Rahsia Menarik Cinta Seseorang

by AF Hazwan on February 18, 2009

Rahsia Menarik Cinta Seseorang.

Kepada kaum hawa, anda harus baca artikel ini serta merta.

Kepada kaum adam, anda akan terkejut setelah habis membaca artikel ini.

Pernahkah anda terfikir, bagaimana sebenarnya proses tarikan berlaku. Tarikan yang saya maksudkan di sini adalah tarikan perasaan, emosi dan juga fizikal terhadap seseorang. Tertarik, tergoda, terpikat, jatuh cinta dan suka –  Ini semua adalah hasil prinsip tarikan.

Kepada yang sedang bercinta, cuba ingat kembali saat bagaimana anda berasa tertarik terhadap pasangan anda sewaktu mula-mula bercinta dahulu. Kepada yang belum pernah bercinta, cuba anda bayangkan bagaimana anda boleh berasa tertarik terhadap seseorang sekarang.

Sudah pasti ada di kalangan anda menyenaraikan kualiti dan nilai positif seperti

  • Baik hati,Sopan
  • Tampan, Cantik
  • Romantik
  • (Isi kualiti dan nilai anda di sini)

Biar saya terangkan.

Manusia sememangnya dijadikan Tuhan untuk hidup berpasangan. Otak perempuan dan otak lelaki dicipta dengan kelebihan dan kelemahan masing-masing. Lantas, proses tarikan di antara mereka adalah satu perkara unik dan menarik untuk dibincangkan.

Bagaimana jika saya katakan bahawa kualiti dan nilai yang membuat anda tertarik terhadap seseorang tadi adalah jawapan yang logik sekali. (anda mula mengangguk kepala )

Jawapan tersebut ‘masuk akal’ tetapi tidak LENGKAP!

Jangan terkejut. Biar saya terangkan.

Proses Tarikan Bawah Sedar

Pada waktu dulu-dulu, saya sering kehairanan bagaimanalah seorang awek cun boleh ber ‘couple’ dengan lelaki yang bagi saya amat tidak sesuai. Secara tepatnya, 180 darjah tidak sesuai sama sekali. Begitu juga sebaliknya.

Apa sebenarnya yang sudah berlaku?

Hasil dari kajian dan pembacaan saya akhirnya baru saya memahami satu konsep yang secara naluri dan firasat normal memang tidak masuk akal. Hati kecil saya sendiri pun tidak setuju dengan apa yang saya baca ini. Anda pun sudah pasti akan terkejut.

Satu ayat ini mengubah persepsi saya tentang prinsip tarikan antara lelaki dan perempuan.

“Tarikan Bukan Pilihan”

Habis itu, apakah itu tarikan?

Tarikan sebenarnya adalah satu PROSES yang berlaku di minda bawah sedar kita. Erti proses adalah himpunan beberapa aktiviti yang berlaku untuk menghasilkan sesuatu. Dalam konteks perbincangan kita ini, hasil yang dimaksudkan adalah satu perasaan.

Cinta adalah satu proses.

Benci adalah satu proses.

Musnahkan pemikiran mistik anda sekarang yang menganggap perasaan seperti cinta adalah sesuatu yang mistik dan ajaib.

David De’Angelo, pakar ‘dating’ terkemuka dunia, yang memulakan teori ini dan menerangkannya secara mendalam di dalam buku bestseller beliau  « Attraction isn’t a choice ».

Maksudnya di sini, anda tidak berasa tertarik dengan seseorang kerana anda MEMILIH untuk tertarik dengannya. Anda tidak membuat KEPUTUSAN untuk berasa tertarik dengannya. Anda tertarik dengan segera.

Pernakah anda melihat seseorang yang [masuk nilai positif di sini] dan anda merasakan bahawa anda tertarik dengan dia. Perasaan tertarik berlaku serta merta. Sekelip mata hati anda berkata “Aku tertarik dengan dia”.

Lelaki mahupun perempuan tidak akan melakukan proses penambahan terhadap kualiti dan nilai positif hasil dari pemerhatian terhadap orang yang mereka suka kemudian menganalisa hasilnya. Hanya robot yang melakukan semua itu. Kita hanyalah manusia biasa yang mempunyai perasaan.

Dan apabila anda keluar dan bertanya kepada ratusan orang lain untuk mejelaskan proses tarikan yang berlaku di dalam hidup mereka, sudah pasti mereka akan menggaru kepala kebingungan untuk memeberi anda jawapan.

Segalanya berlaku di luar fikiran ‘masuk akal’ mereka. Ianya berlaku secara bawah sedar.

Jadi apa perlu anda tahu semua ini?

Jika anda hendak mencari pasangan hidup anda ataupun sekadar membina kembali daya tarikan anda terhadap pasangan anda sekarang, maka anda harus tahu bagaimana untuk membina daya tarikan tersebut.

Jangan tanya KENAPA, tanya BAGAIMANA anda boleh membina daya tarikan yang kuat untuk menarik cinta ke arah anda.

Tanya diri anda, apakah proses yang harus berlaku di minda si dia untuk dia menyukai dan tertarik kepada aku ?

Secara tepatnya, anda perlu belajar ilmu untuk bagaimana meransang sistem limbik, iaitu satu bahagian yang terdapat di otak manusia yang meransang perasaan suka, sayang dan cinta.

Terdapat banyak kaedah yang anda tidak pernah dengar langsung hasil daripada kajian sains psikologi komunikasi moden seperti NLP, Gestalt dan juga ESQ.

Kaedah yang menjadi kegemaran saya ternyata banyak bersumberkan kajian NLP. Cukuplah saya mengatakan bahawa sesetengah kaedah untuk membuat seseorang berasa tertarik kepada kita agak manipulatif dan dipandang sebagai cara kotor oleh sesetengah orang. Sehinggakan sesetengah komuniti NLP sendiri tidak bersetuju dengan ajaran seperti ini.

Bagi saya, ianya bergantung kepada niat kita. Manusia tidak dilahirkan di dalam keadaan serba tahu. Manusia diberi kurniaan untuk belajar untuk menggunakan ilmu mereka ke arah yang mereka hendak tujui.

Saya tidak akan menghuraikan teknik-teknik kontroversi di dalam artikel ini kerana ianya cukup panjang dan memerlukan perbincangan yang lebih mendalam. Anda pun boleh pening nanti.

Cukuplah saya berkongsi kepada anda mengenai prinsip yang boleh mengubah hidup anda serta merta setelah anda habis membaca artikel ini. Anda telah pelajari bahawa manusia mempunyai proses tersendiri untuk berasa tertarik terhadap seseorang, dan proses tersebut berlaku di minda bawah sedar mereka atau ‘under the radar’.

Implikasi daripada kefahaman baru ini adalah anda mula membina satu kepercayaan di mana anda tidak semestinya memerlukan kualiti dan nilai positif yang hanya terdapat pada sesetengah insan yang beruntung. Anda tidak perlu ketampanan, kecantikan, dan kekayaan untuk menarik pasangan hidup anda.

Anda mempunyai satu kelebihan iaitu memberi fokus dan tumpuan anda untuk meransang minda bawah sedar orang yang anda minati untuk membuat dia tertarik kepada anda. Ini semua adalah ilmu moden yang tidak dibincangkan secara terdedah di Malaysia.

Kebanyakan teknik menyelamatkan cinta yang saya kongsikan di dalam Ebook Seni Selamatkan Cinta menggunakan ilmu moden kontroversi ini. Saya menggunakan ilmu ini di dalam kehidupan saya sendiri dan begitu juga komen positif dari pembaca yang telah mempraktiskan teknik yang saya kongsikan.

Bila anda rasakan kehidupan anda tidak seindah insan lain, usah gusar kerana kita dilahirkan dengan kekuatan tertentu. Kita mempunyai minda yang sentiasa menghormati dan berjuang untuk tuannya, iaitu diri kita. Anda sebagai tuan haruslah memberi pengisian yang berkualiti untuk minda anda agar ia dapat memproses pengisian itu dan menjadikannya matlamat perjuangan baru.

Untuk menutupi perkongsian saya hari ini, saya senaraikan isi utama yang anda harus fahami untuk menarik cinta ke dalam hidup anda.

  1. Tarikan Bukan Pilihan.

    Seseorang tidak membuat pilihan secara sedar untuk menjadi tertarik terhadap seseorang. Ianya berlaku di minda bawah sedar. Jika anda tahu untuk meransang minda bawah sedar seseorang, sudah pasti anda akan dapat apa yang anda mahu dari dirinya.

  1. Perasaan Tertarik Adalah Satu PROSES

    Cinta, sayang, rindu, suka, benci. Apakah semua ini?

    Ianya tidak lain tidak bukan hanyalah satu PROSES. Anda tidak boleh tiba-tiba berasa sayang atau rindu. Perasaan sayang dan rindu hanyalah satu hasil akhir daripada beberapa aktiviti yang berlaku di dalam minda kita.

    Musnahkan kepercayaan limitasi anda yang mengatakan perasaan itu adalah nasib atau takdir semata-mata. Jika anda mengetahui bagaimana untuk membuat seseorang memulakan sesuatu proses di dalam minda mereka ( katakana perasaan cinta), maka anda akan menjadi orang yang paling bahagia yang pernah anda ketahui di muka bumi ini.

    Ok, semoga perkongsian dan 2 pengisian penting yang saya tulis pada artikel ini dapat membuka mata hati anda tentang satu kesedaran bahawa hidup anda cukup indah dan peluang hanya menunggu anda untuk menggapainya.

    Hazwan

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 5 comments… read them below or add one }

1 Naz February 26, 2009 at 4:07 pm

ssuatu yg sgt mnarik… sblum ni sy byk fkir sy ggal krn fzikal sy tp rpanya sbb sy x brusaha utk brjaya..

Reply

2 Team Seni Cinta February 27, 2009 at 7:22 am

Betul Naz. Sekarang ni ramai pakar
‘dating’ dunia bersetuju bahawa paras
rupa dan keadaan fizikal bukan lagi
menjadi halangan untuk mendapatkan
jodoh yang kita ingini.

Mereka lebih percaya kepada strategi
dan kaedah terbukti yang betul.

Naz juga harus yakin dan mempelajari
’skill’ yg diperlukan untuk berjaya.

Reply

3 ema October 25, 2009 at 11:12 am

herm…syer bru phm…hehehehe………

Reply

4 yusra April 4, 2010 at 3:20 pm

salam..mcm mn kita nk tau kalau seorg lelaki tu sukakan kita..nmpak mcm suka tp dia mcm takut nk approach kita..bleh sy tau cara untuk menarik org suka kat kita..hrp saudara dpt membantu?

Reply

5 riskianarchy@gmail.com June 30, 2010 at 11:34 am

oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwhhhhhh
jadi tau aq
thanks

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: