sy..terus terang sy kate..sebelum sy dapat tau hal ni, sy mmg xpenah meragui suami sy…sebelum n after kawen.. ape perlu sy buat utk bersihkan semula hati n minda sy supaya perasaan tu sy boleh buang..

Reply

9 nana November 11, 2010 at 3:31 pm

assalamualaikum..sjak 2 mgu kbelakngan ni, sy terjumpa (di facebook) dgn org yg sy minat dlu sewaktu di kolej.. die hr2 msg sy… kami berhububg tnpa pngathuan boyfren sy.. die dh tau sy ad boyfrn.. tanpa sy sdr, sy sudh jtoh syang &cinta pd die.. pgln sy & die pn btukar mnjdi agk romantik.. die pnh brtny tntg boyfrn sy, tp sy elak dr mnjwb prtnyaanye.. tbe2 die mahu sy tgl kn die.. sy xnk sb sy dh mula syg die.. cmne nk tgl kn die ye sdg kn sy syg die?? tp sy syg kn hbgn sy ngn boyfren sy..

Reply

10 LYAfrina August 22, 2011 at 11:32 am

sy juga sgt2 suka dgn post ni…

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: