Mari Mencari Cinta Sejati! :)

by AF Hazwan on September 16, 2010

Salam Sejahtera Pembaca Budiman! :)

Saya sedang membalas emel, komen di blog dan juga mesej facebook anda apabila saya tersedar satu trend. Dalam banyak-banyak permasalahan dan soalan cinta yang saya terima, saya dapati soalan yang saya terima dari wanita, sama banyak dengan yang saya terima dari lelaki.

Ada wanita A menulis kepada saya meminta nasihat kerana ditinggalkan kekasih, ada pula lelaki B yang turut memberitahu perkara yang sama kepada saya. Lelaki C pula meminta nasihat bagaimana untuk berkenalan dan dengan perempuan kerana beliau seorang pemalu, dan wanita D pun mempunya masalah yang sama dengan lelaki C!

Dalam hati saya terdetik, alangkah bagusnya jika saya dapat perkenalkan Lelaki C dengan Wanita D, Wanita B dengan Lelaki A? Bukan begitu? :)

Ada juga mesej yang saya terima bertanya, “Ada lagi ke lelaki baik di dunia ni?” dan ada juga mesej seperti, “Saya sangat setia dan layan dia seperti tuan puteri, tetapi dia tinggalkan saya untuk lelaki lain”.

Bukankah indah jika AF Hazwan dapat memperkenalkan kedua-dua insan di atas? :)

Oleh itu, saya perkenalkan “Mari Mencari Cinta Sejati!”

Begini;

Saya menerima banyak soalan dan permintaan dari ramai jejaka dan gadis yang pada pendapat saya sangat baik. Ada di antara mereka yang tidak dihargai oleh pasangan dan ditinggalkan, dan ramai juga yang pemalu dan tidak tahu bagaimana untuk mencari jodoh ataupun cinta.

Jadi biar AF Hazwan bantu. :)

Saya akan lihat keserasian di antara 2 responden, dan akan “match” kan anda! :)

Dan jangan bimbang, tidak ada komitmen diperlukan, AF Hazwan cuma akan memberikan alamat emel anda kepada si dia. Anda tidak akan dipaksa untuk menerima cadangan AF Hazwan. Anda sendiri yang akan menentukan sama ada anda mahu meneruskan perhubungan tersebut ataupun untuk mengatakan tidak berminat (seperti ItsJustLunch.com ~cuma anda tidak semestinya berjumpa. Jika dari emel2 si dia, anda sudah tidak berminat, anda boleh untuk tidak melayannya lagi). Ini cuma salah satu cara AF Hazwan untuk membantu.

Cuma satu syaratnya, anda mesti jujur dan berjanji untuk menghargai pasangan anda jika anda berdua bersetuju untuk pergi lebih jauh! :)

Berminat? Bagaimana cara untuk turut serta?

1) Pertama, anda boleh menghantar emel ke info@senicinta.com dengan subject line; “Berminat!”. :)

2) Sertakan sedikit biodata ada. Maklumat mesti betul ya. Nama samaran tidak akan diterima. Oh ya, hanya orang yang bujang/single sahaja akan dilayan!

3) Jika anda mempunyai Facebook ataupun blog, sertakan sekali linknya. Jika anda tidak mempunyai FB atau blog, sila sertakan beberapa gambar anda yang terbaik.

4) Kemudian tunggu sahaja emel dari AF Hazwan. Jika saya mendapati ada calon yang sesuai untuk saya perkenalkan kepada anda, saya akan emel! Mudah saja bukan? :)

Ingat, ini adalah sebahagian dari proses mencari cinta. Pastikan biodata anda menarik untuk menawan si dia untuk jatuh cinta kepada anda. Si dia berhak untuk menolak diperkenalkan kepada anda jika mereka dapati anda bukan taste mereka! :)

Good luck!

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 39 comments… read them below or add one }

1 aisya September 27, 2010 at 1:05 pm

hai… sy sdg mncari cinta sejati.
blh kite brkwn? call la 0148044693

Reply

2 joey July 3, 2011 at 11:43 am

dah jumpa ke blum?

Reply

3 fairuz April 18, 2012 at 12:40 am

tol ke 6br nih

Reply

4 atikahjanis September 27, 2010 at 8:09 pm

erm..cadangan yang bek gak tu.. mana tau menjadi. cuba try satu dulu=)

Reply

5 Im Jitra September 30, 2010 at 2:39 am

Cinta & duit… 2 perkara utama yang difikirkan manusia. Semua orang mahukannya…
Bagus program ni jika kena dengan pesertanya…
Harap ada yang akan dapat jodoh di sini…

Reply

6 me October 13, 2010 at 1:20 pm

ssh nk cri cinta sejati jika rupa dan harta jd ukuran..jd biarlah
cinta tu dtg sdiri .. dr terus terluka ..

Reply

7 kirana ilmi November 19, 2010 at 8:02 pm

cinta tu bknnye dri kata2 kerana cinta yg dtg dri kata2 adalah nafsu manusia… biarlah cinta tu dtg dri keiklasan yg direhdai allah

Reply

8 army December 1, 2010 at 2:28 pm

bia btol???huhu

Reply

9 hani January 18, 2011 at 8:56 pm

Salam, nak tanya.. ramai x yang join?
Saya diantara yg sedang mencari2 jugak ni,, hehe.. :P

Reply

10 khairul January 30, 2011 at 8:09 pm

aku bukan lelaki yang mudah membuka hati untuk menerima cinta yang lain…

Reply

11 nurul June 5, 2011 at 9:11 pm

salam..yeke… mmg susah nak jumpe lelaki yg betul2 setiapada cinta lamanya..tp mengapa menyiksa diri sehingga xnak memberi peluang pada diri sendiri sekali lg?

Reply

12 KK August 25, 2011 at 2:59 pm

sy bukan pmpn yg mudah utk jatuh cinta …

Reply

13 aja February 2, 2011 at 1:37 pm

1st time aja view blog nie…
sgt2 menarik…
byk info ttg cinte…

Reply

14 da-dar February 22, 2011 at 2:53 pm

erm,zaman skarang ne susah nk crk true love,kadang rase mcm da jumpe,tapi biler tgah bahagia,rase mcm yes inilah org nyer,laen plak jdk,tu la org ckp,kalau bkn jodoh,kan,takdir tuhan siape la kiter ne nak halang…cinta sejati…subjektif…hope sgt saya akn jumpa jgk 1 day

Reply

15 Vya March 9, 2011 at 8:23 am

5lama ini q lum tau N dmn Yg namanya Cinta 5ejati itu berada…,,

Reply

16 azura March 16, 2011 at 7:19 pm

assalammualaikum…nk join leh,bnyak nk kongsi niii

Reply

17 Yan May 1, 2012 at 8:03 am

Waaalaikumussalam

Reply

18 As May 17, 2011 at 10:08 am

interesting!!!!!

Reply

19 eeta90 May 21, 2011 at 12:36 pm

salam…cinta sejati sukar tuk d cari….

Reply

20 eyna June 20, 2011 at 2:12 am

salam…bagaiman nak melupakan kekasih lame..bile kite kte kn xnk ingt dy..xnk berhubung dgn dy..bkn marah tp xnk mengharap..tp..dgn serta merta dy dtg dlm mmpi,,msg..calling…nper?…

Reply

21 eena June 28, 2011 at 10:14 am

salam eyna, saya juga baru beberapa bulan ptus dan hari ni saya dapat tahu dia dah ada prnganti..Lepas dia cakap dia nak kahwin dgn saya tahun depan, n belum sempat saya bagi jawpan saya dapat tau dia dah ada penganti.. Memang saya cuba terima kanyataan tu, tapi hati saya tak boleh nak tipu…Sekarang saya cuba untuk lupakan sepenuhnya… Nak lari dari dia memang saya tak boleh sebab saya masih lagi ada urusan kerja dgn dia.. Kalau nak tny tentang hati saya, saya memang betul2 kecewa lepas dia bg harapan pada saya n serta merta dapat penganti … Tuhan saja yang tahu betapa terseksanya dia buat saya cm ni… Memang saya yang minta putus lepas dia cuba elak dari saya..dan sikit demi sedikit dia bongkar kan penipuan dia selama 3 tahun kami bercinta…

Reply

22 imia August 9, 2011 at 10:00 am

salam..eena masalh awk sama dgn saya..cuma yg beza gf dia yang msg n bagitau saya hal ni..saya anta msg pada ex untuk tau hal sebenar tapi dia diamkan diri..sikit pun dia tak jelaskan pada saya..saya rasa sgt tertipu selama 3 tahun mcm2 kami dah lalui..dan dia ada burukkan sy pada gf dia..gf dia warning sy jgn ggu ex lagi. gf dia ckp dia penah bgitau sy yg dia ada gf lain..tapi dengan nama Allah sy tak penah tau hal ni. kalau tau..dah lama sy undur diri..sy sgt kecewa dgn apa yg terjadi. Sia-sia je sy percayakan dia selama ni.

23 iersha September 3, 2011 at 9:39 am

same like me….x tau la camne nk ckp…tlalu syg n cye pd boy smpai die curang pn sy x tau….planing nk tunang lpas rye cine ni…tp nampaknye x jd kenyataan….jnji2 manis je lbh…kt pmpuan lg 1 pn sme,sbb tu pmpuan tu sanggup terima walaupun boy sy da der sy..bnyk kli mta clash tp die kate x sanggup pisah n nk dgn sy smpai akhir hyat,sy lum mati pun da curang…x tau nk kte pe…ble mta die tgalkn pmpuan tu die diam…ble kne desak bru ckp ok…tp x smpai smiggu kantoi lg msih berhubungan ngan pmpuan 2 lg…sy bnyk bertahan sbb fmily die bnyk bg suport….ati tawar,ble dlm hp slalu gdo n x pcaye kt die…die wat cam x de pe2 yg jd…pmpuan 2 pun msih cntact boy sy lg smpai skrang…x tau nk halang camne…pmpuan tu plak kate boy sy kte sy terhegeh kt boy sy 2,rimas pmpuan cam sy….pdahal die yg slalu wat2 bek ngan sy,ble mta clash x pna nk lpaskn….besar pengorbanan cinta ni kn…sanggup disakiti untk ptahan kn cinta yg x tau smpai ble…

24 iqa August 26, 2011 at 11:09 pm

hhmm .. eyna … mslh awk sme gn sy ! br je sebulan break … sy bkn benci … tp die dh lepas kn sy , dh x nk sy … tp still contact2 sy … sy xtau ape mslh die … dh x nk wt la care x nk … tp kate die … die syg sy lg ! masuk akal ke ??? hhm , now … alhmdulillah … bile sy kuat kn ati … keras kn ati x nk kt die lg , x nk mghrp pape … slow2 die keluar dr hidup sy … tp parents x tau lg hal nie … cume … sy x nk mgharp yg die bleh dgn sy …

Reply

25 Adria Adra June 30, 2011 at 2:07 am

ok jgak..natw r ley jumpa cinta..

Reply

26 rikameika July 10, 2011 at 12:36 pm

hahhaha..nk join jg..br2 ni aku jumpa laki yg lari dr aku..aku pun pelik sb obvious sgt..padahal aku bt besa je stp kali jumpa die..wahai kaum lelaki,tlg jwb kenapa die lari dr aku…bkn sekali tau tp 3kali…huhuhu…inginkan kepastian:-??

Reply

27 sarah August 9, 2011 at 9:16 am

Erk…serius? baru je view blog ni. Tu pun sebab nk buat entry pasal cinta kat blog. Tp macam x layak plak sebab sifu da ada kan.huhhuhu

Reply

28 elle October 10, 2011 at 11:55 pm

susah nk jmpe cnta sejati zaman skang

Reply

29 dainlin November 15, 2011 at 9:20 pm

dah berkali mencuba tapi tetap ..lelaki yang saya jumpa tak jujur dan paling last saya membuka pintu hati saya ..saya bercinta dengan sepupu saya ..tapi cinta kami putus seb mak tidak menyukainya.seb segala masalh yg sya hadapi sering sya ceritkan kat ex sya aitu cousin saya..tapi sejak berape bulan ni dain balik cuti semester .bila jumpa dia terasa macam cinta kami kuat wlaupun dia pernah ckap yg dia dah tak sayang tapi bila tgok muka dengan cara dia .dan perasaan dain pula rasa yang dia masih sayang..seb dia yang jatuh cinta kat dain.bila mak ckp mcm tue .dain lebih mjaga hati mak.dan dain rasa dain patut dapt nasihat dari anda

Reply

30 qasehku November 18, 2011 at 10:51 pm

ingin mencari di mana cintaku

Reply

31 ctaisyah December 15, 2011 at 11:03 pm

blog ni mmg sgt mencuit hatiku… (n_n)

Reply

32 search engine marketing February 1, 2012 at 7:59 pm

6. Kekayaan dan harta benda saya habis digrogoti cewek matre? Itulah cara mencintai yang tepat yaitu memberi “zakat” kepada wanita. Bekerja keraslah lagi supaya anda dapat memberi “zakat” kepada cewek-cewek matre lainnya. Masih banyak kok di negara ini!

Reply

33 riena February 26, 2012 at 8:08 pm

susah nak berbicara soal hati dan cinta nie…..klu fikirkan kesunyian mmg nak sngat bercinta….sbb bercinta tu kan indah….tpiii, susah nak mencari pasangan yang betul2 mencintai kita seadanya….zaman sekarang cinta dan perkahwinan seakan dah menjadi satu keperluan…dah capai satu umur yg wajib kahwin, kita akan disuruh berkahwin….so, bila rasa2 dah jumpa, couple sekejap terus kahwin….bila dah kahwin, bercerai…@terpikat dgn suami orang@isteri orang….ader tu dah kahwin tpi still nak ader skandal…xpun cari skandal….apa makna perkahwinan zaman sekarang nie?ermmm…by the way, setuju sangat dgn cadangan AF Hazwan….maklumlah, dia kan menerima byk komen2 berkenaan cinta…so, niat AF Hazwan patut dipuji….;))

Reply

34 laila March 4, 2012 at 12:21 am

bleh percyya ni ??
bukankaah jodoh pertmuan di tangan tuhan?perlu ke kita terburu2 mncri krne kita tak face to face dgn org tu dlu?
maaf lah andai saya salah ckap. tpi kita hrus percya pda tkdir tuhan yg mnjanjikan jodoh stiap mnusia jdi jgn risau atau khuatir ok..

Reply

35 maziah binti kintan March 31, 2012 at 12:56 am

berminat

Reply

36 cinta kayangan April 27, 2012 at 11:09 pm

HTML haii aku bosan dgn cinta…aku juga pnt mnjwb soaln2 yg selalu kuarga ku tnya..umur aku bru 23 thun adakh aku lyak untk trima cinta ,,padahal cinta xprnh ujud dlm hidp aku..

Reply

37 internet marketing May 30, 2012 at 12:59 pm

Beruntunglah lelaki itu dan beruntungkah wanita yang berkahwin dengan lelaki itu dan beruntunglah juga wanita yang sudi BERMADU dengan lelaki ahli shurga itu….

Reply

38 Panama June 30, 2012 at 6:45 am

Boleh cuba-cuba guna ok untuk wanita. Mungkin boleh juga untuk digunakan oleh lelaki kepada teman wanita anda/ isteri.

Reply

39 silver account July 15, 2012 at 9:31 am

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: