Panduan Ringkas Seni Berbual Mencari Cinta

by AF Hazwan on

Salam sejahtera pencinta sekalian.

Kembali Bersinar

Jika anda perasan, sudah agak lama saya tidak update kandungan blog Seni Cinta ini. Ini disebabkan saya sibuk menguruskan beberapa hal peribadi dan juga perniagaan saya ( Lihat, hidup saya bukan jiwang karat saje :) ).

Oleh itu, pada posting kali ini, saya hendak mengajak anda bersama-sama merenung dan mengingati saat hidup anda sedalam-dalamnya setelah anda membaca soalan ini :

Mahukan anda mempelajari seni berbual yang membolehkan anda memulakan, mengekalkan, dan mengakhiri perbualan dengan hebat lebih-lebih lagi dengan insan istimewa yang berada di hati anda sekarang- tidak kira anda sudah berpunya atau sedang mencari pasangan istimewa?

Keluar Dari Kelompok Kumpulan Biasa

Jika anda sedar, kebolehan seseorang untuk berbual adalah faktor utama yang memisahkan dirinya dengan sekelompok insan lain yang tidak mempunyai kebolehan untuk berbual. Seni berbual yang saya maksudkan di sini adalah kebolehan untuk memulakan perbualan, mengekalkan perbualan, dan mengakhiri perbualan dengan impak yang secukupnya. Pendek kata, seseorang yang mempunyai kebolehan berbual akan membuat orang yang terlibat sekali di dalam perbualan itu merasai satu aura dan energi positif terhadap insan yang memulakan perbualan tersebut.

Mengharapkan Sesuatu Yang Mustahil

Saya tahu, ada di kalangan anda yang membaca tulisan ini sedang berada di dalam situasi yang tidak senang duduk, anda merasakan satu keindahan…

…hati anda sedang memanggil-manggil namanya, fikiran anda asyik terbayang wajahnya, segala perbuatannya anda boleh ingat dengan mudah sekali, tapi…

…anda tidak mampu berbuat apa, kerana satu-satu benda yang menghalang anda sekarang ini adalah…

…anda tidak tahu bagaimana memulakan perbualan! Jika tahu pun, anda takut perbualan anda menjadi hambar, kosong, dan membosankan – sesiapa pun akan menjauhi anda sekiranya anda tidak mampu memaut mereka dengan teknik perbualan yang betul.

Berhenti! Saya akan kongsikan 3 teknik rahsia seni berbual untuk anda latih dan lakukan serta merta mulai dari saat selepas anda habis membaca artikel ini.

3 Strategi Seni Berbual Mencari Cinta

1. Beri Tumpuan Kepada Pihak Kedua

Teknik pertama yang saya hendak anda betul-betul sematkan di dalam minda anda adalah, beri tumpuan dan fokus terhadap pihak kedua iaitu si dia.

Dale Carnegie, pakar komunikasi prolifik pernah berkata, ” Adalah lebih mudah untuk berminat terhadap seseorang daripada membuat seseorang itu berminat terhadap kita”.

Betapa benarnya kata seorang pakar komunikasi lagenda di atas kan?  Saya setuju dengan pendapatnya.

Jadi, mulai harini, saya nak anda beri tumpuan terhadap insan yang terlibat di dalam perbualan dengan anda. Anda harus belajar menjadi pendengar yang baik. Anda dengar betul-betul apa yang si dia perkatakan dan jika anda mendapati ‘point’ yang anda boleh masuk, baru anda masuk.

Ramai lelaki pemalu keliru apabila diberi nasihat untuk mendengar. Pada anggapan mereka, mendengar itu setakat mendengar. Itu sahaja. Apa yang saya hendak anda mula lakukan adalah, mendegar secara aktif atau dalam bahasa Inggerisnya “Active Listening”.

Bagaimana hendak melakukan “Active Listening”? Begini caranya.

Seseorang yang terlibat di dalam perbualan, secara sifat kemanusiannya, suka bercakap mengenai kisah diri sendiri, itulah lumrahnya. Jadi anda sebagai pendengar yang aktif, and sudah menjimatkan beberapa isi topik perbualan, kerana pihak kedua sibuk bercerita. Tugas anda pada fasa ini adalah untuk memberi sentuhan ajaib seperti :

“Wow..”

“Oh yeke?, menarik tu”

“OK, teruskan…”

“Selepas tu, apa yang berlaku?”

No way!”

Perkara yang paling menarik tentang teknik ini adalah, jika anda menguasainya dan bijak untuk memberi sentuhan ajaib anda di dalam sesebuah perbualan ( ibarat mencampak rempah ratus di dalam masakan), pihak kedua biasanya tidak sedar bahawa merekalah yang paling banyak bercakap di dalam perbualan tersebut, tambahan, si dia merasakan bahawa anda ni seorang yang cool, mudah didekati dan ‘friendly’ ( label seperti ini adalah langkah pertama anda untuk menawan hati si dia).

2. Jadilah Pemimpin Di Dalam Perbualan

Satu fakta dan hakikat yang tidak semua orang tahu adalah :

“Manusia sentiasa mencari seseorang untuk diikuti”.

Berkurun lamanya, manusia mengabdikan dirinya mengikuti ketua dan pemimpin yang disanjunginya.

Begitu juga di dalam sesebuah perbualan. Jika anda tidak memain peranan sebagai pemimpin di dalam perbualan anda, jangan harap anda akan menikmati sebuah perbualan yang menarik. Perbualan anda akan menjadi hambar. Mati.

Biarpun anda sedang aktif mendengar, itu tidak bermakna anda harus diam sahaja ketika sesebuah topik sudah berakhir. Tugas anda sebagai pemimpin di dalam perbualan adalah untuk bersedia untuk memulakan topik baru atau secara senyap (under the radar) mengajak pihak kedua untuk terus bercakap dengan menggunakan teknik seperti yang dikongsi di strategi pertama.

Satu tips untuk memanjangkan dan mengajak si dia menyambung perbualan dengan anda adalah dengan bertanya soalan yang terbuka. Untuk menerangkan soalan terbukak, biar saya terangkan apa itu soalan tertutup terlebih dahulu.

Soalan tertutup biasanya ditanya dengan harapan untuk mendapat jawapan YA atau TIDAK. Contoh soalan tertutup adalah :

“Awak suka aiskrim tak?”

“Awak dah makan?”

“Hujung minggu nak pegi berkelah tak”?

Soalan tertutup seperti contoh di atas adalah jalan pintas untuk mematikan sesebuah perbualan. Habis cerita.

Soalan terbukak pula akan meransang pihak yang mendengar menghurai atau menjelaskan secara lebih dalam lagi untuk menjawab soalan tersebut. Ini kerana saoalan terbuka tidak memerlukan jawapan digital seperti YA dan TIDAK, kerana amat pelik untuk seseorang menjawab seoalan terbuka seperti, “Apa pandangan awak tentang cerita tadi?” dengan jawapan YA atau TIdak. Pelik bukan?

Jadi sentiasa bersedia untuk bertanyakan soalan yang terbuka yang boleh mengajak si dia untuk lebih melibatkan diri dengan perbualan anda.

3. Gunakan Pujian Sebagai Ganjaran

Pujian atau penghargaan adalah benda yang paling disukai oleh manusia, tidak kira secara langsung atau tidak langsung. Biarpun kita pernah melihat orang yang seperti tidak suka dipuji, sebenarnya jauh di sudut hatinya, ingin menikmati pujian dan penghargaan.

Jadi, di dalam perbualan anda, gunakan pujian dan penghargaan sebagai ganjaran untuk diberikan kepada si dia yang telah banyak bercakap (hanya anda yang tahu fakta ini :) ).

Contoh struktur ayat yang anda boleh gunakan untuk memberi penghargaan dan pujian di dalam perbualan anda :

“Awak tahu tak, awaklah yang lelaki/perempuan paling cool yang saya pernah jumpa di <tempat> ni”

“Kebanyakan <kumpulan> yang saya jumpa tidak pernah se <masukkan pujian> awak”

Apa pendapat anda? Menarik bukan 3 strategi seni berbual mencari cinta di atas. Setiap orang memang dilahirkan sebagai seorang pendiam dan tidak pandai berbual. Namun, zaman untuk berfikiran begitu sudah berakhir. Sekarang adalah zaman di mana kajian neorology dan psikologi telah membuktikan bahawa setiap perilaku dan kebolehan boleh dipelajari dengan strategi dan teknik yang betul ( Sila rujuk ilmu kajian NLP di internet).

Sedang anda membaca sehingga tahap ini, anda boleh merasakan bahawa betapa senangnya untuk mencuba ketiga-tiga strategi di atas kepada insan istimewa anda dan sesiapa sahaja.

Ingat, jika anda tidak melakukan apa-apa tindakan, maka peluang anda adalah kosong, ’0′, ZERO.

Tetapi jika anda sekurang-kurangnya berani mencuba setelah dilengkapi oleh ilmu saya saya kongsikan di atas, maka peluang anda tetap ada.

Mencari rakan lama untuk berbual

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 3 comments… read them below or add one }

1 hazman aka species1980 February 1, 2009 at 7:36 am

yess….tahniah kerana akhirnya hazwan berjaya update blog nie setelah sekian lama menyepi….info yang diberi amat berguna…

moga anda dapat luangkan masa update blog nie sekerap yang mungkin

Reply

2 Maria Natasha February 2, 2009 at 4:33 am

i ingatkan nak berbual tu boleh buat spontan je..heheh

Actually we need skill too. Especially kalau nak success in love relationship.

p/s: tips yang berguna untuk semua :)

Reply

3 Syeami94 September 7, 2010 at 4:16 pm

thank you! da lme sye crik teknik2 cmni.. arigato ozaimasu! terima kasih bnyk2 bang!

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: