Jika Cinta Itu Mudah

by Mr X on

Berikut adalah antara perkara yang selalu kita dengar mengenai cinta:

Cinta itu buta

Cinta itu tidak perlu dicari, ia akan datang sendiri bila tiba masanya

Jauh di mata, jauh di hati

Cinta tidak boleh selalu bertemu, nanti boring

Cinta selepas kahwin itu lebih manis

Cinta jarak jauh ni susah nak kekal lama

Dan saya yakin banyak lagi cliche mengenai cinta yang sering anda dengar. Anda boleh tambahkan sendiri.  Tidak cukup dengan itu, novel-novel cinta yang banyak di pasaran juga memomokkan kepada pembacanya mengenai ideal cinta yang banyak memesongkan pandangan eligible bachelor & bacheloratte di luar sana, sehingga mempunyai expectation yang bukan-bukan kepada cinta. Antaranya:

1) Apabila ada cinta, setiap pertentangan mata akan menimbulkan getaran.

2) Si lelakinya segak bergaya, biasanya dengan kereta yang turut bergaya. Sudahlah tampan, bersopan santun dan sanggup menerima wanita tersebut seadanya pula.

3) Yang wanitanya lemah gemalai dan mudah tersentuh. Begitu sensitif jiwanya dan mudah cair dengan hantaran bunga ataupun sajak romantika.

4) Yang lebih teruk, lelaki atau wanita yang jahat selalunya akan insaf dihujung cerita dan berbahagialah watak-watak tersebut sehingga ke akhir usia.

Wow, membaca cliche yang terakhir sahaja pun sudah boleh membuatkan saya termuntah.

Dunia sebenar bukan novel. Memang ada orang yang insaf dan berubah, tetapi lebih banyak orang yang jahat tidak baik-baik. Orang sahaja yang mengharap dia berubah. Dan ada juga orang yang berubah dari baik kepada jahat. Ini semua berlaku di dunia yang nyata yang kita perlu sedari.

Cinta tidak semudah ABC. Cinta mempunyai tafsiran yang pelbagai. Sebelum anda menuduh saya sebagai seorang yang skeptik di dalam cinta, biar saya memperkenalkan diri saya dahulu.

Hampir setahun yang dahulu, jika cinta ini adalah batu permata, saya sudah pasti cincinnya. Saya mempunyai cinta, dan saya mempercayainya. Saya yakin saya telah bertemu dengan jodoh saya. Kami telah bercinta selama 3 tahun 8 bulan. Keluarga kami juga telah tahu mengenai hubungan kami dan merestuinya. Cadangan saya, 2 tahun setelah graduasi kami akan berkahwin. Cadangan Si Dia, kami akan berkahwin secepat mungkin selepas graduasi atau setelah saya membeli kereta Vios.

Semuanya baik. Bahkan seminggu sebelum Syawal 2008, semester akhir pengajian saya kami bertemu dan saya boleh katakan itu adalah pertemuan paling bahagia kami sepanjang 3 tahun lebih perkenalan. Saya menghadiahkannya dengan seutas jam tangan Elle, jam idamannya sejak sekian lama dan juga kami membeli-belah untuk hadiah hari raya buat keluarganya.

Sungguh bahagia. Si dia tidak lagi sebak sewaktu kami hendak berpisah seperti yang biasa terjadi ketika awal-awal pertemuan kami dahulu (biasanya kami bertemu 2 bulan sekali secara purata kerana si dia menuntut di Penang dan saya di Perak), tetapi tidak ada kesalahan lagi, cinta itu di situ dan kami saling sayang menyayangi.

Saya sangat menyayanginya. Saya jangkakan kehidupan cinta saya sudah terjamin. Biasanya jika lelaki tidak mencari pasal, wanita tidak akan mencari pasal juga untuk meruntuhkan hubungan itu. Rakan karibnya pernah memberitahu saya yang saya terlalu memanjakannya yang saya rasa tidak tepat. Si dia sering merungut kepada saya bahawa si dia tidak menyenangi prinsip hidup saya. (Saya percaya hidup dengan kemampuan kita dan tidak terikut-ikut dengan cara hidup orang lain). Walaupun begitu, saya sering juga menghadiahkannya sesuatu yang saya tahu diingini si dia sebagai “surprise”. Beg tangan, mp3 player berjenama, dinner dan lunch di restoran-restoran terkenal dan termasuk juga tiket-tiket kapal terbang. Si dia tidak biasa dengan semua ini, maka si dia sudah tentulah sangat gembira. Mungkin inilah yang rakan karibnya maksudkan sebagai terlampau memanjakan.

Bagi saya mudah. Hidup berdasarkan kemampuan dan kurang sedikit. Saya tidak kata tidak boleh beli itu, tidak boleh beli ini. Jika kita mampu beli dan tidak menyusahkan hidup, beli. Jika kita tidak mampu buat cara tidak mampu. Segala hadiah-hadiah yang saya berikan kerana saya mampu, dan ia tidak menyusahkan saya sebaliknya membahagiakan. Saya bahagia melihat si dia gembira. Tetapi saya tetap mengingatkannya, bersyukur dan jangan hidup kita dipengaruhi keputusan membeli orang lain. Mungkin ini yang merimaskan si dia.

Masa graduasi telah tiba. Si dia di hantar bertugas sebagai guru di kampung halamannya. Tinggal dengan ibu dan bapa. Berdekatan juga dengan kakaknya. Sudah tentulah tiada masalahnya. Si dia juga telah mempunyai kereta sendiri. Walaupun cuma Kancil, tetapi perasaan setelah mula mempunyai sedikit wang bisa merubah hati.

Si dia rasa si dia tidak lagi memerlukan saya kerana wang gajinya mungkin telah dirasakan membuka matanya dengan luas (ini tanggapan saya). Tiba-tiba beliau bermain cinta dengan kenalan sekampung yang berhari raya (bukan kawan, cuma bermula sebagai kenalan!). Perubahan mendadak dalam tempoh kurang 1 bulan ini sungguh mengelirukan ibu dan kakaknya. Tidak terkata saya sendiri.

Si dia meminta kami untuk memutuskan hubungan. Dengan segala alasan yang ada di dalam buku teks “Alasan untuk memutuskan cinta”. Tidak ada cinta, tidak pernah ada cinta dll. Sungguh menghairankan.

Apabila saya merayu supaya kami berbincang dan lihat jika hubungan kami boleh diselamatkan, beliau menolak. Beliau langsung enggan bertemu. Panggilan telefon saya pun enggan dijawab. Si dia mengatakan, ia bukan salah saya. Ia salah si dia kerana memberi harapan. Selama 3 tahun tiada sepicing pun rasa cinta di hatinya (jika ia familiar, bukankan saya katakan tadi alasan-alasannya ada di dalam text book “Alasan Untuk Memutuskan Cinta?”.)

Saya tidak percaya. Kami telah bercinta selama lebih 3 tahun. Bukan tidak ada detik pahit manis kami. Bukan dia tidak pernah menangis apabila kami bertengkar. Saya petik satu, si dia menangis kerana ada delivery boy menghubunginya. Si dia sangka saya menghantar kurier untuk memulangkan semua hadiah pemberiannya. Rupa-rupanya, setelah 30 minit suspens, delivery boy tersebut menghantar kek hari jadinya. Kejutan dari saya! Dan mengalir air mata si dia terharu dan gembira. Orang lain apabila bertengkar melupakan hari jadi pasangan, tetapi saya membuat mengalah dan membuat kejutan! Sudah tentunya pertengkaran kami selesai dan si dia mengucapkan rasa cinta dan bertuahnya kerana memiliki saya sebagai pasangan.

Dalam usaha untuk menyelamatkan cinta kami, apa sahaja yang sah disisi undang-undang dan agama yang boleh dibuat telah saya buat. Saya telah cuba menghubunginya menggunakan pendekatan terbaik, saya telah ke rumahnya untuk bertemu dengan ibu bapa dan kakaknya dan mereka turut yakin dan merestui keikhlasan saya.

Di sebalik dihamburi dengan kata-kata kesat, saya dikatakan bodoh kerana masih mahu kepada orang yang tidak mahukan saya lagi.

Saya terkejut. Si dia yang saya kenali sungguh berbeza dengan si dia yang bercakap dengan saya ketika itu. Si dia seperti singa yang dirasuk! Saya tidak pernah mendengar dia menggunakan kata-kata yang tidak sepertinya itu walaupun ketika marah sebelum ini.

Itu adalah di antara sebab kenapa setelah 3 bulan didera secara mental dan verbal oleh dia, saya masih yakin hubungan kami boleh diselamatkan. Puas saya mencari alasan kenapa. Saya masih tidak faham.

Di sebalik setiap pengakuan salah dan berdosanya kepada saya kerana memutuskan “cinta yang tiada” kononnya itu, Aidilfitri ini, hampir genap setahun detik pahit itu terjadi tidak ada satu pun mesej meminta maaf darinya di hantar.Si dia masih memberitahu rakan karibnya yang saya sememangnya baik dan si dia rasa bersalah. Bahkan rakan-rakan karibnya juga menawarkan diri untuk menjadi pengganti, yang saya tolak.

Jika cinta itu mudah untuk mentafsirnya, pasti ini tidak terjadi.

Setiap dari kita merasakan cinta kita berbeza. Jika cinta itu bahagia, cinta itu lebih bahagia. Dan jika kita sedang merana, kita anggap bahawa kitalah paling sengsara.

Benarkan begitu?

Jikalah cinta itu mudah.

Dari Meja Penulis : Mr X

Mr.XMr X merupakan seorang pencinta setia yang telah dilukakan hatinya.Dari masa ke masa beliau mengimbau kembali kisah cintanya, untuk dicatatkan pengajaran kesilapan yang boleh dielakkan dan anekdot-anekdot bahagia yang pernah dinikmatinya. Nantikan kisah-kisah Mr. X,hanya di blog SeniCinta.com


Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 14 comments… read them below or add one }

1 AF Hazwan October 5, 2009 at 7:49 am

Sahabat sekalian, cerita di atas merupakan kisah sebenar dari Mr. X (dirahsiakan nama sebenar).

Adakalanya cinta ini mudah dan straightfoward dan adakalanya boleh menjadi kompleks di luar batasan akal fikiran kita (seperti yang terjadi kepada Mr. X )

Jika anda atau sesiapa yang dikenali pernah mengelami situasi sebegini, maka di sinilah ruang terbaik untuk anda berkongsi dan meluahkan perasaan anda untuk dikongsi bersama.

Adakah cinta itu mudah?

Reply

2 nurefa October 5, 2009 at 8:31 am

sakit bila saya membaca artikel saudara, DEM! saya berada d situasi yg sama. Hairan ye? I have been dumped without A WORD! Seriously i was shocked. Si dia langsung tidak mahu berjumpa atau berbincang tentang hubungan kami, jangan nak katakan berbincang melihat muka saya pun dia seolah jijik. dia langsung berubah kepada org yang saya tidak kenali lagi, perkenalan hampir setahun lebih rasa nya mungkin belom cukup untuk mengenali siapa dia sebenarnya walaupun kami berjumpa hampir setiap hari di pejabat memandangkan kami bekerja d department yang sama.

saya keliru dgn apa yg saya rasakan, tapi saya tetap tidak berputus ada berdoa dan berdoa agar sy dan dia d berikan petunjuk

Reply

3 AF Hazwan October 6, 2009 at 12:32 pm

Nurefa,

Biasanya memang ada SEBAB lelaki tiba-tiba berubah.

Adakah nurefa tahu sebabnya atau apa-apa yang mungkin
berkaitan?

Reply

4 PutriComot October 5, 2009 at 12:38 pm

CINTA….itu lah yang selalu kita ingankan dari orang yang kita sayang…Tempoh perkenalan lama atau baru tidak menjamin kita boleh bersama orang yang kita cintai…PU3 pun mengalami masalah yang sama dengan kalian….aah cinta yang ditinggal tanpa alasan..PU3 ditinggal macam orang tak ada perasaan…dia cuma berkata TUNGGU tapi sampai bila PU3 nak tunggu…menunggu orang yang langsung PU3 tak tau hidup matinya….mula2 sehari, lepas tu seminggu, lepas tu sebulan dan sekarang dah bertahun…Bertahun PU3 masih menunggu….PU3 sendiri masih tertanya2 masihkah ada cintanya untuk PU3…call. sms, email..mula2 dia balas lama-lama terputus macam tu saja…hilang macam tu saja…Email yang terakhir pun PU3 terima 3tahun yang lalu berbunyi ‘TUNGGU DIA’ ..tak pernah kah dia terfikir perasaan orang yang menunggu…Menunggu bukan satu perkara yang mudah…Semua kawan-kawan kata PU3 bodoh.sebab menunggu orang yang belum pasti ingat PU3..PU3 tak salahkan diaorg berkata begitu..memang benar PU3 buang masa menunggu dia…Sepatutnya PU3 dah lupakan dia..tapi entahlah hati PU3 susah nak lupakan dia…ada 1 perasaan tidak puas ati dalam hati PU3…KENAPA & MENGAPA dia tinggal PU3 macam tu saja…tu lah yang PU3 nak tau…Pernah juga PU3 cuba buka hati PU3 untuk orang lain..tapi hati PU3 seperti terkunci…mungkin PU3 takut benda yang sama akan berlaku….PU3 jadi takut untuk mendekati orang yang bernama LELAKI…

Semoga suatu hari nanti PU3 akan jumpa seseorang yang benar-benar menyintai PU3 seikhlasnya..AMIN

Reply

5 AF Hazwan October 6, 2009 at 12:25 pm

Semoga suatu hari nanti PU3 akan jumpa seseorang yang benar-benar menyintai PU3 seikhlasnya..AMIN

Harap PU3 tidak patah semangat dan jadikan situasi yang dah berlaku ini
sebagai satu kekuatan baru untuk BANGKIT dan mencapai MATLAMAT PU3

p/s : Kalau PU3 dah jumpa THE ONE nanti, khabarkan kepada kami semua ya :)

Reply

6 Logan October 5, 2009 at 11:03 pm

Memang cinta xsemudah yang kita sangkakan.

Kita hanya gambarkan yang indah indah dalam satu perhubungan dan kita bakal menhadapi sume tu termasuk duka. Pernah ada satu pepatah yg mengatakan, tak kira dalam apa perhubungan sekali pun,kita akan dilukai, cuma kita nak terus stay dalam hubungan tu atau tidak,depends on sedalam mane cinta kita terhadap pasangan kita. Whether or not, out of all the hardship that we are facing, we want to make it happen.

Sememangnya tu satu cabaran yang sukar. Kita hanya boleh terus memberikan usaha kita yang terbaik untuk membina dan menjaga hubungan tu. Bila hubungan tu tidak berjaya, kita harus terus mencari kerana soulmate kita masih menunggu kita di luar sana.

Saya berharap nurefa dan puteri akan menemui jejaka yang sanggup menjayakan hubungan cinta anda di masa depan.

Reply

7 Awang Itu Cinta October 6, 2009 at 11:45 am

Cinta..

Kita + Pasangan kita = X

Sedangkan yang berkahwin boleh bercerai, apatah lagi yang sedang bercinta.

Pada pandangan saya, cinta memerlukan KOMITMEN daripada kita dan pasangan kita. Komitmen yang merangkumi segala jenis aspek kehidupan.

Kita TIDAK akan pernah tahu apa yang akan terjadi sesaat daripada sekarang.. Apatah lagi seminggu, sebulan dan setahun.

Daripada kisah CINTA Mr. X dan pembaca lain telah membuktikan sendiri, kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan melakukan yang terbaik. Selebihnya, tuhan yang menentukan.

Anda semua ingin tahu sesuatu?? Semua anda di sini adalah dikalangan manusia yang sememangnya akan dijanjikan kebahagian di dunia dan akhirat (Insyallah) kerana anda betul- betul serius dan komitmen terhadap hubungan cinta anda!

Sesedih dan sedalam mana pun anda jatuh di dalam perhubungan cinta itu tidak penting, yang PALING PENTING adalah BAGAIMANA anda akan bangkit dan meneruskan kehidupan anda..

Are you gonna finish strong???

Reply

8 PutriComot October 6, 2009 at 3:14 pm

Sahabat sekalian…Baru semalam PU3 luahkan apa yang tersimpan di dalam hati..Allah tu maha mendengar doa umatnya…Hanya dalam 1 hari DIA tamatkan penantian PU3..hanya 1 HARI….Patutkah PU3 gembira atau bersedih???Semua persoalan yang selama ini bermain dalam fikiran PU3 telah terjawab…Ke mana menghilangnya dia…KENAPA dan MENGAPA telah terjawab..Semamangnya PU3 tak menyesal menunggu dia selama 3 tahun..Cuma yang PU3 sesalkan kenapa terlalu payah untuk berterus terang dgn PU3….3 tahun PU3 menunggu dan 3 tahun dia bahagia dgn seorang perempuan yang bergelar isteri….aah PU3 tak dapat gambarkan bagaimana perasaan PU3 sekarang…Perasaan PU3 jadi tak menentu….semuanya bercampur-campur….Memang untuk menerima kebenaran tu terlalu susah..sangat susah…Walaupun susah kena terima juga.hidup harus diteruskan…yang berlalu biarlah berlalu..walaupun hati terlalu sakit..kena terima juga kenyataan..cintanya bukan untuk PU3..Dan PU3 sebagai insan biasa, tak nak menyimpan apa2 dendam pada dia..Biarlah dia bahagia…Mungkin suatu hari PU3 akan mendapat kebahagian PU3 sendiri..

Sahabat sekalian ambil lah iktibar dari kisah PU3 ni…jangan lah menunggu dan mengharap seseorg yang tinggalkan kita tanpa apa2 sebab. Jangan biarkan hati kita di lukai hanya kerana terlalu cintakan seseorg

Reply

9 nurefa October 6, 2009 at 5:14 pm

kerana perempuan lain :)

Reply

10 Logan October 6, 2009 at 7:31 pm

Saya setuju dengan Awang. Komitmen sememangnya penting. Komitmen yang bakal membuatkan kita untuk terus berusaha untuk memperbaiki and memperkuatkan hubungan kita dengan pasangan kita.
Xkira apa yang berlaku dalam satu perhubungan tu. Kita seharusnya membawa diri kita untuk terus mencari hubungan yang kita impikan itu. Saya berharap pu3 dan nurefa akan menemui pasangan mereka pada masa depan.

Reply

11 Natt October 7, 2009 at 12:23 am

bagus betul kata2 Awang…nak dipendek kn cerita Natt pun ditinggalkn begitu saje..sampai sekarang pun x tau sbb ape..dh dekat 3 tahun kedua2 belah pihak keluarga pun x tau pasal ape dia buat keputusan untuk berpisah..mmg faham sgt pasal ape ade setgh org sanggup bunuh diri pasal putus cinta nie..mmg ler keje bodoh..tapi pada org yg faham jer yg tau ..and mmg Natt pun pernah terfikir ke arah tu..tapi disbb kn fikir dosa …alhamdulillah..sedih..sakit..kecewa tu mmg ler teramat parah sampai Natt bawa diri ke luar negara sbb x tahan nk tgk tmpt2 yg kami pernah lalu..lepak..bangunan..jalanrayanyer pun x lalu nk hadap..memori tu cam zooop! je dtg balik…alhamdulillah..Natt happy sekarang..walaupun masih solo…
and to answer ur question awang..’yeah..i think >80% i finish strong!’

Reply

12 iedaSyaida October 31, 2009 at 12:24 pm

ya.. kisah di dunia x seperti kisah di novel. sedih dgn luhan pu3. ieda pun dh 4 taun menanti die dgn harapan kami akan bersama n berbahagia berdua. akhirnya mlm td die xkisah dgn pepisahan yg ida minta dgn ayat2 “maaflah abg xdpt nk perthankan cinta kita”..selama ini die suruh ida tggu, setia dan berdoa agar kekal phubungan cinta kami. tp kini dia seperti terima segala2nya dgn mudah. 4 thun ida mcintai dia. pepisahan mlm td hanya ungkapan “bahagialah sayang dgn hiupmu”. hancur hati n harapan ida. hati ida meronta2 ingin kepastian mengapa dia berubah sebegini rupa. adakah kerna ada cinta lain di htinya atau menjadikan ida hanya landasan untuk dia ke seberang??? sgguh rumit percintaan ini. hati ida masih ingin menanti die atas dasar masih mcintainya, tp takut lak jd mcm pu3. ida ingin menyelamatkan cinta kami, tp pikirkan yg die nak terima je pepisahan ini dgn rela wat ida jd sedih n sakit hati. adakah tiada pujuk rayu dari die demi menyelamatkan phbngan ini menjadi tanda tiada cinta ida dlm hatinya?? setiap saat ida menatap hp dgn harapan ada pggilan or msg dr die. tp sia2 jer.. sedih hati ini. ida masih dlm penantian. tp sampai bila ida harus begini.. ida pun xtau jawapannya. yg pasti, ida amat2 mencintainya dan ingin bersamanya….

Reply

13 raziman November 27, 2010 at 1:19 am

betapa kecewanya jika m’pnyai s’org gdis yg cirinya sma dgn ceta nie,.mgkn llki 2 trauma truz klu p’puan 2 m’buat g2,.

Reply

14 Leanna Rasid August 25, 2011 at 3:22 pm

Salam, I think masalah yg timbul dalam percintaan sebenarnya berkait rapat dgn jodoh. Just let it go with the flow. If its meant 4 u, it ain’t go anywhere. But if its not, it never meant for u. So y wait to end it?? Jodoh yg seolah2 dipaksa due to persiapan@tarikh perkahwinan yg semakin hampir atau mslah2 yg melibatkan keluarga biasenye wont last that long. Once more u tseksa hati n feeling. But this time may b u r not alone, there could an innocent child included. Especially to ladies..do think about this kind of stuff.

btw love it worth to fight for, but the consequences always comes last. Peace :)

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: