Saya Tak Cukup Menarik Untuk Buat Lelaki Tertarik Kepada Saya

by AF Hazwan on October 11, 2009

Sejak 3 tahun saya ‘berjuang’ di dunia internet dengan visi “Memberi Pendidikan Cinta Yang Tidak Pernah Diajar Di Sekolah” dan menulis buku praktikal Seni Selamatkan Cinta, saya sering dihujani soalan-soalan dari golongan hawa tentang bagaimana untuk membuat lelaki tertarik kepada mereka.

Bagi yang tergolong di dalam kategori ini, anda perlu tinggalkan apa yang anda lakukan sekarang dan beri perhatian 110% terhadap setiap ayat seterusnya di bawah kerana anda akan di bawa ke satu perjalanan yang boleh mengubah kepercayaan asal anda mengenai kebolehan anda menarik lelaki idaman. Ok teruskan.

Ada jenis soalan yang saya jawab dengan penuh analisis beserta strategi langkah demi langkah berkesan (hint: bukan puisi cinta, kata cinta, ayat cinta etc.) dan ada juga yang saya rasa malas nak jawab panjang lebar. Apakah sebabnya?

Sebabnya dengan kandungan soalan itu sahaja saya boleh mengetahui kemungkinan untuk seseorang ini berjaya menarik lelaki atau sekurang-kurangnya melakukan langkah pertama dalam masa 24 jam (dengan strategi berkesan saya) atau panjang lagi ceritanya untuk seseorang ini boleh menarik lelaki ke dalam kehidupan lonelynya.

Kepercayaan Kendiri Anda Mempengaruhi Kejayaan Anda Dan Ianya Bukan Salah Anda

Antara sebab utama yang saya dapati menjadi penghalang kepada kejayaan mereka menarik lelaki ke dalam kehidupan mereka adalah limitasi kepercayaan kendiri (self limiting belief) yang berbunyi…

“Saya Tak Cukup Menarik Untuk Buat Dia Tertarik Kepada Saya”

Variasi daripada penyataan dia atas adalah :

“Tidak mungkin dia akan tertarik kepada saya yang gemuk ini”

“Saya asyik gagal sebelum ini. Sudah pasti saya akan gagal lagi kali ini”

“Saya terlalu (isi tempat kosong). Dia tidak akan suka kepada saya”

Lihat. Inilah yang dinamakan sebagai limitasi kepercayaan kendiri. Anda sendiri telah mengukir peraturan tersebut di dinding minda anda. Anda sendiri sebenarnya tidak tahu kepercayaan anda itu benar atau tidak. Tetapi, disebabkan selalu sangat disebut dan difikirkan seperti satu doa, akhirnya anda percaya bulat-bulat bahawa anda memang sepeti yang anda fikirkan/percayakan.

Hakikatnya, bukan salah anda kerana anda mempunyai kepercayaan yang melimitasikan peluang anda untuk berjaya. Tiada siapa yang membimbing anda sebelum ini. Tidak hairanlah anda membentuk kepercayaan anda berdasarkan situasi dan sejarah hidup anda — di mana mulai hari ini, anda akan menjadi penentu kepercayaan baru anda.

Apa Kaitan Menjadi Wanita Idaman Lelaki Dengan Roger Bannister?

Sehingga 60 tahun dahulu, tiada sapa pernah terfikir bahawa manusia boleh berlari sejauh 4 batu dalam masa kurang dari 1 minit sehinggalah seorang yang bernama Roger Bannister, memecah rekod larian 9 tahun sebelumnya dengan catatan masa 3 minit 59.3 saat. Rekod terbaik sembilan tahun sebelumnya adalah 4 minit 1.4 saat. Apa yang membuatkan lama sangat untuk seseorang memecah rekod ini?

Sebenarnya sejak tahun 1852, kepercayaan masyarakat mengenai kebolehan manusia dipengaruhi oleh saintis masa tersebut bahawa membuat larian sejauh 4 batu adalah mustahil sama sekali. Akhirnya rekod itu dipecahkan oleh Roger Bannister setelah mengubah kepercayaannya dan disertakan usaha keras (+ teknik yang betul).

Yang lucunya(bagi saya), agaknya berapa lamakah selepas Roger memecah rekod larian 4 batu untuk orang seterusnya memecah rekod baru? 4 tahun? 2 tahun? Jawapannya : 46 Hari ( dipecahkan oleh pelari Finland, John Landy)

Lihat. Anda mungkin yakin bahawa apa yang anda percaya adalah benar. Tetapi sebenarnya anda boleh memecahkan kepercayaan yang membataskan kejayaan anda itu dan menukar kepercayaan anda menjadi lebih positif — membantu anda mencapai matlamat anda.

Fikirkan. Apa kemungkinan anda boleh menarik lelaki idaman anda ke dalam hidup anda sekiranya anda percaya bahawa anda mempunyai daya penarik unik yang boleh membuat si dia tertarik kepada anda–tidak kira berapa kali anda putus cinta?

Jika sebelum ini kepercayaan anda berbentuk segi tiga, dan anda melihat objek di sekeliling anda semuanya bentuk segi tiga, maka sekarang, setelah anda berjaya memecahkan limitasi kepercayaan anda, kepercayaan anda adalah seperti bentuk bulat — anda melihat objek di sekeliling anda dengan bentuk dan persepektif berbeza.

Sekarang Tiba Masanya Untuk Menjadi Proaktif

Setelah anda berjaya menjadikan menjadikan kepercayaan kendiri anda sebagai rakan karib di dalam perjuangan anda, sudah tiba masanya untuk anda menjadi PROAKTIF.

Tips ringkas saya untuk menjadi wanita proaktif :

  • Jangan jadi wanita yang suka menunggu sesuatu terjadi kepada diri sendiri.
  • Jangan jadi wanita yang hanya melihat rakan kamu keluar dengan lelaki menarik.
  • Jangan jadi wanita yang membiarkan hidup kamu berlalu begitu sahaja dan menyesal di kemudian hari.
  • Jangan jadi wanita yang tidak melakukan tindakan lanjut untuk menjadi wanita idaman lelaki.

Pada masa hadapan, saya akan mengupas mengenai bagaimana untuk menjadi wanita idaman lelaki hasil dari kajian saya terhadap 5 responden berbeza latar belakang (nampaknya kandungan Seni Cinta menjadi semakin agresif :)

-Saya Fikir-

Pasti ada di antara anda, tidak kira adam atau hawa mempunyai tips atau nasihat mengenai isu yang jarang kita ambil perhatian di atas (Hint: Siapa yang skip, sila baca sekarang). Saya harap anda semua boleh berkongsi di ruangan komen di bawah.

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 13 comments… read them below or add one }

1 nani October 12, 2009 at 5:05 pm

menjadi seorg wanita yg menpunyai tarikan tersendiri bukan terletak pada paras rupa sahaja… ya! sy penah mengalaminya… apa yang penting keyakinan diri dan pembawakan diri sesorg itu mestilah positif dari situ keseluruhan jiwa akan turut positif… bila kita sentiasa positif dan ceria sesiapa shja akan senang dgn kita.. kalau xpercaya anda cuba la.. sy dh mengalaminya!!!

Reply

2 AF Hazwan October 24, 2009 at 9:15 pm

Kalo sudi, Nani bolehlah berkongsi dengan lebih banyak kisah macam mane nani boleh bangkit dari kejatuhan ni kepada rakan-rakan lain di Blog Seni Cinta.

Reply

3 Logan October 13, 2009 at 11:09 am

Saya setuju dengan cik nani.Semua perempuan mempunyai perwatakan dan tarikan mereka yang tersendiri. Jadi setiap perempuan perlu mendalami dan yakin dengan diri mereka. Dengan itu, pasti lelaki akan tertarik dengan diri mereka.
Hidup semua perempuan di luar sana! Anda semua cantik dan menarik!

Reply

4 AF Hazwan October 24, 2009 at 9:14 pm

Dengar tu semua, kecantikan adalah perkara yang subjektif. Tak kira kita ni rupa macam mana, kita tetap boleh menarik “THE ONE” yang selama ini menunggu kita membuka pintu untuk diorang.

p/s : Ada siapa-siapa yang mempunyai pendapat lagi mengenai isu ini?

Reply

5 elis October 21, 2009 at 1:09 pm

saya setuju dgn cik nani kita.. tapi kn… bagi yang baru putus cinta.. ianya bukan senang sepeti yang dikata.. keyakinan diri secara automatic akan merundung… dan ini biasanya menyukarkan untuk mencari cinta yang baru… apatah lagi kalu sidia yang pernah dipuja sudah mendapat penganti…

Reply

6 AF Hazwan October 24, 2009 at 9:12 pm

Sebab tu lah kita perlu kan motivasi dan inspirasi yang berterusan terutama ketika sedang mengalami saat sukar seperti putus cinta :)

p/s : Elis ada pengalaman ke? Bolehlah kongsi di sini.

Reply

7 idayu January 16, 2010 at 9:38 pm

bila kita telah di tinggal kan kekasih lama.. kedatangan org baru yg sanggup mejaga diri kita, tp dlm masa yg sama. dia ingin lakukan perubahan yg menyeluruh kpd diri sy. adakah ia benar bermaksud cinta kpd sy atau ingin menjadikan sy seperti org yg ingin dia cintai?.. saya jd keliru. bukan kah cinta itu “menerima seadanya”?.. byk perkara dlm diri sy yg d ubah mengikut kehendaknya termasuk dari penampilan, dan paling teruk sy rasa kan, setiap pengeluaran wang belanja dlm hidup seharian sy perlu memberi report kpdnya. sdgkan sy tak pernah meminta wang drpdnya.. dan sy jd bingung.. benar kah dia jatuh cinta dgn sy?..

Reply

8 cute January 17, 2010 at 9:03 pm

Assalamualaikum idayu..kalu dia cintakan idayu dia perlu terime idayu sepenuh hati dia.dia kena terime idayu,bukan ubah idayu..cuba idayu bertanye pada dia…adkh dia terime idayu sepenuh hati dia?harap idayu bersabar ok

Reply

9 idayu January 21, 2010 at 5:38 pm

sy prnh bertny pd dia.. adakah dia mencintai sy? tp dia menjawab ‘tak perlu kita melafazkan cinta pd seseorang jika kita mencintainya.. biar kita sndiri menilai sikap dan cara org terhadap kita.’…. sy faham dgn jwpn dia tu..tp bila fikir sedalamnya… sesuatu yg tidak ada kepastian.. bila dia ada mslh peribadi, dia akn terus trg pd saya yg dia tak ada mood nk bercakap atau melayan sy even dlm hp pun.. sy seringkali mkn hati.. namun sampai saat ini sy mc mampu bersabar.. tapi sy tak tahu sampai bila harus mcm ni…

Reply

10 emi April 15, 2010 at 5:51 am

masaalah sy ni susah nak terima lalaki..myb pejalanan hidup sy bukan berasal dr keluarga yg sempurna..ini yg sy rasa bolehkan lelaki ni bahagiakan sy,betul2 syg sy…myebbkn sy x pernah bercinta..mmg ramai yg dtg meluahkan sukakan sy..tp terlalu susah…ramai kwn2 x percaya kalau sy cakap x de pakwe..apatah lg x pernah bcinta..dalam hati mmg la nak kawin..myb jodoh n pintu hati x terbuka..x tau la bila..

Reply

11 PerfumePercuma May 27, 2010 at 12:29 pm

Tahniah Tuan Hazwan kerana mewujudkan Blog ini. Ini kunjungan pertama saya ke sini, memang banyak maklumat berguna bagi mereka yang putus cinta. Harap ia dapat melegakan kesakitan mereka seketika…

Reply

12 DILEMA June 2, 2010 at 5:11 pm

YE. SY SUKE SGT DYE..
KAMI BERSATU DSEBABKAN CKGU KAMI..
DAN SYE YAKIN DENGAN CINTE SY SEJAK SY PERGI LAWATAN SEKOLAH KE CAMERON N KL..
BEST SGT,,
DYE CARING TP..
SY DILEMA KERANA 4 FAKTOR MMBUAT SY PNING..
IAITU CIKGU KU, KAWAN KU, GENG KU N DIRIKU,,
PNING.. KAWN SY CKP DYE NI JNIS YG WAT POMPUAN MCM PKAI BJU.. TP DYE TAK TNGGL SOLAT.
TP CKGU CAKAP DYE NMPAK DYE SLALU G MASJID N MMG BAEK..
GENG SY CKAP.. DYE SKE SY NGN DYE,.. NMPAK SWEETT GITU!
HATI KU CAKAP.. NTAH LAA.. CONFUSED,,..
SY SKE DYE SEJAK BULAN 1 AG..
TP SKG BARU SY TWU DYE SKE SY,,..
TP BTOL KE TNGGAPAN KAWN SY?? GENG SY?? CIKGU SY??
HATI SY SKG DILEMA!!!!!
RAMAI OWG CKP SY NI LEMBUT,,,
SENANG DITIPU..
SY NK BRUBAH!!
SY HARAP KAN DYE TRIMA SY SEADENYER..
DAN JGN LAA MMPERMAINKANN PERASAAN SY!!
SY SUDAH SERIK!!

Reply

13 anisa July 28, 2010 at 10:21 pm

saya dengan nyer telah 3 taunlebih bercinta . sejak saya berpindah ke sarawak mengikut ayah sy . die suda mule berubah . die ade mcg dengan perempuan lain dan mngajak perempuan tu keluar . die ckp syg sy. tp ade kale saye xrase pon cmtu . ntah la . kalu s tny die rindu saya x . die akn ckp . kadang2 rindu gak . hurm . adekah sy sudah kurg daya penarik ?

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: