Mengapa Lelaki Pergi Setelah Anda Meluah Perasaan?

by AF Hazwan on March 12, 2010

Jatuh cinta adalah suatu perasaan yang indah sekali. Apa tidaknya, kita menganggap jatuh cinta adalah satu anugerah atau bonus yang datang pada waktu yang tidak kita sangka. Kejutan, harapan dan kenikmatan yang dialami membuatkan kita tersenyum seorang diri.

Bagi kaum wanita, adalah tidak mudah untuk jatuh cinta kepada seseorang, lebih-lebih lagi jika sebelum ini anda pernah dikecewakan. Ada yang sudah jemu dengan kaum lelaki, ada yang sanggup menutup pintu hatinya pada insan lain.

Tetapi…

…bila hati itu sudah dibuka oleh seseorang yang sungguh istimewa dan anda menganggap si dia adalah THE ONE…

…maka sudah tiba masanya untuk anda meluahkan perasaan anda terhadapnya.

Namun, langit tidak sentiasa cerah dan pertanyaan hati ini tidak semestinya akan terjawab. Anda mengambil langkah berani untuk mengeluarkan isi hati anda terhadapnya dengan harapan cinta anda dibalas.

Tetapi, si dia mula berubah dan menjauhkan diri daripada anda. Apakah sebabnya?

1. Si Dia Tidak “Available” Dari Segi Emosional

Sesetengah lelaki hanya ingin mempunyai teman wanita dan ingin mengalami perasaan “merasai kereta baru”.  Mereka tidak ada niat untuk mencari pasangan serius (untuk masa hadapan dan selamanya).

Apabila anda memberitahu hasrat anda, si dia mula PANIK.

Lelaki yang tidak “available” dari segi emosional ini biasanya tidak sanggup untuk meninggalkan rutin kehidupannya yang bebas selama ini dan sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk terus berada di dalam ZON SELESA.

2. Si Dia Sedang Memikirkan Masa Depannya Dengan Anda!

Betul – ada kemungkinan!

Setelah beberapa lama mengenali anda, si dia mula melihat gambaran besar dan halatuju hubungan ini.

Si dia mula memikirkan kehidupan sosial, kewangan dan komitmennya terhadap anda jika ingin betul-betul serius terhadap anda.

Ini memakan masa dan kebiasannya akan menyebabkan si dia mengasingkan diri untuk menilai pelbagai kriteria sebelum serius kepada anda.

Dan di sinilah kaum wanita sering melakukan KESALAHAN.

Anda menganggap hubungan ini bermasalah dan menghabiskan waktu anda untuk memperbaiki perkara yang tidak sepatutnya dibaiki. Tiada kerosakan pun yang berlaku di sini. Anda ingin menyelesaikan masalah yang tidak wujud.

Akhirnya, si dia letih dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya dan mula melihat hubungan ini dari perspektif yang berbeza. Si dia merasakan sudah tidak sesuai dan serasi bersama anda lantas berhajat untuk meninggalkan anda.

Tragedi Bermula!

Begitulah 2 sebab mengapa lelaki meninggalkan anda setelah anda meluahkan perasaan anda kepadanya. Ada banyak lagi kemungkinan lain, tetapi 2 sebab di atas adalah yang biasa sekali berlaku.

Kita tidak pernah diajar bagaimana untuk mengatasi masalah sebegini di sekolah. Apabila terjadinya masalah sebegini, anda kelu dan tidak tahu untuk membuat keputusan. Silap haribulan, hubungan yang sepatutnya berjaya diselamatkan hancur lebur begitu sahaja disebabkan salah cara.

Sejak saya menerbitkan Ebook Seni Selamatkan Cinta, ramai yang mengatakan bahawa hubungan mereka dapat diselamatkan tanpa menggunakan khidmat kaunseling berbulan-bulan dan ikhtiar alternatif seperti menggunakan khidmat pak bomoh.

Bagi yang ingin mencari teman hidup tetapi ditimpa masalah seperti tajuk posting kali ini dan ingin mengetahui strategi berkesan bagaimana untuk menambat hati si dia agar menganggap anda adalah teman hidup yang dicarinya selama ini, Ebook Seni Mencari Cinta adalah jawapan kepada persoalan anda selama ini.

Jika anda tahu dan ingin berkongsi sebab lain mengapa lelaki meninggalkan wanita setelah wanita tersebut meluahkan isi hatinya, sila kongsi di ruangan komen untuk pengisian bersama :)

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 4 comments… read them below or add one }

1 faizah April 16, 2010 at 4:50 pm

saya minat dengan sorang mamat nie.. tapi alahai… dia nie sangat pemalu+pendiam.. saya tak berani bagi hint banyak2 kat dia.. tapi saya selalu pandang dia bila ada kesempatan.. saya rasa dia sudah perasan dengan habit baru saya yang suka merenung dia.. sebab kadang2 dia macam menjauhkan diri dari saya.. tapi hubungan kami jadi baik bila dalam facebook dan dalam sms… saya keliru.. apakah dia meminati saya juga? patut kah saya meluahkan perasaan saya nie?

Reply

2 Nrl Aqma April 17, 2010 at 11:32 pm

Thanks for the tips ,
now I found out why he did left me before .

Reply

3 so sad April 24, 2010 at 11:00 pm

masalah aku..aku plg benci kalo bf aku tak reti2 nk kol atau msg aku…
n aku boleh mgamok kalo xjumpa dia lebih dr seminggu…dia nye style memang cam ni dr mula aku kenal sampai r skang..dia tau aku tak le di wat mcm tu..lg aku mgaruk…tp dia tetap buat cm tu gak..yg aku pelik bile sejk akhr2 ni aku malas nk layan dia..dah mula meninggikn suara n mare2 baru nk pujuk..

pasal apa bile aku dah merajuk teruk bru nk pujuk..aku sakit ati…aku mtk putus..xnk plk lepaskn aku…tula lagi satu masalh dia…

yg plg bermasalah lg dia sebenarnye suami org..aku tak pernh mtk atau teringinkn suami org ni..tp ntah bile ngn dia ni aku bagaikan terpana..pasal..dia la lelaki yg paling baik yg aku kenal..aku dah berkali2 kapel n ptus..tak de sorg pun ok…dia ni je la sorg plg ok..dia baru umo 27..dia kawen dah lbh 5 thun…dia sorg yg baik..yg sporting,yg penyayang..tapi dapat bini yg bengong tak menghargai suami..nak kata bini tu cantik..huh!xcntik pun!sombong!bongkak!pemalas!bf aku selalu kena mare ngn bini pasal hal remeh..kecoh gile bini dia mentang2 anak org kaya…

nak kata bf aku ni jenis makan duit bini..masalahnye tak…bf aku sanggup bersengkang mata..keje…
bf aku kata..walau mcm mana pun dia takkan ceraikan bini dia walaupun bini dia mcm tu sbb dia ade anak sorg ngn bini dia..tau tak..bini dia lgsg tak nak main(buat hubungan suami isteri).bf aku ni bukn suka buka pekung bini dia..tapi adela kantoi aku dpt tau..aku cam pelik pasl apa bf aku le tahan ngn bini dia..itu aku tak nak campur hubungan laki bini tu…yg plg penting hubungan aku ngn dia..

aku beberapa kali mtk putus ngn dia..tapi dia tak nak…n aku sendiri pun xle nak lepaskan dia..aku tak jumpa laki sebaik dia..kalo le..aku nak kutuk bini dia..pasl pe wat suami cam tu..aku menangis terkenangkan perbuatan bini dia kat dia..sampaikan kekadang aku rase..tak pe la..biar aku yg sayang dia..n aku layan dia..belai ke pe..tapi tak sampai tido ngn dia pun..huhhu..dosa tu..

apa pendapat..bagila aku nasehat n petunjuk…sku tak tau nak cite kat sapa..pasal kami wat biz m.l.m yg sama..setiap kali jumpa time meeting..kami buat biasa2 je..xnak kantoi hubungan ni…aku tak tau sampai bile le bertahan…aku sedih…

Reply

4 fatin July 6, 2010 at 12:00 am

da luahkan hati pun kat die. mslhnya masing2 belum penah bercinta so hubugan ni sekadar mengenali hati budi. tp kami msg2 jauh. wlpn die x mengongkong sy. yela, xkapel pun.. tp kdg2 rse sedih gak sbb die mcm biasa2 je layan kta. wlpn sy pun wat mcm tu kat die. wlpn kesibukan die lbh berbanding sy sbb die pelajar perubatan dan stdy oversea.. tp xkan la msg pun xsempat. huhu. baru skng sy rse situasi ni bila org yg kta syg wat cam ni… tawar hati..=(

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: