Apa nak jadi dengan dunia artis sekarang?
Kita baru digembirakan dengan berita pernikahan Mawi dan Ekin sambil mengharap mereka boleh menjadi teladan positif kepada masyarat. Tetapi, yang sedihnya rata-rata hampir semua akhbar melaporkan bahawa Norman Hakim dan Memey Suhaiza,seorang artis baru (cun ke?) telah ditangkap basah di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana, Ampang.
Norman Hakim Curang?
Norman Hakim, suami kepada pelakon dan penyanyi Abby Abadi @ Arbaiyah Abdul Manan memberi kenyataan bahawa mereka hanya membincangkan urusan perniagaan di mana sebelum serbuan terjadi, perbincangan mereka turut disertai oleh 2 orang lagi yang kemudiannya balik ke rumah. Kebetulan ke Memey dan Norman sahaja yang tinggal di dalam pejabat tersebut. Kenapa tak Norman dengan pekerja lain atau Memey dengan pekerja lain ke?
Norman, selaku ayah kepada 3 orang anak comel, Mohamed Danish Hakim,Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim tetap mempertahankan pendiriannya bahawa mereka ditangkap ketika di dalam berkeadaan sopan(berpakaian, bukan boxer je) dan dia turut menuduh kemungkinan ada orang yang cuba mensabotaj dirinya. Itu katanya kepada JAIS.
Walau apa pun, kes ini masih dalam siasatan dan Abby ketika ditanya mengenai kesan kes ini kepada hubungan rumah tangga mereka menjawab :
**************************************************
“Ya, ia akan bertambah teruk. Saya sebenarnya sudah putus asa. Sudah lama saya rasa hati dan perasaan saya tidak dijaga.
“Apa yang saya tanggung selama ini, sudah tidak mampu diluahkan lagi. Biarlah apa saja kenyataan yang dikeluarkannya, saya mempunyai kenyataan saya sendiri.
“Apa yang saya harap, saya cuma berdoa agar Allah lembutkan hati saya agar memaafkannya. Itu saja,” kata Abby.
***********************************************
——————–
Renungan
——————–
Mampukan Abby memperolehi kekuatan untuk memaafkan Norman?
Sedalam manakah kesabaran Abby untuk mempertahankan hubungan rumah tangganya yang dibina pada tanggal 8 Januari 2002 ini?
Adakah Abby sudah tidak mampu membuat Norman tertarik dengan dirinya dan kalah kepada saingan artis yang lagi cun,muda dan hot seperti Memey?
Saya rasa Abby sekurang-kurangnya boleh ‘fight back’ jika beliau menggunakan teknik yang betul, secara tepatnya menggunakan strategi seni menyelamatkan cinta yang telah diakui berjaya menyelamatkan hubungan rumah tangga berjuta-juta pasangan di dunia.
Setidak-tidaknya, Norman dan Abby bolehlah berjumpa pakar perunding rumah tangga pakar untuk solusi kecemasan cinta seperti sekarang ini.
Apa pendapat anda?

