Posts tagged as:

Cinta Jarak Jauh

Bila Cemburu Dikatakan Lawan Kepada Dayus

by AF Hazwan on June 19, 2009

Saya akui saya kadangkala terlalu lantang memberi pendapat sendiri. Saya suka menilai idea dan pendapat yang ‘counter-intention’ maksudnya sering bercanggah dengan naluri biasa yang kita ada, tetapi sememangnya terbukti pilihan yang lebih baik daripada mengikut naluri. Kebanyakan tips cinta di blog ini bercanggah dengan naluri anda jika anda perasan.

cinta-cemburu

Contoh paling senang adalah mengenai perihal cemburu. Secara nalurinya kita mudah untuk berasa cemburu. Secara nalurinya juga, kita menganggap perasaan cemburu adalah satu perlakuan negatif. Cemburu dikaitkan dengan prasangka, fitnah dan tuduh-menuduh yang boleh menghancurkan sesebuah rumahtangga.

Tetapi saya rasa saya gila(jangan betul-betul dahlah). Apa taknya, saya nak juga tahu rahsia mengapa kita dianugerahkan perasaan yang bernama cemburu ini? Semua makhluk yang berakal di muka Bumi ini pasti akan berasa cemburu. Ini perasaan yang semua orang ada. Saya ada dan anda juga ada. Persoalannya, bilakah dan di manakah perasaan cemburu ini patut kita rasai?

Betul, cemburu membuta-tuli dan menzahirkan perasaan cemburu anda dengan kekerasan atau fitnah amat memudaratkan sesebuah ikatan silaturrahim. Tetapi saya ingin mencungkil rahsia cemburu dari perspektif kebaikannya.

Sebelum hari ini, saya pernah menulis tentang pendapat saya sendiri mengenai cemburu yang saya sertakan sekali sebaagai bonus bagi pembeli panduan Seni Selamatkan Cinta.

Tetapi hari ini, saya akan berkongsi dengan anda pendapat dari seorang yang amat disegani dalam memberi pendapat dan fakta kukuh yang berkaitan dengan Islam.

Ustaz Zaharuddin, seorang pensyarah Universiti Antarabangsa Islam Malaysia, dan juga blogger terkenal yang menjadi rujukan mengenai perkara melibatkan hukum-hukum Islam di seluruh dunia ada menulis mengenai perihal cemburu seorang lelaki. Jika anda sorang wanita, ini ilmu ‘pembuka mata’ juga bagi anda.

Hasil bacaan saya dari blog beliau mengenai cemburu, secara ringkasnya cemburu itu adalah lawan bagi dayus. Jika dayus itu jahat, maka cemburu itu adalah baik. Dayus adalah gelaran untuk lelaki yang sanggup membiarkan isteri dan anaknya bergaul dengan orang bukan muhrim tanpa had dan batasan tanpa melakukan apa-apa tindakan untuk mencegah perlakuan tersebut.

Jadi jika anda risau tentang sifat anda yang cemburu, ketahuilah bahawa ada baiknya perasaan cemburu ini jika disalurkan ke tempat yang betul. Di bawah adalah senarai checklist untuk anda mengetahui bila seseorang lelaki itu layak digelar dayus dan secara tak langsung, situasi yang layak dan baik untuk anda berasa cemburu.

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelakiapa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain)semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ’spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

[Dipetik dari Blog Ustaz Zaharuddin : www.Zaharuddin.net]

Terpulang kepada anda untuk menerima atau menolak isi senarai di atas. Keputusan di tangan anda. Anda boleh menilai dengan membaca sendiri di blog Ustaz Zaharuddin. Saya hanya sang penyampai.

Seorang pemberi komen di blog Ustaz Zaharuddin bertanya apa yang harus dia lakukan setelah mengetahui isterinya telah terlanjur. Adakah dirinya dayus? Ustaz menjawab, jika isterinya sudah benar-benar bertaubat, maka ampunkanlah jika mampu…dan..

Jika hidupnya sentiasa dibayangi dosa isterinya, maka boleh diceraikan isteri yang curang. Apa pendapat anda?

Kongsikan pendapat atau pengalaman anda mengenai isu cemburu ini di ruangan komen di bawah, lagi spesifik  lagi baik untuk manfaat semua. Itupun jikalau anda tidak keberatan. Lakukan sekarang sebelum anda lupa.


{ 2 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Cinta Jarak Jauh, Mungkinkah?

by AF Hazwan on June 6, 2009


Photo by Andrew Stawarz

Hari ini saya akan berkongsi cerita mengenai cinta jarak jauh.

Setiap orang mempunyai pendapat berbeza mengenai cinta jarak jauh ini, ada yang mengatakan mereka tak boleh berjauhan kerana kononnya jauh di mata, jauh di hati.  Ada pula yang lebih gemar bercinta jarak jauh, kononnya supaya mereka tidak bosan.

Dari pengalaman saya, dekat atau jauh tidak ada bezanya. Yang penting adalah orang itu sendiri. Ketika saya bercinta jarak jauh, perjalanan 200 kilometer pun sanggup ditempuhi. saya pernah pergi Penang>Ipoh>Penang>Ipoh>Penang balik dalam masa 2 hari. Cinta punya pasal.

Itu waktu berjauhan. Tapi walaupun dah dekat, tetapi hatinya buat onar, cinta pun boleh dikatakan tak cinta. Kalau tidak macam mana nak menjelaskan pergi balik Penang Ipoh 3 kali dalam 2 hari kalau bukan cinta namanya.

Long distance relationships and dating occur when two people live far apart from each other and are unable to see each other but on holidays, weekends, or on vacation.

Long distance dating can be very difficult for some relationships if the people want to be together more often. Som people enjoy long distance relationships because it gives them the time apart from each other to fully appreciate each other when they are able to be together.

Some long-distance dating may not last a long because they are too difficult or one of the people in the relationship may end up moving closer so they can be together.

When couples experience long distance dating they are usually able to see each other on the weekends if the distance isn’t too far apart. If the couple is too far away to be able to see each other on the weekends then they will use their vacation time from work and see each other on the holidays. Whenever they can get the time available they will see each other.

The couples are able to communicate by phone, email, and other methods, but they can only see each other when one of them are capable of traveling.

Long-distance dating can be difficult for some people if they find they want to see more of the other person and the distance is just too far.

However, it can be good for a relationship to have the time apart because when they do see each other the two are extremely happy to be together and they don’t take each other’s time for granted.

Saya masih ingat ketika time-time awal dating jarak jauh dulu (2,3 & 4th date), saya selalu sebak dan sedih waktu hujung-hujung waktu nak balik tu sebab akan berpisah sekejap. Sebab nanti bulan depan baru boleh jumpa. Masih ingatlah perasaan waktu ronda-ronda dalam bas di Pulau Pinang dulu.

Orang yang saya kenali selalu mengatakan, “Love is about 2 people”

Kedua-dua pihak perlu berusaha dan sama-sama give and take dalam sesuatu relationship itu. Susah untuk membina sesuatu dan ia memang mengambil masa. Tetapi untuk memusnahkan sesuatu (dan menganggap ia tidak ada) memang mudah.

Jangan sampai sudah terantuk baru tergadah, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran sudah.

Kadang-kadang apa yang kita cari-cari sudah berada di depan mata, namun kerana ikutkan hati dan perasaan tamak (tidak puas hati) yang selalu beraja dalam diri kita membutakan mata dan mentulikan telinga. Ada petani yang telah membanting tulang bertahun-tahun mengerjakan tanahnya, tiba-tiba menjual tanah tersebut untuk menyertai skim cepat kaya. Walaupun tanah tersebut diketahui beliau sebagai tanah yang baik dan subur, petani tersebut tetap menjualnya kerana ketamakannya.

Konon-kononnya boleh kaya cepat, hidup senang dan berkereta besar. Tidak perlu tunggu sampai tua kerepot baru hendak menikmati hidup katanya.

Tiba-tiba, panas yang diharap sampai ke petang, hujan lebat dan ribut petir pula di tengah hari. Skim cepat kaya tadi tutup dan petani tersebut bukan sahaja kehilangan wangnya, tetapi juga tanah yang setia berbakti kepadanya sebelum ini.

Sekarang, petani tersebut berpindah-randah menumpang kasih menghambakan diri kepada tuan-tuan tanah yang sudi membenarkan dia berteduh sebentar sebagai upah mengerjakan tanah mereka.

Tuhan itu Maha Adil. Orang yang tamak dan menzalimi orang lain (lebih-lebih lagi mereka yang bangga berlaku kejam) akan mendapat ganjaran dan balasan seperti yang telah dijanjikanNya. Lagipun doa orang-orang yang di zalimi itu makbul.  Maka oleh itu, janganlah kita menzalimi orang lain.

Wah, jauh kita berpusing. Dari kisah cinta jarak jauh sehinggalah kepada analogi petani. Sekali lalu, nampak seperti tidak berkaitan. Namun dari pengalaman saya sendiri, ia sebenarnya berkaitan sangat. Bacalah dan fikir-fikirkan.

Dari Meja Penulis : Mr X

Mr.XMr X merupakan seorang pencinta setia yang telah dilukakan hatinya.Dari masa ke masa beliau mengimbau kembali kisah cintanya, untukdicatatkan pengajaran kesilapan yang boleh dielakkan dan anekdot-anekdot bahagia yang pernah dinikmatinya. Nantikan kisah-kisah Mr. X,hanya di blog SeniCinta.com

{ 9 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Azam Cinta tahun baru 2009

by AF Hazwan on January 1, 2009

Selamat tahun baru 2009 kepada pencinta sekalian.

Kepada anda yang sedang bercinta, semoga bahagia dan sejahtera di samping yang tersayang. Kepada pasangan suami isteri, semoga ikatan rumahtangga anda berada di dalam keadaan yang lebih hormoni. Kepada anda yang di ambang putus cinta ataupun yang sedang putus cinta, semoga anda tabah mengharungi saat ini dengan kekuatan yang sememangnya ada pada diri anda. Kepada yang masih single dan masih tercari- cari pasangan, usah risau, jalan pasti ada mesti ada cara.

Sempena tahun baru 2009 ini, Seni Cinta mempunyai azam tersendiri iaitu untuk mencapai visi dan misi Seni Cinta. Berikut adalah visi dan misi Seni Cinta bagi tahun 2009 :

Visi : Menjadi Solusi No.1 Masalah Cinta di Malaysia

Misi: Membantu Lebih Ramai Insan Menyelesaikan Masalah Cinta Mereka

Kejayaan tidak datang dengan mudah. Kejayaan Seni Cinta pada hari ini bermula dengan satu NIAT. Saya, Hazwan, seorang bekas pencinta kecewa, hanya ingin membantu lebih ramai pasangan yang bermasalah di dalam hubungan cinta mereka mencari satu titik fokus- menuju ke arah hubungan yang bahagia.

Saya ingin mewujudkan satu keadaan di mana anda boleh berkata :

“Dulu bukan main susah lagi nak cari panduan untuk menyelesaikan masalah cinta. Kini, terdapat pelbagai panduan dengan tajuk yang spesifik di dalam bidang cinta, terpulang kepada kita untuk menuntut ilmu daripada panduan tersebut atau tidak.”

Saya bermula dengan menghasilkan Panduan Ebook Seni Selamatkan Cinta, khusus untuk sesiapa sahaja yang sedang mengalami penderitaan dan permasalahan di dalam hubungan mereka. Saya simpulkan segala strategi dan teknik saya ke dalam sebuah panduan berbentuk ebook yang padat, agar senang dibaca, difahami dan sejurusnya dipratik untuk menikmati hasil yang berkesan.

Saya juga telah mewujudkan Blog Seni Cinta yang dijalankan oleh saya dan juga beberapa orang rakan sehaluan. Saya menggelar komuniti ini sebagai Team Seni Cinta. Selain dianggotai oleh saya sendiri, terdapat 3 lagi pencinta yang menyumbang pengalaman dan pengetahuan mereka untuk memantapkan lagi kandungan strategi dan tips yang dikongsi di blog ini.

Mereka adalah :

Saudara,

Awang Fahd a.k.a. Fahd- Pengkhususan di dalam bidang motivasi cinta dan juga photo editor di Blog Seni Cinta. Jika saya sibuk, Fahd lah yang mengambil alih tugas konsultasi pelanggan Seni Cinta melalui YM dan Gtalk. Pengalaman dulunya yang pernah menghadiri seminar Pakar Motivasi Gan Ah Seng dan juga Dato’ Dr Azman Ching memang mempengarui kemampuannya untuk menjiwai dan mendidik insan yang memerlukan bantuannya. 

Mohd Johari a.k.a Joe – Seorang Internet Marketer, Copywriter dan juga Pencinta.Pengkhususan di dalam bidang Cinta Jarak Jauh. Beliau sememangnya pakar dan berpengalaman di dalam teknik ‘di luar kotak fikiran’ untuk mengekalkan cinta jarak jauh. Beliau sekarang tengah melakukan ‘deep research’ mengenai teknik mengekalkan hubungan cinta jarak jauh. 

Hafeez – Seorang yang suka berterus terang. Suka menyampaikan idea secara ‘direct’. Beliau fokus di dalam bidang ilmu hubungan INTIM intim setelah menyedari bahawa faktor keintiman sesebuah hubungan boleh disamakan dengan tiang rumah. Runtuhnya hubungan intim di dalam sesebuah hubungan, maka sudah pasti hubungan tersebut tidak stabil. Beliau sekarang tengah mengkaji ilmu keintiman lagenda seperti Karmasutra dan juga ilmu dari Barat untuk menghasilkan panduan keintiman cinta berlandaskan ajaran Islam dan untuk kesesuaian masyarakat kita.

Jadi, di tahun baru ini, Blog Seni Cinta akan membincangkan 2 topik hot permintaan tinggi iaitu CINTA JARAK JAUH dan 18SX (edukasi keintiman).

Saya terkejut kerana inspirasi untuk menjadikan Seni Cinta sebagai solusi no.1 kepada masalah cinta di Malaysia datang dalam bentuk ilham atau energi. Ianya seperti anda asyik memikirkan sesuatu perkara dan akhirnya sebuah idea (‘aha!’) datang. Cuma terpulang kepada anda untuk melakukan TINDAKAN terhadap ilham tersebut atau tidak. Saya MEMILIH untuk mengambil TINDAKAN.

Akhir sekali, saya menyeru anda supaya sama-sama kita berdoa agar masyarakat kita hidup di dalam keadaan bahagia, harmoni dan gembira. Keadaan kegawatan ekonomi, penghinaan kefahaman agama, bencana alam dan juga isu negatif politik negara amat menyedihkan.

Keputusan terletak di tangan kita sendiri sama ada untuk membiarkan kehidupan kita dibawa arus seperti arus deras sungai atau anda boleh membuat pilihan di dalam hidup anda, umpama anda mendayung untuk menuju ke arah laluan anak sungai kecil agar tidak dihanyuti arus deras ke arah air terjun.

Salam Jaya saya ucapkan kepada anda. Jadikan tahun 2009 sebagai ’second chance’ atau apa sahaja untuk mengingatkan anda bahawa, PELUANG sentiasa ada.

Pastikan bagi semalam bagaikan mimpi, dan esok hanyalah khayalan, tetapi hari ini tetap hidup dengan lebih baik, menjadikan setiap semalam, mimpi yang menggembirakan dan esok – sebuah khayalan yang diharapkan :)

“Peneroka Ilmu Menyelamatkan Cinta”

{ 8 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...