Selesaikan Masalah Cinta Anda Dengan Teknik Lucu Ini

by AF Hazwan on April 12, 2009

Pengorbanan Sesebuah Kejayaan

2 minggu yang lepas ni kehidupan saya agak terumbang-ambing. Mana taknya, hampir setiap hari saya (and the geng) balik pukul 4,5 pagi. Ni semua kerana kerana saya and the geng menyertai sebuah pertandingan band tahunan ( 2 ribu penonton tu!) yang dianjurkan oleh International Cultural Club UTP yang diberi nama Euphonious. 

Latihan memang keras, dan ada kalanya saya menjadi stress. Sampai satu tahap, saya hampir give up dan mengatakan kepada diri sendiri, “Napelah masuk final, stress pulak jadinya”. Ya, kitorang masuk final dan kene la pulak menang ( demi penyokong2 tegar). Sungguh besar tanggungjawab itu. Hasilnya, kitorang dapat tempat ke-3, quite an achievement for us :)

Tercetusnya Sebuah Inspirasi

Dalam keadaan yang stress sebelum pertandingan, saya teringat saya pernah membaca buku Change Your Mind and Keep The Change hasil tulisan Steve Andreas dan Conniraie Andreas ( ini adalah buku NLP yang tidak pernah dijual di kedai buku tempatan). Di dalam buku tersebut ada satu bahagian di mana penulis menceritakan tentang satu teknik yang dicipta oleh salah seorang pengasas NLP iaitu Dr. Richard Bandler. 

Saya ketawa mendengar nama teknik tersebut. Nama teknik tersebut adalah “Fall Down Laughing” atau dalam bahasa kita jatuh ketawa terbahak-bahak. Lucu kan? 

Ok straight to the point. Saya akan ajarkan anda teknik ini dalam format yang teratur mengikut susunan langkah demi langkah.  Tapi pertama sekali saya nak bagi peringatan, jika anda merasakan teknik ini memperlekehkan masalah anda, jangan risau, saya akan beri penjelasan yang munasabah di akhir posting ini. Tidak kira anda mempunyai masalah cinta atau apa-apa pun, teknik ini pasti boleh menginspirasikan anda.

Ok, here are the steps :)

1. Fikirkan atau bayangkan dengan jelas jika anda tidak pernah mengalaminya – saat anda sedang bercakap dengan seseorang yang mempunyai kematangan dan kebijaksanaan (saya membayangkan professor saya yang beruban dan serius). Di sewaktu ketika anda sedang bercakap (berkongsi masalah) dengan beliau, terus wajahnya berubah dan ketawa terbahak-bahak sampai air matanya pun turut mengalir kerana tak tahan dengan apa yang didengarinya daripada anda. Semakin beliau hendak menghentikan ketawanya, semakin kuat lagi sambungan ketawanya.

2. Sekarang, fikirkan masalah atau situasi yang anda hadapi sekarang…

3. Sekarang, bayangkan dengan jelas and bercerita masalah ini kepada rakan anda (yang di atas tadi). Sebaik saja anda memberitahu dia tentang masalah anda, die terus “fall down laughing”/ketawa terbahak-bahak dan tak boleh berhenti tidak kira apa yang anda lakukan…

4. Fikirkan masalah anda tadi, adakah anda meraskan sesuatu yang lain tentang masalah ini?

Sekurang-kurangnya setengah daripada sejumlah orang yang melakukan teknik ini tidak MAMPU untuk menganggap masalah yang mereka hadapi sebagai isu yang serius lagi. Masalah mereka tiba-tiba menjadi seperti perkara ringan. Lebih-lebih lagi yang ketawa terbahak-bahak tadi tu adalah seseorang yang mempunyai kematangan dan kebijaksanaan yang tinggi ( mcm Tun Mahathir? ops).

Itulah dia, ketawa dan humor adalah perkara yang paling jarang digunakan untuk memberi kita kekuatan untuk mengatasi sesebuah masalah atau sebarang limitasi diri kita. Ketawa dan humor dapat memberi kita peluang kedua untuk melihat masalah kita di sudut berbeza yang kebiasaannya lebih baik dari saat kita melihat masalah kita pada mulanya.

Setengah lagi daripada orang yang melakukan teknik berasa MARAH. Apa taknya, masalah serius boleh dibuat bahan ketawa. Jangan gusar dan buat kesimpulan terlalu awal. Marah adalah satu perasaan yang positif jika dibandingkan dengan perasaan TERPERANGKAP atau STUCK dengan masalah anda.

Marah boleh mencetus diri anda untuk melakukan tindakan yang sepatutnya. Marah boleh jadi langkah pertama untuk anda keluar daripada masalah ini. 

Lihat, kesan teknik ini amat kuat sekali di dalam membantu anda melihat masalah anda dari sudut berbeza yang lebih positif. Ingat, perasaan yang saya puji ini adalah perasaan marah (kekuatan memikirkan pilihan), bukan perasaan marah yang boleh mencetuskan keganasaan seperti penderaan atau vandalisme (tanda akibat tiada sumber pilihan).

Well, hari Ahad memang hari yang tenang, dudukdi tepi tasik yang indah sambil menghirup kopi panas yang sedap. Apabila anda menghadapi masalah, ingatlah bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya, cuma agak lambat saja untuk anda mendapat inspirasi untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Kepada yang suka sedih memanjang, pada posting yang lepas saya ada kongsikan video putus cinta yang boleh memberi anda inspirasi. Enjoy!

 

Hazwan

Penggemar Kopi Sedap

Fikirkan sejenak...

Di Mana Letaknya Anda Di Hati Si Dia?

Tanpa disedari, si dia sedang berfikir untuk meninggalkan anda pada bila-bila masa dari sekarang. Bila buku 'tips cinta' dan nasihat pakar motivasi selebriti tidak berjaya menyelamatkan hubungan anda, hanya SATU cara praktikal TERAKHIR yang tinggal(klik link di bawah)...

Mengikut data jumlah pengunjung Blog Seni Cinta, ada lebih kurang 98 pengunjung setia unik yang berkunjung di Blog Seni Cinta setiap hari. Saya hairan, di manakah anda? Hanya segelintir sahaja yang selalu meninggalkan komen. Saya harap anda yang membaca ini boleh perkenalkan diri dan beri pendapat anda di ruangan komen :). Anda juga boleh kongsikan alamat blog anda di sini. --AF Hazwan

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

{ 15 comments… read them below or add one }

1 hazman aka species1980 April 12, 2009 at 10:19 pm

Jadikan gelak ketawa bagi penenang ketika bermasalah……suatu pendekat yang menarik….

Reply

2 SoulForLife April 13, 2009 at 12:59 am

Ketawa memang boleh membuat hati kita lebih tenang dan fikiran kita lebih aktif memikirkan penyelesaian.

Reply

3 nurefa April 13, 2009 at 1:49 am

when hazwan post this blog, the person in my mind is HIM… he always look happy, the good energy from him tersebar sehingga saya dapat merasakan tenaga baik yang dia keluarkan dan menyebabkan org lain pun merasakan energi baik yang saya pulak keluarkan… betapa hebatnya kegembiraan.

Reply

4 Hazwan April 13, 2009 at 3:28 am

Bila kita gembira, kita melepaskan satu getaran (vibration), dan getaran inilah yang akan diterima oleh insan sekeliling kita.

Sebab tu bila kita bersama orang yang kita suka, kita turut merasakan energi positif dari dia.

Sama juga ketika bersolat berjemaah, energi positif yg hebat turut tersebar ketika berjemaah.

Hope guys find ur own happYness :)

Reply

5 nurefa April 16, 2009 at 9:07 am

baru sekarang sebenarnya saya dapat merasa nang mengalami apa yang saya baca dari buku motivasi. sebenarnya saya lebih suka membaca self enrichment book.

Reply

6 ketawa lucu May 21, 2009 at 6:17 pm

siiiiplah. makasih postingannya menghibur saya

Reply

7 nabella June 27, 2009 at 4:02 am

ktawa?????hahahahahaklo kte xktawa mybe hidop kte xhappy…ashik moOody jerk mne leh tahan kan????hahahahahso ktawa r!!!!

Reply

8 nor.. September 13, 2009 at 5:10 pm

DUH.. byk ketawa pon masalah tetap akan dtg semula bile dipikirkan….

Reply

9 nor.. September 13, 2009 at 5:11 pm

DUH.. byk ketawa pon masalah tetap akan dtg semula bile dipikirkan….
kn?

Reply

10 ddeqnoor May 21, 2010 at 12:17 pm

ketawa tak boleh rrrrrrrrrrrrrr dh cube…

Reply

11 eja_97 June 17, 2010 at 11:04 pm

kte ktawe bnyk mna pon..msalah tu akn dtg jgk slepas kte ktawe..malh smakin parah..argh!!tension..cye clalu dimainkan dri laki..cye da tkot..cy cygkn ex cy..tp,dye mcm x endhkn khadiran cye..

Reply

12 rijky June 11, 2011 at 6:28 pm

mengapa ea dia pergi tanpa alasan apapun yg bwt aq sedih mnangis teriris dalam cinta.a munkkin aq tak mnyangka dia pergi secepat itt namun aq akan mnunggunyan sampai dia kmbali
aq udah tunggu dia slama 1 tahun lebih dan itt jga gg ad artinya aq tetap tegar meskiu dia menyakiti ku……….

Reply

13 sha myheart November 20, 2011 at 2:32 am

suka entri ini. =)

Thumb up.

Reply

14 sha myheart November 20, 2011 at 2:33 am

suka entri ini. =)

Thumb up.

bila ada sayang

Reply

15 Phil December 30, 2011 at 6:34 pm

sy tertarik dgn bog ni..sy nk kongsi pglaman sy..sy sering kali pts cinta..tp sy tkt utk bercinta lg..sy bcinta dgn si ‘A’ selama 2thn..sy berjumpa dgn si ‘K’..sy mula jth cinta dgn ‘K’ dn brsikap jujur dgn ‘A’ yg sy mula cintakan org lain..’A’ lepaskan sy wpn tpksa.stlh 4bulan sy bcinta dgn ‘K’,'K’ kantoi dgn sy..sy myedari perubahanya stlh 2bulan kmi bcinta..akhirnya kmi berpisah dn sy ingin kmbali pada ‘A’..’A’ pd mulanya mgatakn tidak mpunyai tman wanita, ttpi itu bukanlah knyataannya..akhirnya 2 hr lpas dia juju mgtakan tidak mpunyai prsaan thdp sy..dn dia mgatakan suatu hari nanti sy akan mcarinya lg..sekarang sy dh tawar hati dn xmpercayainya..dn berharap xkembali padanya..

Reply

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Previous post:

Next post: