Posts tagged as:

masalah cinta

Sejak 3 tahun saya ‘berjuang’ di dunia internet dengan visi “Memberi Pendidikan Cinta Yang Tidak Pernah Diajar Di Sekolah” dan menulis buku praktikal Seni Selamatkan Cinta, saya sering dihujani soalan-soalan dari golongan hawa tentang bagaimana untuk membuat lelaki tertarik kepada mereka.

Bagi yang tergolong di dalam kategori ini, anda perlu tinggalkan apa yang anda lakukan sekarang dan beri perhatian 110% terhadap setiap ayat seterusnya di bawah kerana anda akan di bawa ke satu perjalanan yang boleh mengubah kepercayaan asal anda mengenai kebolehan anda menarik lelaki idaman. Ok teruskan.

Ada jenis soalan yang saya jawab dengan penuh analisis beserta strategi langkah demi langkah berkesan (hint: bukan puisi cinta, kata cinta, ayat cinta etc.) dan ada juga yang saya rasa malas nak jawab panjang lebar. Apakah sebabnya?

Sebabnya dengan kandungan soalan itu sahaja saya boleh mengetahui kemungkinan untuk seseorang ini berjaya menarik lelaki atau sekurang-kurangnya melakukan langkah pertama dalam masa 24 jam (dengan strategi berkesan saya) atau panjang lagi ceritanya untuk seseorang ini boleh menarik lelaki ke dalam kehidupan lonelynya.

Kepercayaan Kendiri Anda Mempengaruhi Kejayaan Anda Dan Ianya Bukan Salah Anda

Antara sebab utama yang saya dapati menjadi penghalang kepada kejayaan mereka menarik lelaki ke dalam kehidupan mereka adalah limitasi kepercayaan kendiri (self limiting belief) yang berbunyi…

“Saya Tak Cukup Menarik Untuk Buat Dia Tertarik Kepada Saya”

Variasi daripada penyataan dia atas adalah :

“Tidak mungkin dia akan tertarik kepada saya yang gemuk ini”

“Saya asyik gagal sebelum ini. Sudah pasti saya akan gagal lagi kali ini”

“Saya terlalu (isi tempat kosong). Dia tidak akan suka kepada saya”

Lihat. Inilah yang dinamakan sebagai limitasi kepercayaan kendiri. Anda sendiri telah mengukir peraturan tersebut di dinding minda anda. Anda sendiri sebenarnya tidak tahu kepercayaan anda itu benar atau tidak. Tetapi, disebabkan selalu sangat disebut dan difikirkan seperti satu doa, akhirnya anda percaya bulat-bulat bahawa anda memang sepeti yang anda fikirkan/percayakan.

Hakikatnya, bukan salah anda kerana anda mempunyai kepercayaan yang melimitasikan peluang anda untuk berjaya. Tiada siapa yang membimbing anda sebelum ini. Tidak hairanlah anda membentuk kepercayaan anda berdasarkan situasi dan sejarah hidup anda — di mana mulai hari ini, anda akan menjadi penentu kepercayaan baru anda.

Apa Kaitan Menjadi Wanita Idaman Lelaki Dengan Roger Bannister?

Sehingga 60 tahun dahulu, tiada sapa pernah terfikir bahawa manusia boleh berlari sejauh 4 batu dalam masa kurang dari 1 minit sehinggalah seorang yang bernama Roger Bannister, memecah rekod larian 9 tahun sebelumnya dengan catatan masa 3 minit 59.3 saat. Rekod terbaik sembilan tahun sebelumnya adalah 4 minit 1.4 saat. Apa yang membuatkan lama sangat untuk seseorang memecah rekod ini?

Sebenarnya sejak tahun 1852, kepercayaan masyarakat mengenai kebolehan manusia dipengaruhi oleh saintis masa tersebut bahawa membuat larian sejauh 4 batu adalah mustahil sama sekali. Akhirnya rekod itu dipecahkan oleh Roger Bannister setelah mengubah kepercayaannya dan disertakan usaha keras (+ teknik yang betul).

Yang lucunya(bagi saya), agaknya berapa lamakah selepas Roger memecah rekod larian 4 batu untuk orang seterusnya memecah rekod baru? 4 tahun? 2 tahun? Jawapannya : 46 Hari ( dipecahkan oleh pelari Finland, John Landy)

Lihat. Anda mungkin yakin bahawa apa yang anda percaya adalah benar. Tetapi sebenarnya anda boleh memecahkan kepercayaan yang membataskan kejayaan anda itu dan menukar kepercayaan anda menjadi lebih positif — membantu anda mencapai matlamat anda.

Fikirkan. Apa kemungkinan anda boleh menarik lelaki idaman anda ke dalam hidup anda sekiranya anda percaya bahawa anda mempunyai daya penarik unik yang boleh membuat si dia tertarik kepada anda–tidak kira berapa kali anda putus cinta?

Jika sebelum ini kepercayaan anda berbentuk segi tiga, dan anda melihat objek di sekeliling anda semuanya bentuk segi tiga, maka sekarang, setelah anda berjaya memecahkan limitasi kepercayaan anda, kepercayaan anda adalah seperti bentuk bulat — anda melihat objek di sekeliling anda dengan bentuk dan persepektif berbeza.

Sekarang Tiba Masanya Untuk Menjadi Proaktif

Setelah anda berjaya menjadikan menjadikan kepercayaan kendiri anda sebagai rakan karib di dalam perjuangan anda, sudah tiba masanya untuk anda menjadi PROAKTIF.

Tips ringkas saya untuk menjadi wanita proaktif :

  • Jangan jadi wanita yang suka menunggu sesuatu terjadi kepada diri sendiri.
  • Jangan jadi wanita yang hanya melihat rakan kamu keluar dengan lelaki menarik.
  • Jangan jadi wanita yang membiarkan hidup kamu berlalu begitu sahaja dan menyesal di kemudian hari.
  • Jangan jadi wanita yang tidak melakukan tindakan lanjut untuk menjadi wanita idaman lelaki.

Pada masa hadapan, saya akan mengupas mengenai bagaimana untuk menjadi wanita idaman lelaki hasil dari kajian saya terhadap 5 responden berbeza latar belakang (nampaknya kandungan Seni Cinta menjadi semakin agresif :)

-Saya Fikir-

Pasti ada di antara anda, tidak kira adam atau hawa mempunyai tips atau nasihat mengenai isu yang jarang kita ambil perhatian di atas (Hint: Siapa yang skip, sila baca sekarang). Saya harap anda semua boleh berkongsi di ruangan komen di bawah.

{ 19 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Apabila saya mendengar Michael Jackson akan buat ‘comeback’ menjelajaah kembali dunia yang telah lama ditinggalkannya untuk mengadakan lebih 50 persembahan di London Arena 13 Julai nanti, saya berasa amat gembira. Akhirnya ‘King Of Pop’ ini akan memberi sinar baru kepada dunia yang semakin lumpuh ini.

Wajah Awal Michael Jackson

Wajah Awal Michael Jackson

Malangnya Michael Jackson telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Berita kematian Michael Jackson menggemparkan seluruh dunia.Tetapi, musiknya akan tetap bersama kita selama-lamanya.

Tidak kira anda menyukai atau tidak menyukai Michael Jackson, beliau telah menyentuh perasaan dan memberi inspirasi kepada jutaan insan di seluruh dunia.

Jika anda kurang menyedari fakta ini, pergerakan yang diasaskan oleh Michael Jackson “Heal The World” telah menyedarkan dunia tentang kepentingan untuk menyelamatkan Bumi dan menerapkan sifat kemanusiaan di seluruh dunia. Sebabnya beliau terlalu berpengaruh sehingga jutaan orang di seluruh dunia mendengar dan mematuhi mesejnya.

Saya juga percaya Michael Jackson telah banyak membantu badan non-profit dan membantu jutaan insan-insan yang mengalami masalah melalui tabung dermanya.

Tidak semua orang seperti Michael Jackson, saya dan anda memahami situasi ini.

TETAPI MENGAPA MENUNGGU SEHINGGA SESEORANG ITU SUDAH TIADA UNTUK MENGHARGAINYA?

Apabila Michael Jackson meninggalkan kita, saya percaya kebanyakan dari kita tiba-tiba menghargainya berlainan pada masa beliau masih hidup. Orang yang sering mengkritik beliau juga akan berhentu berbuat demikian.

Jika anda hendak menghargai si dia, hargai si dia sekarang juga.

Jika anda hendak berhenti mengkiritk si dia, hentikan sekarang juga.

Jika anda hendak berhenti marah kepada si dia, hentikan sekarang juga.

Jika anda hendak menyelamatkan cinta anda, laukan sekarang juga.

Hey, jika anda hendak buat diri anda dan si dia gembira, lakukan sekarang juga.

Jika tiada orang yang meninggal dunia di sekililing anda, ketahuilah bahawa masa berlalu dengan pantas, dengan sekelip mata orang yang nampak ceria dan sihat, boleh meninggalkan kita tanpa mengucap selamat tinggal terlebih dahulu.

Sungguh menakutkan, sebab itulah jangan ambil ringan di dalam usaha kita untuk menghargai orang. Saya tidak ingin menakutkan anda, tetapi sedang ingin mengingatkan diri saya sendiri agar tidak mengambil ringan akan orang di sekeliling saya.

Michael Jackson, meninggal dunia pada hari Khamis 25 Jun 2009, pada umur 50 tahun. Kematian mu mendapat segala penghormatan untuk bakat, sumbangan dan pergerakan “Heal The World”

{ 6 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Sebelum malapetaka semulajadi berlaku, pasti ada tanda atau petunjuk yang kita boleh lihat dan rasa. Contohnya awan gelap dan angin yang bertiup kencang adalah petanda bagi kita bahawa hujan ribut akan datang dalam masa terdekat.

Pada masa beginilah bagi sesiapa yang tidak menyedari atau perasan dengan petanda kepada malapetaka akan berkata :

Kalaulah aku sedar lebih awal petanda ini…

4 tanda awal kekasih anda hendak tinggalkan anda di bawah boleh membantu anda untuk mengubah keadaan atau sekurang-kurangnya bersedia menghadapi ‘malapetaka’ yang akan melanda hubungan cinta anda.

Peringatan : Jika anda jenis yang cepat panik dan gelisah, maka jangan baca 4 tanda di bawah. Tujuan saya berkongsi 4 tanda ini hanyalah untuk ‘mengejutkan’ anda dari mimpi lena yang mungkin, jika berterusan, akan menghancurkan kebahagiaan anda sedikit demi sedikit.

  1. Adakah anda berdua sering bergaduh disebabkan perkara remeh/kecil? Pergaduhan sekali-sekala tiada masalah. Tetapi jika pergaduhan terjadi secara habitual, maka itu petanda bahaya.  Menjadikan hal sekecil semut menjadi sebesar gajah bermakna ada perkara di dalam hubungan anda yang anda berdua takut untuk hadapi. Adakah  ketakutan untuk beterus terang mengenai perpisahan yang membuatkan anda berdua masih bersama? Atau adakah perkara lain yang anda berdua patut selesaikan serta-merta?
  2. Adakah pasangan anda kelihatan seperti menjauhi/mengelak dari anda? Perbuatan menjauhkan diri biasanya berlaku jika sesorang itu berasa tidak selesa dengan perkara yang dijahuinya. Jika pasangan anda ada ciri-ciri menjauhkan diri dari anda, anda patut berasa risau sekarang.  Contoh paling mudah adalah pasangan anda susah untuk dihubungi melalui telefon.
  3. Adakah status anda rendah di senarai perhatiannya? Ini bermaksud pasangan anda meletakkan orang lain selain anda lebih penting dari anda. Di dalam kalendar perancangannya, semua nama ada kecuali nama anda. Situasi sebegini adalah situasi yang patut anda elakkan dari awal lagi dengan strategi tertentu. Kalau dah jadi begini, perpisahan awal mungkin penyelesaiannya.
  4. Adakah pasangan anda tidak lagi gembira melakukan aktiviti yang sewaktu ketika dulu sangat menyeronokkan bagi anda berdua? Pasangan anda lebih gembira melakukan aktiviti tersebut seorang diri atau bersama orang lain selain dari anda. Ini petanda buruk yang anda patut sedar sekarang.

Jika anda mengalami salah satu situasi di atas atau mungkin kesemua sekali petanda di atas, maka anda harus membetulkan keadaan di dalam hubungan anda bermual hari ini. Panduan Seni Selamatkan Cinta saya adalah salah satu ikhtiar ‘kecemasan’ anda dalam masa terdekat ini selain meminta nasihat keluarga, rakan ataupun sesiapa sahaja yang mungkin tidak arif di dalam perkara ini.

Jika anda sudah berkahwin, luangkan masa lebih untuk fahami erti perkahwinan.

{ 20 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...


Photo by Andrew Stawarz

Hari ini saya akan berkongsi cerita mengenai cinta jarak jauh.

Setiap orang mempunyai pendapat berbeza mengenai cinta jarak jauh ini, ada yang mengatakan mereka tak boleh berjauhan kerana kononnya jauh di mata, jauh di hati.  Ada pula yang lebih gemar bercinta jarak jauh, kononnya supaya mereka tidak bosan.

Dari pengalaman saya, dekat atau jauh tidak ada bezanya. Yang penting adalah orang itu sendiri. Ketika saya bercinta jarak jauh, perjalanan 200 kilometer pun sanggup ditempuhi. saya pernah pergi Penang>Ipoh>Penang>Ipoh>Penang balik dalam masa 2 hari. Cinta punya pasal.

Itu waktu berjauhan. Tapi walaupun dah dekat, tetapi hatinya buat onar, cinta pun boleh dikatakan tak cinta. Kalau tidak macam mana nak menjelaskan pergi balik Penang Ipoh 3 kali dalam 2 hari kalau bukan cinta namanya.

Long distance relationships and dating occur when two people live far apart from each other and are unable to see each other but on holidays, weekends, or on vacation.

Long distance dating can be very difficult for some relationships if the people want to be together more often. Som people enjoy long distance relationships because it gives them the time apart from each other to fully appreciate each other when they are able to be together.

Some long-distance dating may not last a long because they are too difficult or one of the people in the relationship may end up moving closer so they can be together.

When couples experience long distance dating they are usually able to see each other on the weekends if the distance isn’t too far apart. If the couple is too far away to be able to see each other on the weekends then they will use their vacation time from work and see each other on the holidays. Whenever they can get the time available they will see each other.

The couples are able to communicate by phone, email, and other methods, but they can only see each other when one of them are capable of traveling.

Long-distance dating can be difficult for some people if they find they want to see more of the other person and the distance is just too far.

However, it can be good for a relationship to have the time apart because when they do see each other the two are extremely happy to be together and they don’t take each other’s time for granted.

Saya masih ingat ketika time-time awal dating jarak jauh dulu (2,3 & 4th date), saya selalu sebak dan sedih waktu hujung-hujung waktu nak balik tu sebab akan berpisah sekejap. Sebab nanti bulan depan baru boleh jumpa. Masih ingatlah perasaan waktu ronda-ronda dalam bas di Pulau Pinang dulu.

Orang yang saya kenali selalu mengatakan, “Love is about 2 people”

Kedua-dua pihak perlu berusaha dan sama-sama give and take dalam sesuatu relationship itu. Susah untuk membina sesuatu dan ia memang mengambil masa. Tetapi untuk memusnahkan sesuatu (dan menganggap ia tidak ada) memang mudah.

Jangan sampai sudah terantuk baru tergadah, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran sudah.

Kadang-kadang apa yang kita cari-cari sudah berada di depan mata, namun kerana ikutkan hati dan perasaan tamak (tidak puas hati) yang selalu beraja dalam diri kita membutakan mata dan mentulikan telinga. Ada petani yang telah membanting tulang bertahun-tahun mengerjakan tanahnya, tiba-tiba menjual tanah tersebut untuk menyertai skim cepat kaya. Walaupun tanah tersebut diketahui beliau sebagai tanah yang baik dan subur, petani tersebut tetap menjualnya kerana ketamakannya.

Konon-kononnya boleh kaya cepat, hidup senang dan berkereta besar. Tidak perlu tunggu sampai tua kerepot baru hendak menikmati hidup katanya.

Tiba-tiba, panas yang diharap sampai ke petang, hujan lebat dan ribut petir pula di tengah hari. Skim cepat kaya tadi tutup dan petani tersebut bukan sahaja kehilangan wangnya, tetapi juga tanah yang setia berbakti kepadanya sebelum ini.

Sekarang, petani tersebut berpindah-randah menumpang kasih menghambakan diri kepada tuan-tuan tanah yang sudi membenarkan dia berteduh sebentar sebagai upah mengerjakan tanah mereka.

Tuhan itu Maha Adil. Orang yang tamak dan menzalimi orang lain (lebih-lebih lagi mereka yang bangga berlaku kejam) akan mendapat ganjaran dan balasan seperti yang telah dijanjikanNya. Lagipun doa orang-orang yang di zalimi itu makbul.  Maka oleh itu, janganlah kita menzalimi orang lain.

Wah, jauh kita berpusing. Dari kisah cinta jarak jauh sehinggalah kepada analogi petani. Sekali lalu, nampak seperti tidak berkaitan. Namun dari pengalaman saya sendiri, ia sebenarnya berkaitan sangat. Bacalah dan fikir-fikirkan.

Dari Meja Penulis : Mr X

Mr.XMr X merupakan seorang pencinta setia yang telah dilukakan hatinya.Dari masa ke masa beliau mengimbau kembali kisah cintanya, untukdicatatkan pengajaran kesilapan yang boleh dielakkan dan anekdot-anekdot bahagia yang pernah dinikmatinya. Nantikan kisah-kisah Mr. X,hanya di blog SeniCinta.com

{ 24 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Adakah patut anda tinggalkan pasangan anda yang curang?

Hermmmm… Jawapan untuk persoalan unik cinta di atas tidak mudah seperti yang dijangkakan.

Adakah anda patut mendengar nasihat TEMAN dan KELUARGA?

Terpulang kepada teman dan keluarga untuk membantu anda mencari penyelesaian tetapi, kebiasaannya jawapan dan penyelesaian yang kita dengar adalah “Tinggakan saja binatang itu!”, “Cari saja yang lain”, “Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor”…hehehehe :)

Setiap jawapan yang diberi memang ada kebenarannya… Tetapi INGAT! Manusia berlaku curang disebabkan oleh pelbagai jenis keadaan dan alasan. Adalah penting untuk anda mengenal pasti keadaan dan alasan tersebut sebelum menyesal dihujung hari dengan keputusan terburu- buru anda.

Saya memilih soalan di bawah untuk sama-sama kita bincangkan di blog ini agar semua boleh mendapat manfaat.

Assalamualaikum AF Hazwan,

Saye dan Ex saye baru2 ni baru je return after 4 months breakup.. Lately dier curang dengan saye. Hati saye hancur when i know perempuan dengan dier keluar date tu is my own bestfren!

Honestly, saye masih sayangkan dier and i know he still love me. Lagipun we all dah plan nak kawen hujung tahun nie.. Howcome boleh jadi mcm nie? My fren and my parent ask me tinggalkan dier..

What should i do?

-Fazura, Shah Alam

Sila tulis komen, nasihat dan pandangan anda mengenai situasi yang dialami oleh Fazura.

Hasil dari minda yang ramai pasti boleh menghasilkan penyelesaian yang bermanfaat :)

p/s : Kepada yang baru melawat blog ini, dapatkan ‘feel’ dengan membaca posting debat curang cinta dahulu.

{ 86 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Mengapa mereka yang sedang berada didalam sebuah hubungan cinta yang bahagia, berlaku curang terhadap pasangan mereka?

Bagaimana mereka sanggup berlaku curang sedangkan mereka tahu pasangan mereka adalah yang terbaik?

Kepada anda yang sedang membaca artikel ini, mungkin anda boleh katakan mereka ini adalah golongan yang bodoh! dan tidak bermoral. Hakikatnya mereka lebih dasyat daripada itu!

Curang adalah simptom dan bukannya penyebab mengapa…

Hubungan hari ini berlandaskan “Hakmilik” dan “Menguasai Pasangan”. Maksudnya, anda merasakan anda memiliki pasangan anda dan mengawal semua pergerakan pasangan anda. Hermm… Patut la semakin ramai yang rela menghabiskan rutin seharian mereka mengintai pasangan mereka… hehehe :)

Mari berfikir sejenak… Bayangkan kita semua hidup di dunia yang tiada batasan Kasih sayang, Cinta dan seks.

Maksudnya, adalah LOGIK untuk anda boleh berkongsi kasih dan melakukan hubungan seks dengan orang yang TIDAK anda cintai, dan anda BOLEH mencintai orang yang anda tidak berkongsi kasih dan melakukan hubungan seks. Adakah anda setuju?

Jika anda setuju, apakah maksud Curang?

Curang adalah menghancurkan sebuah Kepercayaan. Sedangkan Kepercayaan itu sendiri adalah “Hayat” kepada hubungan yang bahagia.  Jika anda fokus kepada perhubungan cinta yang berlandaskan kejujuran dan kepercayaan sepenuh masa, adalah tidak mustahil untuk pasangan anda curang. Mempercayai dan berkongsi segala kebenaran kepada pasangan anda sedangkan mereka tidak, adalah perkara yang paling sedih dan menyakitkan hati!

Penyelesaian kami di Seni Cinta untuk mengatasi masalah Curang adalah, cuba untuk berbincang “Talk Openly” dan berlaku jujur di antara satu sama lain tanpa perasaan marah, benci dan mengadili antara satu sama lain. Saya yakin dan pasti anda mampu lakukannya, kalau tidak mengapa anda bercinta dengan pasangan anda sekarang..hehehe :)

Cuba cari kelemahan dan “x-factor” yang anda dan pasangan masing- masing perlukan. Jika boleh, cuba terangkan segala- galanya kepada pasangan anda termasuk penerangan daripada pasangan anda sendiri, walaupun sehingga ke tahap terpaksa mengetahui pasangan anda tertarik kepada insan lain. Jika segala kebenaran terbongkar! Maka curang dapat di atasi :)

Salam Cinta dan Kejayaan!

{ 83 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...

Saya tergamam seketika apabila ditanya oleh sahabat karib saya tentang satu soalan yang berbunyi seperti ini “Macam mane aku nak dapatkan dia kembali? Ada ayat cinta ajaib tak?

Saya seorang penulis buku membicarakan bagaimana untuk menyelamatkan cinta. Saya juga seorang pengkaji ilmu-ilmu berkenaan cinta. Seharusnya soalan seperti itu saya boleh anggap sebagai soalan asas. Soalan kacang.

Tetapi saya pusing. Entah kenapa, saya kelu. 

Mari saya ceritakan.

Dari pengalaman saya sendiri, saya pernah putus cinta beberapa kali. Kesemuanya kerana keputusan saya sendiri, kecuali SATU. Satu inilah yang memberi impak besar kepada hidup saya. Saya ditinggalkan begitu sahaja. Ya, anda tidak keseorangan, saya juga seperti anda.

Kali ini saya akan berbicara dari sudut yang agak kejam dan kasar. Tema tulisan saya kali ini adalah jangan terhegeh-hegeh hendak dapatkan kembali si dia yang telah meninggalkan anda. Move ON! 

Saya yakin kekasih lama anda boleh kembali kepada pangkuan anda. Saya juga yakin kita boleh membuat kekasih lama tertarik semula kepada kita. Tetapi untuk menghormati insan-insan yang mudah berputus asa, tidak yakin untuk meneruskan kehidupan dan stress kerana baru atau sudah lama ditinggalkan kekasih, izinkan saya curahkan realiti kehidupan kepada anda.

Lagu Cinta Untuk Yang Berputus Asa

Baik, anda jangan hubungi lagi bekas kekasih anda. Biarkan sahaja dia dengan kehidupan dia sendiri. Buat apa anda hendak kacau hidupnya yang sedang bahagia sekarang. Dia tinggalkan anda kerana DUA sebab. 

1. Dia merasa tidak selesa, meluat atau tidak tahan apabila bersama dengan anda.

2. Dia menemui pasangan yang berjaya menambat hatinya. Mengisi kekosongan jiwanya dengan tarikan aura yang hebat (anda kalah di sini).

Anda sudah ditinggalkan. Lupakan dia sahaja.  Ganti perasaan kosong anda dengan mencari insan yang boleh mengubati luka parah anda sekarang. Banyak lagi di luar. Mereka berada di sekeliling anda. Anda tidak sedar kerana anda telah BERPUTUS ASA or should i say LOOSER?

Kesedihan anda ini umpama kes kehilangan handphone. Anda merasakan hidup anda sudah berkahir. Anda sebenarnya belum menikmati perasaan mempunyai handphone baru yang lebih canggih dan menepati citarasa anda. ( E71 saya ondeway!)

Anda menerima kehilangan ini sebagai batu loncatan untuk anda mendapatkan yang lebih baik.

Move on. Bergerak ke hadapan. Jangan tunggu lama-lama.

Keras. Kejam. Kasar.

Tapi inilah jalan pintas untuk anda mendapatkan kembali hak anda – cinta bahagia.

“Tapi Hazwan cakap cinta boleh diselamatkan?”

Ini pula untuk anda yang yakin cinta anda boleh diselamatkan

Mari sambung.

Ya, betul. Masalah cinta boleh diselesaikan. Anda masih berpeluang mendapatkan kembali kekasih lama yang telah meninggalkan anda untuk sekian-sekian sebab. Semuanya boleh…

…dengan STRATEGI yang betul.

Manusia adalah makhluk yang berakal dan berperasaan. Manusia ada psikologinya yang tersendiri. Manusia ada beribu-ribu jenis perasaan (state of mind) seperti gembira, sedih, ingin tahu, benci dan suka. Jika anda boleh mengaktifkan perasaan ini pada waktu-waktu tertentu mengikut turutan tertentu, nescaya anda akan dapat apa yang anda mahu. Ilmu ini masih dianggap misteri di kalangan kita. Saya telah mencungkil rahsia ini.

Jika anda memang berniat hendak mendapatkan kembali kekasih anda, musnahkan kata-kata negatif yang berbisik-bisik di telinga anda dahulu. Kata-kata negatif boleh melemahkan semangat anda. Kata-kata rakan anda, kata-kata keluarga anda boleh melenyapkan impian anda untuk bersama dengan kekasih tercinta anda.

Mereka sebenarnya hendak menenangkan anda sahaja. Itu keutamaan mereka. Anda dapat atau tidak kekasih anda kembali, itu nombor 2. Inilah realiti kehidupan.

Apapun, saya ucap tahniah kerana anda masih ada keyakinan. Anda tahu, pada masa tertentu, pada situasi tertentu, anda pasti akan dapatkan kembali kekasih anda. Anda pasang niat. Anda berdoa. Anda menggunakan prinsip tarikan. Anda gunakan apa sahaja cara untuk meyakinkan diri anda ( cara beretika dan tidak membahayakan diri anda dan orang lain).

Percayalah, anda boleh mendapatkan kembali kekasih anda. Tekadkan di hati anda. Tanamkan di jiwa anda bahawa anda PASTI akan mendapatkannya kembali. Itulah yang anda perlukan sekarang, tidak kira anda baru putus atau sudah seketika lamanya. Anda harus PERCAYA dahulu. Yang lain datang kemudian.

Jawapan Untuk Persoalan Masalah Cinta

Berbalik tentang soalan sahabat saya tadi, saya menjawab “F ( bukan nama sebenar), aku tak tahu nak jawab apa sekarang, tapi aku tahu macam mane nak buat dia tertarik balik kat kau dalam masa 3-4 minggu.”

Seterusnya menjadi sejarah. Dia akhirnya betul-betul berjaya mendapatkan kembali kekasihnya. Cara ini mungkin berkesaan atau mungkin tidak untuk anda. Tapi agak best untuk diketahui kan? 

Saya akan kongsikan teknik ini pada posting seterusnya kepada yang mahu membaca. Kepada yang skeptikal dan termasuk dalam golongan putus asa, saya nasihatkan anda teruskan membaca majalah hiburan, membaca buku motivasi yang kandungannya diulang dengan ayat berbeza atau menonton rancangan Akademi Fantasia ( undi Hafiz tau).

Adios

Hazwan

Kadangkala tidak macho dan straight to the point.

p/s : Anda ada sebarang nak share, tulis ke ruangan komen di bawah.

{ 200 comments }

Tinggalkan pendapat bernas anda di sini...