Kenapa Lelaki Tinggalkan Wanita

by AF Hazwan on December 15, 2008

Hubungan yang bermula bahagia boleh berakhir dengan kehancuran.

Kenapa pasangan anda sanggup meninggalkan anda?

Pernahkah anda terfikir apakah sebab utama yang menyebabkan pasangan anda (kini bekas pasangan) sanggup melepaskan ikatan cinta terhadap anda dan memilih insan yang lain sebagai ganti?

Pada perkongsian kali ini, saya akan membicarakan satu tajuk yang sensitif, iaitu :

Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita

Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk mejadi khalifah di muka bumi ini.  Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.

Perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh sesama sendiri demi memilikinya. Perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup memberi sepenuh kasih sayang dan cinta  yang tidak berbelah bagi terhadap wanita.

Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka , kaum lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.

Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan…

PENGHARGAAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya.

Biar saya terangkan.

Sewaktu mula hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri- menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.

Hangat. Mesra. Indah….

Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.

Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.

Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi

“Aku tidak menghargai kau lagi”.

    1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…

Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.

    2 Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…

Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

    3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…

Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.

Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.

Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.

Jika anda seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan anda. Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif(push and pull) mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.

Itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki  menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh memberinya satu PENGHARGAAN yang ikhlas.

Pada perkongsian hadapan, saya akan membincangkan mengapa Wanita Meninggalkan Lelaki :)

Hazwan

“Penggali Rahsia Ilmu Cinta Moden”

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 29 comments… read them below or add one }

1 Maria December 15, 2008 at 4:04 pm

Boyfren i memang jenis yg sensatif. We all kalau bergaduh memang i jela yg slalu start..hehehe

But satu perkara yg buat i btol2 sayang kt my boyfren is, dier really appreciate apa yg i lakukan for him. So i guess, bukan pompuan jer yg perlu mendapat penghargaan but lelaki pon same..

I love my boyfren.. Thanks

Reply

2 yana9449 February 12, 2011 at 8:44 pm

that’s right Maria n good luck..

Reply

3 Lady Muni December 15, 2008 at 4:26 pm

Nice article! as a first women in my family sye banyak observe attitude husband sye. He’s a really loving, caring and respondsible husband and father. Bile cakap pasal penghargaan memang banyak yang telah saya berikan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Masalahnya skrang ni sye plak yg rasa tak dihargai. Mungkin disebabkan kesibukan bekerja dan masa membuatkan sye terasa tidak dihargai.

Reply

4 A. Fahd Team Seni Cinta December 15, 2008 at 4:38 pm

Maria: Yup, dats right.. Anda perlu perihatin terhadap pasangan anda dan yg paling penting tunjukkan PENGHARGAAN anda.

Lady Muni: Thanks! Tahniah sebab Lady Muni memang seorang ibu dan isteri yang betul2 tabah dan memahami keluarga. Usah rasa tidak dihargai kerana kerana Lady Muni dianugerahkan keluarga yang dimana akan membawa Lady Muni mencari erti sebuah PENGHARGAAN. Sekali skala bawaklah keluarga pergi bercuti bersama. :)

p/s: Thanks to sifo AF Hazwan dengan tips cinta yang sangat menarik kali ini!

Reply

5 Mansor December 15, 2008 at 8:12 pm

Aku setuju nih~ LELAKI memang perlukan penghargaan lebih daripada kaum pompuan!

Reply

6 Eryna December 15, 2008 at 8:17 pm

Mansor: Pompuan lebih sensetif laaa.. So pompuan la yg perlukan penghargaan lebih. kaum lelaki ni kadang2 sensetif tak bertempat. Menyampah!

p/s: Tak sabar nak tunggu posting mengenai “WANITA tinggalakan Lelaki” plak..

Reply

7 Putera December 15, 2008 at 8:19 pm

Ala jangan la bergaduh..hehehehehe Lelaki pompuan both of us memang perlukan PENGHARGAAN nih.

awesome article! two thums up to Team Seni Cinta! :)

Reply

8 A. Fahd Team Seni Cinta December 19, 2008 at 5:21 pm

Mansor: Memang lelaki perlukan penghargaan.. kaum hawa perlukan juga :)

Eryna: Actually kalau nak cakap pasal sifat sensetif nie, ada kajian menyatakan memang kaum wanita yg lebih sensetif. But still lelaki miliki sifat sensetif cuma kurang sedikit berbanding wanita.

Putera: yup… betol tu bro.. both needs appreciations. Thankz :)

Reply

9 puteri salju86 January 5, 2009 at 6:33 am

sememang nyer lelaki perlukan pengahargaan dr seorang wanita.terutama bila dia terlalu sayang..tapi bila pompuan mula x kisah ttg hati dan perasaan laki.jalan terbaik angkat kaki…je la..

Reply

10 reeas09 January 14, 2009 at 12:02 pm

waaa….
mmg btol..lelaki mmg desparate kan perhatian dari pompuan..
saya pn baru lalui dari pengalaman bf layan pompuan lain..
mmg terseksa..tp bile pk balik..saya pn ada salah..
saya tak fokus kat die..xberapa lyn..
tp azam baru ni..
saya cube usaha untuk buat yang terbaik perbaiki kelemahan..(mungkin boleh praktik menjadi isteri yang solehah)
die pun sama berubah demi masa depan hubungan kami..
tapi semua nya ketentuan Allah..
yang mampu kami buat adalah..usaha,doa dan tawakal..

Reply

11 farina January 15, 2009 at 9:37 am

Aminn~~~

Apa yang penting, suami isteri hendaklah saling mempercayai dan menghargai antara satu sama lain.

Buat reeas, semoga kekal bahagia :)

Reply

12 leen January 23, 2009 at 3:27 am

tp…sy dh wat yg terbaik utk die..knape die ttap tnggalkan sy?pdhal dulu die yg memujuk sy suh kapel…knape skrg jd mcm ni?sedih….

Reply

13 ira February 23, 2009 at 7:06 am

hmmm….hazwan….mcm mana kalau penghargaan diberi sepenuhnya pada lelaki itu…tp lelaki itu menerima secara nak tak nak…apa yg patut wanita buat lagi??

Reply

14 Team Seni Cinta February 24, 2009 at 3:34 pm

Kepada leen dan ira, kadangkala kita tidak menyangka bahawa lelaki tetap meninggalkan kita biarpun kita dah beri bermacam-macam ‘penghargaan’.

Kadangkala kita juga tidak menyedari bahawa penghargaan yang kita beri kepadanya memberi impak terus ke hatinya.

Nasihat saya, senaraikan penghargaan yang pernah anda beri kepadanya, dan ingat kembali, apakah responsnya saat anda memberi penghargaan kepadanya.

Anda pada tahap ini seharusnya, dah mula pakar untk mengetahui (calibrate) respons dari pasangan anda untuk mengetahui makna komunikasi anda tadi.

Dont giv up, but dont try the same thing over and over, change ur approach :)

Good luck!

Reply

15 nadye April 10, 2009 at 3:28 am

tp kn..npe bf aku cuke wat cm aku x wujud jew..
aku x pnh rse d hargai pown..mybe dye bz study..pompuan pown perlu rse d hargai..bknye laki jew..sakit jiwa aku..

Reply

16 rin coco April 17, 2009 at 3:47 pm

rasanya… sebab2 di atas is applicable to both men and women..
guys, bukan pompuan je yg perlu jaga ketrampilan diri utk suami, lelaki juga kena la segak utk isteri..
dua2 pon perlu saling menghargai…

marriage is a partnership..

Reply

17 santarosa February 15, 2010 at 9:29 am

BF sy tlalu sibuk dgn kerja dan bnyk wktu diluangkan hny dgn kerja..pendek kata gila kerja.alasannya untuk mencari kesenangan buat sy dan anak2 kmi akn dtg. kesibukannya dgn kerja terkadang mbuatka sy begitu bosan dan sering termenung sendiri ttg masa dpn kami… boleh tak tlg bagi bagaimana untk sy mhadapi BF yang gila kerja? tolong la…sy sygkan hubungan kami tp xtau nk buat ape:’(

Reply

18 cik dayot July 1, 2010 at 12:52 am

haah….tp pempuan jrg tgglkan lelaki walopun dorg selalu x di hrgai…tu knpe plak ek?? tuk di hargai kne lah mghargai..so?nota2 di ats hnye mnyatakn situasi bile lelaki tak dihrgai..tak plak mnyentuh ‘mngapa’ lelaki x dihargai..
so mngapa agaknya..?

Reply

19 syahirah August 9, 2010 at 7:03 pm

sy bawu jerw kapel 3 ary..tapi dierw daa wat hal..xcontact sy langsung pon..msa mulerw2 dyerw cam serius aw..dya penah ckp..walopon dyerw bkan islam n sy islam..dya tetap sygkn sy gilerw2 punyerw..hurmm..sy pon tawu larh..

Reply

20 mieka November 22, 2010 at 12:21 pm

sya …ada dua pilihan 2 orng lelaki y mncntai sya..
tpi sya ko bngn
sbb x dua 2 sygkn sya..
klo sy pilih yg dewasa ni memang hdup sya ..sngt bahagia
tpi klo sya pilih yg mda …ni x tentu mk sya skakan sya

Reply

21 Syakira March 19, 2011 at 11:52 am

Dia laki yg pling brmkna dlm hdup sy.dlu stiap minggu dia 2-3 kali kluar sma.sjak da sowg pmpuan muncul dan sgup bnuh dri untk pkwe sy,dia jdy kliru.dia jenis lawk dan ssuh nk brbncang.skrg dia biarkan sy mnunggu dia.langsung tk msej dn tak tlfn..ape yg ptt sy lakukn? Sy ckup jjr dgn dia tpi dia ssh ego x nk bncang..

Reply

22 lynn77 June 1, 2011 at 10:15 pm

You don’t have to be the best but just to do your best..so kalau you all da buat yang terbaik tp x dihargai..let it be..jangan frust..buat ape nak hargai orang yang x menghargai kita..bukankah pun kita patut dihargai oleh orang yang kita hargai..kerana diriku begitu berharga..chiow :)

Reply

23 syakila September 20, 2011 at 6:15 pm

saya mempunyai seorang kekasih yang pada mulanya merupakan kekasih yang begitu caring sekali,namun sejak kebelakangan ini semuanya menjadi hambar dalam hubungan kami.saya try yang terbaik tuk membaiki hubungan kami tapi dia tetap dengan perubahan nya..ya ALLAH,berikan lah hamba mu kesabaran dalam menempuhi dugaan ini..amin amin amin ya rabbal alamin…;(;(;(

Reply

24 aliyada November 20, 2011 at 1:13 pm

sya nerindui seorang insan mi yg sememangnya bernama lelaki.. sya tak thu knapa syer msih mnuggu dan trus mnunggu jwapan dan kter ptus dari nya. Hubungan kami tergantung mcan tu jerk since dyer da ader kjaya tetap d bhagian mkerting kt bank. KekaDANG ati raser terkilan dan bodoh kerana ibarat mnggu blan jtuh keriba,,, SEBELUM KAU BERJAYA. AKU LA TMPAT KAU BERCErita. NENGhilangkan rasa bosan dan marah mahupun kekecewaaN mu kerana ditggalkan buah ati,,,tp kini kau sepi..
Dr Cinta SYER keliru SIAPA SYER SBNARNYA DHATI NYA.. kwaN/ KEkasih / SEBUAH PULAU hanya utk persingahan..
apa makna disebalik perassan RINDU dan Sayang yg sye rase slamer ini.. perlukah syer mmberi ruang ati ini, dan peluang utk lelaki len,…

Reply

25 jiwa kopiues January 9, 2012 at 9:49 pm

tapi pempoan pun dahagakn perhatian,, kasih syg,, n pling penting di hargai,
saya skrg dalm dilema,, bf sy sllu curg,,apa yg sya wat tok dea ,dea xpna nak hargai,,saya kadg2x naik give up,

Reply

26 orkid February 10, 2012 at 11:35 pm

good notes…syabas! saya belajar sesuatu pada hari ini..terima kasih.

Reply

27 amy92hanz March 10, 2012 at 4:29 pm

herm,memang serupa situasi saya sekarang…bagai mana dia nak pahami kita sebagai lelaki

Reply

28 leha May 28, 2012 at 11:17 am

betul betul betul…

Reply

29 fatin aqila July 8, 2012 at 3:54 pm

sy mpunyai se0wg kksih yg cgt prihatin,caring thadap sy..tp tu sume dlu..skarng x lg..bf sy lyn sy endah x endah jep..mcm skrang da x dhargai..ap2 je sy buat slalu kena mrah..sy kadg naik give up gak ng prangai bf sye..sy pn prlu kn ksih cyg..

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: