Michael Jackson Meninggal Dunia – Kematian Yang Sukar Dilupakan

by AF Hazwan on

Apabila saya mendengar Michael Jackson akan buat ‘comeback’ menjelajaah kembali dunia yang telah lama ditinggalkannya untuk mengadakan lebih 50 persembahan di London Arena 13 Julai nanti, saya berasa amat gembira. Akhirnya ‘King Of Pop’ ini akan memberi sinar baru kepada dunia yang semakin lumpuh ini.

Wajah Awal Michael Jackson

Wajah Awal Michael Jackson

Malangnya Michael Jackson telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Berita kematian Michael Jackson menggemparkan seluruh dunia.Tetapi, musiknya akan tetap bersama kita selama-lamanya.

Tidak kira anda menyukai atau tidak menyukai Michael Jackson, beliau telah menyentuh perasaan dan memberi inspirasi kepada jutaan insan di seluruh dunia.

Jika anda kurang menyedari fakta ini, pergerakan yang diasaskan oleh Michael Jackson “Heal The World” telah menyedarkan dunia tentang kepentingan untuk menyelamatkan Bumi dan menerapkan sifat kemanusiaan di seluruh dunia. Sebabnya beliau terlalu berpengaruh sehingga jutaan orang di seluruh dunia mendengar dan mematuhi mesejnya.

Saya juga percaya Michael Jackson telah banyak membantu badan non-profit dan membantu jutaan insan-insan yang mengalami masalah melalui tabung dermanya.

Tidak semua orang seperti Michael Jackson, saya dan anda memahami situasi ini.

TETAPI MENGAPA MENUNGGU SEHINGGA SESEORANG ITU SUDAH TIADA UNTUK MENGHARGAINYA?

Apabila Michael Jackson meninggalkan kita, saya percaya kebanyakan dari kita tiba-tiba menghargainya berlainan pada masa beliau masih hidup. Orang yang sering mengkritik beliau juga akan berhentu berbuat demikian.

Jika anda hendak menghargai si dia, hargai si dia sekarang juga.

Jika anda hendak berhenti mengkiritk si dia, hentikan sekarang juga.

Jika anda hendak berhenti marah kepada si dia, hentikan sekarang juga.

Jika anda hendak menyelamatkan cinta anda, laukan sekarang juga.

Hey, jika anda hendak buat diri anda dan si dia gembira, lakukan sekarang juga.

Jika tiada orang yang meninggal dunia di sekililing anda, ketahuilah bahawa masa berlalu dengan pantas, dengan sekelip mata orang yang nampak ceria dan sihat, boleh meninggalkan kita tanpa mengucap selamat tinggal terlebih dahulu.

Sungguh menakutkan, sebab itulah jangan ambil ringan di dalam usaha kita untuk menghargai orang. Saya tidak ingin menakutkan anda, tetapi sedang ingin mengingatkan diri saya sendiri agar tidak mengambil ringan akan orang di sekeliling saya.

Michael Jackson, meninggal dunia pada hari Khamis 25 Jun 2009, pada umur 50 tahun. Kematian mu mendapat segala penghormatan untuk bakat, sumbangan dan pergerakan “Heal The World”

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 6 comments… read them below or add one }

1 Awang Itu Cinta June 26, 2009 at 8:21 am

Al- Fatihah…

Saya bukanlah peminat fanatik MJ.. Tetapi Saya membesar dengan lagu “Heal The World”… Kali pertama mendengar lagu ini saya terus suka.. Kagum dengan personaliti dan nyayian beliau..

Melihat dan mendengar video di atas agak sayu apabila kita sedar MJ telah tiada.. Semoga allah mecucuri rahmat ke atas sumbangan dan pemergian beliau.. :)

Reply

2 jojo June 27, 2009 at 2:38 am

pembetulan: MJ meninggal bukan 25julai tp 25JUNE

Reply

3 nabella June 27, 2009 at 3:53 am

ble tgok kip video MJ pagi tadi kat astro hitzz..cam xcaye jerk y dier dah pergi mninggal kte..tbe2 rse sbak plak!!!

Reply

4 tasyha July 1, 2009 at 3:11 am

btlla ko kte 2..ak ske sgt lgu beat it 2

Reply

5 AF Hazwan June 27, 2009 at 4:52 am

Jojo, terimakasih dengan pembetulan tersebut. Sedih sampai tersalah tarikh lak.

Nabella, dunia memang merasai kesan peninggalan MJ, bukak radio pun lagu MJ je dimainkan.

Reply

6 cinta_bertasbih September 8, 2009 at 3:44 pm

sya pminat M.J sjak kecil.. lagu2 kgemaran sya sprti speechless, u r not alone, billie jean, smuanya masih trphat d igtn.. ksh sygnya pda dunia & kanak2 amt mnytuh hati sya..

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: